Bab 14
Selepas berjumpa dengan Tan Sri Jamil di banglo
miliknya pukul 11 malam, Dato’ Irfan memecut keretanya meninggalkan perkarangan
rumah bapa mertuanya. Ada urusan penting yang berkaitan dengan perniagaan telah
mereka bincangkan. Tan Sri Jamil selaku bapa mertua tidak pernah mencampuri
urusan rumah tangganya anaknya dan Dato’ Irfan. Dia tahu tentang perangkap yang
dibuat oleh anak gadisnya sepuluh tahun yang lalu. Namanya turut tercemar
dengan sikap terburu anaknyaitu. Tiba-tiba telefon Dato’ Irfan menjerit minta
diangkat. Dengan pantas dia menjawab panggilan.
“
Assalamualaikum..ya Farid. Apahal kau call aku ni?” Dato’ irfan memperlahankan
keretanya. Panggilan dari teman baiknya itu perlu diberi tumpuan.
“ Tak ada apa-apa. Aku cuma lama tak jumpa kau.
Kau free ke sekarang?”
“
Ok! Aku free. Kau nak jumpa aku kat mana?” soal Dato’ Irfan singkat.
“
Jumpa aku kat Hotel Lagend. Aku tunggu kau!”
“
Ok!” talian dimatikan. Pantas kereta dipecut kembali. Tiba-tiba seseorang cuba
menghimpit keretanya tanpa memberi ruangnya untuk terus memecut. Kereta mereka
berlaga antara satu sama lain. Hampir pitam Dato’ Irfan apabila kepalanya
terhantuk seketika di cermin tingkap. Pantas dia menurunkan cermin untuk
melihat kelibat manusia yang cuba membunuh dirinya itu.
“
Hoi! Kau tak ada lesen ke apa?” laung Dato’ Irfan dengan kuat. Matanya cuba
mencuri pandang wajah pemandu kereta
tersebut. Namun kegelapan menyukarkan dirinya untuk melihat dengan jelas. Belum
sempat dia menilik hempunya wajah, sekali lagi keretanya dihimpit kuat.
“ Kau ni gila ke apa?” jerit Dato’ Irfan lagi.
Tanpa membuang masa, dia memecut keretanya dengan laju. Dia cukup pasti manusia
itu benar-benar berhajat untuk membunuhnya. Semakin laju dia melarikan diri,
semakin kuat deruan kereta tersebut mengejarnya. Pantas dia mengambil telefon
dan menghubungi seseorang. Namun tiada jawapan seperti yang diharapkan.
Tiba-tiba keretanya dilanggar lagi dengan lebih kuat. Akibatnya, kereta Dato’
Irfan berpusing sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Kepalanya
terhantuk kuat di stereng kereta menyebabkan matanya mula berpinar. Sangkanya
pasti kereta itu telah pergi meninggalkannya. Namun sangkaannya meleset sama
sekali.
“
Aku akan bunuh kau orang tua!” kedengaran suara kasar menjengah telinganya.
Matanya yang hampir tertutup dapat menangkap sebatang tubuh yang berpakaian
hitam menuju kepadanya dengan sebilah pisau yang tajam. Wajah manusia itu tidak
dapat dilihat kerana terlindung di sebalik penutup kepalanya. Nyawa Dato’ Irfan
semakin terancam! Dia cukup pasti apa yang bakal berlaku akan membawanya ke
lembah maut. Asyik dia membetulkan duduknya dan cuba mengundurkan
keretanya yang masih hidup, manusia itu
berlari laju menghampiri keretanya. Tanpa membuang masa, Dato’ Irfan menekan
pedal minyak dan memecut meninggalkan kawasan itu. Setelah agak jauh, dia
menoleh ke belakang, namun kelibat manusia itu tidak lagi kelihatan. Tiba-tiba
telefonnya berdering kuat. Hampir gugur jantungnya mendengar jeritan telefon
miliknya.
“
Helo! Siapa?” soalnya dengan wajah yang berpeluh.
“
Kau tak akan terlepas orang tua!” keras suara tersebut. Entah suara milik
lelaki atau perempuan, Dato’ Irfan tidak pasti.
“
Kau dah gila ke? Kau ni siapa?” pantas amarah dilepaskan oleh Dato’ Irfan.
