Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,892
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Bab 21

Jam 8.00 pagi Nur jannah menghubungi Aiman Ezri.Berkali-kali didail, namun tidak berangkat. Panas hatinya mengenangkan sikap suaminya. Pantas dia menyiapkan diri untuk ke pejabat lelaki itu. Selesai dia bersiap, Nur Jannah keluar dari rumah dan menuju ke jalan utama untuk mencari teksi. Nasibnya baik kerana ada sebuah teksi yang sedang menunggu. Pantas Nur Jannah naik dan meminta ke pejabat Aiman Ezri. Setengah jam kemudian dia sampai ke pejabat suaminya. Jam ditangan menunjukkan angka 9.30 pagi. Matanya melilau melihat bangunan suaminya yang tersergam megah. Nur Jannah teragak-agak untuk masuk. Bimbang juga hatinya kecilnya kalau-kalau diherdik oleh Aiman Ezri. Namun memikirkan dia berhak sebagai seorang isteri, dia melangkah masuk juga ke pejabat suaminya.

“ Emm..selamat pagi. Encik Aiman Ezri ada?” Nur Jannah bersuara ramah. Matanya meliar mencari kelibat suaminya.

“ Encik Aiman Ezri ada. Cik ni siapa?”Sahara bersuara sambil melemparkan senyuman yang agak manis.

“ Saya isteri dia. Boleh awak bagitahu dia, saya ada hal nak jumpa.” Tutur gadis di hadapan Sahara dengan senyuman yang menghiasi bibirnya. Sahara yang mendengar sedikit kaget. Hilang seketika senyuman di bibirnya sebentar tadi.

“ Isteri?” Sahara sedikit terperanjat. Matanya meliar mencari Zurina. Matilah minah tu! Sudahlah duduk dalam bilik bos dari tadi.

“ Kenapa? Awak macam terkejut je!” Nur Jannah perasan perubahan pada wajah gadis itu. Mimik mukanya yang sebentar tadi begitu manis kelihatan sedikit tegang.

“ Tak adalah. Saya pekerja baru kat sini. Tak sangka Encik Ezri dah ada isteri. Puan duduklah dulu,” Sahara kembali tersenyum dan melangkah menuju ke arah bilik Ezri. Dia mengetuk pintu dan memandang ke arah Ezri dan Zurina.

“ Encik Ezri ada orang nak jumpa. Katanya penting!” tutur Sahara sambil berdiri di sebelah Zurina yang menjungkit kening.

“ Siapa nama dia? Lelaki ke perempuan?” Zurina pula menyampuk.

“ Perempuan Encik Ezri. Boleh saya suruh dia masuk?” Sahara bersuara lancar. Dia memandang ke arah Zurina dan mengajak Zurina keluar.

“ Ok! You suruh dia masuk. Ina, You keluar sekejap ye,” Ezri bersuara lembut. Zurina mula menarik muka. Dia melangkah keluar bersama Sahara.

“ Siapa nak jumpa bos?”Zurina mencubit lengan Sahara.

“ Isteri dia!” singkat kata-kata Sahara. Wajah Zurina berubah secara tiba-tiba. Terasa seolah arus elektrik mengalir di dalam tubuhnya.

What ??” Mata Zurina membutang marah. Dia memandang ke arah Sahara yang menuju ke arah seorang perempuan dan bercakap sesuatu. Zurina memandang sepintas. Wajah isteri Aiman Ezri yang tersenyum dipandang lama. Bukan cantik sangat! Sudahlah tak tahu bergaya! Sempat Zurina membuat perbandingan. Baginya perempuan seperti isteri Ezri itu bersepah di luar sana. Berpakaian kekampungan ada hati mahu bersama kekasihnya. Dalam hati, Zurina menyumpah keras saat Nur Jannah melangkah masuk ke bilik Aiman Ezri.

****

“Apahal awak datang sini?” Aiman Ezri sedikit terkejut menerima kedatangan Nur Jannah yang tidak diundang. Pantas dia teringatkan Zurina. Uh! Pasti Zurina akan mengamuk nanti. Mahu pengsan semua orang mendengar jeritannya nanti.

“ Nur call abang. Kenapa abang tak angkat?”Nur Jannah masih bersuara lembut. Dia memandang suaminya dengan senyuman, walau di hatinya seribu duka.

“ Aku sibuk!” Ezri bersuara kasar. Tidak senang dia dengan kehadiran Nur Jannah yang dianggap sengaja mengganggu kerjanya.

