Bab
12
Sahara termenung di
jendela rumahnya.Air matanya mengalir bagai empangan
pecah dan jatuh membasahi pipinya. Dia mengelapnya berkali-kali dan mengetap
bibirnya menahan segala kepiluan yang bermain dengan hidupnya semenjak
berkahwin dengan John David. Manisnya
hanya seketika. Sangkanya lelaki itu seorang romantik dan penyayang. Rupanya
lelaki itu seorang yang kejam. Semalam dia dibelasah teruk kerana bertanya ke
mana suaminya pergi. Pipinya yang masih berbekas disentuh lembut. Sakit tubuh
badannya di bantai sepuas hati, sakit lagi hati dan perasaannya. Maruahnya
sebagai isteri bagaikan dipijak-pijak. Mengapa dia buta dalam menilai cinta
sehingga dibuang jauh-jauh segala percintaannya bersama Rizman Fakhruddin..Ah!
lelaki itu yang masih diingati hingga kini. Teringat dia segala kenangan manis
mereka..
“ Riz, kenapaI tengok You susah sangat nak senyum? Masa
mula-mula tu, I ingat You sombong orangnya. But
when I know you, you are very perfect from my eyes! Maybe you look gentle and
very caring..” Sahara melempar senyum. Fakhruddin turut tersenyum manis.
Sahara benar-benar terpukau dengan ketampanan kekasihnya yang mempunyai pakej
seorang lelaki sejati. Serasa jiwanya sesak andai lelaki itu tidak berada di
hadapannya walau sehari.
“ Memang ni cara I . Maybe one day , I’ll always smiling when I married you!”
Fahruddin bersuara ikhlas. Matanya lama menatap wajah ayu yang menjadi pilihan
hidupnya. Sahara tersipu-sipu malu
apabila Fakhruddin menyentuh lembut pipinya.
“
Riz..habis belajar kita kahwin ek!”
“ Em.. nanti Riz bincang dengan mama
dan papa Riz.Sayang jangan fall in lovedengan mat saleh sudah!” Sahara tersenyum lagi.
Tiba-tiba pintu ditolak dari luar dan mematikan lamunannya. Dia pantas
memandang ke arah pintu dan terjengil matanya melihat suaminya dipapah seorang
gadis melayu yang berpakaian seksi. John David yang sememangnya mabuk memeluk
erat gadis itu dan memberi ciuman di pipi. Air mata Sahara laju mengalir. Rasa
ingin dicincang lumat lelaki itu dan perempuan murahan yang berkepit dengan
suaminya.
“ Sial punya betina! Kau ingat dia
ni siapa. Aku isteri dia. Bodoh punya perempuan!” Sahara cuba mengangkat tangan
namun disambut oleh gadis itu. John David tertawa kecil dan berjalan terhoyong-
hayang ke arah sofa. Dia membalikkan dirinya dan tertidur lena.
“ Sial aku, suami kau lagi sial.
Bodoh aku, kau lagi bodoh. Kalau tak dia takkan cari orang macam aku!” jari
gadis itu ditunjuk ke arah John David. Dia mengulum senyum dan mengangkat
kening ke arah Sahara yang menahan geram.
“ Laki
kau memang hebat. Pandai kau cari..Bye..darling.’’
Tangan Sahara dilepaskan dan gadis itu berlalu dengan senyuman puas. Sahara
menjerit kuat dan teresak-esak menahan kesakitan hati. Dia terduduk di muka
pintu dan megucap berkali-kali. Pantas dia berlari ke arah bilik dan
mengemaskan bajunya ke dalam beg pakaian.Air
matanya yang bercucuran membuktikan hatinya telah cukup parah. Biarlah John
David dengan caranya. Biarlah! Sahara mengheret begnya dan menuju ke
arah kereta Mayvi milik suaminya. Dia menghidupkan enjin kereta dan menekan
pedal minyak menuju ke rumah Fakhruddin. Dia mendail nombor telefon lelaki itu,
tetapi tidak berangkat.
“
Please Riz..angkatlah phone!” Sahara
merintih sendiri. Dua puluh minit kemudian dia memberhentikan keretanya di
hadapan rumah Fakhruddin. Lama matanya menatap ke arah rumah yang kini mula
asing dengannya. Dulu dia selalu datang dan berborak dengan mama Fakhruddin.
Tapi kini, apakah semua orang telah membencinya? Sahara mendail sekali lagi nombor
Fakhruddin, namun masih tidak berangkat.Dia keluar dari kereta dan masuk ke halaman rumah lelaki itu. Sahara
memberanikan diri dan mengentuk pintu beberapa kali. Seketika pintu dibuka dan
Sahara merenung lama ke arah lelaki yang tegak berdiri memandangnya tanpa
senyuman. Tanpa sedar air matanya mengalir lagi.
****
Sahara tunduk ke
lantai apabila mata Fakhruddin merenung tajam ke arahnya. Kerusi empuk
yang diduduki tidak mampu memberi
ketenangan pada dirinya. Dia tidak senang duduk melihat reksi bekas kekasihnya
yang seolah-olah kurang senang dengan kehadirannya.
“ Jemput minum Ara,” Puan Salbi
meletakkan dulang ke atas meja. Dia menuang air ke dalam gelas dan menghulurkan
kepada gadis itu. Wajah Sahara yang masih jelas lebamnya walau dilindungi
solekan nipis masih jelas dipipinya.
“ Terima kasih mak cik..Ara susahkan
mak cik je!”
“ Tak ada apalah..Ara dari mana ni?”
Puan Salbi ramah bertanya. Sebenarnya dia terkejut melihat kehadiran Sahara
setelah lama menyepikan diri semenjak berkahwin. Wajah anaknya yang selamba
cuba diselaminya. Namun dia tidak mampu membaca hati Fakhruddin yang pernah
terluka kerana gadis itu.