Sebenarnya dia merasa takut dan tidak selamat. Siapa manusia yang bermusuh
dengannya?
“
Memang aku dah gila! Jaga-jaga Dato’ Irfan! Kau akan mati ditangan aku!”
“
Macam mana kau kenal aku? Kau tak payah nak ugut aku! Kau ingat aku takut!”
balas Dato’ Irfan sedikit kecut. Fikirannya asyik memikirkan hempunya suara
yang penuh dengan perasaan benci dan dendam.
“
Kau tak takut? Baguslah! Tunggu ajal kau di tangan aku!” talian diputuskan
dengan hilaian pemanggil tersebut. Dato’ Irfan menarik nafas panjang. Pantas
dia melihat nombor dari pemanggil. Namun hampa sekali apabila tertulis private number di dalam panggilan masuk.
“ Siapa orang gila ni? kenapa dia nak bunuh
aku? mana aku ada musuh!” bisik Dato’ Irfan sendiri. tiba-tiba sekali lagi
telefonnya berbunyi.
“
Kau nak apa lagi?” jerkah Dato’ Irfan tanpa salam. Wajahnya berpeluh kembali.
Perasaan takut masih memburu dirinya.
“
Kau kenapa Irfan? Aku Faridlah!” suara Dato’ Farid kedengaran terkejut. Pantas
Dato’ Irfan menarik nafas lega.
“
Maafkan aku Farid. Tadi ada orang gila kacau aku!”
“
Biasalah tu! orang berjaya macam kau pasti ada kawan dan juga musuh! Normal lah
tu? Kau jadi jumpa aku tak?
“
Tak jadilah. Aku minta maaf.Harap kau tak kecil hati pulak!” ujar Dato’ Irfan
sedikit kesal.
“
Tak ada hal. Mungkin lain kali. Apahal kau call aku.” Balas Dato’ Farid sebelum
memberi salam. Salam dijawab oleh Dato’ Irfan dan memutuskan talian. Pantas dia
memecutkan keretanya untuk pulang ke rumah. Bimbang di hatinya andai manusia
gila itu masih mengekorinya dari arah belakang. Dan masih ingin membunuh dirinya!
****
Sesampai di rumah, Dato’ Irfan pantas memasuki
rumah. Dia melabuhkan punggungnya di sofa tanpa menghiraukan jelingan Datin
Fiffy. Wajahnya yang bermandikan peluh dipandang lama oleh wanita itu.
“ Abang kenapa? Fiffy tengok lain macam je” tegur
Datin Fiffy dengan lembut. Hilang rasa marah yang bersarang di hatinya melihat
wajah pucat lelaki di hadapannya itu.
“
Tak ada apa-apa!” keras bunyi suaranya. Dia bersandar tubuhnya ke sofa dan
meletakkan tangannya ke kepala. Terbayang di matanya saat nyawanya terancam
sebentar tadi. Suara manusia yang tidak
di ketahui pemiliknya benar-benar membingungkan dirinya.
“
Tak ada apa-apa?” Datin Fiffy menuju ke arah pintu dan membukanya. Matanya
meliar seolah-olah mencari sesuatu. Kemudian matanya tertangkap pada kereta
suaminya yang kelihatan begitu teruk. Pasti kemalangan telah berlaku! Fikirnya.
“ Kenapa kereta abang?” Datin Fiffy memandang
Dato’ Irfan yang terkebil-kebil sendiri. Lelaki itu seolah-oleh memikirkan
sesuatu.
“
Ada orang tak siuman cuba langgar saya.” Tutur Dato’ Irfan dengan selamba
walaupun di hatinya berbisik berulang kali..ada orang yang cuba membunuh
dirinya dan akan terus mengekori dirinya.
“
Cuba langgar? Atau ada orang nak bunuh abang?” Datin Fiffy seakan terkejut. Dia
seolah dapat membaca fikiran lelaki separuh abad itu.
“
Entah! Saya pun tak pasti!”
“
Hari tu abang pernah dilanggar. Takkan semuanya secara kebetulan? Tentang
bangkai kucing yang dicampak ke halaman rumah kita. Fiffy rasa ada orang yang
cuba sebotaj abang.” Kata-kata Datin Fiffy mengejutkan Dato’ Irfan. Sebotaj?
