Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
14,020
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

Bab 9

Ketika melangkah memasuki pejabat, pantas mata Murni melihat sejambak bunga Ros berada di atas mejanya. Murni memandang sekeliling. Pandangannya bertaut dengan Nurul Akma yang memandang dengan pandangan benci. Kemudian Mastura salah seorang staf di situ menuju ke arahnya.

“ Hai Murni! Siapa bagi bunga ni?” soal Mastura sambil membelek jambangan bunga tersebut. Pantas Murni mengelengkan kepalanya. Pandangannya tiba-tiba jatuh kepada Fandey yang sedang merenungnya tanpa disedari.

“ Awak bagi bunga ni pada saya?” Murni bertanya dengan wajah yang serius. Fandey hanya mengelengkan kepalanya. Pandangannya mula beralih dari memandang gadis idamannya itu. Cemburu juga bercambah di dalam hati apabila Murni dipuja oleh lelaki lain. Kalau ada jodoh..sempat Fandey berfikiran positif.

“ Murni, awak masuk bilik saya sekejap!” Dato’ Irfan yang tiba-tiba muncul membuatkan semua staf memberi tumpuan terhadap kerja. Pantas Murni bangun dan melangkah ke bilik Dato’ Irfan.

“ Ya Dato’! Ada apa yang boleh saya tolong?” Murni tersenyum manis. Lelaki separuh abad itu telah banyak berjasa kepadanya.

“ Boleh awak teman saya makan tengahari nanti? Kalau awak tak keberatan! Lagipun, saya sendiri. Tak ada mood makan sorang-sorang ni!” ujar Dato’ Irfan dengan penuh harapan. Murni mendiamkan diri buat seketika. Risau nanti dituduh ada skandal dengan majikan sendiri. Pasti heboh!

“ Tapi Dato’..” Murni serba salah untuk menerima.

“ Awak tak sudi?” Dato’ Irfan bersuara mendatar. Kecewa jika pelawaannya ditolak begitu sahaja.

“ Baiklah Dato’! Harap tiada gossip tentang kita nanti!” Murni ketawa bagai dibuat-buat. Dia meminta diri untuk keluar dari bilik lelaki itu.

“ Murni, awak suka tak bunga ros tu?” tiba-tiba Dato’ Irfan bersuara saat Murni melangkah untuk keluar. Pantas Murni memandang Dato’ Irfan bagaikan tidak percaya. Dia mengerutkan dahi sebelum lelaki separuh abad itu tersenyum penuh makna. Dalam hati Murni merasa gerun! Gerun dengan pandangan Dato’ Irfan kepadanya.

****

Ketika melabuhkan punggung di atas kerusi, Nurul Akma datang menghampiri Murni tanpa senyuman. Dia merenung lama wajah gadis di hadapannya bagaikan ingin ditelan hidup-hidup.

“ Apahal Dato’ Irfan panggil kau? Kau tak malu ke ada skandal dengan lelaki tua tu! Satu lagi, bunga ni dia yang bagikan?” kasar tutur kata Nurul Akma. Murni memandang sekilas. Hatinya terluka dengan layanan Setiausaha Dato’ Irfan itu. Nurul Akma tidak pernah memberi ruang untuknya merasa bahagia bekerja di situ.

“ Murni tak ada apa-apa hubungan dengan Dato’, Nurul! Kenapa Nurul..” Murni mengetap bibir sambil memandang Fandey yang menjeling sekilas kepadanya.

“ Dulu kenapa kau tak goda Edzhar? Sebab dia lembut? Kau yang salah sebab tak bimbing dia jadi lelaki tulen! Sekarang kau sibuk nak goda Dato’ Irfan kenapa?” Nurul Akma benar-benar marah. Wajah Murni dipandang dengan pandangan meluat.

“ Sudah-sudahlah tu! Tak elok bergaduh! Nanti Dato’ nampak macam mana?” Fandey cuba meleraikan pergaduhan itu. Nurul Akma mencebik apabila Murni dipertahankan oleh lelaki muda itu.

“ Sepatutnya kau tu lembik macam Edzhar juga! Tak ada menjawab cakap aku!” jerkah Nurul Akma kepada Fandey. Murni yang terkebil-kebil menahan air mata yang mula tumpah membasahi pipi.

“ Sudahlah Murni! Mungkin perempuan tu datang bulan. Sebab tu marah-marah!” pujuk Fandey perlahan. Murni menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum memandang Fandey.

“ Dato’ yang bagi bunga ni!” ujar Murni berterus terang tanpa dipinta. Fandey menjungkit kening sebelum melemparkan senyuman hambar.

“ Bunga tak apa! Jangan dia bagi hati dia pada awak sudah!” balas Fandey sambil berlalu dan duduk ditempatnya. Murni mengerutkan dahinya mendengar kata-kata lelaki itu. Cintakah Fandey kepadanya? Jika benar, mustahil cinta hadir sesingkat itu! Atau juga cinta pandang pertama! Atau mungkin juga dia yang tersilap mentafsir kata-kata Fandey! Segalanya mungkin! Getus Murni sendiri.

****

Jam 1.00 tengahari Murni dan Dato’ Irfan beriringan untuk makan tengahari. Sangka Murni mereka akan makan di kedai makan berhampiran. Nyata tanggapannya salah apabila lelaki separuh abad itu mengajaknya makan jauh dari kawasan pejabat. Bukan itu sahaja, selesai makan Dato’ Irfan mengajak Murni bersiar-siar di taman bunga.

“ Dato’, kita dah lambat ni! Saya kena masuk kerja!” tiba-tiba Murni bersuara saat mereka beriringan di Taman Bunga yang tampak indah di matanya.

“ Tak apalah Murni. Hari ni awak kerja sekerat hari! Teman saya jalan-jalan! Duduk ofis, sakit juga kepala saya!” balas Dato’ Irfan selamba.

“ Dato’ tak takut, Datin marah nanti? Saya pun tak nak dianggap pemusnah rumah tangga orang!” jujur Murni menyatakan perasaannya ketika itu. Dato’ Irfan tergelak kecil. Nyata gadis itu begitu polos. Tidak juga mengambil kesempatan atas kekayaan yang dimilikinya. Tidak seperti Nurul Akma yang begitu terbuka meluahkan rasa hati.

“ Kita bukan buat apa-apa pun Murni! Cuma terus terang saya katakan, saya sukakan awak!” balas Dato’ Irfan sambil duduk di atas kerusi yang berada di situ. Murni menarik nafas. Terasa ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.

“ Saya tak ingin bercinta dengan suami orang Dato’! Natijahnya amat berat! Sukar untuk saya jawab persoalan orang nanti. Tegakah saya jadi perampas suami orang? Sedangkan saya bukan perampas!” balas Murni selamba namun cukup tajam ditelinga Dato’ Irfan. Kata-kata Murni menusuk terus ke jantungnya saat itu
Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.