Bab
1
Hujan yang turun dengan lebat secara tiba-tiba
membuatkan Murni dan Edzhar berlari anak menuju ke sebuah bangunan usang.
Pantas air hujan yang membasahi pipi disapu dengan menggunakan lengan baju.
Mereka saling berpandangan sebelum melemparkan senyuman antara satu sama lain.
“
Tulah kau Zahar! Nak sangat tunjukkan aku tapak rumah kau! Sekarang..rasakan!
Tak pasal-pasal kita demam nanti..” ujar Murni sambil mencebik. Matanya lama
menatap wajah Edzhar yang putih bersih
mengalahkan perempuan. Lenggok Edzhar yang lembut juga menarik hatinya untuk
berkawan dengan lelaki itu. Kata Edzhar, dia tidak pernah meminta untuk
dilahirkan sebagai lelaki lembut. Namun siapalah dia untuk menindakkan kuasa
Illahi.
“
Ala..kau ni Murni! Kau juga yang cakap kat aku! Cik adik Edzhar, boleh kau
tunjuk mana tapak rumah kau! Aku nak tengok..sangat! Mak hai..sekarang..mak
juga yang kena!” balas Edzhar dengan gaya lembutnya. Murni tergelak kecil
dengan kata-kata lelaki bertubuh gempal itu.
Baru semalam Murni mengatakan
hasrat untuk melihat tapak rumah Edzhar yang dikatakan tempat tinggalnya satu
ketika dulu. Kata Edzhar, dia dibesarkan di rumah anak yatim apabila tiada lagi
sesiapa di muka bumi ini yang sanggup menjaganya. Kini tanah tersebut telah
menjadi milik orang lain setelah kedua ibu bapa Edzhar meninggal dunia.
Sudahlah kawasan itu dipenuhi semak samun, berhampiran pula dengan bangunan
usang yang sedang mereka tumpangi kini.
“
Pandailah kau tu. Sekarang, kita tunggu hujan berhenti! Okey! Kau okey tak ni?”
soal Murni dengan senyuman manis. Dia melangkah menghampiri Edzhar yang
menganggukkan kepalanya. Sesekali dia tergelak kecil melihat gaya Edzhar yang
merapikan rambutnya! Gaya perempuan!
“
Murni..aku..” tutur kata Edzhar bagaikan terhenti apabila melihat sesuatu yang menakutkan
di hadapannya. Wajahnya tiba-tiba pucat tidak berdarah. Matanya terkebil-kebil
memandang Murni seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu. Belum sempat dia bersuara satu jerutan kuat
yang menyekat terus pernafasannya. Tubuhnya menggeletar menahan nafas yang
ingin meninggalkan jasad. Matanya membutang luas dan akhirnya terkulai layu
menyembah bumi.
Murni yang melihat menggigil
ketakutan. Dia cuba menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Seorang
gadis yang berjaket hitam merenungnya dengan pandangan tajam. Gadis itu
melangkah menghampiri Murni yang mula mengundur ke belakang.
“
Kau degil! Kau tak dengar cakap aku!” Gertak gadis berjaket itu. Murni
memandang sekeliling. Nyata kata-kata itu ditujukan kepadanya. Entah apa masalah
gadis itu Murni sendiri tidak tahu. Kenapa Edzhar pula dibunuh dengan begitu
kejam! Pantas Murni berlari dengan
sekuat hati. Apa sahaja yang menghalangnya diredah begitu sahaja. Dia tidak
ingin menunggu di situ. Menunggu di situ beerti dia sengaja menempah maut! Maut yang
begitu hampir dengannya.
“
Jangan cuba bercerita!” gertak gadis berjaket hitam yang tiba-tiba melintasi
Murni. Matanya merona merah dan wajahnya yang penuh kejahatan dapat dilihat
dengan jelas.
“ Kau
siapa? Kenapa kau bunuh Edzhar?” Murni memberanikan diri menyoal gadis itu. Air
matanya laju membasahi pipi. Risau jika nyawanya turut terancam. Pasti dia juga
akan terkorban seperti Edzhar sebentar tadi.
“
Kau terlalu polos!” jerkah gadis itu. “ Kenapa kau boleh lupakan aku? Sebab kau
dah senang?” gadis itu seakan mengejek. Kemudian matanya tajam merenung Murni
yang masih menangis.
“
Aku tak pernah kenal kau! Kau pembunuh! Kau dah bunuh orang!” suara Murni
kedengaran sedikit keras walaupun diselangi esak tangisnya.
“
Aku hanya menyelesaikan masalah! Tugas aku masih belum selesai!” ujar gadis itu
dengan melepaskan tawa yang panjang. Murni semakin takut. Tubuhnya menggigil
ketakutan. Hujan yang lebat juga semakin menggila. Mustahil ada sesiapa yang dapat
membantunya saat itu.
“
Atau Edzhar itu bekas kekasih kau?” Murni menyoal kuat apabila suaranya
tenggelam dalam titisan hujan yang membasahi bumi.
“
Aku benci lelaki!” jerkah gadis berjaket hitam itu kepada Murni. Pantas dia
menolak mangsanya ke atas jalan. Terasa kebas tangan Murni apabila kulit
tangannya mengenai batu jalan yang sedikit tajam. Badannya turut merasa sakit.
“
Tolong…tolong..” Murni mula menjerit. Dia tidak ingin mati dalam keadaan itu.
