Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
55,471
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 14

Bab 14

Selepas berjumpa dengan Tan Sri Jamil di banglo miliknya pukul 11 malam, Dato’ Irfan memecut keretanya meninggalkan perkarangan rumah bapa mertuanya. Ada urusan penting yang berkaitan dengan perniagaan telah mereka bincangkan. Tan Sri Jamil selaku bapa mertua tidak pernah mencampuri urusan rumah tangganya anaknya dan Dato’ Irfan. Dia tahu tentang perangkap yang dibuat oleh anak gadisnya sepuluh tahun yang lalu. Namanya turut tercemar dengan sikap terburu anaknyaitu. Tiba-tiba telefon Dato’ Irfan menjerit minta diangkat. Dengan pantas dia menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum..ya Farid. Apahal kau call aku ni?” Dato’ irfan memperlahankan keretanya. Panggilan dari teman baiknya itu perlu diberi tumpuan.

“ Tak ada apa-apa. Aku cuma lama tak jumpa kau. Kau free ke sekarang?”

“ Ok! Aku free. Kau nak jumpa aku kat mana?” soal Dato’ Irfan singkat.

“ Jumpa aku kat Hotel Lagend. Aku tunggu kau!”

“ Ok!” talian dimatikan. Pantas kereta dipecut kembali. Tiba-tiba seseorang cuba menghimpit keretanya tanpa memberi ruangnya untuk terus memecut. Kereta mereka berlaga antara satu sama lain. Hampir pitam Dato’ Irfan apabila kepalanya terhantuk seketika di cermin tingkap. Pantas dia menurunkan cermin untuk melihat kelibat manusia yang cuba membunuh dirinya itu.

“ Hoi! Kau tak ada lesen ke apa?” laung Dato’ Irfan dengan kuat. Matanya cuba mencuri pandang wajah pemandu kereta tersebut. Namun kegelapan menyukarkan dirinya untuk melihat dengan jelas. Belum sempat dia menilik hempunya wajah, sekali lagi keretanya dihimpit kuat.

“ Kau ni gila ke apa?” jerit Dato’ Irfan lagi. Tanpa membuang masa, dia memecut keretanya dengan laju. Dia cukup pasti manusia itu benar-benar berhajat untuk membunuhnya. Semakin laju dia melarikan diri, semakin kuat deruan kereta tersebut mengejarnya. Pantas dia mengambil telefon dan menghubungi seseorang. Namun tiada jawapan seperti yang diharapkan. Tiba-tiba keretanya dilanggar lagi dengan lebih kuat. Akibatnya, kereta Dato’ Irfan berpusing sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Kepalanya terhantuk kuat di stereng kereta menyebabkan matanya mula berpinar. Sangkanya pasti kereta itu telah pergi meninggalkannya. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

“ Aku akan bunuh kau orang tua!” kedengaran suara kasar menjengah telinganya. Matanya yang hampir tertutup dapat menangkap sebatang tubuh yang berpakaian hitam menuju kepadanya dengan sebilah pisau yang tajam. Wajah manusia itu tidak dapat dilihat kerana terlindung di sebalik penutup kepalanya. Nyawa Dato’ Irfan semakin terancam! Dia cukup pasti apa yang bakal berlaku akan membawanya ke lembah maut. Asyik dia membetulkan duduknya dan cuba mengundurkan keretanya yang masih hidup, manusia itu berlari laju menghampiri keretanya. Tanpa membuang masa, Dato’ Irfan menekan pedal minyak dan memecut meninggalkan kawasan itu. Setelah agak jauh, dia menoleh ke belakang, namun kelibat manusia itu tidak lagi kelihatan. Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Hampir gugur jantungnya mendengar jeritan telefon miliknya.

“ Helo! Siapa?” soalnya dengan wajah yang berpeluh.

“ Kau tak akan terlepas orang tua!” keras suara tersebut. Entah suara milik lelaki atau perempuan, Dato’ Irfan tidak pasti.

“ Kau dah gila ke? Kau ni siapa?” pantas amarah dilepaskan oleh Dato’ Irfan. Sebenarnya dia merasa takut dan tidak selamat. Siapa manusia yang bermusuh dengannya?

