Bab 2
Dia..Ros Hitam kembali semula ke bangunan usang
dengan berjaket hitam yang menutupi kepala. Matanya meliar mencari mayat lelaki
yang dibunuhnya sebentar tadi. Kemudian dia merengus dengan geram apabila
mangsanya itu tiada lagi di situ. Pantas Ros Hitam mencari tali yang digunakan
untuk membunuh mangsanya dengan kejam. Nyata tali tersebut masih berada di
situ.
Ros Hitam melilau lagi. Dia
melangkah dengan perlahan. Sesekali dia menampar kuat parasit yang menggigitnya
sesuka hati. Kemudian dia mengendap ke dalam semak samun yang berada di situ.
Nyata apa yang dicari tidak menampakkan bayang. Yang ada hanyalah bau busuk
dari sampah yang dibuang di kawasan itu. Bangunan usang itu juga kelihatan
tidak terurus. Sana sini diselaputi dengan lumut yang kelihatan kotor dan
berhabuk.
“
Aku tidak akan lepaskan siapa yang menyakiti aku!” tutur Ros Hitam dengam mata
yang bersinar. Bibirnya diketap menahan segala amarah yang bermain di jiwa. Kemudian
dia mengumam sendiri. Suaranya kedengaran kasar. Matanya meliar di setiap
penjuru. Tubuh lelaki gempal itu hilang entah ke mana. Mungkin di bawa anjing
liar! Getus Ros Hitam membuat anadaian. Dia
melangkah keluar dari kawasan itu dan mendapatkan kereta Wira berwarna hitam
yang berada tidak jauh dari situ. Kemudian dia membuka bonet kereta dan
menyimpan tali yang berada di dalam gengamannya. Setelah berdiri di situ agak
lama, Ros Hitam mula meloloskan diri ke dalam perut kereta sebelum memecutnya
dengan laju. Dalam perjalanan dia membebel seorang diri sebelum melirik senyum
seorang diri. Tidak lama kemudian Ros Hitam menangis teresak-esak sebelum melepaskan
tawa yang panjang. Nyata kebahagiaan itu miliknya kini!
****
Seusai pulang dari klinik Doktor Liza, Murni
berselimut tebal untuk menghilangkan rasa sejuk yang mula menyerangnya.
Badannya sedikit panas dan tubuhnya benar-benar terasa lemah. Dia menggigil
kesejukan dan cuba bangun untuk mengambil air di dapur. Ketika berada di dapur,
Murni duduk di atas kerusi sambil menghirup air yang sedikit panas. Matanya
terkebil-kebil sebelum kolam matanya mula dihiasi manik jernih. Dia meraup
mukanya lama. Ingatannya kepada Edzhar tidak lekang dari akal dan fikirannya.
“
Zahar..Murni minta maaf! Murni tak berdaya. Murni takut!” Murni menggigit
bibirnya kuat bersama air mata yang mula merembas keluar. Wajah Edzhar yang
pucat masih jelas di matanya. Tubuh lelaki itu yang menggeletek kesakitan juga
masih diingati oleh Murni. Pasti Zahar terseksa! Getus Murni sendiri. Tiba-tiba
terfikir di benaknya untuk pergi semula ke bangunan usang itu. Pasti mayat
Edzhar masih di situ! Pasti…Murni bergegas untuk menukar pakaian. Dia tidak
menghiraukan tubuhnya yang lemah dan tidak bermaya. Apa yang pasti mayat Edzhar
perlu disemandikan dengan sewajarnya.
Kring,kring…kring, kring…Telefon yang berbunyi
pantas disambar oleh Murni. Matanya membutang luas apabila tertera nama Edzhar
di skrin telefon. Hatinya tiba-tiba menjadi kecut. Terasa mukanya pucat tidak
berdarah. Siapa yang menghubunginya saat itu. Atau Edzhar masih hidup!
“
Helo..siapa di sana?” tutur Murni terketar-ketar. Dia duduk di birai katil
sambil memeluk tubuh.
“
Helo Murni..Awak sihat?” kedengaran suara garau di hujung telefon. Murni
meneliti suara tersebut. Nyata bukan suara lelaki lembut itu.
“
Kau siapa? Bagaimana telefon Edzhar ada dengan kau?” jerkah Murni dengan kuat.
Hilang sedikit rasa takut di dalam hati. Apa yang diingatkan olehnya sekarang
adalah nasib Edzhar. Adakah Edzhar masih hidup!
“
Murni..kau tak kenal aku siapa? Aku dah lama tengok kau! Kau cantik..Aku tak
suka kau dengan budak gempal tu! Sekarang..tiada siapa yang dapat halang kita
lagi ya sayang..” ujar pemanggil di corong telefon. Murni mengetap bibir.
