Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
55,499
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

Bab 1

Hujan yang turun dengan lebat secara tiba-tiba membuatkan Murni dan Edzhar berlari anak menuju ke sebuah bangunan usang. Pantas air hujan yang membasahi pipi disapu dengan menggunakan lengan baju. Mereka saling berpandangan sebelum melemparkan senyuman antara satu sama lain.

“ Tulah kau Zahar! Nak sangat tunjukkan aku tapak rumah kau! Sekarang..rasakan! Tak pasal-pasal kita demam nanti..” ujar Murni sambil mencebik. Matanya lama menatap wajah Edzhar yang putih bersih mengalahkan perempuan. Lenggok Edzhar yang lembut juga menarik hatinya untuk berkawan dengan lelaki itu. Kata Edzhar, dia tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai lelaki lembut. Namun siapalah dia untuk menindakkan kuasa Illahi.

“ Ala..kau ni Murni! Kau juga yang cakap kat aku! Cik adik Edzhar, boleh kau tunjuk mana tapak rumah kau! Aku nak tengok..sangat! Mak hai..sekarang..mak juga yang kena!” balas Edzhar dengan gaya lembutnya. Murni tergelak kecil dengan kata-kata lelaki bertubuh gempal itu.
Baru semalam Murni mengatakan hasrat untuk melihat tapak rumah Edzhar yang dikatakan tempat tinggalnya satu ketika dulu. Kata Edzhar, dia dibesarkan di rumah anak yatim apabila tiada lagi sesiapa di muka bumi ini yang sanggup menjaganya. Kini tanah tersebut telah menjadi milik orang lain setelah kedua ibu bapa Edzhar meninggal dunia. Sudahlah kawasan itu dipenuhi semak samun, berhampiran pula dengan bangunan usang yang sedang mereka tumpangi kini.

“ Pandailah kau tu. Sekarang, kita tunggu hujan berhenti! Okey! Kau okey tak ni?” soal Murni dengan senyuman manis. Dia melangkah menghampiri Edzhar yang menganggukkan kepalanya. Sesekali dia tergelak kecil melihat gaya Edzhar yang merapikan rambutnya! Gaya perempuan!

“ Murni..aku..” tutur kata Edzhar bagaikan terhenti apabila melihat sesuatu yang menakutkan di hadapannya. Wajahnya tiba-tiba pucat tidak berdarah. Matanya terkebil-kebil memandang Murni seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu. Belum sempat dia bersuara satu jerutan kuat yang menyekat terus pernafasannya. Tubuhnya menggeletar menahan nafas yang ingin meninggalkan jasad. Matanya membutang luas dan akhirnya terkulai layu menyembah bumi.
Murni yang melihat menggigil ketakutan. Dia cuba menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Seorang gadis yang berjaket hitam merenungnya dengan pandangan tajam. Gadis itu melangkah menghampiri Murni yang mula mengundur ke belakang.

“ Kau degil! Kau tak dengar cakap aku!” Gertak gadis berjaket itu. Murni memandang sekeliling. Nyata kata-kata itu ditujukan kepadanya. Entah apa masalah gadis itu Murni sendiri tidak tahu. Kenapa Edzhar pula dibunuh dengan begitu kejam! Pantas Murni berlari dengan sekuat hati. Apa sahaja yang menghalangnya diredah begitu sahaja. Dia tidak ingin menunggu di situ. Menunggu di situ beerti dia sengaja menempah maut! Maut yang begitu hampir dengannya.

“ Jangan cuba bercerita!” gertak gadis berjaket hitam yang tiba-tiba melintasi Murni. Matanya merona merah dan wajahnya yang penuh kejahatan dapat dilihat dengan jelas.

“ Kau siapa? Kenapa kau bunuh Edzhar?” Murni memberanikan diri menyoal gadis itu. Air matanya laju membasahi pipi. Risau jika nyawanya turut terancam. Pasti dia juga akan terkorban seperti Edzhar sebentar tadi.

“ Kau terlalu polos!” jerkah gadis itu. “ Kenapa kau boleh lupakan aku? Sebab kau dah senang?” gadis itu seakan mengejek. Kemudian matanya tajam merenung Murni yang masih menangis.

“ Aku tak pernah kenal kau! Kau pembunuh! Kau dah bunuh orang!” suara Murni kedengaran sedikit keras walaupun diselangi esak tangisnya.

“ Aku hanya menyelesaikan masalah! Tugas aku masih belum selesai!” ujar gadis itu dengan melepaskan tawa yang panjang. Murni semakin takut. Tubuhnya menggigil ketakutan. Hujan yang lebat juga semakin menggila. Mustahil ada sesiapa yang dapat membantunya saat itu.

“ Atau Edzhar itu bekas kekasih kau?” Murni menyoal kuat apabila suaranya tenggelam dalam titisan hujan yang membasahi bumi.

“ Aku benci lelaki!” jerkah gadis berjaket hitam itu kepada Murni. Pantas dia menolak mangsanya ke atas jalan. Terasa kebas tangan Murni apabila kulit tangannya mengenai batu jalan yang sedikit tajam. Badannya turut merasa sakit.