“ Sibuk? Sampai tak sempat angkat phone? Abang, Nur datang nak minta izin. Nur nak balik kampung petang ni. Jadi Nur harap abang ikut Nur. Boleh?” Nur Jannah sedikit berharap. Wajah suaminya dipandang mengharap sedikit senyuman tercalit di wajah tampan suaminya.

“ Kau nak balik, kau balik! Aku tak dapat ikut. Satu lagi, kalau kau nak datang sini, boleh buat temu janji dulu?” Ezri masih berkasar. Nur Jannah hanya menunduk menelan setiap kata berduri suaminya. Serasa air matanya ingin tumpah di situ. Namun mengenangkan apa kata staf Ezri nanti, dia menahan segala kepedihan yang menyerbu jiwanya saat itu.

“ Nanti apa kata mak kalau abang tak ikut?”

“ Kata je aku kerja. Tak susahkan! Lagipun memang aku sibuk. Bukan nak melayan kerenah kau setiap hari!” Ezri sengaja menyibukkan diri dengan membelek-belek fail di atas mejanya.

“ Kenapa abang layan Nur macam ni bang!Kita kahwin atas dasar cinta. Jadi apa semua ni?” Nur Jannah bersuara lemah. Penat dia mencari jawapan atas sikap Ezri yang melayannya bagai anjing kurap.

“ Lupakan cinta antara kita!” Ezri memberi kata putus.Wajah Nur Jannah dipandang tanpa belas kasihan. Air mata yang ditahan berguguran membasahi pipi dan menambah pedih di hati kecil Nur Jannah. Terasa begitu hinanya dia di hadapan lelaki bernama Aiman Ezri.

“ Tidak begitu mudah bang. Selagi abang tak lepaskan Nur, selagi itu..” Nur Jannah tidak sempat menghabiskan percakapannya apabila seseorang menyampuk dari luar.

Honey…Tak habis lagi? ” Tiba-tiba Zurina tercegat di muka pintu.Pantas Nur Jannah menoleh dan memandang Ezri kembali. Terasa air mata bermain di tubir mata dengan tiba-tiba dan mulai jatuh menimpa pipi. Wajah suaminya dipandang mengharap pengertian. Namun Ezri hanya menunduk tanpa menjawab persoalan yang bermain di mindanya.

“ Jadi, dialah kekasih abang yang abang sanjung sehingga abang abaikan Nur?”Nur Jannah seakan menjerit. Air matanya semakin lebat membasahi pipi.Zurina yang memandang melangkah masuk.

“ Eh perempuan, kau yang rampas dia dari aku! Bertahun kami menyemai kasih, kau datang menggoda dia. Perempuan jenis apa kau ni!” Zurina menghembur kata kesat. Ezri tidak mampu menyekat amarah Zurina. Dia hanya memandang keluar tingkap tanpa memandang Nur Jannah yang mengharapkan pengertian.

“ Sampai hati abang buat Nur macam ni! Apa salah Nur pada abang, sampai abang menduakan Nur? Nur benar-benar tak sangka! Mana janji abang untuk setia dan menjaga Nur sebaik mungkin? Nur Jannah menyoal Ezri bertubi-tubi. Zurina yang mendengar mengetap bibir.

“ Eh, perempuan, engkau tak faham bahasa ke? Untuk pengetahuan engkau sekali lagi, kau yang merampas Ezri daripada aku! apa yang terjadi sekarang, semua kerana dosa kau pada aku!” Zurina menolak Nur Jannah dengan kuat. Hampir tersandung Nur Jannah ke belakang. Ezri yang memandang ingin menghalang perbuatan Zurina. Namun lidahnya kelu untuk berkata. Sudahnya Nur Jannah berlari keluar sambil menangis. Air matanya yang lebat mengalir, tidak mampu diseka lagi. Beberapa staf Ezri memandang dengan kehairanan dan ada yang bersimpati. Fakhruddin yang melihat pantas bangun untuk keluar. Sahara yang memandang Fakhruddin tidak mengerti apa-apa. Dia juga tidak pasti apa yang berlaku di bilik Ezri. Namun melihat Zurina yang keluar dari bilik lelaki itu dengan senyuman melebar, dia mulai mengerti. Nur Jannah berhenti di bawah sepohon pokok dan melepaskan tangis di situ.Air matanya cuba diseka, namun ianya mengalir laju bagai empangan pecah.

