Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,791
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Bab 7

Jam loceng berbunyi kuat mengejutkan Rizman Fakhruddin. Dia pantas bangun dan menuju ke bilik air. Selesai mandi, dia bersiap untuk ke pejabat. Puan Salbi sibuk menyiapakan sarapan pagi di dapur. Nasi goreng kampung siap dihidang di atas meja bersama teh o panas. Fakhruddin duduk dan mencedok nasi ke dalam pinggan. Dia memandang ke arah mamanya yang masih sibuk membersihkan dapur. Mamanya seorang yang rajin dan mementingkan kebersihan. Papanya pula selalu sibuk dengan kerja yang tidak tentu masa. Kadang kala dua tiga hari tidak pulang dengan alasan outstation.

“ Riz, dah siap dah? Nanti kerja tu elok-elok. Jaga diri dan tingkahlaku,” Puan Salbi duduk di hadapan Fakhruddin.

“ Insya’Allah mama. Mama tak makan sekali ke?” tutur Fakhruddin sambil menyuap nasi goreng yang masih berbaki di pinggannya. Kemudian dia menghirup air teh o yang masih panas dengan perlahan.

“ Takpelah. Nanti mama makan..Riz kirim salam mama pada bos Riz..”

“ Yelah mama. Riz dah lambat, Riz pergi dulu,” Fakhruddin mengucup lembut tangan mamanya. Dia bergegas keluar dan menaiki kereta Wira berwarna hitam yang berada di bawah garaj. Pantas dia menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. Jalan yang sibuk membataskan kelajuan keretanya. Hampir setengah jam, Fakhruddin sampai di tempat kerja.

“ Awak baru sampai?” Zurina menegur dengan senyuman. Fakhruddin hanya memandang dan bergegas ke tempat duduknya. Seorang lelaki berbadan gempal menghampirinya dan menerangkan kerja yang perlu dilakukan oleh Fakhruddin. Zurina yang memandang mengetap bibir. Panas hatinya dengan lagak lelaki itu. Macam bagus sangat! Kerja tak perlu temuduga, lepas tu nak berlagak! Zurina benar-benar sakit hati. Ez pun satu, ambil orang tak selidik dulu latar belakangnya, main sapu je..Zurina memandang ke arah jam. Rasa lambat benar jam itu berputar. Ingin desembur segala amarah. Biar Ezri tahu, lelaki sombong macam Fakhruddin tidak patut ada dalam syarikat mereka.

“ Zurina, You kenapa? I tengok lain macam je..” Suri menyapa tanpa salam. Wajah Zurina yang masam dapat dilihat dengan jelas.

“ Aku tak suka mamat perasan bagus tu!” Zurina bersuara keras. Sesekali matanya memandang ke arah Fakhruddin dan Shahidan yang asyik berbincang pasal kerja.

“ Aku tengok ok je. Apa yang tak kena? Dahlah hensem, macho, aku pun cairlah.” Suri memuji sambil melirik senyum buat Fakhruddin.

“ Macam tu hensem? Harap muka je! Perangai? Senyum pun susah!” tutur Zurina benar-benar marah. Malu juga bila tegurannya tidak diendahkan.

“ Yang kau nak marah tu kenapa? Biarlah dia. Busy body betullah kau ni!” penat telinga Suri mendengar cemuhan Zurina yang tidak sudah.

“ Kau apahal? Suka kat mamat tu? ’’ wajah Suri dipandang dengan jelingan maut. Gadis itu terkulat-kulat untuk menjawab.

“ Emm..apahal ni?” Ezri bersuara dari belakang. Suri hanya tersenyum dan berlalu ke mejanya. Zurina pula masih menarik muka. Panas hatinya pada Fakhruddin, panas lagi hatinya kepada Ezri.

“ Kenapa ni sayang?” Ezri separuh berbisik. Dia tersenyum apabila Fakhruddin dan Shahidan memandang ke arahnya.

“ I tak suka apa yang You buat!” bentak Zurina dengan muncung memanjang.

“ Apa yang I dah buat?”Ezri menggaru kepala. Dia benar-benar lemah berhadapan dengan Zurina. Mungkin kerana cinta yang kian mekar dari hari ke hari.

“ I tak suka jantan berlagak tu!” wajah Zurina samakin kelat.

