Bab
15
Di padang golf Saujana, Dato’ Irfan beriringan
bersama Dato’Farid setelah penat menjukkan kehebatan masing-masing. Mereka
menuju ke Kafe berdekatan untuk menghilangkan rasa dahaga yang bermain-main di
kerongkong mereka sejak dari tadi. Sesampai di Kafe, pantas mereka meminta air
Jus Apple dan menyedutnya dengan rakus.
“ Uh, hilang dahaga tekak aku ni!” Dato’ Farid bersuara
sambil memandang wajah Dato’ Irfan lama.
“ Kau apahal tengok aku macam
tu? Saham naik ke?” soal Dato’ Irfan tergelak kecil. Dia menyapu dahinya yang
berpeluh.
“
Kau sekarang, sibuk je memanjang! Ada cerita baru ke?” soal Dato’ Farid cuba
mengorek rahsia. Pantas Dato’ Irfan tergelak besar. Kemudian dia mendiamkan
diri sejenak. Entah kenapa, banyak benar perkara diluar jangkauannya yang
berlaku sejak akhir-akhir ini.
“ Kau percaya pada hantu?” soal Dato’ Irfan serius. Dahi Dato’ Farid berkerut seribu. Soalan apa
yang ditanya oleh lelaki separuh abad itu? Pening ke apa?
“ Aku tahu kau fikir aku tak waras! Mungkin juga fikir
aku gila! Tapi, aku nak bagitahu kau, dah dua kali aku kena langgar dan pada
masa yang sama ada orang buang bangkai kucing di hadapan rumah aku! Tu pun,
kucing tu dibunuh dengan kejam! Kau tak rasa pelik ke?”
“ Dah tu, apa kena mengena dengan hantu?” soal Dato’
Farid tidak faham.
“ Dah tu kerja siapa? Bukan ke hantu je yang tahu
takutkan orang sampai macam ni!” balas Dato’ Irfan serius.
“ Kena langgar?
Kau tak perasan siapa?”
“ Masalahnya, tak perasan! Malah, orang tu call aku, ugut
aku, aku sendiri confius suara perempuan ataupun lelaki!” balas Dato’ Irfan
lagi.
“ Kau ada bermusuh dengan sesiapa tak?” soal Dato’ Farid
yang seakan berminat dengan cerita temannya itu.
“ Manalah aku ada
musuh!” jawab Dato’ Irfan ringkas. Seingatnya, dia cukup menjaga pergaulannya
agar tidak dibenci oleh orang. Dari mana pula datangnya musuh?
“ Mungkin kau ada skandal dengan perempuan lain?” serkap
Dato’ Farid. Wajah Dato’ Irfan tiba-tiba berubah. Apa kena mengena dengan
skandal?
“ Dah tu kenapa?” Dato’ Irfan sedikit tercengang dengan
soalan lelaki berpangkat itu.
“ Mungkin isteri kau sendiri upah orang untuk langgar
kau! Alasannya kerana kau curang,” Dato’ Farid sekali lagi serkap jarang.
“ Mengarutlah kau ni! Cuma, keluarga aku dan keluarga
adik aku tak ngam selepas anak mereka Lalita menolak lamaran anak aku, Nazri.
Hubungan kami pun dah lama renggang. Entah sampai bila, aku pun tak tahu!”
suara Dato’ Irfan kedengaran sedikit kendur. Terasa bersalah pula kepada adik
perempuannya itu.
“ Mungkin juga semua ni kerana dendam! Manalah kita
tahukan?” kenyataan Dato’ Farid menyebabkan Dato’ Irfan tidak senang duduk.
Entah kenapa dia teringatkan gadis berjaket yang datang tanpa diundang dalam
hidupnya. Atau mungkin kerana gadis itu? uh! Takkan dia berani membuat kerja
segila itu! jika benar, atas alasan apa? Getus Dato’ Irfan sendiri.
****
Pulang dari bermain golf, sekali lagi Dato’ Irfan
dikejutkan dengan bangkai ayam yang masih berdarah di dalam plastik di pagar
rumahnya. Datin Fiffy yang masih lagi terkejut, terduduk di hadapan pintu.
Wajahnya kelihatan pucat tidak berdarah. Tubuhnya menggigil kerana ketakutan.
Nazri yang terpacak di hadapan rumah mengelengkan
kepalanya beberapa kali. Entah kenapa, sakit di hatinya dengan kelakuan manusia
yang dianggap tidak berhati perut itu. Apa yang menghairankannya, siapa yang
berani membuat kerja segila itu.
“
Apa ni daddy? Naz tak fahamlah! Hari tu
bangkai kucing! Sekarang ayam pulak! Esok lusa, kita pulak yang diparangnya,”
Nazri melepas kata. Dato’ Irfan yang mendengar hanya mampu menggelengkan
kepala.
“
Daddy tak tahu! Agaknya..” Dato’ Irfan tidak tahu apa lagi yang hendak dikata.