Gadis berjaket hitam itu hanya ketawa tebahak-bahak. Senyuman sinis mula
mewarnai wajahnya. Dia pantas menghampiri Murni. Namun sebuah kereta yang
menghala kepada mereka membuatkan gadis itu melupakan hasrat untuk terus
menyakiti mangsa di hadapannya.
“
Jangan bercerita, kerana kau tidak akan terlepas! Ugut gadis itu dan sempat
ditangkap oleh telinga Murni sebelum sepasang suami isteri membantunya yang
tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
****
Di sebuah klinik swasta, kelihatan sepasang suami
isteri menjelaskan sesuatu kepada seorang doktor yang merawat gadis yang mereka
bawa ke situ sebentar sahaja tadi. Wajah mereka tampak serius apabila
membicarakan tentang gadis itu.
“ Kami tidak pasti doktor! Kami berjumpa perempuan itu di tengah-tengah
jalan. Waktu tu hujan lebat. Kami tak nampak sesiapapun di situ,” ulas seorang
lelaki yang berumur lingkungan 40-an. Dia memandang isterinya yang hanya
menganggukkan kepala.
“
Badannya tersangat lemah. Mungkin kerana kepenatan! Sebentar lagi dia akan
sedar!” jelas Doktor wanita itu tanpa menyedari Murni yang mencuri dengar.
Pantas Murni bangun untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.
“
Jangan sesekali bercerita!” bayangan gadis berjaket hitam jelas di mata Murni.
Wajahnya yang keruh dan bengis benar-benar menyakiti hati perempuannya.
“
Kau berambus dari sini!” jerkah Murni mula hilang sabar. Sakit tubuhnya masih
belum hilang. Dia cuba bangun untuk melawan gadis berjaket itu. Entah di mana
silapnya Murni terjatuh dan terlentang di bawah katil.
“
Ya ALLAH..kenapa dengan awak ni?” soal Doktor Liza apabila melihat pesakitnya
berada di atas lantai.
“
Halau dia keluar doktor!” pekik Murni sekuat hati. Dia cuba bangun namun
terkulai semula sebelum jatuh ke tempat asalnya.
“
Kami balik dulu Doktor. Ada kerja yang perlu dibuat! Mungkin dia terlalu penat,”
ujar lelaki 40-an itu apabila isterinya membisikkan sesuatu di telinga.
Pantas Doktor Liza menganggukkan
kepalanya. Dia cukup faham dengan situasi tersebut. Berniat menolong tetapi
tidak ingin mencari masalah! Itu dia cukup pasti.
****
Murni melihat balutan di tangannya. Wajah doktor
wanita di hadapannya dipandang sekilas. Malas untuk dia bercerita. Tidak pasal-pasal
wanita yang bernama Doktor Liza itu mengatakan dirinya gila atau sakit jiwa.
Pasti semuanya akan menambahkan masalah yang sedia ada.
Murni bangun dari tempat
duduk. Dia mengucapkan terima kasih kepada doktor muda itu. Sebelum sempat
Murni melangkah keluar kedengaran Doktor Liza bertanya sesuatu kepadanya.
“
Siapa yang tolak awak ketika itu?” soalan Doktor Liza menyebabkan langkah Murni
terhenti. Dia tersenyum sinis dan mendiamkan diri buat seketika. Kemudian Murni
menghampiri doktor muda itu.
“
Doktor percaya kepada hantu?” soal Murni dengan wajah yang serius. Doktor Liza
kelihatan tercegang. Hairan dengan soalan gadis di hadapannya.
“
Hantu? Maksud awak?” Doktor Liza mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
Soalan gadis itu tidak pernah terdetik di akal fikirannya.
“
Kalau saya cakap hantu yang tolak saya, Doktor percaya tak?” Murni bertanya
lagi. Kali ini Doktor Liza menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan
keluhan yang berat. Gadis di hadapannya itu seolah sengaja membuang masanya
dengan soalan yang tidak masuk dek akal.
“
Awak baliklah berehat! Mungkin awak terlalu penat!” tutur Doktor Liza seolah
hampa dengan soalan yang diajukan oleh Murni.
“
Doktor tidak percayakan? Soal Murni lagi. Matanya tajam menikam anak mata
Doktor Liza. Wajahnya tampak serius tanpa seulas senyuman.
“
Mereka kata, mereka tak nampak sesiapapun ketika itu. Cuma mereka nampak awak
tertiarap di atas jalan raya,” jelas Doktor Liza memancing jawapan yang
sejujurnya daripada Murni.
“
Hujan yang lebat banyak kisahnya doktor! Saya berlari untuk mengelakkan diri
dari basah kuyup. Akhirnya saya terjatuh di atas jalan. Sudahnya saya bukan
lagi basah, tapi turut mandi!” jelas Murni sambil tergelak kecil. Doktor Liza
menganggukkan kepala dan mula tersenyum.
Alasan yang masuk dek akal! Pandai Murni bergurau! Bisik Doktor Liza sendiri.
“
Saya tak bergurau doktor! Saya balik dulu. Takut hujan turun lagi!” balas Murni
sambil berlalu meninggalkan Doktor Liza yang tercegang secara tiba-tiba. Nyata
dia diperbodohkan oleh gadis polos itu. Dalam hati Doktor Liza beristighfar
beberapa kali.