Bab 13
Jam belum menunjukkan 8 pagi, Bros sudah mula tercegat
di hadapan rumah Lalita. Puas dia memanggil, namun tiada sebarang jawapan.
Kemudian dia mendail nombor telefon Lalita, hanya kedengaran suara operator di
corong telefon.
“ Lali..Lali!..” pintu pagar digoncang kuat.
Penat dia berdiri di situ dari tadi. Perutnya yang berkeroncong ditekan-tekan.
Lapar!
“
Apahal ni Bros? Aku ngantuk lagi lah! Kau pun satu, datanglah pukul 1 ke? Ni
tidak, matahari tak keluar lagi, dah bising-bising!” Lalita menggosok-gosok
matanya. Sesekali dia menguap dan menutup mulutnya dengan tapak tangan.
“ Lali, jomlah! Kau bersiap,aku tunggu ek!”
Bros tersenyum lama.
“ Nak gi mana?” soal Lalita dengan membulatkan
matanya.
“
Pergi kedai mamak ke!” Bros menjungkit keningnya pula.
“ Nak buat apa sana?” soal Laita lgi. Matanya
yang masih berat cuba ditahan.
“
Cik adik sayang, aku nak pinangkan kau dengan mamat bangla yang ada kat situ!
Kau nak tak?” Bros bersuara sedikit geram.
“
Itupun nak marah! Aku tanya tu jawab jelah!” Lalita menguap dan menutup
mulutnya pantas.
“ Cepatlah Lali, aku lapar ni!” Bros seakan
memujuk.
“ Ya Allah! Kau lapar ke? Apasal tak cakap?”
Lalita melepaskan tawa. Hilang rasa mengantuknya sebentar tadi. Sangkanya ada
hal penting yang ingin disampaikan lelaki itu kepadanya.
“
Dah tu kau ingat apa? Aku nak pikat kau pagi-pagi ni? Cepatlah Lali!” Bros mula
hilang sabar.
“
Ok! Sepuluh minit tahu! Aku nak mandi dulu..lepas tu aku nak pergi dating malam
ni!” Lalita tersenyum penuh makna.
“ Malam ni kan? Sekarang cepat! Kita pergi
makan dulu!” balas Bros dengan senyuman paksa.
“
Ok bos!” sepantas itu Lalitha berlalu masuk ke dalam rumah. Bros yang berdiri
di hadapan pagar hanya menggelengkan kepalanya.
“
Bukan nak ajak aku masuk! Apalah kawan baik macam ni!” getus Bros sendiri. Dia
melabuhkan punggung di atas lantai dan menunggu Lalitha bersiap dengan sabar.
****
Nazri terbangun dari tidur apabila terdengar jeritan
kuat Datin Fiffy. Pantas dia berlari anak menuruni anak tangga dan menuju ke
halaman rumah. Kelihatan mamanya terperosok di celah pokok bunga yang berada
berdekatan pagar rumah.
“ Kenapa mama?” soal Nazri pantas. Matanya
meliar mencari sesuatu. Wajah pucat wanita itu dipandang lama. Badannya
menggigil ketakutan seolah-olah melihat hantu.
“
Bungkusan tu Naz!” jerit Datin Fiffy sambil jari telunjuk dihalakan ke arah
satu bungkusan plastik yang tidak jauh daripada mereka. Plastik berwarna hitam
itu terbuka luas, namun apa yang berada di dalamnya, Nazri tidak pasti.
“ Kenapa dengan bungkusan tu mama?” Nazri
bersuara sambil melangkah dan melihat ke dalamnya tanpa teragak-agak. Matanya
membutang luas melihat isi plastik tersebut. Hampir dia tersandung ke belakang.
Mujur juga dia dapat mengimbangi tubuhnya dari terjatuh.
“ Naz! Siapa punya kerja ni Naz?” soal Datin
Fiffy yang mula memberanikan diri menghampiri anak bujangnya. Matanya lama
merenung tubuh seekor kucing yang telah berkecai dan bercampur dengan darah
yang cukup hanyir. Pantas Nazri menggelengkan kepalanya.
“
Siapa yang begitu kejam membuat perkara bodoh ni? Orang gila agaknya!” Nazri
bersuara marah. Jahat-jahat dirinya, tidak sanggup dia membunuh makhluk Allah
yang tidak berdosa itu.
“
Tapi kenapa campak di halaman rumah kita Naz? Mama takut kalau-kalau..” Datin
Fiffy tidak sanggup meneruskan
kata-katanya. Apa yang berlegar di kepalanya cukup menakutkan dirinya.