“ Tolong…tolong..” Murni mula menjerit. Dia tidak ingin mati dalam keadaan itu. Gadis berjaket hitam itu hanya ketawa tebahak-bahak. Senyuman sinis mula mewarnai wajahnya. Dia pantas menghampiri Murni. Namun sebuah kereta yang menghala kepada mereka membuatkan gadis itu melupakan hasrat untuk terus menyakiti mangsa di hadapannya.

“ Jangan bercerita, kerana kau tidak akan terlepas! Ugut gadis itu dan sempat ditangkap oleh telinga Murni sebelum sepasang suami isteri membantunya yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

****

Di sebuah klinik swasta, kelihatan sepasang suami isteri menjelaskan sesuatu kepada seorang doktor yang merawat gadis yang mereka bawa ke situ sebentar sahaja tadi. Wajah mereka tampak serius apabila membicarakan tentang gadis itu.

“ Kami tidak pasti doktor! Kami berjumpa perempuan itu di tengah-tengah jalan. Waktu tu hujan lebat. Kami tak nampak sesiapapun di situ,” ulas seorang lelaki yang berumur lingkungan 40-an. Dia memandang isterinya yang hanya menganggukkan kepala.

“ Badannya tersangat lemah. Mungkin kerana kepenatan! Sebentar lagi dia akan sedar!” jelas Doktor wanita itu tanpa menyedari Murni yang mencuri dengar. Pantas Murni bangun untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

“ Jangan sesekali bercerita!” bayangan gadis berjaket hitam jelas di mata Murni. Wajahnya yang keruh dan bengis benar-benar menyakiti hati perempuannya.

“ Kau berambus dari sini!” jerkah Murni mula hilang sabar. Sakit tubuhnya masih belum hilang. Dia cuba bangun untuk melawan gadis berjaket itu. Entah di mana silapnya Murni terjatuh dan terlentang di bawah katil.

“ Ya ALLAH..kenapa dengan awak ni?” soal Doktor Liza apabila melihat pesakitnya berada di atas lantai.

“ Halau dia keluar doktor!” pekik Murni sekuat hati. Dia cuba bangun namun terkulai semula sebelum jatuh ke tempat asalnya.

“ Kami balik dulu Doktor. Ada kerja yang perlu dibuat! Mungkin dia terlalu penat,” ujar lelaki 40-an itu apabila isterinya membisikkan sesuatu di telinga. Pantas Doktor Liza menganggukkan kepalanya. Dia cukup faham dengan situasi tersebut. Berniat menolong tetapi tidak ingin mencari masalah! Itu dia cukup pasti.

****

Murni melihat balutan di tangannya. Wajah doktor wanita di hadapannya dipandang sekilas. Malas untuk dia bercerita. Tidak pasal-pasal wanita yang bernama Doktor Liza itu mengatakan dirinya gila atau sakit jiwa. Pasti semuanya akan menambahkan masalah yang sedia ada.
Murni bangun dari tempat duduk. Dia mengucapkan terima kasih kepada doktor muda itu. Sebelum sempat Murni melangkah keluar kedengaran Doktor Liza bertanya sesuatu kepadanya.

“ Siapa yang tolak awak ketika itu?” soalan Doktor Liza menyebabkan langkah Murni terhenti. Dia tersenyum sinis dan mendiamkan diri buat seketika. Kemudian Murni menghampiri doktor muda itu.

“ Doktor percaya kepada hantu?” soal Murni dengan wajah yang serius. Doktor Liza kelihatan tercegang. Hairan dengan soalan gadis di hadapannya.

“ Hantu? Maksud awak?” Doktor Liza mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Soalan gadis itu tidak pernah terdetik di akal fikirannya.

“ Kalau saya cakap hantu yang tolak saya, Doktor percaya tak?” Murni bertanya lagi. Kali ini Doktor Liza menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Gadis di hadapannya itu seolah sengaja membuang masanya dengan soalan yang tidak masuk dek akal.

“ Awak baliklah berehat! Mungkin awak terlalu penat!” tutur Doktor Liza seolah hampa dengan soalan yang diajukan oleh Murni.

“ Doktor tidak percayakan? Soal Murni lagi. Matanya tajam menikam anak mata Doktor Liza. Wajahnya tampak serius tanpa seulas senyuman.

“ Mereka kata, mereka tak nampak sesiapapun ketika itu. Cuma mereka nampak awak tertiarap di atas jalan raya,” jelas Doktor Liza memancing jawapan yang sejujurnya daripada Murni.

“ Hujan yang lebat banyak kisahnya doktor! Saya berlari untuk mengelakkan diri dari basah kuyup. Akhirnya saya terjatuh di atas jalan. Sudahnya saya bukan lagi basah, tapi turut mandi!” jelas Murni sambil tergelak kecil. Doktor Liza menganggukkan kepala dan mula tersenyum. Alasan yang masuk dek akal! Pandai Murni bergurau! Bisik Doktor Liza sendiri.

“ Saya tak bergurau doktor! Saya balik dulu. Takut hujan turun lagi!” balas Murni sambil berlalu meninggalkan Doktor Liza yang tercegang secara tiba-tiba. Nyata dia diperbodohkan oleh gadis polos itu. Dalam hati Doktor Liza beristighfar beberapa kali.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.