“
Ni mesti kerja Lalita! Agaknya dia yang menyuruh budak tak ada kerja tu buat
kerja macam ni!” tuduh Nazri dengan perasaan marah. Datin Fiffy hanya
mendiamkan diri sebelum masuk ke rumah. Dato’ Irfan juga melangkah masuk dan
duduk di atas sofa. Wajah isterinya dipandang dengan rasa simpati. Wanita itu
telah banyak menderita setelah menjadi isterinya.
“
Fiffy nak call polis!” Datin Fiffy bangun menuju ke meja telefon. Pantas Dato’
Irfan menghalang.
“
Jangab buat kerja bodoh! Kau nak kita semua dapat malu?” soal Dato’ Irfan
sambil memegang bahu isterinya.
“
Dah tu abang nak biarkan saja orang gila tu ganggu rumahtangga kita? Fiffy
takut..Fiffy tak nak mati!” Datin Fiffy mula melalut. Dia terduduk di situ.
Nazri yang berada di luar mengendap melalui pintu utama. Pantas dia mengambil
bangkai ayam yang masih berada di dalam plastik dengan perasaan marah dan sakit
hati.
****
Di bawah sebuah pohon yang rendang, ada senyuman
sinis bermain di bibir lelaki itu. Seronok dia mengenakan keluarga Dato’ Irfan
yang mula berada di dalam ketakutan. Puas hatinya dengan permainan itu. Teringat
saat dia ingin membunuh Dato’ Irfan selepas sebuah kereta laju menghimpit
kereta orang tua itu. Waktu itu dia sangat berterima kasih kepada manusia yang
juga mendendami lelaki separuh abad itu walaupun misinya tidak berjaya. Dia
pasti tidak akan melepaskan sesiapa yang cuba merampas daripadanya. Merampas
siapa? Hi..lelaki itu tersengih sendiri.
“ Kau akan jadi milik aku!
biar siapapun kau, aku tidak akan peduli. Untuk apa lelaki tua yang kau
kejarkan? Dasar mata duitan!” pekiknya sendiri sambil berlalu dari situ dan
menghampiri sebuah kereta miliknya. Di dalam kereta, dia menyanyi kecil sambil
ketawa terbahak-bahak. Kemudian dia menangis persis kanak-kanak yang dahagakan
kasih sayang. Sudahnya, dia berlalu dari situ dengan hati yang penuh dendam.
****
Nazri yang datang ke rumah Lalita,
pantas mengoncang pintu pagar gadis itu dengan kuat. Dia menjerit-jerit
memanggil sepupunya itu. Sakit hatinya bukan sedikit. Baginya, Lalita sudah
keterlaluan mengganggu keharmonian kelurga mereka.
“ Kau apahal ni Nazri? Dah gila?” Lalita yang
terkejut dengan kedatangan Nazri yang terjerit-jerit di hadapan rumahnya
benar-benar menguji kesabarannya.
“
Apahal? Ni apa?” pantas bangkai ayam yang berada di dalam plastik dicampak
kepada Lalitha. Hampir terjerit Lalita melihat bangkai ayam yang mengenai
kakinya.
“
Kau gila ke apa Nazri? Buat apa kau bagi bangkai ni kat aku? Kau dah buang
tabiat macam mak kau jugak!” soal Lalita dengan marah.
“
Kau jangan buat muka sepuluh sen ya! Aku tahu, kau yang buat semua ni, sebab
kau tak suka keluarga aku kan? Jahat-jahat aku, aku tak sangka kau lagi jahat!
Firaun zaman moden kau ni!” Nazri puas menutur kata. Wajah merah Lalita
dipandang lama.
“
Kau balik sekarang sebelum kau pula jadi arwah! Ambik ayam kau buat gulai!”
Lalita kembali melempar plastik tersebut kepada Nazri. Berang dia dituduh
sampai begitu sekali. Tiba-tiba kelihatan Bros datang sambil mengangkat kening
tanda tidak faham.
“
Sebab lelaki sengit ni kau jadi macam ni kan Lalita? Apa taste kau, aku pun tak
tahu! Apa pun, aku nak warning kau, jangan kacau keluarga aku lagi!” Nazri
berlalu dengan membiarkan bangkai ayam yang berada di kakinya. Bros pantas
membuka plastik dan terjerit kecil. Dia mengucap di dalam hatinya. Pantas dia
mengambil bangkai ayam tersebut dan membuangnya jauh dari kawasan rumah. Kemudian
dia kembali semula ke rumah Lalita.
“
Sampai bila keluarga kami nak bergaduh? Aku tak tahu..” Lalita masuk ke dalam
rumah. Bros yang melihat, hanya membiarkan Lalita bersendiri. Dia berkira-kira
hendak pulang ke rumahnya tanpa mengganggu emosi temannya itu. Niat hati hendak
mengajak Lalita keluar terbantut begitu sahaja.