Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
55,388
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 20

Bab 20

Datin Fiffy menghempaskan dirinya ke sofa apabila mendengar leteran Tan Sri Jamil apabila dia menyalahkan Dato’ Irfan dengan apa yang telah terjadi di dalam rumahtangga mereka. Jarang benar dia melihat orang tuanya itu menyinga seperti itu. Entah apalah yang telah dilakukan oleh suaminya sehingga daddynya itu begitu menyayangi menantunya yang seorang itu.

“ Daddy..masalahnya sekarang, abang Irfan yang menduakan Fiffy! Kenapa daddy tak cuba cakap dengan dia? Sampai bila Fiffy nak hidup macam ni? Fiffy juga nak bahagia macam orang lain!” Datin Fiffy bersuara keras namun terselit sendu dalam suaranya. Dia menahan air matanya dari jatuh membasahi pipi.

“ Setiap benda yang kita buat, jika dengan cara yang tidak elok, inilah natijahnya Fiffy! Jauh untuk merasa bahagia, untuk merasa gembira pun sukar Fiffy!” ujar Tan Sri Jamil sambil duduk di hadapan anaknya itu. Wajah suram wanita itu dipandang lama sebelum mengelengkan kepalanya berulang kali.

“ Apa maksud daddy?” Datin Fiffy mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

“ Cara Fiffy dapatkan Irfan tu dulu secara salah! Sekarang…” Tan Sri Jamil seakan mengungkit perkara yang telah lama berlalu.

“ Daddy..perkara tu dah lama! Tak perlu ungkit lagi. lagipun Fiffy dan abang Irfan dah ada Nazri. Apa masalah lagi?” bidas Datin Fiffy sebelum Tan Sri jamil menghabiskan kata-katanya.

“ Masalahnya sekarang, kau tak pernah berubah! Kau masih hanyut dengan dunia kau sendiri! Sebagai seorang isteri mengapa Fiffy mengikut retak Irfan? Masih hanyut dengan dunia! Berperangai seperti orang yang tidak ada keluarga!” herdik lelaki berumur 70-an itu. Datin Fiffy merenung lama wajah tua daddynya. Dia cuba mencari maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh lelaki tua itu.

“ Maksud daddy?” Datin Fiffy mengecilkan matanya.

“ Bila lagi kau nak bertaubat? Daddy tak pernah tengok Fiffy membaca Al-Quran! Jauh sekali untuk bersolat! Tengok Nazri, siapa yang mendidiknya seperti itu? Mabuk-mabuk! Perempuan keliling pinggang! Macam tu Fiffy nak merasa bahagia?” Tan Sri Jamil mengurut dadanya yang terasa sakit secara tiba-tiba.

“ Daddy okey ke?” Datin Fiffy berwajah cemas. Pantas lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan.

“ Fiffy, tak tahu nak cakap apa lagi daddy!” Datin Fiffy akhirnya menyerah kalah dengan kata-kata Tan Sri Jmail.

“ Jangan bercakap! Apa yang penting sekarang, Fiffy balik, ambil wuduk dan solat! Mohon ampun dengan Tuhan! Allah itu sentiasa ada dengan kita, dan akan sentiasa mendengar keluhan kita. Sebagai hambanya, bertaubat adalah jalan yang paling baik! Insya’Allah segalanya menjadi mudah. Insya’Allah juga, Irfan akan kembali kepada Fiffy dengan seikhlas hati dia..” Tan Sri Jamil mengingatkan anaknya itu. Datin Fiffy hanya mampu mengalirkan air matanya sekali lagi. Kata-kata itu adalah benar dan tidak boleh disangkal olehnya. KeranaMu Ya Allah..aku akan cuba menjadi hambaMu yang bertaubat! Ampunkanlah dosa-dosaku! Dan saat itu Datin Fiffy bangun dan memeluk erat daddynya dan memohon ampun dan maaf. Tanpa dipaksa, sebuah senyuman bermain di bibir Tan Sri Jamil.

****

Ketika asyik menonton televisyen, telefon bimbit Murni yang berada di dalam bilik menjerit dengan kuatnya. Pantas Murni berlari anak dan mengukir senyum apabila tertera nama seseorang yang amat dirinduinya diskrin telefon.

“ Helo, Mira,lama tak call kak Murni. Mira sihat?” mata Murni bersinar saat mendapat panggilan daripada Nur Amira, satu-satunya saudara kandung yang dia ada. Adiknya itu sudah lama menyepikan diri semenjak dia mengikut nenek Rubiah ke Terengganu. Nur Amira yang berada bersama ibu dan bapa saudaranya di Pahang seakan-akan telah melupai dirinya.

“ Mira sihat! Kak Murni sihat tak? Kak Murni tak rindu Mira ke?” suara Nur Amira kedengaran halus di telinga Murni. Air matanya mengalir laju secara tiba-tiba. Kata-kata itu seakan menjerut perasaannya selama ini.

“ Kak Murni rindu! Mira datang KL ya! Nanti kak Murni ambil Mira dekat hentian Putra,” Murni galak bersuara. Besar harapannya agar gadis itu akan tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

“ Nanti Mira datang! Nenek sihat tak kak Murni?” Nur Amira sempat bertanya tentang nenek Rubiah. Pantas Murni menganggukkan kepalanya sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu.

“ Alhamdulillah..nenek sihat! Nanti Mira datang, kak Murni bawa Mira jumpa nenek!” ujar Murni dengan perasaan gembira. Senyuman terukir lebar di bibir merkahnya sebelum menjawab salam Nur Amira yang berjanji akan datang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. Murni meletakkan telefonnya ke atas tilam dan duduk mengadap ke arah cermin. Dia menyikat rambutnya sambil menyanyi kecil sebelum senyuman di bibirnya hilang serta merta apabila teringatkan nasib Edzhar. Adakah kau masih hidup Zahar? Kalau betul, di mana kau sekarang? Atau lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Andrey menyembunyikan kau? Tapi untuk apa?
Murni menggigit bibirnya. Wajahnya berkerut bagaikan memikirkan masalah Negara. Telefon lelaki tak siuman tu? Mustahil! Tak pasal-pasal aku dikerat empat belas! Tapi apa yang perlu aku lakukan? Report polis?? Tak mungkin! Murni memicit kepalanya yang terasa sakit secara tiba-tiba. Semenjak berada di Kuala Lumpur berbagai masalah yang datang menghampirinya. Perkara-perkara yang tidak pernah terfikir langsung datang menyerangnya bertubi-tubi. Entah kenapa dia menjadi sasaran mereka yang dianggap berpenyakit! Penyakit jiwa.
Murni bangun dan bergegas keluar. Malas dia berlama-lama di dalam bilik. Pasti kepalanya semakin berserabut memikirkan masalah yang timbul. Lebih baik tengok TV! Getus Murni sambil duduk di atas kerusi mengadap televisyen yang terpasang semenjak tadi lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.