Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
13,192
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 16

Bab 16

Jam 9.00 malam, Murni keluar dari kereta setelah meletakkan kereta di tempat parking. Tiba-tiba seseorang menyergahnya dengan kuat dan kasar. Pantas Murni berpaling sebelum membutangkan matanya melihat Ros Hitam tercegat begitu dekat di hadapannya. Wajah Ros Hitam yang bengis cukup menakutkan Murni.

“ Seronok kau sekarang Murni? Kau dah lupa apa yang terjadi pada aku?” keras tutur kata Ros Hitam yang merenung Murni dengan tajam. Tiada langsung segarit senyuman di wajahnya.

“ Tolonglah..Jangan ganggu aku! Aku dah bosan! Aku tak kenal kau. Sebelum aku report polis..” belum sempat Murni menghabiskan kata-katanya Ros Hitam melepasakan tawa yang kuat. Kemudian dia menjengilkan matanya kepada Murni.

“ Report polis? Kalau macam tu, aku juga kena habiskan kau!” Ros Hitam mengeluarkan pisau yang terselit di pinggangnya. Murni yang melihat menggigil ketakutan sebelum melarikan diri sekuat yang mungkin. Nyawanya benar-benar terancam apabila hampir sahaja pisau tajam itu mengenai lehernya.

“ Tolong..tolong..” Murni menjerit kuat sambil menangis. Entah macam mana tiada siapa yang berada di situ. Ketika dia berhenti kerana terlalu penat, dari jauh Murni dapat melihat sinaran pisau yang dipegang oleh perempuan gila itu. Pantas dia berlari lagi sebelum sebuah motorsikal berhenti di hadapannya.

“ Kenapa kak?” tegur seorang lelaki kepada Murni yang kelihatan lemah tidak bermaya.

“ Ada orang gila nak bunuh saya!” jelas Murni dengan terketar-ketar. Tidak lama kemudian dia terkulai layu dan rebah ke atas jalan raya. Pantas lelaki itu mengangkat Murni sebelum menahan kereta yang lalu di situ. Sempat dia meminta agar pemandu tersebut menghantar Murni di klinik yang berhampiran sebelum dia mengekori dengan motorsikalnya.

****

Lelaki yang membantu Murni sebentar tadi ke hulu ke hilir. Kemudian dia teringatkan sesuatu yang membuatkan dia tersenyum sendiri. Barulah dia perasan gadis yang dibawanya itu adalah perempuan yang dilihat bersama Dato’ Irfan ketika di Bukit Bintang tempoh hari. Gadis itu juga yang diminatinya selain gadis berjaket yang sering menghampiri lelaki separuh abad itu.

Kring, kring..kring,kring…telefon yang berbunyi pantas dijawab oleh Bros. Terdengar suara Lalita di corong telefon. Gadis itu membebel lama apabila menunggu kehadirannya yang tidak datang seperti yang dijanjikan.

“ Lali, aku lambat sikit! Ada masalah dengan motor aku!” bohong Bros sambil melihat Murni yang sedang berbual dengan doktor di dalam bilik melalui kaca pintu.

“ Apa masalahnya? Nak aku ambil kau?” Lalitha kedengaran tidak berpuas hati. Dia mendengus perlahan namun cukup jelas di telinga Bros.

“ Tak apalah Lali! Kejap lagi aku sampai ya! Kau tunggulah!” ujar Bros sebelum memutuskan panggilan. Kemudian dia menuju kepada Murni dan doktor wanita yang melangkah keluar.

“ Awak jumpa Murni kat mana?” soal Doktor Liza sambil merenung lama wajah Bros yang tersengih bagai kerang busuk. Matanya asyik menatap wajah Murni yang manis. Kemudian matanya beralih kepada Doktor Liza yang berdehem beberapa kali.

“ Saya jumpa dia..” Bros memandang Murni yang merenung tajam mukanyaseolah-olah tidak membenarkan dia bercerita. Doktor Liza menarik nafas. Nyata ada sesuatu yang disembunyikan oleh pesakitnya itu.