“ Siapa?” Ezri masih tidak faham.Jantan mana pulak ni! Dia menggarukan kepalanya.

“ Fakhruddin!”

“ Fakhruddin? Ina, You masuk bilik I…” Ezri berlalu ke biliknya. Zurina memandang ke arah Fakhruddin yang berwajah selamba. Dia meluru masuk ke bilik Ezri. Wajahnya yang mencuka dapat dilihat jelas oleh Ezri.

“ Kenapa ni sayang?” Ezri bersuara lembut. Penghawa dingin dihidupkan agar bilik itu nyaman dan segar. Kemudian dia melabuh punggung di atas kerusi.

“ I tak suka Fakhruddin kerja kat sini!” Zurina masih membentak seperti tadi.

“ Tapi kenapa?” Ezri kehairanan. Apa masalah Fakhruddin dengan kekasih hatinya. Jatuh cinta ke kat balak tu?

“ Sudahlah berlagak!Sombong pulak tu! Ina tegur tanda hormat tapi dia buat muka bodoh je!”

“ Pasal tu ke? Dia memang macam tu. Arman Mustakim dah bagitahu abang. Fakhruddin memang susah nak senyum.” Ezri sedikit lega.

“ Abang pulak, tak tahu budak tu pandai buat kerja ke tidak, abang sapu je! Mentang-mentang kawan baik minta tolong,” Zurina masih marah. Malunya dia apabila tegurannya tidak diendahkan.

“ Dia bolehlah sayang!Dah jangan marah-marah lagi. Abang nak buat kerja ni.”

“ Oklah, Ina keluar dulu!” Zurina seakan memberontak dan keluar dari bilik Ezri. Ezri yang memerhati hanya menggelengkan kepala dan tersenyum sendiri. Dia mencapai fail yang berlambak di atas meja. Seketika dia teringat pada Nur Jannah yang ditinggal hampir seminggu. Apa yang gadis itu buat ketika itu. Makan minumnya macam mana. Ah! Pandailah dia nak uruskan. Duit hantaran kahwin sebanyak Rm 20,000 untuk Nur Jannah telah dimasukkan kedalam akaun gadis itu. Satu sen pun tiada yang kurang. Tiba-tiba telefonnnya berbunyi mematikan ingatannya pada Nur Jannah. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.

“ Helo! Assalamualaikum..” Ezri memberi salam.

“ Waalaikumussalam..Ez, mama ni. Apasal susah sangat mama nak cakap dengan Ez ni? Mama call Nur Jannah, dia kata kau kat office. Mama call Ez tak angkat!” Datin Ezrin separuh membebel.

“ Ez sibuklah mama..” Ezri memberi alasan. Pandai juga Nur Jannah memberi jawapan. Kalau tidak, pasti sakit telinganya menadah telinga mendengar bebelan orang tuanya. Sudah pasti juga mamanya memaksa dia pulang ke rumah..Uh! pandai juga kau Nur Jannah!

“ Mama tak nak dengar alasan sibuk. Nur Jannah tu isteri kau. Berilah ruang untuk dia sikit..Ni..mama dan daddy nak pergi rumah Ez esok. Jangan tak ada!” Datin Ezrin seakan memberi arahan.

“ Tapi mama…” Ezri ingin membantah. Malas dia bertemu muka dengan Nur Jannah. Lagipun dia telah berjanji dengan Zurina tidak akan pulang ke rumah itu. Dia meraup mukanya sambil mengetap bibir. Kata mama tidak boleh disanggah. Lagilah daddynya yang cukup tegas dalam menguruskan keluarga. Melawan bermakna derhaka..Uh! apalah nasib.

“ Tak ada tapi-tapi! Esok mama dan daddy nak pergi rumah Ez.Kita jalan-jalan kat KLCC tengok wayang!”

“ Daddy nak tengok wayang? Mama, daddy kan sibuk. Tak ada masa nak tengok-tengok wayang ni!” Ezri tergelak kecil.

“ Daddy dah janji..jadi Ez jangan banyak alasan. Cakap dengan Nur..”

“ Yelah mama. Daddy mana?” Ezri terpaksa mengalah. Malas dia bertegang urat dengan orang tuanya.

“ Daddy ada kerjalah. Sibuk! Tapi sibuk-sibuk daddy ada masa untuk keluarga!” Datin Ezrin membidas tajam. Ezri mencebik sendiri.

