Bab 5
Murni berjalan laju apabila merasakan ada seseorang
mengikuti langkahnya. Dia cuba berlari namun kakinya terasa begitu berat. Tiba-tiba
seseorang menyergahnya dengan kuat. Pantas Murni berpaling dan seraut wajah
lelaki separuh abad merenung kepadanya dengan sengihan yang panjang. Giginya
yang kekuningan dapat dilihat jelas oleh Murni.
“
Tolong jangan apa-apakan saya! Awak siapa?” Murni terketar-ketar. Entah kenapa
begitu ramai yang suka mengganggu hidupnya. Lelaki separuh abad itu ketawa
terbahak-bahak sebelum mencekik Murni dengan kuat.
“
Kau menyusahkan hidup aku!” jerkahnya kuat. Murni terkapai-kapai untuk
bernafas. Tiba-tiba satu tolakan membuatkan tubuhnya terasa begitu sakit.
Matanya terpejam dan..
Kring, kring…kring..kring..Murni membuka mata. Air
matanya jatuh membasahi pipi. Mungkin telefon lelaki tua yang berbunyi! Sempat
Murni berbisik. Namun apabila melihat kawasan sekeliling, Murni mengucap
panjang. Nyata dia sedang bermimpi dan kini dia berada di atas lantai! Lantai
bilik tidurnya. Pantas Murni mencapai telefonnya dan menekan butang hijau.
“ Helo! Murni, Murni buat apa tu?” kedengaran
suara lelaki yang menggunakan telefon milik Edzhar.
“ Kau? Kau nak apa? Mana kau letak mayat
Edzhar?” jerit Murni dengan kuat. Ketakutan yang menghimpit dirinya sebentar
tadi kini dipenuhi dengan kebencian terhadap lelaki yang mengganggu hidupnya
kini.
“ Andrey!” lelaki itu bersuara singkat.
“ Andrey? Siapa Andrey?” tutur Murni sedikit
keliru.
“
Nama saya Andrey! Murni tak perlu berkau-kau lagi dengan saya. Bagaimana dengan
Murni? Sihat?” suara lelaki itu kedengaran bersahaja.
“ Aku sihat! Tapi aku rasa kau yang tak sihat!”
Murni masih berkasar. Lelaki di corong telefon itu seolah-olah sengaja
menyakiti hatinya.
“
Murni, Murni..Macam mana Murni tahu saya tak sihat? Otak saya sakit Murni!
Tapi.. semua tu tak penting! Apa yang penting, jangan cuba membuka pintu hati
Murni buat orang lain lagi. Saya tak suka!” lelaki yang memperkenalkan dirinya
sebagai Andrey menjerkah kuat.
“ Tak suka? Kenapa?” Murni sedikit bingung. Apa
masalah lelaki itu. Antara mereka tiada sebarang hubungan. Jauh sekali hubungan
cinta.
“ Ada yang telah menanti!”
“ Aku tak bercinta dengan sesiapapun!” Murni
bersuara geram.
“ Jangan cuba mendekati walaupun sekadar
suka-suka!” balas Andrey lagi.
“ Tak apalah lelaki bernama Andrey! Aku ada
hal! Jangan ganggu aku okey?” tiba-tiba rasa takut menjengah perasaan Murni.
Fikirannya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.
“ Murni, ingat! Dia tiada keistimewaan! Tiada
apa yang perlu dibanggakan! Jangan kerana darjat, Murni tersungkur sendiri!
Atau jangan sampai dia terluka!” gertak Andrey sambil ketawa terbahak-bahak.
Murni yang mendengar kecut perut. Nyata dia sedang berbual dengan lelaki
yang tidak siuman!
“ Dia tu siapa? Kau jangan berbelit-belit boleh
tak?” Murni mula menjerit. Penat telinganya menadah kata-kata mengarut daripada
lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Andrey itu.
“ Oklah Murni! Jaga diri. Jangan buta untuk
menilai cinta yang berada di hadapan mata. Bye!” talian diputuskan tanpa salam.
Murni termenung seketika sebelum melangkah semula ke dalam bilik. Kepalanya
terasa pening dengan panggilan lelaki sebentar tadi. Kata-kata lelaki itu
bagaikan menyimpan seribu satu rahsia. Namun tidak dapat dirungkaikan oleh fikirannya.
Murni melihat jam di dinding.
Jarum jam menunjukkan jam 5.00 pagi. Dia beristighfar panjang. Suara lelaki
yang memperkenalkan dirinya Andrey masuih teriang-iang di telinga. Dalam hati
Murni berbisik. Adakah gadis berjaket hitam itu dan Andrey sengaja memburunya?
Jika benar, apa sebabnya? Dan kenapa Edzhar yang menjadi mangsa!
****
Di sebuah apartmen yang berada di Puchong Maju Jaya,
Fandey sibuk mengemas rumah. Dia membersihkan setiap sudut ruang hadapan sambil
menyanyi kecil. Kadang kala dia tersenyum sendiri apabila teringatkan Murni
yang begitu manis pada pandangan matanya. Wajah gadis itu sering hadir di dalam
mimpinya sejak akhir-akhir ini. Setiap kali terjaga, Fandey dapat merasakan
jiwanya bergetar hebat. Nyata cinta yang hadir benar-benar mencuri ketenangan
dirinya.
Selesai membersihkan ruang
tamu,Fandey melangkah ke dapur dan menyediakan secawan kopi. Dia melangkah
kembali ke hadapan dan duduk di atas sofa sambil menyedut perlahan kopinya yang
masih panas. Pantas juga telefon yang berada di atas meja kaca dicapainya.