“ Mama takut apa?” soal Nazri sambil menutup
kembali plastik tersebut.
“ Ada yang memusuhi keluarga kita!” serkap
Datin Fiffy.
“ Siapa yang bermusuh dengan keluarga kita
mama? Agaknya orang gila tu main campak je!” ujar Nazri tanpa mengambil berat
kata-kata wanita itu.
“ Agaknya Lalita! Perempuan tu memang bencikan
keluarga kita Naz!” tuduh Datin Fiffy melulu. Wajah Lalita terbayang di mata.
Rasa benci semakin menyelinap masuk ke dalam hatinya.
“ Buat apa dia nak buat semua ni mama? Dahlah!
Mama ambilkan cangkul. Nanti Naz tanam bangkai kucing ni kat belakang rumah
kita.”
“ Jangan Naz! Buang saja kat luar!” pantas
Datin Fiffy menghalang.
“
Kenapa? Mama takut kucing ni jadi hantu?” soal Nazri dengan nada yang keras.
Pantas dia berlalu dan hampir-hampir melanggar Dato’ Irfan yang terpacak di
muka pintu.
“
Apahal kecoh-kecoh ni?” soal Dato’ Irfan sambil menjungkit kening kepada Nazri.
Wajah anak bujangnya yang masam mencuka hanya berlalu tanpa kata.
“
Buat apa awak nak ambil tahu? Awak bukannya ambil berat tentang kami berdua!”
ujar Datin Fiffy dengan marah. Hilang rasa takutnya yang melanda sebentar tadi.
“
Awak ni kenapa? Tak habis lagi nak kurang ajar dengan saya? Saya tanya
elok-elok, awak tengking-tengking saya! Isteri apa awak ni?” merah wajah Dato’
Irfan dengan jerkahan wanita anggun di hdapannya itu.
“
Manusia mana yang bermusuh dengan awak? Cakap!”
“
Bermusuh? Apa awak merepek ni?” soal Dato’ Irfan tidak faham.
“
Tu apa? Cuba awak cakap!” jari telunjuk isterinya dipandang oleh Dato’ Irfan.
Sebungkus plastik hitam yang terikat kemas dipandang lama. Apa kena dengan
plastik hitam tu, dia sendiri tidak tahu. Pantas dia menuju ke arah plastik
tersebut dan membukanya. Berderau darahnya saat itu.
“
Siapa yang buat semua ni?” soalnya sambil memandang Datin Fiffy yang
memandangnya dengan tajam.
“
Mana saya tahu! Agaknya musuh awak!” tuduh Datin Fiffy lagi. Kemudian kelibat
Nazri kelihatan bersama sebatang sabit yang berada di tangan. Pantas dia
mengambil bungkusan itu dan menuju ke bahagian belakang rumah untuk ditanam.
Dato’ Irfan termenung seketika. Dia masuk semula ke dalam rumah dan melabuhkan
punggungnya di atas sofa. Pantas televisyen dipasang dan remote control dicapai. Tangannya ligat mencari siaran yang sesuai.
“
Abang dah banyak berubah!” Datin Fiffy yang tercegat di pintu bersuara
tiba-tiba. Matanya tiba-tiba berkaca.
Hatinya yang terluka tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Dia
melangkah masuk dan turut melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
“
Aku tak pernah berubah!” singkat kata-kata Dato’ Irfan.
“
Kenapa abang layan Fiffy macam ni?”
“
Cinta aku bukan untuk kau Fiffy!” tegas Dato’ Irfan tanpa mengerti kesakitan di
hati isterinya. Wajah wanita itu dipandang lama.
“ Jadi, saya ni lahir kerana apa? Kerana nafsu
Daddy dan mama? Tanpa kasih sayang? Macam tu?” soal Nazri tiba-tiba. Entah bila
dia berada di situ, Dato’ Irfan dan Datin Fiffy
juga tidak pasti. Wajah anak
bujang mereka dipandang serentak.
Air mata Nazri mengalir di
pipi. Dia bukan lelaki yang mudah menitiskan air mata sesuka hati. Lelaki
sepertinya hanya tahu bergelak ketawa dan berhibur tanpa memikirkan sebarang
masalah. Namun kenyataan lelaki separuh abad di hadapannya itu seolah
menyedarkan dirinya erti maruah dan harga diri.
“
Tidak Naz! Naz anak mama! Mama sayangkan Naz sepenuh hati mama.” Esakan Datin
Fiffy mula kedengaran. Pantas dia bangun dan memeluk tubuh anak bujangnya
dengan kemas.
