Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,815
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30

Bab 30

Kesepian ini benar-benar menyakitkan. Ada resah yang bila akan berakhir. Jiwaku benar-benar kacau mengenangkan rumah tangga yang tiada penghujungnya. Ada marah yang datang dan pergi tanpa pujukan atau rayuan. Apa yang harus kulakukan demi membahagiakan diriku sendiri..seringkali aku cuba lari namun ianya seakan terhalang kerana rasa hati. Cinta? Masihkah ada cinta di hati ini untuk Aiman Ezri setelah apa yang dilakukannya padaku? Sungguh, Ezri begitu kejam kerana menduakan aku tanpa rela. Secebis sayangnya tiada untukku lantaran sejuta kasihnya hanya untuk gadis lain yang dianggap cinta pertamanya..Apakah cinta pertama itu lebih bermakna dari seorang isteri yang sah? Banyak persoalan yang tidak terjawab dek akalku. Kadangkala aku menangis sendiri di kamar sepi..menjerit menahan kesakitan hati. Namun tiada siapa yang peduli..memang benar kesakitan ini cukup untuk aku merasa pedih dan terseksa. Aku merasa terhina kerana cinta suamiku untuk orang lain sedangkan orang itu tidak berhak! Tidak berhak sama sekali… andai begini hakikat yang terpaksa kutelan, ingin aku bertanya padamu Ezri, mengapa harus perkahwinan yang kau dambakan andai hanya untuk menghancurkan sekeping hatiku? Mengapa tidak dari dulu kau berterus-terang tentang perasaanmu itu? Andainya aku dibuang sebagai seorang kekasih, aku masih mampu melempar senyuman dan bergelak ketawa. Tapi kini aku isterimu! Ke mana aku pergi, aku tetap terikat dengan perkahwinan kita yang hanya membebankan hatiku! Kiranya tiada lagi rasa cinta, untuk apa kau mengemudi sebuah kapal yang hampir karam dan akan tenggelam di dasar lautan! Pasti kita akan kelemasan Ezri! Dan aku tidak ingin lemas bersama kebencianmu! Berilah aku sedikit ketenangan yang semakin hilang kerana diragut oleh keegoanmu!

Aku yang terhiris:Nur Jannah…

Nur Jannah menutup diarinya. Dia memandang ke dada langit melalui tingkap. Cuba mengira bintang yang bertaburan bagi menghilangkan kebosanan. Namun semuanya hampa belaka. Hatinya tetap sepi..tiada berseri. Apa yang berlaku semenjak pernikahannya dengan Ezri semuanya seakan kelam dan gelap. Ezri bagai ada dalam tiada. Sukar untuk digenggam walaupun lelaki itu miliknya. Seringkali dia dibuai mimpi bersama Ezri dalam tidurnya. Bagaimana pelukan dan rayuan manja lelaki itu. Mengucapkan kata-kata sayang dan memberinya segunung impian bagi insan bergelar isteri. Dia ingin dicumbui dengan kasih sayang oleh Ezri. Seorang lelaki yang telah di halalkan untuknya. Ah! Alangkan malang dan ruginya mahligai mereka yang diselaputi lumpur kehitaman tanpa kasih sayang yang tulus.

Trik..trik…Pantas Nur Jannah mengangkat telefon. Ingatannya pada Ezri sebentar tadi mulai hilang kerana jeritan telefon miliknya.

“ Helo..assalamualaikum!” Nur Jannah bersuara lembut.

“ Waalaikummussalam. Emm..awak Nur ye?” kedengaran suara sedikit garau di corong telefon.

“ Emm..saya, awak siapa?”

“ Saya Fakhruddin yang awak jumpa tadi..awak dah tidur?”suara Fakhruddin cukup lembut.

“ Emm..belum lagi!Awak?” senyuman terukir di bibir milik Nur Jannah. Wajah Fakhruddin terbayang di matanya.

“ Kalau saya dah tidur, macam mana saya boleh call awak..”Fakhruddin tergelak kecil. Nur Jannah tersengih sendiri. Pandai juga lelaki itu buat lawak!

“ Pasal tadi..boleh saya tanya..apa hubungan awak dengan perempuan tu?”

“ Tadi ? Sahara tu my ex-girlfriend..dia dah nikah dengan lelaki lain. So..hubungan kami tidak berpanjangan.” Tutur Fakhruddin berterus-terang.

“ Tapi tadi..saya tengok awak macam gaduh je! Pastu, saya tengok awak tinggal dia macam tu je. Tak baik awak buat dia macam tu!” Nur Jannah sekadar menyedarkan Fakhruddin tentang sikapnya sebentar tadi.

“ Saya tak dapat terima dia lagi. Bukan niat saya nak sakitkan hati dia.”

“ Awak tak nak sambung balik ke?” Nur Jannah sekadar bertanya. Dia juga terkejut apabila Sahara menjerit ke arahnya tanpa sebab. Sewaktu di pejabat Aiman Ezri, gadis itu kelihatan lembut dan sopan. Namun apa yang dilihat tadi cukup mengejutkannya.

“ Sambung balik ? Dengan isteri orang?” Fakhruddin tergelak kecil. Nur Jannah sedikit terasa.

