Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,273
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Bab 11

Pagi itu, Nur Jannah menyiapkan dirinya untuk keluar bersama Maria. Selepas pulang dari menonton wayang, Ezri terus keluar dari rumah. Dia sendiri tidak pasti ke mana suaminya bermalam. Apabila disoal, dia diherdik dengan kasar. Sudahnya dia menangis sendiri di kamar sepi. Mujurlah Maria menghubunginya dan menemani malamnya yang menyakitkan. Nur Jannah menghubungi Maria setelah selesai bersiap.

“ Assalamualaikum..Mar kau dah datang ambil aku belum ni?” Nur Jannah bersuara apabila panggilannya di jawab.

“ Waalaikummussalam..aku on the way lah ni! Kau dah siap ke?” suara Maria menerpa di corong telefon.

“ Em..awal-awal aku dah siap.Lama tak keluar dengan kau. Oklah..kau pandu elok-elok tahu!”

“ Yelah! Suami kau ada ke?”Maria masih sibuk bertanya.

“ Tak ada.Dah keluar dah,” Nur Jannah malas berbicara tentang suaminya.Makin dilayan, hatinya makin bernanah. Sakitnya cukup membuatkan dia sengsara. Sampai hati Ezri yang melukakan hatinya berkali-kali. Apa yang masih bermain di kepalanya, mengapa lelaki itu berubah sekelip mata.Akhirnya dia yang menjadi mangsa.

“ Oklah..dalam sepuluh minit aku sampai!”

“ Dah dekat sangat ke kau ni?”

“ Kau tunggu jelah!”

“ Ok..” Nur Jannah memutuskan talian. Dia merias wajahnya sekali lagi dan keluar ke halaman rumah. Sempat dia membelek beberapa kuntum bunga yang mekar menghiasi pagar rumah mereka. Kemudian dia memerhati rumah besar milik Ezri yang tersergam indah. Begini agaknya perangai orang kaya, sudah dapat apa yang diiginkan, ditinggal sepi dalam rumah yang di anggap istana. Sedangkan jiwanya dipenjara tanpa rela. Mungkin benar kekayaan juga boleh menyebabkan seseorang lupa diri. Ah! Ezri memang telah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Nur Jannah masih teringat kata-kata azimat lelaki itu yang membuatkan hatinya rela menjadi isteri kepada seorang yang begitu berbeza dengan dunianya. Harta kekayaan bukan ukuran, namun budi pekerti dan akhlak yang baik. Kata Ezri lagi, tiada wanita lain yang bertakhta di hatinya kecuali insan bernama Nur Jannah. Benarkah? Nur Jannah tersenyum tawar. Tiba-tiba hon kereta Maria kedengaran dan menghentikan lamunannya sebentar tadi. Nur Jannah bergegas ke arah Maria dan meloloskan dirinya di tempat duduk hadapan.

“ Em..cepat kau siap? Waktu bujang dulu bukan main lagi lambat. Ada apa-apa ke? Maria mengangkat kening sambil menekan pedal minyak keretanya. Dia melalui jalan Setapak untuk ke Tasik Titiwangsa.

“ Tak adalah! Aku dah lama tak jumpa kau. Tu excited ni..” Nur Jannah melempar senyum.

“ Macam mana semalam? Kau masak sedap tak? Mahu orang tua tu masuk hospital, nayer kau!” suara Maria kedengaran sinis namun tenggelam dengan tawanya yang meletus tiba-tiba.

“ Ala..aku pandai masaklah..ok je! Pastu kita orang tengok wayang kat KLCC.”

“ Tengok wayang? Ezri pun? Memang romantiklah kauorang ni. Aku ni, dahlah boyfriend tak ada!” Maria memuncungkan mulutnya. Nur Jannah tergelak kecil.

“ Nanti adalah tu. Kau tu memilih sangat kut.”

“ Nur..aku tanya boleh?” Maria tersenyum simpul.Dia memandang ke arah Nur Jannah yang memandang lama ke arahnya.