“ Saya dah bagitahu doktorkan? Saya jatuh atas jalan raya sebab terlanggar batu! Sekarang, boleh saya balik?” Murni bersuara kasar. Dia tidak mahu melibatkan polis dalam cerita tersebut. Pasti Ros Hitam akan terus memburunya! Nyata gadis berjaket hitam itu seolah-olah menjadi bayang-bayangnya sendiri.

“ Awak pasti?” soalan Doktor Liza kedengaran sinis. Bros yang tidak tahu pucuk pangkalnya hanya mengerutkan dahi. Gadis yang dilihat dalam ketakutan sebentar tadi solah-olah menyembunyikan sesuatu! Tetapi apa dia?

“ Doktor juga pasti?” soal Murni kembali.

“ Apa yang saya pasti?” Doktor Liza benar-benar hairan dengan gadis di hadapannya itu. Suka berteka-teki!

“ Doktor pasti doktor seorang doktor?” Murni bersahaja sedangkan Bros mula ketawa mengekek. Geli hatinya dengan apa yang sedang berlaku. Belum sempat Doktor Liza bersuara, Murni mula melangkah keluar. Bros yang mengejar dari belakang berhenti serta merta apabila gadis itu merenung tajam wajahnya.

“ Kalau awak tidak mahu ditimpa celaka, jangan hampiri saya!” ujar Murni bagaikan satu ugutan. Bros mengurutkan dada kerana terkejut dengan amaran gadis itu. Sudahnya dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Sebelum dia mendapat bahaya, lebih baik dia beredar! Semakin lama berada di situ, pasti akan disembur oleh Lalita pula nanti! Aduhai..

****

Di sebuah Restoran yang berada di Puchong Maju Jaya, Norashima Kirana mengacau perlahan air di hadapannya. Air matanya seakan ingin jatuh ketika itu. Dia tidak lagi gembira apabila Fandey semakin jauh dari hidupnya. Jika dahulu, merekalah sahabat sejati yang tidak boleh ditukar ganti. Jauh sekali untuk berjauhan lantaran kasih sayang di antara mereka terlalu kuat. Namun siapa yang dapat menghalang seorang sahabat untuk jatuh cinta? Ah, cinta telah membuatkan sebuah persahabatan dilupakan dengan begitu mudah!

“ Berapa kali Fen cakap, Fen tak pernah lupakan Shima! Kenapa Shima tak faham?” Fandey yang menyedut minumannya merenung lama gadis di hadapannya itu. Norashima Kirana seolah-olah meragui kasih sayangnya dan keihklasannya dalam persahabatan.

“ Tapi Fen..Shima sayangkan Fen! Shima tak nak perempuan di luar sana berterusan melukai hati Fen! Kenapa Fen tak pernah nak faham yang di hati Shima sekarang ni telah berubah! Shima cintakan Fen. Salahkah Shima jatuh cinta pada sahabat baik Shima sendiri?” Norashima mula hilang sabar. Dia ingin bangun, namun pantas tangannya dipegang kemas.

“ Tak mungkin Shima. Fen tak nak antara kita bergaduh nanti! Dalam hubungan cinta pasti ada yang terluka nanti,” lembut Fandey menutur kata. Air mata Norashima Kirana jatuh membasahi pipi.

“ Fen tahu tak, Fen sebenarnya kejam! Terlalu kejam!” Norashima Kirana mula teresak-esak.

“ Fen tahu! Tapi cinta tidak boleh dipaksa. Mungkin sudah tertuliskan? Dahlah, Shima jangan macam ni! Jom kita balik,” Fandey bangun dan beriringan dengan Norashima Kirana.

“ Shima sayangkan Fen!”

“ Fen juga. Jangan sedih lagi. Fen tak nak tengok Shima macam ni!” Fandey menyapu lembut air mata gadis itu.

“ Shima tanya boleh?” Norashima Kirana mula tersenyum. Fandey menganggukkan kepalanya.

“ Jika kita tiada jodoh di dunia, sudi tak Fen jadi pasangan Shima di syurga nanti?” Norashima Kirana bersuara dengan tenang. Fandey seakan tercegang. Tanpa sedar air matanya bermain di kolam mata. Pantas dia menganggukkan kepala. Dan perlahan-lahan Norashima Kirana tersenyum puas. Ya Allah..perkenankanlah..

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.