“ Dari rumah,” tutur Sahara
perlahan.
“
Suami Ara mana?” Puan Salbi masih bertanya.Sahara hanya tunduk ke lantai. Dia tidak pasti apakah
masalah rumah tangganya perlu diceritakan kepada mama Fakhruddin. Pasti mereka
akan tergelak lebih-lebih lagi bekas kekasihnya yang hanya mendiamkan diri
sejak tadi.
“ Em..mak cik ke dapur kejap. Ara
borak-boraklah dengan Riz,” Puan Salbi seolah-olah faham. Dia bangun dan
menepuk lembut bahu Fakhruddin.
“ Riz..Ara minta maaf! Ara yang
salah sebab tinggalkan Riz. Ara dah dapat balasannya,” Sahara merenung wajah
yang dirinduinya sejak akhir-akhir ini. Tiada tindak balas dari lelaki itu.
Fakhruddin hanya mendiamkan dirinya. Baginya, semua itu sudah tiada maknanya.Tiada
guna Sahara berjumpa dengannya lagi.
“
Riz, I still loving you! I’ll leave my husband and go with you anywhere. I
promise Riz! I’m sorry for everything. About our love before, I know you hate
me. But please Riz..now I want you! Just you and not my husband or someone
else!” Sahara mula teresak-esak.
“ You
are cruel Sahara! You think I’m something that you can play around! After what
happened you come to me and how could
you say sorry to me! you fikir I ni siapa? Nonsense!”
Fakhruddin bersuara keras. Sakit hatinya mendengar permintaan Sahara yang tidak
masuk dek akal.
“ Riz,
I love you that much! You are everything for me. Everything!” Sahara masih
merayu. Fakhruddin mulai rimas dengan sikap gadis itu.
“
Sahara, listen to me carefully.. I dah tak cintakan you and I juga tak bencikan you. So please forget it!”
“
Riz..Ara tahu Ara yang salah..Ara yang curang! Ara tak sepatutnya tinggalkan
Riz macam tu je! Ara dah tersilap langkah..”
“
Tersilap langkah? Jadi datang sini nak
betulkan langkah yang salah tu? Macam
tu?” sinis kata-kata Fakhruddin menerpa ke corong telinga Sahara. Dia akui
semua langkah yang diambil kini seakan mengutuk dirinya tanpa belas keasihan.
“ Ara tahu Riz, apa yang Ara buat semuanya
salah pada pandangan mata Riz. Tapi Riz bagilah Ara peluang untuk berubah! Demi
cinta kita, Riz..” tutur Sahara yang seakan merayu cinta yang telah hilang
bagaikan angin yang berlalu pada pendengaran Fakhruddin.
“ Pembetulan! Bukan cinta kita..antara kita tak
pernah ada rasa cinta. Apa yang dah jadi, semua tu dah berlalu. Cukuplah
diungkit lagi perkara yang dah lepas. Kalau nak betulkan langkah, baliklah ke
pangkuan suami..bukan datang mencari cinta lelaki lain!” Bidas Fakhruddin bagai
duri mencucuk ke hulu hati Sahara. Dia datang dengan harapan. Bukan untuk
mendengar hukuman yang akan dijatuhkan atau dihukum tanpa belas kasihan.
Hatinya sudah cukup sakit dan perit. Tiada lagi ruang di hatinya untuk
mendengar sebarang cemuhan atau hinaan. Namun siapa dia untuk menghalang kata-kata
lelaki yang pernah dihancurkan hatinya.
“ Suami? Suami apa macam tu! perempuan keliling
pinggang! Ara dibuat macam sampah Riz!”
“ Belajarlah untuk menerima kesilapan orang
lain sepertimana kita juga melakukan kesilapan. Curang itu perkara biasa dan
lumrah kepada orang yang bercinta! Kalau tak, pasti tiada orang yang terluka.
Jadi..macam I sendiri, I tak suka kekasih curang!” Fakhruddin bangun dan menuju
ke biliknya. Sahara yang mendengar hanya mampu menitiskan air mata. Bahunya
terhenjut-henjut menahan tangis. Dia turut bangun dan berlalu dari rumah lelaki
yang pernah menyintainya sepenuh jiwa. Tapi kini, menangis air mata darah
sekalipun, Fakhruddin tidak akan kembali kepadanya. Itu Sahara cukup yakin.
****
Fakhruddin memandang ke arah luar
tingkap kamarnya. Matanya terarah lama ke arah Sahara yang memasuki kereta.
Hatinya yang terluka masih berdarah dan tidak mampu dirawat sepenuhnya. Mengapa
baru sekarang Sahara mengungkap kata-kata cinta yang bermadu setelah
dihadiahkan kepadanya pahitnya hempedu? Cinta? Ah, Sahara sebenarnya hanya
menjadikan dirinya alat untuk merawat lukanya kerana seorang lelaki yang telah
melukai hati dan perasaannya. Bukan kerana masih ada cinta yang berbaki di hati
Sahara.
Fakhruddin
menatap lagi wajah wanita yang pernah dicintainya sepenuh hati. Entah apa yang
tersirat di hati Sahara saat itu, Fakhruddin sendiri tidak pasti. Beberapa
minit kemudian, kereta Sahara mula meninggalkan kawasan rumahnya. Saat kereta itu hilang dari pandangan, Fakhruddin
menyepak kaki katil melepas geram dan mengaduh sendiri apabila kesakitan mula
bermain di kakinya.Pantas dia
duduk dan membalikkan diri di atas tilam melayan pelbagai perkara yang
berlegar-legar di kepalanya.