“ Apa dia?” Nur Jannah kehairanan.Apalah pulak minah ni nak tanya! Siap senyum simpul lagi!

“ Kau carikan aku boyfriend boleh?” Maria bersuara perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga Nur Jannah.

Boyfriend? Kau kan cantik Mar! mengalahkan model. Takkan tak ada yang sangkut atau ayat kau ke?” tutur Nur Jannah kurang percaya. Wajah Maria yang putih gebu itu dipandang lama.

“ Em..lelaki yang suka ayat-ayat ni aku tak berapa berkenan! Kalau macam tu, aku tak nak! Kalau boleh, aku nak lelaki melayu terakhir.Ala.. lebih kurang Remy Ishak pelakon tu!” Maria tersenyum lagi. Nur Jannah tiba-tiba teringat kepada abang Ejay yang tegap dan tampan. Mungkin sekali pandang, gayanya sama seperti pelakon itu. Kasihan abang Ejay!

“ Ada tak?” Maria bersuara seakan mendesak.

“ Ada..ada..” Nur Jannah terlepas cakap.Dia menelan air liur. Matilah kalau abang Ejay tahu.

“ Siapa? Cakaplah!” tutur Maria dengan wajah yang ceria.Lama dia menanti jawapan Nur Jannah yang seperti sengaja mengujinya.

“ Kita nak ke mana ni?” Nur Jannah mengalih topik cerita. Maria yang mendengar, mencebik tidak berpuas hati.

“ Ala kau ni.Tasik Titiwangsa kejap ek!”

“ Macam tak ada tempat lain,” Nur Jannah membebel sendiri. Dia hanya memandang keluar apabila kereta yang mereka naiki memasuki kawasan tasik. Maria mencari tempat yang sesuai dan meletakkan keretanya di situ. Mereka keluar dan berjalan ke arah tasik yang berlantarkan KLCC yang megah berdiri. Tanpa sedar Nur Jannah mula dihimpit pilu.

****

Awal pagi, Ezri sudah terpacak di bengkel Arman Mustaqim. Dia termenung di atas kerusi sambil menghembuskan asap rokok yang mula berkepul di udara dan hilang dalam sekelip mata. Dia teringat bagaimana dia tergamak meninggalkan Nur Jannah sekembali mereka menonton wayang. Itupun tidak sampai lima minit selepas mama dan daddynya pulang setelah menghantar mereka ke rumah. Apabila gadis itu menghubunginya, Nur Jannah diherdik dengan keras. Apa salah gadis itu? Ah! Dia yang bersalah kerana menjadikan Nur Jannah sebagai mangsa.

“ Apa hal kau ni, pagi-pagi dah tercegat kat sini.Tak sangka pulak aku, tokey sanggup datang tempat kotor macam ni!”Arman Mustaqim separuh menyindir.

“ Kau kawan baik aku dari sekolah Arman. Aku ajak kau kerja kat ofis tak nak. Saja jual mahal.” Suara Ezri sedikit mendatar. Tidak berminat untuk bertikam lidah.

“ Bukan jual mahal.Nanti silap hari bulan, aku pulak lawan bos. Tak pasal-pasal gaduh. Tapi aku tabiklah dengan kau, walau kaya, kau tak lupa aku yang papa kedana ni,” Arman Mustaqim tergelak kecil.Ezri hanya memandang dengan wajah yang muram.

“ Kau kenapa? Ada masalah ke?” Arman Mustaqim meninggalkan kerjanya sebentar dan duduk di sebelah Ezri.

“ Em…”

“ Pasal Zurina? Aku dah kata, kau tak payah layan minah tu. Kau dah ada isteri. Buat apa dilayan lagi!”

“ Bukan pasal Zurina..”

“ Habis tu?” Arman Mustaqim mengerutkan dahinya.Pasal apa pulak mamat ni!Takkan pasal kerja kut!

“ Nur Jannah!” Terlontar nama itu dari mulut Ezri. Wajah Nur Jannah terbayang di mata dan hilang secara tiba-tiba.

“ Kenapa dengan dia? Kau nak rujuk balik ke?”