“ Memang aku dah gila! Jaga-jaga Dato’ Irfan! Kau akan mati ditangan aku!”

“ Macam mana kau kenal aku? Kau tak payah nak ugut aku! Kau ingat aku takut!” balas Dato’ Irfan sedikit kecut. Fikirannya asyik memikirkan hempunya suara yang penuh dengan perasaan benci dan dendam.

“ Kau tak takut? Baguslah! Tunggu ajal kau di tangan aku!” talian diputuskan dengan hilaian pemanggil tersebut. Dato’ Irfan menarik nafas panjang. Pantas dia melihat nombor dari pemanggil. Namun hampa sekali apabila tertulis private number di dalam panggilan masuk.

“ Siapa orang gila ni? kenapa dia nak bunuh aku? mana aku ada musuh!” bisik Dato’ Irfan sendiri. tiba-tiba sekali lagi telefonnya berbunyi.

“ Kau nak apa lagi?” jerkah Dato’ Irfan tanpa salam. Wajahnya berpeluh kembali. Perasaan takut masih memburu dirinya.

“ Kau kenapa Irfan? Aku Faridlah!” suara Dato’ Farid kedengaran terkejut. Pantas Dato’ Irfan menarik nafas lega.

“ Maafkan aku Farid. Tadi ada orang gila kacau aku!”

“ Biasalah tu! orang berjaya macam kau pasti ada kawan dan juga musuh! Normal lah tu? Kau jadi jumpa aku tak?

“ Tak jadilah. Aku minta maaf.Harap kau tak kecil hati pulak!” ujar Dato’ Irfan sedikit kesal.

“ Tak ada hal. Mungkin lain kali. Apahal kau call aku.” Balas Dato’ Farid sebelum memberi salam. Salam dijawab oleh Dato’ Irfan dan memutuskan talian. Pantas dia memecutkan keretanya untuk pulang ke rumah. Bimbang di hatinya andai manusia gila itu masih mengekorinya dari arah belakang. Dan masih ingin membunuh dirinya!

****

Sesampai di rumah, Dato’ Irfan pantas memasuki rumah. Dia melabuhkan punggungnya di sofa tanpa menghiraukan jelingan Datin Fiffy. Wajahnya yang bermandikan peluh dipandang lama oleh wanita itu.

“ Abang kenapa? Fiffy tengok lain macam je” tegur Datin Fiffy dengan lembut. Hilang rasa marah yang bersarang di hatinya melihat wajah pucat lelaki di hadapannya itu.

“ Tak ada apa-apa!” keras bunyi suaranya. Dia bersandar tubuhnya ke sofa dan meletakkan tangannya ke kepala. Terbayang di matanya saat nyawanya terancam sebentar tadi. Suara manusia yang tidak di ketahui pemiliknya benar-benar membingungkan dirinya.

“ Tak ada apa-apa?” Datin Fiffy menuju ke arah pintu dan membukanya. Matanya meliar seolah-olah mencari sesuatu. Kemudian matanya tertangkap pada kereta suaminya yang kelihatan begitu teruk. Pasti kemalangan telah berlaku! Fikirnya.

“ Kenapa kereta abang?” Datin Fiffy memandang Dato’ Irfan yang terkebil-kebil sendiri. Lelaki itu seolah-oleh memikirkan sesuatu.

“ Ada orang tak siuman cuba langgar saya.” Tutur Dato’ Irfan dengan selamba walaupun di hatinya berbisik berulang kali..ada orang yang cuba membunuh dirinya dan akan terus mengekori dirinya.

“ Cuba langgar? Atau ada orang nak bunuh abang?” Datin Fiffy seakan terkejut. Dia seolah dapat membaca fikiran lelaki separuh abad itu.

“ Entah! Saya pun tak pasti!”

