Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
55,477
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 15

Bab 15

Di padang golf Saujana, Dato’ Irfan beriringan bersama Dato’Farid setelah penat menjukkan kehebatan masing-masing. Mereka menuju ke Kafe berdekatan untuk menghilangkan rasa dahaga yang bermain-main di kerongkong mereka sejak dari tadi. Sesampai di Kafe, pantas mereka meminta air Jus Apple dan menyedutnya dengan rakus.

“ Uh, hilang dahaga tekak aku ni!” Dato’ Farid bersuara sambil memandang wajah Dato’ Irfan lama.
“ Kau apahal tengok aku macam tu? Saham naik ke?” soal Dato’ Irfan tergelak kecil. Dia menyapu dahinya yang berpeluh.

“ Kau sekarang, sibuk je memanjang! Ada cerita baru ke?” soal Dato’ Farid cuba mengorek rahsia. Pantas Dato’ Irfan tergelak besar. Kemudian dia mendiamkan diri sejenak. Entah kenapa, banyak benar perkara diluar jangkauannya yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

“ Kau percaya pada hantu?” soal Dato’ Irfan serius. Dahi Dato’ Farid berkerut seribu. Soalan apa yang ditanya oleh lelaki separuh abad itu? Pening ke apa?

“ Aku tahu kau fikir aku tak waras! Mungkin juga fikir aku gila! Tapi, aku nak bagitahu kau, dah dua kali aku kena langgar dan pada masa yang sama ada orang buang bangkai kucing di hadapan rumah aku! Tu pun, kucing tu dibunuh dengan kejam! Kau tak rasa pelik ke?”

“ Dah tu, apa kena mengena dengan hantu?” soal Dato’ Farid tidak faham.

“ Dah tu kerja siapa? Bukan ke hantu je yang tahu takutkan orang sampai macam ni!” balas Dato’ Irfan serius.

“ Kena langgar? Kau tak perasan siapa?”

“ Masalahnya, tak perasan! Malah, orang tu call aku, ugut aku, aku sendiri confius suara perempuan ataupun lelaki!” balas Dato’ Irfan lagi.

“ Kau ada bermusuh dengan sesiapa tak?” soal Dato’ Farid yang seakan berminat dengan cerita temannya itu.

“ Manalah aku ada musuh!” jawab Dato’ Irfan ringkas. Seingatnya, dia cukup menjaga pergaulannya agar tidak dibenci oleh orang. Dari mana pula datangnya musuh?

“ Mungkin kau ada skandal dengan perempuan lain?” serkap Dato’ Farid. Wajah Dato’ Irfan tiba-tiba berubah. Apa kena mengena dengan skandal?

“ Dah tu kenapa?” Dato’ Irfan sedikit tercengang dengan soalan lelaki berpangkat itu.

“ Mungkin isteri kau sendiri upah orang untuk langgar kau! Alasannya kerana kau curang,” Dato’ Farid sekali lagi serkap jarang.

“ Mengarutlah kau ni! Cuma, keluarga aku dan keluarga adik aku tak ngam selepas anak mereka Lalita menolak lamaran anak aku, Nazri. Hubungan kami pun dah lama renggang. Entah sampai bila, aku pun tak tahu!” suara Dato’ Irfan kedengaran sedikit kendur. Terasa bersalah pula kepada adik perempuannya itu.

“ Mungkin juga semua ni kerana dendam! Manalah kita tahukan?” kenyataan Dato’ Farid menyebabkan Dato’ Irfan tidak senang duduk. Entah kenapa dia teringatkan gadis berjaket yang datang tanpa diundang dalam hidupnya. Atau mungkin kerana gadis itu? uh! Takkan dia berani membuat kerja segila itu! jika benar, atas alasan apa? Getus Dato’ Irfan sendiri.

****

Pulang dari bermain golf, sekali lagi Dato’ Irfan dikejutkan dengan bangkai ayam yang masih berdarah di dalam plastik di pagar rumahnya. Datin Fiffy yang masih lagi terkejut, terduduk di hadapan pintu. Wajahnya kelihatan pucat tidak berdarah. Tubuhnya menggigil kerana ketakutan.
Nazri yang terpacak di hadapan rumah mengelengkan kepalanya beberapa kali. Entah kenapa, sakit di hatinya dengan kelakuan manusia yang dianggap tidak berhati perut itu. Apa yang menghairankannya, siapa yang berani membuat kerja segila itu.

“ Apa ni daddy? Naz tak fahamlah! Hari tu bangkai kucing! Sekarang ayam pulak! Esok lusa, kita pulak yang diparangnya,” Nazri melepas kata. Dato’ Irfan yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala.

“ Daddy tak tahu! Agaknya..” Dato’ Irfan tidak tahu apa lagi yang hendak dikata.