“
Telefon ke tidak?” Fandey bersuara sendiri. “ Erm..telefonlah!” Fandey membuat
keputusan untuk menghubungi Murni. Dia mencari nama gadis itu dan menekan
butang hijau. Satu, dua..
“
Helo..Assalamualaikum..” kedengaran suara Murni di talian. Fandey menarik nafas
lega dan tersenyum.
“
Waalaikumussalam..Murni. Murni buat apa tu?” soal Fandey dengan perasaan
gembira. Lupa untuk dia memperkenalkan diri.
“
Siapa ni?” soalan Murni kedengaran serius. Fandey yang mendengar tersenyum
lagi.
“
Murni, saya Fandey! Awak dah lupa?” ujar Fandey dengan harapan gadis itu tidak
melupai dirinya. Tiba-tiba kedengaran gelak tawa Murni di corong telefon.
“
Erm..takkan saya boleh lupa dengan lelaki hensem macam Fandey! Kenapa awak call
saya ni?” soalan Murni membuatkan Fandey kehilangan kata-kata. Kemudian dia
tersengih sendiri.
“
Jom keluar! Saya boringlah cuti-cuti ni!” Fandey sempat mencari idea. Besar
harapannya agar gadis itu sudi keluar bersama. Entah kenapa dia benar-benar
menyukai Murni yang kelihatan sopan dan lembut. Pasti sesuai dijadikan isteri!
Getus Fandey sendiri.
“
Keluar pergi mana? Nanti girlfriend Fandey marah macam mana?” serkap Murni
pantas.
“
Saya tak ada girlfriend! Murni siap, nanti saya ambil!” balas Fandey bersahaja.
“
Alamat saya..”
“ Jalan
9/33 Jalan Puchong Perdana kan?” balas Fandey sebelum sempat Murni menghabiskan
kata-katanya. Murni yang berada di hujung sana tergelak kecil. Fandey yang
mendengar menarik nafas lega sebelum memutuskan talian setelah selesai memberi
salam.
****
Di sudut sebuah rumah, seorang lelaki yang terikat
dan mulutnya disumbat dengan kain kelihatan begitu lemah. Air matanya sudah
penat mengalir dan membasahi pipi. Hanya doa dan harapan yang tidak putus-putus
menjadi rutin hariannya kini. Sudah tiga hari dia berada di situ. Entah kenapa
lelaki gila itu mengurungnya. Sudahlah kesakitan kerana dijerut dengan tali
oleh perempuan kejam itu masih dirasainya sehingga kini. Adakah dua manusia
berlainan jantina itu bersubahat untuk membunuhnya? Jika benar apa yang
disangka, apakah yang mampu dilakukan
oleh lelaki lembut sepertinya sehingga diseksa sedemikian rupa! Dia bukannya
orang kaya atau berharta.
Edzhar memandang sekeliling
rumah usang itu. Keadaan yang bersepah dan tidak terurus menjadi tatapannya.
Kemudian matanya terpacak di dinding rumah tersebut. Gambar-gambar perempuan
yang ditampal di situ menarik minat Edzhar. Tiba-tiba pintu ditolak kasar dari
luar. Edzhar cepat-cepat menutup mata dan berpura-pura tidur sambil mencuri
pandang seorang lelaki tampan walaupun kelihatan bengis. Sempat dia berbisik di
dalam hati dengan mengatakan lelaki itu tidak waras atau lebih tepat digelar
sakit jiwa.
“
Suraya..Suraya pergi mana? Lama abang cari! Sayang dah makan?” tutur lelaki itu
sambil menyentuh lembut gambar seorang gadis yang ditampal di dinding. Beberapa
gambar lain turut menjadi tatapan mata liarnya. Kemudian lelaki berkumis nipis
itu menghampiri Edzhar dan menarik kain yang disumbat ke mulut mangsanya itu.
“
Kau pun laparkan? Sekarang kau makan!” kasar tutur kata lelaki yang berada
seinci di hadapan Edzhar.
“
Kenapa kau buat aku macam ni? Kau bersubahat dengan perempuan jahat tu?” Edzhar
bersuara lemah. Andrey yang mendengar tergelak kecil sebelum kedengaran
tangisan kecil dari mulutnya. Dia bangun dan menatap lagi wajah Suraya.
“
Siapa yang lebih jahat daripada Suraya? Tak ada lagi! Betul tak sayang?” Andrey
menyentuh gambar Suraya lama. Kemudian dia memandang Edzhar dengan pandangan
tajam.
“
Kau pun jahat! Kau rampas Murni daripada aku!” tutur Andrey tiba-tiba. Dia
kembali merapati Edzhar yang masih berikat. Pantas dia meleraikan tali yang
mengingkat tangan lelaki gempal itu. Wajah Edzhar dipandang dengan tajam. Ingin
sekali dia menghapuskan lelaki yang cuba merampas Murni daripadanya.
“
Aku tiada hubungan dengan Murni! Dia..”
“
Diam..aku kata diam! Sekarang kau makan kalau kau tak nak mati!” jerkah Andrey
kuat. Dia duduk di hadapan lelaki itu. Hendak atau tidak Edzhar terpaksa
menjamah makanan di hadapannya. Risau tubuhnya yang lemah akan bertambah. Pasti
dia akan mati katak di situ. Pasti juga lelaki gila seperti Andrey hanya
bertepuk tangan melihat dia lenyap di muka bumi. Dan kerana itu Edzhar tidak
akan mengaku kalah!