“ Hari tu abang pernah dilanggar. Takkan semuanya secara kebetulan? Tentang bangkai kucing yang dicampak ke halaman rumah kita. Fiffy rasa ada orang yang cuba sebotaj abang.” Kata-kata Datin Fiffy mengejutkan Dato’ Irfan. Sebotaj? Untuk apa dan kerana apa? Setahunya dia tidak pernah menyakiti hati orang apa lagi memusuhi orang lain. Namun mungkin juga ada benarnya kata-kata Datin Fiffy. Tidak mungkin seseorang itu sengaja mencari nahas dengan melakukan perkara sebodoh itu.

“ Semua tu karut! Agaknya orang tu silap orang! Dahlah, abang nak mandi. Nazri mana?” kasar benar suara Dato’ Irfan. Rasa takut masih bersarang di dalam dirinya.

“ Entah! Tak balik lagi. Fiffy call tak angkat!” balas Datin Fiffy singkat.

“ Apa nak jadi dengan Nazri tu? Malam-malam macam ni tak balik lagi! Awak nasihatkan sikit Nazri tu! Kata anak awak!” tutur Dato’ Irfan sambil berlalu menuju ke bilik. Datin Fiffy hanya mampu menelan kata-kata suaminya. Malas dia untuk bertekak. Dia sudah penat untuk membalas kata-kata pedas suaminya. Apa yang dia harapkan kini, hanya kasih sayang dan cinta daripada lelaki itu. Datin Fiffy cukup pasti, suatu ketika Dato’ Irfan akan menyayanginya sepenuh hati. Tidak hari ini, mungkin esok! Bukankah wajib seorang suami menyanyangi isterinya sepenuh hati? Dan dia adalah seorang isteri yang telah lama menunggu cinta yang tulus dari seorang lelaki yang halal buatnya. Cinta yang tulus dan suci.

****

Di dalam kereta berhampiran shell minyak, Ros Hitam menghentak stereng dengan kuat. Matanya yang bersinar seolah-olah ingin menerkam musuhnya. Masih terbayang jelas di matanya wajah lelaki tua yang telah banyak menyusahkan hidupnya. Hampir lelaki itu dibunuh olehnya sebentar tadi. Memang itu yang dia inginkan! Nyawa perlu dibalas dengan nyawa! Hutang darah perlu dibalas dengan darah. Jika tidak, hatinya tidak akan tenang dan tenteram. Masih terbayang di matanya hanyir darah yang menusuk ke dalam hidungnya. Dua insan yang disayanginya bergelimpangan di atas jalan raya tanpa sebarang dosa.
Mereka dilanggar tanpa rasa simpati. Tiada yang ingin membantu insan malang tersebut. Yang kedengaran hanya hinaan dan umpat keji orang tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kata-kata manusia yang tidak berhati perut.

“ Perempuan curang! Dasar isteri tak kenang diuntung!”

“ Ah, buat apa ditolong perempuan macam ni! Tiada maruah!”

Ros Hitam menutup telinganya. Bisikan itu sentiasa bermain di telinganya tanpa rasa simpati. Ya! Kerana penghinaan ini, aku akan pastikan kalian tidak hidup senang! Kamu semua akan musnah seperti mana aku binasa kerana kalian! Jangan ingat kalian akan terlepas! Tunggu waktu dan saatnya! Semuanya akan terlunas tidak lama lagi.. Ros Hitam berlalu dari situ dengan memecut keretanya. Misinya untuk membunuh Dato’ Irfan tidak kesampaian apabila keretanya terlajak laju ke hadapan. Namun sempat matanya menangkap satu lembaga yang berpakaian hitam menghampiri lelaki tua itu.
Darah Ros Hitam membuak-buak menahan kemarahan yang masih tersemat di dada sejak sepuluh tahun yang lalu. Dia tidak akan sesekali membiarkan semua itu berlalu dengan kekalahan. Kemenangan pasti miliknya walaupun mungkin nyawanya terpaksa menjadi galang ganti! Demi sebuah kebenaran dan maruah serta harga diri yang telah lama hilang dia tidak akan pernah peduli walaupun hukuman yang bakal dilaluinya mungkin amat menyakitkan.
Dalam perjalanan itu, tanpa disangka-sangka dia melepaskan tawa yang panjang dan akhirnya tangisannya mula begema berselang seli dengan deruan angin yang menderu.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.