“ Bila masa pulak aku bercerai. Kau ni cakap bukan-bukan pulak.”

“ Habis tu? “

“ Aku dah tak cintakan Nur Jannah. Aku serabutlah, dia asyik tanya ke mana aku pergi, aku tidur kat mana.. dengan siapa. Uh macam-macam! fed uplah aku macam ni!” Ezri meluah rasa yang bermukin di dada

“ Ya Allah! Ez! Nur Jannah tu, isteri kau.Sewajibnya dia bertanya pasal suaminya.Yang salah kau dan Zurina, bukan Nur Jannah. Kau pun satu, Nur Jannah yang cantik tu pun, kau biarkan. Kalau aku, aku peluk hari-hari. Tak nak lepas!” marah Arman Mustaqim dengan sikap Ezri yang kebudakan. Tidak terfikirkah Ezri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ketua keluarga dalam masjid yang dibinanya. Sungguh, lelaki itu keterlaluan!

“ Aku tahu tu..tapi aku cintakan Zurina bukan dia.”

“ Tak baik Ez, kau buat macam tu. Tapi terpulanglah pada kau untuk menilai. Bagi aku, Nur Jannah sepuluh lebih baik dari gadis yang kau puja tu.”

“ Mana kau tu Nur Jannah tu baik? Macamlah kau kenal dia!” Ezri merengus geram. Asyik dia dan Zurina saja yang terkena. Ni kawan ke lawan!

“ Yang pertama, aku tengok Nur Jannah tu sopan orangnya. Yang kedua dia memang gadis kampung yang tahu jaga batas susilanya. Yang ketiga, baik atau tidak dia isteri kau. Yang keempat, kau agaklah Zurina tu lebih baik dari Nur Jannah? Think positiflah Ez, Zurina yang mendedah sana sini tu kau nak jadikan isteri. Sanggup kau tengok dia tayang peha dia kat orang lain. Kalau aku, aku takkan pilih Zurinalah!” Arman Mustaqim bersuara panjang mematikan hujah Ezri.

“ Em..tapi aku cintakan Zurina lah Arman! Aku tak nak dia terlepas ke tangan orang lain.”

“ Kalau ada yang nak dia pun spesies macam kau. Ada isteri dibuang-buang. Tapi kalau kau dah ceraikan Nur Jannah, boleh aku ambil jadi isteri aku. Aku jaga dia baik-baik!” Arman Mustaqim berwajah serius. Ezri menelan air liurnya. Biar betul mamat ni! Takkan bekas isteri kawan baik pun dia nak sapu!

“ Iyelah tu! So macam mana Man?”

“ Macam nilah Ez, aku nak sokong kau pun tak boleh. Menyokong samalah aku turut meruntuhkan masjid yang kau bina. Baliklah! kau cakap pada Nur Jannah kau ada orang lain. Habis cerita.”

“ Tak kejam ke?” Ezri mengerutkan dahinya. Macam tu lagi tak ada perasaan!

“ Gantung dia tak bertali lagi kejam Ez! Sebagai lelaki kau harus berani membuat keputusan. Jangan menambah dosa yang sedia ada.”

“ Macam ustazlah pulak kau ni. Oklah aku balik dulu. Apa-apa hal aku call kau.”

“ Em..nak jumpa Nur Jannah ke?”

“ Tak adalah. Nak dating dengan Zurina..nanti merajuk pulak dia.Kau pun tahu, dia tu susah nak dipujuk kalau merajuk.” Ezri bangun dan menuju ke kereta diiringi Arman Mustaqim.

“ Tapi kalau Nur Jannah merajuk, siapa yang nak pujuk dia Ez?” terlontar soalan itu dari mulut Arman Mustaqim. Ezri yang mendengar, menggigit bibir. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu.

“ Hati-hati bawa kereta tu. Kirim salam kat bini nombor dua kau tu!”

“ Yelah!” Ezri menjeling tidak puas hati.Dia melangkah ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Sebelum beredar, dia membunyikan hon beberapa kali.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.