“ Awak..saya juga isteri orang!” Nur Jannah bersuara perlahan. Fakhruddin yang mendengar terdiam seketika. Tiada niat dihatinya mengguris perasaan Nur Jannah yang sedia tercalar.

“ Nur..saya minta maaf !Saya tiada niat sakitkan hati awak.Walau kalian di tempat yang sama, ia tetap berbeza.” Fakhruddin menutur kata dengan lembut.

“ Berbeza ? Apa bezanya? Pasti ada sesuatu yang terjadi kepada dia. Sebab tu dia cari awak balik ”

“ Bezanya..awak dipinggirkan suami tanpa sebab. Maafkan saya Nur. Bukan niat saya mengambil tahu tentang rumah tangga awak. Cuma saya dan awak menjadi mangsa atas kecurangan orang yang kita sayang. Saya harap awak tidak salah anggap!” Fakhruddin menutur kata dengan sebaiknya. Risau kalau-kalau Nur Jannah tersalah anggap.

“ Saya tak salahkan awak. Memang benar apa yang berlaku cukup menyakitkan hati. Sebagai seorang isteri saya ingin dihargai..Seharusnya saya tidak menceritakan masalah saya pada awak. Apalagi antara kita belum saling mengenali. Malah saya adalah isteri orang,” Nur Jannah bersuara jujur.

“ Saya hanya ingin berkawan dengan awak, Nur! Saya tak akan hancurkan rumah tangga awak. Saya tahu awak seorang isteri yang baik..Beruntung sesiapa yang memiliki diri awak. Atas apa yang berlaku..berdoalah semoga Allah memberi awak kebahagiaan.”

“ Awak tahu pasal Ezri dan Zurina? Tentang percintaan mereka?”Nur Jannah ingin mengetahui semuanya. Sejak bila hubungan mereka sehingga dia dituduh sebagai perampas.

“ Saya baru kerja kat situ. Pasal mereka saya tak tahu sangat..apa pun kuatkan semangat. Banyakkan bersabar. Andai Aiman Ezri milik awak yang abadi, insyaAllah dia akan kembali pada awak Nur!” Fakhruddin bersuara ikhlas. Simpatinya kepada Nur Jannah menggunung tinggi. Dia sendiri hairan mengapa lelaki itu mengejar kaca yang dianggap permata. Sedangkan kilauan itu sebenarnya terhidang di hadapan mata.

“ Maafkan saya..susahkan awak je. Tak apalah Fakhruddin..saya dah mengantuk. Nak tidur dulu. Lain kali kita cakap lagi k!”

“ Yap! Good night..assalamualaikum..”

“ Waalaikummussalam..” Nur Jannah memutuskan talian. Dia merebahkan badannya ke atas tilam. Wajah Fakhruddin terbayang di mata. Kemudian terbayang pula senyuman Ezri dan hilang apabila dia mula terlena.

****

“ Aku benci kau, Riz! Aku benci..” Sahara menjerit di dalam biliknya. Dia melempar apa saja yang berada berdekatan dengannya.Air matanya merembas keluar. Sakit hatinya dilakukan begitu. Jiwanya benar-benar terdera. Sampai hati Rizman Fakhruddin menolak cintanya berkali-kali.

“ Sahara..kau kenapa?” Zurina terpacak di luar bilik Sahara. Suara temannya yang kuat itu mengejutkan dirinya yang tertidur di atas kusyen.Kemudian Maisarah pula datang sambil mengangkat kening.

“ Apa hal tu? Aku ingatkan kau sorang je pandai mengamuk. Minah ni lagi kuat menjerit. Agaknya nak bagitahu semua orang!” Maisarah kelihatan marah.

“ Tak tahulah aku Mai! Dari tadi berkurung dalam bilik. Waktu balik tadi menangis..”

“ Aku benci kau Riz..aku benci kau John David. Aku benci…” Sahara menjerit lagi. Maisarah dan Zurina menutup telinga masing-masing.

“ John David? Riz ? Hai kawan kau ni pasang dua ke apa! Aku ingat Ezri je..Dah jadi macam ni nak menangis buat apa! Kena tinggallah tu!” Maisarah melepas kata. Dia berlalu ke arah televisyen. Zurina masih memujuk supaya Sahara membuka pintu namun tidak berjaya.

“ Sahara..bukalah pintu ni! Apa masalah pun kau cakap dengan aku..kalau dapat aku tolong..” Zurina bersuara separuh memujuk. Penat telinganya mendengar jeritan Sahara yang bagai dirasuk.

“ Aku benci Nur Jannah..Ina..aku benci dia!”Sahara membuka pintu. Air matanya yang masih lebat dibiar membasahi pipi. Matanya mulai bengkak kerana banyak menangis. Dia terduduk di muka pintu bilik. Wajahnya yang kusut dengan masalah yang bertimpa diraup perlahan.

“ Nur Jannah?” Zurina tercegang. Apa kena mengena gadis itu dengan Sahara. Baginya gadis itu adalah musuhnya yang merampas Ezri darinya. Jadi siapa yang di rampas lagi oleh Nur Jannah!

“ Dia memang perampas! Dasar perempuan murah!” Sahara masih memaki hamun. Zurina yang mendengar masih kehairanan. Dia memandang lama ke arah Sahara yang masih teresak-esak. Sungguh, Zurina tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada gadis itu.

Previous: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.