Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
14,193
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12

Bab 12

Di bawah sepohon pokok yang berdekatan dengan rumah Dato’ Irfan, kelihatan sebuah kereta wira terparkir kemas di situ. Dari dalam kereta, seseorang sedang memandang tajam ke halaman rumah. Matanya yang bersinar, penuh dengan rasa dendam. Setelah memastikan tiada makhluk lain yang memerhati, pantas dia keluar dari badan kereta dan terbongkok-bongkok menuju ke arah pagar rumah Dato’ Irfan. Matanya meliar seolah-olah mencari sesuatu. Ternyata kereta milik lelaki tua itu tiada disitu. Tanpa membuang masa, sebungkus plastik dicampak ke halaman rumah dengan senyuman sinis yang mula bermain di bibir merkahnya.

“ Ini baru permulaan! Aku tidak akan lepaskan sesiapa yang cuba menyakiti orang yang aku sayang. Kamu semua hanya sengaja mencari penyakit!” tuturnya dengan keras. tanpa berlengah, dia berlalu menuju semula mendapatkan keretanya. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan pagar Dato’ Irfan sebelum pagar aotomatik itu terbuka luas. Seorang lelaki yang mempunyai raut wajah yang tampan memasuki halaman rumah besar itu.

“ Pasti itu anaknya. Tiada siapa yang akan selamat! Aku akan hancurkan semuanya! Nyawa pasti dibayar dengan nyawa.” Getusnya sendiri. pantas enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju meninggalkan kawasan rumah Dato’ Irfan. Dalam perjalanan, dia tersenyu-senyum sendiri. Pasti permainana itu amat menyeronokkan! Entah siapa pemenangnya, yang pasti, pengakhirannya pasti ada. Jika keadilan itu lebih memihak kepadanya, dia cukup gembira, jika sebaliknya, dia pasrah! Hidupnya bukan lagi untuk mencari kebahagiaan! Kebahagiaan dirinya telah lama direntap tanpa simpati. Kini hanya satu matlamatnya, hidup dalam keadaan bermaruah, walaupun tiada pengadilnya buat waktu itu. Apa yang pasti, dia tidak akan tewas dan tenggelam dalam permainan manusia kejam itu. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan! Biar dia musnah atau lemas dalam dendamnya sendiri, namun untuk melepaskan lelaki tua itu tidak sekali-kali!

****

“ Kak Murni!” Panggil satu suara yang tidak Murni kenali. Wajahnya diamati lama oleh Murni. Ada riak sedih di wajah manis budak perempuan itu.

“ Awak siapa sebenarnya?” Murni bersuara sedikit kasar. Entah mengapa dia rasa dipermainkan oleh budak perempuan itu.

“ Kak, lelaki tua tu nak perkosa saya kak! Tolong saya!” budak itu terus merengek dengan air mata yang mula membasahi pipinya.

“ Perkosa? Siapa?” pandangan Murni pantas memandang ke kiri dan kanan. Hanya dia dan budak perempuan itu yang berada di situ saat itu. Timbul rasa takut yang datang secara tiba-tiba.

“ Kenapa kakak tak pertahankan?” soalnya dengan keras secara tiba-tiba. Pandangan matanya yang tajam menembusi pandangan Murni yang turut merenung matanya.

“ Pertahankan apa? Tolong jangan susahkan hati akak boleh tak?”

“ Akak nak biarkan syaitan tu terlepas? Macam tu?” mata budak perempuan itu penuh dengan kebencian. Siapa yang menjadi musuhnya saat itu? Sungguh, Murni benar-benar keliru.

“ Siapa? Siapa yang menganggu hidup adik?” lembut Murni bertanya. Pantas dia menghampiri budak perempuan dan memandangnya dengan penuh kasih.

“ Akak tahu siapa!” kata budak itu dengan suara yang sinis.

“ Maksud adik? Adik ni siapa sebenarnya?” Murni pula menjungkit kening. Hairan dia dengan gelagat budak perempuan itu.

“ Aku..”

Kring kring, kring kring..Murni tersedar dari tidur. Dia mengurut dada. Mimpi itu bagaikan benar-benar berlaku. Siapa budak tu? Murni mengeluh perlahan sebelum mencapai telefonnya.

“ Helo..” suara Murni sedikit serak.

“ Helo Murni! Seronok mimpi tu kan Murni! Nyata kau dah lupakan budak tu!” suara Ros Hitam kedengaran mengejek. Murni terpingga-pingga. Bagaimana perempuan itu mengetahui apa yang dilaluinya!