“ Oklah ma, Ez banyak kerja ni.Kita jumpa esok jelah ek!”

“ Yelah..kirim salam pada Nur,” Datin Ezrin memutuskan talian. Ezri termenung sambil menongkatkan dagu di atas meja. Apa yang perlu dia lakukan? Pulang ke rumah seperti tiada apa yang berlaku? Uh! Hipokrit betul. Apa kata Zurina kalau dia tahu..pasti gadis itu mengamuk. Kalau daddy tahu lagi mengamuk. Mahu terlingkup periuk nasinya. Pejabat yang diuruskan sekarang adalah hasil titik peluh daddynya yang telah diamanahkan kepadanya, kerana daddynya masih mempunyai office baru di Bangi.Nama syarikat Ezis Sdn Bhd juga adalah nama gabungan mama dan daddynya. Ezrien dan Ismadi diabadikan sebagai nama Ezis tanda cinta mereka yang sentiasa mekar dan mewangi. Siapa yang tidak kenal Dato’ Ismadi, seorang bisnesman yang berjaya. Perniagaan minyak wanginya yang mendapat sambutan telah memasuki pasaran antarabangsa. Banyak minyak wangi yang dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti minyak wangi tersebut. Apa yang diusahakan selama ini oleh Dato’ Ismadi amat dibanggakan. Minyak wangi yang dihasilkan dengan gabungan pelbagai jenis bunga menjadi acuan yang mengeluarkan aroma yang mengasyikkan. Apa yang lebih penting, minyak wangi tersebut dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai anak, Ezri mengharapkan segala ilmu yang dimiliki oleh daddynya akan diwarisinya kelak.

“ Hai Ez!” Zurina tersenyum di muka pintu. Ezri menjeling tajam kekasihnya. Asyik nak berkepit je! Kerja malas nak buat! Getus Ezri sendiri.

“ Kenapa tak bagi salam? You masuk macam pencuri je..lain kali ketuk dulu!” Ezri sedikit marah.

“ Awak kenapa tiba-tiba marah ni? Kena tinggal isteri ke? Zurina panas hati. Sangkanya tegurannya dibalas dengan senyuman namun sergahan yang dia dapat.

“ Abang yang tinggal isteri abang kerana Ina.Bukan dia yang tinggalkan abang!” Ezri menarik muka. Zurina mula tersenyum dan menghampiri Ezri.

“ Em..abang, esok kita keluar ek!”

“ Abang ada janji dengan client..esok Ina kan kerja. Mana boleh pontengkan.”

“ Malam macam mana?” Zurina masih tidak putus asa.

“ Tak boleh..malam Ez ada temu janji dengan Mr. Wong pasal tempahan minyak wangi dari syarikat daddy..,” Ezri memberi alasan.

“ Kenapa abang yang uruskan? Pekerja daddy abang kan ramai..yang lain tu makan gaji buta ke?” Zurina tidak berpuas hati. Sejak Ezri berkahwin hatinya tidak tenang. Macam-macam yang bermain di kepalanya. Apa yang merisaukannya, perasaan Ezri padanya apakah masih seperti dulu.

“ Sayang..sayang kena faham..tu daddy I . Tak salah I tolong dia kan?Takpe, lain kali, abang beri tumpuan hanya untuk Ina..k, puas hati?” Ezri tersenyum panjang. Zurina menyambutnya dengan wajah yang mencuka.

“ Abang janji?” suara Zurina sedikit keras.

“ Iye! Abang janji..tapi dengan syarat!”

“ Apa dia?” Zurina mengerutkan dahinya. Seraut wajah kekasihnya dipandang. Ada senyuman di bibir lelaki itu. Dia malas untuk melayan.

“ Tolong senyum!” terlontar kata-kata itu dari mulut Ezri.

“ Pandailah abang..” Zurina ketawa perlahan. Ezri memandangnya tanpa berkelip. Wajah Zurina sememangnya cukup manis dengan gelak dan tawa. Senyumannya juga tidak mampu Ezri lupakan walau sesaat cuma. Zurina menentang pandangan Ezri yang menusuk terus ke hatinya. Akhirnya dia menunduk dan tersipu malu. Kemudian dia melangkah keluar dengan senyuman yang tidak sudah.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.