“ Sampai hati abang buat Nur macam ni! Apa salah Nur? Nur cuba jadi isteri yang baik tapi apa yang Nur dapat!” Nur Jannah terduduk di situ. Sampai hati Ezri membuatnya begitu dan kata-kata tajam gadis yang masuk ke bilik Ezri umpama belati menghiris jiwa. Dia bukan perampas! Tidak sesekali dia terdesak untuk merampas kekasih sesiapa. Dia juga dipermainkan oleh Ezri! Apa pun alasan, dia lebih berhak ke atas jiwa raga lelaki itu. Cinta Aiman Ezri sewajarnya untuknya. Itu janji Ezri ketika mereka diakadkan menjadi suami isteri. Perempuan itu tidak berhak sama sekali!

“ Awak..apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah menguji seseorang hambanya untuk melihat sejauh mana iman kita.. Apa yang terjadi jadikanlah sebagai iktibar kerana masih ada di luar sana yang lebih sengsara!” Fakhruddin bersuara mengejutkan Nur Jannah. Pantas wajah lelaki itu dipandangnya.Ada riak simpati di wajah tampan miliknya.

“ Awak siapa? Awak tidak mengerti! Kesabaran manusia ada hadnya. Dan saya hampir kalah dalam mempertahankan rumah tangga saya..Awak takkan faham!” air matanya diseka lagi.

“ Saya staf Encik Aiman Ezri. Apa yang terjadi tidak patut berlaku. Namun sebagai hamba Allah, awak mesti redha. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.” Nasihat lelaki di hadapan Nur Jannah dengan berhemah.

“ Selama ini saya tertanya apa salah saya pada Ezri.Saya sering menyalahkan diri kerana dia telah jauh berubah. Saya sangka ada kesilapan yang saya lakukan tanpa saya sedari.Tapi saya tak sangka, dia sanggup berlaku curang! Sampai hati Ezri buat saya macam ni!” Nur Jannah makin teresak-esak. Dia tidak tahu mengapa mudah benar dia menceritakan kelukaan hatinya pada lelaki dihadapannya. Apa yang Nur Jannah tahu, saat itu dia memerlukan seseorang untuk memberi semangat kepadanya.

“ Nur Jannah! Awak mesti terimanya sebagai suratan takdir! Hadapilah dengan tenang. Walau saya tak kenal siapa awak, saya harap awak tabah dan sabar,” Fakhruddin bersuara lembut. Nur Jannah terpaku seketika. Dia tahu nama aku? Bagaimana? Adakah Ezri memburukannya dipejabat. Sampai hati Ezri!

“ Bagaimana awak tahu nama saya?” tutur Nur Jannah kehairanan.

“ Ingat tak masa awak dan Encik Ezri kat suria KLCC nak tengok wayang?”

“ Em..awak berdua dengan..”

“ Sepupu saya. Arman Mustaqim!. Dia yang carikan saya kerja di syarikat suami awak,” Fakhruddin melempar senyum. Ada perasaan lain yang menerjah hulu hatinya saat Nur Jannah membalasnya.

“ Terima kasih kerana memberi saya nasihat..walaupun bukan mudah untuk melupakan apa yang berlaku saya akan hadapi dengan tabah.”

“ Itu yang saya nak dengar.Oklah! harap awak tak apa-apa. Saya masuk kerja semula ye.”

“ Awak keluar kerana saya?” Nur Jannah seakan terperanjat.Wajah lelaki di hadapannya dipandang lama. Terpamer keikhlasan pada raut wajah tampannya.

“ Em..harap awak tidak tertekan dengan masalah yang didatangkan pada awak.Assalamualaikum…” Fakhruddin berlalu meninggalkan Nur Jannah yang masih berada di situ. Ada simpati yang menggunung. Dia tahu erti kelukaan apa lagi disakiti oleh orang yang amat kita sayangi. Sakitnya cukup terasa. Bagi Fakhruddin, Nur Jannah seorang yang kuat dan tabah. Wajahnya yang bersih serta penampilannya cukup membuatkan lelaki tertarik hati. Namun sayang, Ezri yang buta menilai cinta. Sungguh! Kerana cinta Zurina, Aiman Ezri menjadi buta dan pekak. Nur Jannah hanya memerhatikan langkah Fakhruddin yang mula hilang dari pandangan. Hatinya berbisik sayu mengenangkan masih ada yang prihatin di saat suaminya sendiri mencurah asid di tapak hatinya. Dia melangkah untuk pulang dan harapan untuk terus bersama Ezri hanya tinggal harapan yang menyakitkan

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.