Bab
15
Pagi itu Aiman Ezri
memberitahu ada staf baru yang akan bekerja di situ. Fakhruddin
hanya mendengar separuh hati. Dia sibuk membuat kerjanya yang belum selesai.
Suri yang berada di sebelah Zurina
berbisik-bisik bertanya siapa staf baru yang disebutkan.
“ Laki ke perempuan?” Suri menguis
jari Zurina berkali-kali. Dia menjenguk kepalanya ke arah Ezri yang berdiri di
hadapan mereka. Kemudian lelaki itu berlalu menuju ke biliknya.
“ Perempuanlah! Lelaki buat apa!
Sakitkan hati je.” Tutur Zurina sedikit kasar. Wajahnya tiba-tiba mencuka tanpa
sebab.
“ Aik! lain macam je cakap kau.
Sejak bila kau benci kat laki-laki ni?” Suri mencebik. Bukan dia tidak tahu,
gadis itu sering berkepit dengan bos mereka. Dia sendiri tahu tentang
percintaan mereka yang bagai romeo dan juliet itu. Cuma apa yang dia tidak
tahu, mengapa Zurina asyik membenci lelaki sejak akhir-akhir ini.
“ Aku bukan bencikan lelaki! Aku
bencikan mamat perasan tu. Belajar entah sampai mana, berlagak tak tentu
pasal,” Zurina bersuara kuat sambil memandang geram ke arah Fakhruddin yang
khusyuk menyiapkan kerjanya.Panas hatinya makin
bertambah apabila lelaki itu hanya berwajah
selamba.Ah! Sakit hati aku!
“ Maksud kau Fakhruddin? Apa masalah
kau dengan dia. Aku tengok dia okey je.” Suri mencuri pandang wajah tampan
Fakhruddin. Lelaki itu cukup untuk menggetarkan hati mana-mana perempuan yang
memandangnya. Agaknya Zurina dah jatuh cinta kat mamat tu kut! Sebab tu
marah-marah! Sengih Suri sendiri.
“ Masalahnya..budak tu sombong,
berlagak! Aku tegur, bukan nak jawab. Dari mula-mula lagi aku dah menyampah
tengok dia!” Zurina tidak habis-habis mencemuh dengan kata-kata yang
menyakitkan telinga.
“ Menyampah? Benci? Kau jangan
Zurina. Kata orang benci tanda sayang. Mana tahu, menyampah kau nanti jadi rindu
pulak,” Suri mengekek perlahan. Zurina membulatkan matanya. Dengan mamat
perasan tu? Nonsense! Bagilah percuma
sekalipun, dia tidak akan hairan dengan lelaki seperti Fakhruddin yang begitu
mahal dengan senyuman.
“ Zurina, You masuk bilik I kejap,”
Ezri tercegat di hadapan Zurina yang masih masam mencuka. Suri tergesa-gesa ke
tempat duduknya. Sesekali matanya mencuri pandang pada Zurina yang mula bangun
mengekori Ezri. Tiba-tiba matanya
terpandang seseorang yang memberi salam. Pantas dia mempersilakan masuk dan
tersenyum ramah.
“ Cik nak jumpa siapa?” Suri
terpegun melihat kecantikan gadis itu. Wajahnya yang ayu dan bertubuh ramping
cukup membuatkan setiap lelaki memandang. Encik Shahidan dan Fakhruddin
seolah-olah tidak perasan kehadiran tetamu istimewa itu.
“ Emm…Encik Aiman Ezri dan
Zurina ada?” Gadis itu bersuara lembut dan tersenyum manis.
“ Ada! Cik…”
“ Em..panggil je Sahara.”
“ Sahara? Oh ye cik Sahara
duduk dulu. Nanti saya maklumkan pada mereka,” Suri berlalu menuju ke bilik
Ezri. Dia mengentuk pintu dan menolaknya setelah di beri arahan. Kelihatan
Zurina yang menjeling kepadanya seperti tidak berpuas hati.
“ Cik Sahara nak jumpa,”
Suri tersengih panjang. Takut kalau-kalau dianggap mengganggu. Jelingan Zurina
dibalas dengan senyuman.
“ Oh ye! Suri, You suruh dia masuk,”
Ezri memberi arahan. Zurina hanya mendiamkan diri dan membuat muka pada gadis
itu. Suri berlalu dan tidak lama kemudian pintu diketuk dari luar.