“
Bukan itu maksud Daddy, Naz. Apa yang berlaku tidak pernah Daddy rancang.”
Balas Dato’ Irfan perlahan. Pening
kepalanya memikirkan masalah rumah tangganya yang tak sudah. Nazri melepaskan
pelukan mamanya dan berdiri di tepi tingkap.
“
Jadi siapa yang merancang? Naz yang merancang nak lahir kat dunia tanpa
perasaan cinta Daddy pada mama?” Nazri bersuara keras.
“
Daddy minta maaf!” Dato’ Irfan hilang punca untuk menjawab.
“
Awak sukalah anak kita jadi macam ni? Awak kejam!” pantas Datin Fiffy
menghampiri suaminya yang memandang tajam.
“
Mama pun sama! Mama yang perangkap Daddy kan?” lantang suara Nazri. Hampir
pitam Datin Fiffy mendengarnya. Begitu juga dengan Dato’ Irfan yang terkejut
dengan jerkahan anak bujangnya.
“
Mama tak salah Naz..”Datin Fiffy terduduk di atas lantai.
“ Jadi Naz yang salah? Naz yang tak betul?
Malas Naz nak duduk dalam rumah ni! Panas!” Nazri berlalu ke biliknya. Tidak
lama kemudian dia keluar dan memasuki perut keretanya dan saat enjin
dihidupkan, dia berlalu tanpa salam.
“
Semua salah abang! Abang yang buat Fiffy dan Nazri macam ni! Apa abang ingat
abang malaikat sehingga tiada dosa langsung?” tutur Datin Fiffy seperti
mengejek.
“ Aku bukan malaikat! Tapi sekurang-kurangnya,
aku tidak perangkap anak dara orang!” balas Dato’ Irfan kedengaran cukup sinis.
“
Hanya tu yang abang ungkit! Abang nak Fiffy buat macam mana lagi? Nak Fiffy
sujud pada abang?”
“
Tak perlu! Semua itu dah tak ada makna lagi!” Dato’ Irfan berlalu meninggalkan
isterinya. Dia mencapai kunci kereta dan menuju ke halaman rumah. Tidak lama
kemudian kedengaran enjin kereta di hidupkan dan hilang dari pendengaran wanita
itu.
****
Di sebuah kedai mamak, Bros dan Lalita asyik menjamu
selera. Sesekali mata mereka meliar melihat ragam orang ramai yang singgah di
situ.
“
Lali, kau kenapa? Tak pernah tengok orang?” soal Bros sambil menyedut air di
hadapannya. Kemudian dia menyuap ke mulutnya cebisan roti canai yang masih
bersisa.
“ Kau cakap aku! macamlah aku tak nampak mata
kau tu! meliar je sana sini.” Lalita mengenakan kembali lelaki itu. Kemudian
pandangannya lama melekat ke wajah Bros yang tidak menyedari pandangan matanya.
Rasa simpati mula bermain di hati memikirkan kehidupan Bros yang serba
kekurangan. Tanpa ibubapa dan saudara di
atas muka bumi ini.
“
Kenapa kau tengok aku macam tu Lali?” kening Bros terjungkit sebelah. Lalita
tersipu-sipu malu apabila pandangannya dapat dihidu oleh lelaki itu.
“ Tak adalah, Cuma aku nak bagitahu kau, aku
sayang sangat kat kau Bros.” Lalita bersuara ikhlas.
“
Ahk..ahk..” gelak Bros seolah dibuat-buat.
“
Apasal kau gelak macam beruk?” panas hati Lalita. Dia meluah dengan penuh
perasaan, tanpa perasaan Bros melepaskan tawa.
“
Macam tak percaya! Aku ingat kau sayang aku sikit je!” Bros tersengih lama.
“
Pandailah kau tu! Bros, kau nak tahu tak, hari tu, Nazri cari aku.” Lalita
mengalih tajuk cerita.
“
Buat apa dia cari kau?” Bros mula memberi tumpuan.
“
Apa lagi, dia kata aku tuduh bapak dia ada skandal dengan perempuan lain!”
“
Bukan mak Datin tu sendiri nampak laki dia dengan peremppuan tu? Dah bapak dia
sendiri yang gatal! Dah tua bangkapun nak tackle lagi perempuan cantik!” ujar
Bros dengan perasaan geram.
“
Cantik?”Lalitha menarik muka tidak suka dengan cara Bros memuji gadis yang
dilihat bersama dengan Dato’ Irfan. Lupa dia kepada gadis berjaket hitam yang
dipuja oleh temannya itu selama ini.. Sudahnya, Bros hanya tersengih penuh
makna.