“ Ni mesti kerja Lalita! Agaknya dia yang menyuruh budak tak ada kerja tu buat kerja macam ni!” tuduh Nazri dengan perasaan marah. Datin Fiffy hanya mendiamkan diri sebelum masuk ke rumah. Dato’ Irfan juga melangkah masuk dan duduk di atas sofa. Wajah isterinya dipandang dengan rasa simpati. Wanita itu telah banyak menderita setelah menjadi isterinya.

“ Fiffy nak call polis!” Datin Fiffy bangun menuju ke meja telefon. Pantas Dato’ Irfan menghalang.

“ Jangab buat kerja bodoh! Kau nak kita semua dapat malu?” soal Dato’ Irfan sambil memegang bahu isterinya.

“ Dah tu abang nak biarkan saja orang gila tu ganggu rumahtangga kita? Fiffy takut..Fiffy tak nak mati!” Datin Fiffy mula melalut. Dia terduduk di situ. Nazri yang berada di luar mengendap melalui pintu utama. Pantas dia mengambil bangkai ayam yang masih berada di dalam plastik dengan perasaan marah dan sakit hati.

****

Di bawah sebuah pohon yang rendang, ada senyuman sinis bermain di bibir lelaki itu. Seronok dia mengenakan keluarga Dato’ Irfan yang mula berada di dalam ketakutan. Puas hatinya dengan permainan itu. Teringat saat dia ingin membunuh Dato’ Irfan selepas sebuah kereta laju menghimpit kereta orang tua itu. Waktu itu dia sangat berterima kasih kepada manusia yang juga mendendami lelaki separuh abad itu walaupun misinya tidak berjaya. Dia pasti tidak akan melepaskan sesiapa yang cuba merampas daripadanya. Merampas siapa? Hi..lelaki itu tersengih sendiri.
“ Kau akan jadi milik aku! biar siapapun kau, aku tidak akan peduli. Untuk apa lelaki tua yang kau kejarkan? Dasar mata duitan!” pekiknya sendiri sambil berlalu dari situ dan menghampiri sebuah kereta miliknya. Di dalam kereta, dia menyanyi kecil sambil ketawa terbahak-bahak. Kemudian dia menangis persis kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang. Sudahnya, dia berlalu dari situ dengan hati yang penuh dendam.

****

Nazri yang datang ke rumah Lalita, pantas mengoncang pintu pagar gadis itu dengan kuat. Dia menjerit-jerit memanggil sepupunya itu. Sakit hatinya bukan sedikit. Baginya, Lalita sudah keterlaluan mengganggu keharmonian kelurga mereka.

“ Kau apahal ni Nazri? Dah gila?” Lalita yang terkejut dengan kedatangan Nazri yang terjerit-jerit di hadapan rumahnya benar-benar menguji kesabarannya.

“ Apahal? Ni apa?” pantas bangkai ayam yang berada di dalam plastik dicampak kepada Lalitha. Hampir terjerit Lalita melihat bangkai ayam yang mengenai kakinya.

“ Kau gila ke apa Nazri? Buat apa kau bagi bangkai ni kat aku? Kau dah buang tabiat macam mak kau jugak!” soal Lalita dengan marah.

“ Kau jangan buat muka sepuluh sen ya! Aku tahu, kau yang buat semua ni, sebab kau tak suka keluarga aku kan? Jahat-jahat aku, aku tak sangka kau lagi jahat! Firaun zaman moden kau ni!” Nazri puas menutur kata. Wajah merah Lalita dipandang lama.

“ Kau balik sekarang sebelum kau pula jadi arwah! Ambik ayam kau buat gulai!” Lalita kembali melempar plastik tersebut kepada Nazri. Berang dia dituduh sampai begitu sekali. Tiba-tiba kelihatan Bros datang sambil mengangkat kening tanda tidak faham.

“ Sebab lelaki sengit ni kau jadi macam ni kan Lalita? Apa taste kau, aku pun tak tahu! Apa pun, aku nak warning kau, jangan kacau keluarga aku lagi!” Nazri berlalu dengan membiarkan bangkai ayam yang berada di kakinya. Bros pantas membuka plastik dan terjerit kecil. Dia mengucap di dalam hatinya. Pantas dia mengambil bangkai ayam tersebut dan membuangnya jauh dari kawasan rumah. Kemudian dia kembali semula ke rumah Lalita.

“ Sampai bila keluarga kami nak bergaduh? Aku tak tahu..” Lalita masuk ke dalam rumah. Bros yang melihat, hanya membiarkan Lalita bersendiri. Dia berkira-kira hendak pulang ke rumahnya tanpa mengganggu emosi temannya itu. Niat hati hendak mengajak Lalita keluar terbantut begitu sahaja.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.