“ Masuk!” Ezri memberi arahan.
Seketika pintu ditolak dari luar dan Sahara melangkah masuk dengan senyuman.Zurina
membeliakkan matanya melihat dressinggadis
itu yang cukup berani.
“
Kau apahal Ina?” Sahara kehairanan melihat sahabatnya itu membulatkan mata.
Seakan ingin terkeluar biji mata Zurina. Ezri hanya tersenyum melihat tingkah
kekasihnya. Sahara melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Zurina.
“
Kau apahal seksi sangat.Kalau
macam ni, kalah aku. Tak pasal-pasal lelaki kat sini terseksa sebab kau!”
Zurina melepas kata.
“ Merepeklah kau ni Ina. Aku datang nak
kerja. Tempat lama dah tak sesuai untuk aku. Mujur aku jumpa kau dengan Encik
Ezri hari tu. Kalau tak, tak tahulah aku,” Sahara teringat bagaimana seksanya
apabila meninggalkan rumah dan suami. Dia tiada arah untuk di tuju. Mujurlah
berjumpa semula dengan Zurina teman sekolahnya. Apa yang menjadi rahsia tetap
disimpan kukuh di dalam dadanya. Zurina atau Ezri, tiada siapa yang mengetahui
dia telah berumahtangga. Biarlah semuanya rahsia. Biarlah!
“ Kau tinggal kat mana
sekarang?” Zurina masih bertanya.
“ Aku nak cari rumah sewalah. Hari
tu aku duduk dengan orang tua aku kat Cheras. Tapi sekarang rasa nak
berdikarilah pulak.”
“ Em..apa kata kau duduk dengan aku
je! Tak gitu honey?Zurina memandang
ke arah Ezri yang menjadi pemerhati dari tadi.
“ Em..abang tak kisah. Ina duk kat
rumah tu pun dengan Maisarah je kan? So I
think you all bolehlah duduk sekali,” Ezri menganggukkan kepalanya tanda
menyokong. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“
Tak menyusahkan ke? I takut you all
tak senang dengan kehadiran I nanti.” Sahara cuba mendapatkan kepastian.
“
Ek eleh kau ni! Kitakan bestfriend
masa sekolah. Takkan tu pun nak berkira.Lagipun kau pun kena bayar rumah sewa. Bukan aku dengan Maisarah je,”
Zurina tersenyum mengenakan Sahara. Sememangnya dia juga perlukan teman
serumah. Kalau tidak, hari-hari dia bertekak dengan Maisarah. Maklumlah gadis
itu suka memberi ceramah kepadanya. Apa yang dia buat semuanya tidak kena pada
pandangan temannya itu. Namun begitu, Zurina akui Maisarah seorang yang baik
budi pekertinya.
“ Kalau macam tu aku setujulah duduk
rumah kau,” Sahara membuat keputusan. Dia ingin lari dari John David dan
kehidupannya yang bagaikan neraka. Hatinya yang terluka tidak mampu lagi
menerima sebarang kesakitan lagi. Pada papa dan mamanya sendiri tidak
diberitahu tentang apa yang telah terjadi. Biarlah masa yang akan menceritakan
segala-galanya. Yang pasti bukan saat itu.
“ Oklah! Sekarang I nak perkenalkan
You pada staf-staf yang lain,” Ezri bangun dan melangkah untuk keluar. Zurina dan
Sahara mengekori dari belakang dan melempar senyum sesama sendiri.
“ Ok semua, I nak perkenalkan staf
baru syarikat kita, cik Sahara. I hope
you all boleh beri tunjuk ajar dan bekerjasama andai ada apa-apa masalah,”
Ezri memperkenalkan Sahara yang sejak tadi melempar senyum. Zurina menjeling ke
arah tempat duduk Fakhruddin. Mamat sekor ni ponteng ke apa!
“
Selamat pagi. Nama saya Sahara. I hope
you all dapat beri tunjuk ajar. Maklumlah saya staf baru yang mungkin
banyak kekurangan!” Sahara memperkenalkan diri.
“
Em..dah berpunya ke?” Shahidan bersuara sambil tersenyum lebar. Wajah Sahara di
pandang lama dan dia tersenyum sendiri.