Untuk apa dan kerana apa? Setahunya dia tidak pernah menyakiti hati orang apa
lagi memusuhi orang lain. Namun mungkin juga ada benarnya kata-kata Datin
Fiffy. Tidak mungkin seseorang itu sengaja mencari nahas dengan melakukan
perkara sebodoh itu.
“
Semua tu karut! Agaknya orang tu silap orang! Dahlah, abang nak mandi. Nazri
mana?” kasar benar suara Dato’ Irfan. Rasa takut masih bersarang di dalam
dirinya.
“
Entah! Tak balik lagi. Fiffy call tak
angkat!” balas Datin Fiffy singkat.
“
Apa nak jadi dengan Nazri tu? Malam-malam macam ni tak balik lagi! Awak
nasihatkan sikit Nazri tu! Kata anak awak!” tutur Dato’ Irfan sambil berlalu
menuju ke bilik. Datin Fiffy hanya mampu
menelan kata-kata suaminya. Malas dia untuk bertekak. Dia sudah penat untuk
membalas kata-kata pedas suaminya. Apa yang dia harapkan kini, hanya kasih
sayang dan cinta daripada lelaki itu. Datin Fiffy cukup pasti, suatu ketika
Dato’ Irfan akan menyayanginya sepenuh hati. Tidak hari ini, mungkin esok!
Bukankah wajib seorang suami menyanyangi isterinya sepenuh hati? Dan dia adalah
seorang isteri yang telah lama menunggu cinta yang tulus dari seorang lelaki
yang halal buatnya. Cinta yang tulus dan suci.
****
Di dalam
kereta berhampiran shell minyak, Ros Hitam menghentak stereng dengan kuat.
Matanya yang bersinar seolah-olah ingin menerkam musuhnya. Masih terbayang jelas di matanya wajah lelaki
tua yang telah banyak menyusahkan hidupnya. Hampir lelaki itu dibunuh olehnya
sebentar tadi. Memang itu yang dia inginkan! Nyawa perlu dibalas dengan nyawa!
Hutang darah perlu dibalas dengan darah. Jika tidak, hatinya tidak akan tenang
dan tenteram. Masih terbayang di matanya hanyir darah yang menusuk ke dalam
hidungnya. Dua insan yang disayanginya bergelimpangan di atas jalan raya tanpa
sebarang dosa.
Mereka dilanggar tanpa rasa
simpati. Tiada yang ingin membantu insan malang tersebut. Yang kedengaran hanya
hinaan dan umpat keji orang tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kata-kata
manusia yang tidak berhati perut.
“
Perempuan curang! Dasar isteri tak kenang diuntung!”
“
Ah, buat apa ditolong perempuan macam ni! Tiada maruah!”
Ros Hitam menutup
telinganya. Bisikan itu sentiasa bermain di telinganya tanpa rasa simpati. Ya!
Kerana penghinaan ini, aku akan pastikan kalian tidak hidup senang! Kamu semua
akan musnah seperti mana aku binasa kerana kalian! Jangan ingat kalian akan
terlepas! Tunggu waktu dan saatnya! Semuanya akan terlunas tidak lama lagi..
Ros Hitam berlalu dari situ dengan memecut keretanya. Misinya untuk membunuh
Dato’ Irfan tidak kesampaian apabila keretanya terlajak laju ke hadapan. Namun
sempat matanya menangkap satu lembaga yang berpakaian hitam menghampiri lelaki
tua itu.
Darah Ros Hitam membuak-buak menahan
kemarahan yang masih tersemat di dada sejak sepuluh tahun yang lalu. Dia tidak
akan sesekali membiarkan semua itu berlalu dengan kekalahan. Kemenangan pasti
miliknya walaupun mungkin nyawanya terpaksa menjadi galang ganti! Demi sebuah
kebenaran dan maruah serta harga diri yang telah lama hilang dia tidak akan
pernah peduli walaupun hukuman yang bakal dilaluinya mungkin amat menyakitkan.
Dalam perjalanan itu, tanpa
disangka-sangka dia melepaskan tawa yang panjang dan akhirnya tangisannya mula
begema berselang seli dengan deruan angin yang menderu.