Pemanggil itu seakan menduga kesabarannya saat itu.
“
Kau dan perempuan tu bersubahat untuk hancurkan hidup aku! Malah hidup Edzhar!
Kau berdua takkan terlepas! Aku akan report polis!” ugut Murni mula berani
walaupun air matanya kini membasahi pipi. Dia tidak teragak-agak untuk
melakukannya demi persahabatannya dengan lelaki lembut itu.
“
Perempuan mana ni Murni? Nak aku kejar dia? Demi kau, aku sanggup Murni..Lelaki
gemuk tu dah mati! Sekarang kau nak suruh aku bunuh siapa?” balas lelaki itu sedikit
keras. Murni menarik nafas panjang. Siapa lelaki yang menghubunginya itu?
Edzhar? Tak mungkin!
“
Kau memang dah gila! Aku akan…” Murni menghentikan kata-katanya apabila lelaki
itu melepaskan tawa secara tiba-tiba. Meremang bulu roma Murni dengan apa yang
sedang berlaku. Mungkin dia juga akan hilang akal dengan permainan lelaki yang
tidak dikenalinya itu.
“
Kau berani?” sergah lelaki itu selepas mendiamkan diri beberapa saat. “ Jangan
buat macam tu Murni. Kalau tak..”
“
Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku?” soal Murni dengan marah.
“
Jangan sesekali berani melakukannya Murni! Aku bagaikan bayang-bayang kau! Kau
adalah hak aku!” ulas lelaki itu mulai berang. Dia memutuskan talian sebelum
sempat Murni bersuara.
“
Jangan sesekali berani melakukan? Jangan bercerita? Ah! ini kerja orang gila!
Sakit jiwa!” Murni menjerit sekuat hati sebelum menangis tersedu-sedu. Dalam
hati dia cukup yakin yang Edzhar telah tiada. Lelaki itu telah meninggalkan
dunia yang fana ini. Itu Murni cukup yakin.
****
Di sebuah perkampungan yang berada di Banting
Selangor, Andrey menyanyi kecil sambil merenung potret yang berada di atas
meja. Kemudian dia mencapainya dan menyentuh lembut seraut wajah seorang gadis
yang melempar senyum dengan senyuman manis.
“
Suraya..” Andrey tersengih apabila teringatkan gadis itu. Suraya adalah
kekasihnya yang telah lama bersemandi di liang lahad. Kematiannya tiada siapa
yang tahu puncanya. Apa yang keluarga gadis itu tahu, Suraya telah mati kerana
kemalangan. Lebih tepat Suraya dilanggar lari!
Andrey meletakkan semula potret tersebut. Kemudian
dia menundukkan kepalanya dan membebel sendiri. Wajah Suraya terbayang di
matanya. Ingatannya tiba-tiba teralih kepada kekasih hatinya itu.
“
Sayang, apa semua ni? lelaki ni siapa?” soal Andrey apabila melihat Suraya
berpimpinan tangan dengan lelaki lain di sebuah pusat membeli belah. Pantas dia
menarik tangan kekasihnya itu.
“ I
nak putus!” balas Suraya dengan selamba. Tiada langsung riak bersalah di wajah
cantiknya.
“
Kenapa? Apa salah abang?” Andrey seakan
terpana dengan permintaan Suraya. Sangkanya cinta gadis itu hanya untuk dirinya
seorang. Ternyata anggapan itu salah sama sekali.
“ I
dah tawar hati dengan You! You tak ada apa-apa!” balas Suraya sebelum berlalu
bersama kekasih baru. Andrey yang melihat hanya mampu menangis di dalam hati.
Tidak disangka olehnya Suraya seorang gadis yang tamakkan harta benda dari
cinta sejati. Tergamak juga Suraya membuangnya setelah berjanji setia untuk
bersama-sama mendirikan mahligai bahagia.
Andrey meraup mukanya.
Kenangan itu amat menyakitkan hati. Cukup mengguris jiwanya yang perlukah kasih
sayang dan perhatian. Sebagai anak yatim piatu, Andrey terlalu mengharapkan
kehadiran Suraya dapat mengubat kesunyian hatinya. Namun sayang semuanya hancur
berkecai sekelip mata.
“
Padam muka kau! Sekarang kau menjawablah di sana!” getus Andrey kedengaran
keras. Kemudian dia menatap lagi potret tersebut sebelum melepaskan tawa yang
panjang. Tidak lama kemudian Andrey
menangis teresak-esak persis budak kecil yang perlukan perhatian. Dalam
hati dia merasa puas! Puas kerana dia penyebab kematian Suraya!