“ Kau siapa sebenarnya? Kenapa kau ganggu aku?” Murni menjerkah kuat. Air matanya tiba-tiba jatuh ke pipi. Hidupnya kini tidak setenang dulu. Siapa yang ingin menyusahkan hidupnya itu.

“ Kau takut? Pasal Edzhar..” Ros Hitam seolah-olah bertarik tali.

“ Kenapa Edzhar? Kau yang bunuh dia!” ulas Murni dengan geram. Ros Hitam hanya melepaskan tawa yang panjang. Nyaring dan menakutkan! Murni menggigil mendengar hilaian perempuan yang dianggap sakit jiwa itu.

“ Surat letak jawatan! Aku yang tulis! Dia tak ada siapa-siapa kan? Jadi dia dah selamat sekarang!” balas Ros Hitam dengan suara berubah keras. Murni yang mendengar terpana tidak percaya. Begitu kejam sekali manusia berjaket hitam itu!

“ Kau kejam! Edzhar tak salah apa-apa!” Murni benar-benar hilang sabar.

“ Kalau kau tak bermain dengan api, kau tak akan terbakar Murni. Sekarang..Fandey..”

“ Kau nak buat apa dengan Fandey?” Murni mulai takut. Risau jika Fandey turut menjadi mangsa. Tiba-tiba Ros Hitam ketawa terbahak-bahak. Seronok benar dia menyakat gadis polos itu.

“ Jangan takut Murni. Aku suka dia! Orang yang aku suka akan selamat! Sekarang..jaga-jaga..Jangan sesekali bercerita!” gertak Ros Hitam sebelum memutuskan panggilan. Murni yang mendengar menjerit sekuat hati. Terasa dirinya dipermainkan dan diperbodohkan oleh gadis yang tidak dia kenali itu.

“ Aku akan report polis!” bisik Murni dengan keras sebelum tangisannya bergema kembali.

****

Norashima Kirana menunduk saat Fandey merenung jauh ke dalam anak matanya. Air matanya menitis menahan sebak di dada. Tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan kepada lelaki itu. Tiada kata-kata pujangga yang dapat melembutkan hati Fandey. Semuanya sudah terang lagi bersuluh! Sepuluh tahun dia mengharap cinta hadir dalam hidup mereka berdua namun lelaki itu tidak tega untuk menerimanya sebagai kekasih.

“ Shima, Fen tetap sayang Shima! Tapi semuanya dah tertuliskan! Kita hanya ditakdirkan untuk berkawan. Fen benar-benar sayangkan Shima. Tapi tak lebih dari seorang kawan,” ulas Fandey apabila Norashima Kirana meluahkan perasaannya seperti biasa.

“ Kalau macam tu, biarkan Shima pergi! Tak ada gunanya Shima berada di sini lagi. Selama Shima berada dekat Fen, Shima tak akan tenang! Shima tak boleh lupakan Fen..” balas Norashima Kirana dengan air mata yang semakin kuat merembas keluar.

“ Fen tak benarkan! Fen tak sanggup!” Fandey pantas menyapu air mata temannya itu.

“ Fen pentingkan diri sendiri! Fen sibuk bercinta tapi Shima..” Norashima Kirana memalingkan mukanya. Hatinya benar-benar terguris dengan sikap lelaki itu. Sudahlah dirinya tidak boleh menghilang dari pandangan Fandey, cintanya pula ditolak mentah-mentah! Apakah dia manusia tidak berperasaan? Tidak perlu cinta untuk merasa bahagia.

“ Fen taksanggup kehilangan Shima! Shima kawan baik Fen! Berjanjilah Shima tak akan tinggalkan Fen!” Fandey seakan merayu. Norashima Kirana mengetap bibir. Terasa dia ingin lepas dari kesakitan itu. Namun mengapa Fandey seakan mengikat kakinya!

“ Jadi kita kahwin Fen!” pujuk Norashima Kirana.

“ Mustahil Shima!” balas Fandey pantas.

“ Sebab?” Norashima Kirana tidak ingin mengalah.

“ Cinta boleh membuatkan kita kehilangan seseorang! Fen tak nak kehilangan Shima!” ujar Fandey memberi alasan yang membuatkan Norashima Kirana menjuih bibirnya lama.

“ Atau Fen ada hubungan dengan perempuan tu? Sebab tu Fen masih belum dapat terima Shima?” Norashima Kirana seakan mengeluh. Pantas Fandey menyentuh lembut pipinya.

“ Kita kawan! Selamanya!” Fandey memberi kata putus.

“ Ah, Fandey! Kalaulah kau tahu..” getus Norashima Kirana perlahan dengan hati yang rawan.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.