“ Kau ni sempat lagi nak menggatal.Orang
cantik, mesti dah berpunya!” Suri pula menyampuk.
“
Em..saya masih solo dan tiada boyfriend,”
Sahara bersuara lancar sedangkan di hatinya bergelora. Wajah John David
bermain-main di mindanya.
“
Oh ye Shahidan! Mana Fakhruddin?” Ezri melilau mencari lelaki itu.Pantas matanya menangkap ke arah Fakhruddin yang menghala
kepada mereka.
“ Saya ke toilet tadi Encik Ezri,” Fakhruddin bersuara mendengar pertanyaan
bosnya. Sahara yang mendengar cepat-cepat memandang. Matanya seakan terbeliak
melihat Rizman Fakhruddin berada disitu. Dengan kata lain ex-boyfriendnya berada di situ di saat cintanya masih mekar
mewangi. Dia memandang Fakhruddin yang tidak menyedari kehadirannya. Serasa air
matanya ingin tumpah mengenangkan dosanya kepada lelaki itu.
“ Em..Fakhruddin, ni staf baru yang
I maksudkan, Sahara,” Ezri memandang ke arah Sahara yang memandang tajam ke
arah Fakhruddin. Pantas Fakhruddin memandang ke arah gadis yang dimaksudkan
yang berselindung di belakang Zurina. Dia benar-benar terkejut melihat orang
yang menghancurkan hatinya berada disitu. Fakhruddin cuba berlagak selamba dan
berpura-pura tidak mengenali Sahara.
“ Oklah! Kamu semua boleh sambung
kerja and You Sahara, You boleh start
kerja esok.” Sahara menganggukkan kepalanya. Sesekali matanya berkalih ke arah
Fakhruddin yang memulakan kerja tanpa mempedulikan kehadirannya. Sungguh dia
tidak menyangka berjumpa lelaki itu di situ.
“ Em..baiklah Encik Ezri.Thanks
sebab ambil saya bekerja kat sini.” Senyuman dilemparkan cukup manis walaupun
ada resah yang mula bermain di jiwanya.
“
It’s okey! Bila you nak pindah rumah
Zurina?”Ezri tersenyum
memandang Zurina yang merenung manja ke arahnya.
“
Bila ye Ina?” Sahara pula bertanya Zurina.
“
Malam ni boleh..nanti I call Maisarah
cakap dengan dia dulu. Kan tak pasal-pasal dia terkejut ada bidadari turun dari
langit,” Zurina tergelak kecil. Terbayang di matanya wajah Maisarah yang
sentiasa mahal dengan senyuman. Namun cukup murah dengan kata-kata nasihat yang
sentiasa meniti di bibirnya. Kadang kala, sakit juga kepala Zurina apabila
sentiasa di tegur oleh teman serumahnya itu. Emm…kali ni, biar Sahara pulak
yang kena! Kalau tak, asyik aku je yang kena dengar ceramah! Zurina tersengih
sendiri.
“
Pandailah kau tu!” Sahara mencubit lengan Zurina yang tidak beralas. Dia
mengaduh kecil sambil menjeling ke arah Fakhruddin. Saat itu mata mereka bertentang
dan Zurina melarikan anak matanya dengan riak wajah yang mencuka.
“ Nak ambil kau kat mana nanti?”
“ Em..aku sekarang ada kerja sikit
kat KL.Nanti apahal aku call kau.”
“ Ok jangan lupa tu!” Zurina
mengingatkan Sahara.
“ Oklah..Ina sambung kerja You
balik. I ada kerja yang belum selesai,” Ezri berlalu ke biliknya. Sahara
meminta diri untuk pulang. Matanya terarah kepada Fakhruddin saat dia berlalu
keluar dari pejabat Aiman Ezri.Air matanya yang
berkaca tiba-tiba menitis ke pipi. Dia akan cuba mendapatkan cinta Fakhruddin
semula. Biarlah semuanya bermula di sini. Pertemuannya dengan Fakhruddin pasti
membawa maksud yang tersirat. Pasti juga memberinya peluang untuk membetulkan
segala kesilapan. Sungguh, Sahara sanggup berbuat apa saja demi memiliki jiwa
raga lelaki itu walau terpaksa berkorban nyawa. Sesungguhnya saat itu akan
tiba!