Home Novel Thriller/Aksi Ros Hitam
Ros Hitam
Amylieyhaizani
27/9/2014 17:04:44
55,476
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 13

Bab 13

Jam belum menunjukkan 8 pagi, Bros sudah mula tercegat di hadapan rumah Lalita. Puas dia memanggil, namun tiada sebarang jawapan. Kemudian dia mendail nombor telefon Lalita, hanya kedengaran suara operator di corong telefon.

“ Lali..Lali!..” pintu pagar digoncang kuat. Penat dia berdiri di situ dari tadi. Perutnya yang berkeroncong ditekan-tekan. Lapar!

“ Apahal ni Bros? Aku ngantuk lagi lah! Kau pun satu, datanglah pukul 1 ke? Ni tidak, matahari tak keluar lagi, dah bising-bising!” Lalita menggosok-gosok matanya. Sesekali dia menguap dan menutup mulutnya dengan tapak tangan.

“ Lali, jomlah! Kau bersiap,aku tunggu ek!” Bros tersenyum lama.

“ Nak gi mana?” soal Lalita dengan membulatkan matanya.

“ Pergi kedai mamak ke!” Bros menjungkit keningnya pula.

“ Nak buat apa sana?” soal Laita lgi. Matanya yang masih berat cuba ditahan.

“ Cik adik sayang, aku nak pinangkan kau dengan mamat bangla yang ada kat situ! Kau nak tak?” Bros bersuara sedikit geram.

“ Itupun nak marah! Aku tanya tu jawab jelah!” Lalita menguap dan menutup mulutnya pantas.

“ Cepatlah Lali, aku lapar ni!” Bros seakan memujuk.

“ Ya Allah! Kau lapar ke? Apasal tak cakap?” Lalita melepaskan tawa. Hilang rasa mengantuknya sebentar tadi. Sangkanya ada hal penting yang ingin disampaikan lelaki itu kepadanya.

“ Dah tu kau ingat apa? Aku nak pikat kau pagi-pagi ni? Cepatlah Lali!” Bros mula hilang sabar.

“ Ok! Sepuluh minit tahu! Aku nak mandi dulu..lepas tu aku nak pergi dating malam ni!” Lalita tersenyum penuh makna.

“ Malam ni kan? Sekarang cepat! Kita pergi makan dulu!” balas Bros dengan senyuman paksa.

“ Ok bos!” sepantas itu Lalitha berlalu masuk ke dalam rumah. Bros yang berdiri di hadapan pagar hanya menggelengkan kepalanya.

“ Bukan nak ajak aku masuk! Apalah kawan baik macam ni!” getus Bros sendiri. Dia melabuhkan punggung di atas lantai dan menunggu Lalitha bersiap dengan sabar.

****

Nazri terbangun dari tidur apabila terdengar jeritan kuat Datin Fiffy. Pantas dia berlari anak menuruni anak tangga dan menuju ke halaman rumah. Kelihatan mamanya terperosok di celah pokok bunga yang berada berdekatan pagar rumah.

“ Kenapa mama?” soal Nazri pantas. Matanya meliar mencari sesuatu. Wajah pucat wanita itu dipandang lama. Badannya menggigil ketakutan seolah-olah melihat hantu.

“ Bungkusan tu Naz!” jerit Datin Fiffy sambil jari telunjuk dihalakan ke arah satu bungkusan plastik yang tidak jauh daripada mereka. Plastik berwarna hitam itu terbuka luas, namun apa yang berada di dalamnya, Nazri tidak pasti.

“ Kenapa dengan bungkusan tu mama?” Nazri bersuara sambil melangkah dan melihat ke dalamnya tanpa teragak-agak. Matanya membutang luas melihat isi plastik tersebut. Hampir dia tersandung ke belakang. Mujur juga dia dapat mengimbangi tubuhnya dari terjatuh.

“ Naz! Siapa punya kerja ni Naz?” soal Datin Fiffy yang mula memberanikan diri menghampiri anak bujangnya. Matanya lama merenung tubuh seekor kucing yang telah berkecai dan bercampur dengan darah yang cukup hanyir. Pantas Nazri menggelengkan kepalanya.

“ Siapa yang begitu kejam membuat perkara bodoh ni? Orang gila agaknya!” Nazri bersuara marah. Jahat-jahat dirinya, tidak sanggup dia membunuh makhluk Allah yang tidak berdosa itu.

“ Tapi kenapa campak di halaman rumah kita Naz? Mama takut kalau-kalau..” Datin Fiffy tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Apa yang berlegar di kepalanya cukup menakutkan dirinya.

“ Mama takut apa?” soal Nazri sambil menutup kembali plastik tersebut.

“ Ada yang memusuhi keluarga kita!” serkap Datin Fiffy.

“ Siapa yang bermusuh dengan keluarga kita mama? Agaknya orang gila tu main campak je!” ujar Nazri tanpa mengambil berat kata-kata wanita itu.

“ Agaknya Lalita! Perempuan tu memang bencikan keluarga kita Naz!” tuduh Datin Fiffy melulu. Wajah Lalita terbayang di mata. Rasa benci semakin menyelinap masuk ke dalam hatinya.

“ Buat apa dia nak buat semua ni mama? Dahlah! Mama ambilkan cangkul. Nanti Naz tanam bangkai kucing ni kat belakang rumah kita.”

“ Jangan Naz! Buang saja kat luar!” pantas Datin Fiffy menghalang.

“ Kenapa? Mama takut kucing ni jadi hantu?” soal Nazri dengan nada yang keras. Pantas dia berlalu dan hampir-hampir melanggar Dato’ Irfan yang terpacak di muka pintu.

“ Apahal kecoh-kecoh ni?” soal Dato’ Irfan sambil menjungkit kening kepada Nazri. Wajah anak bujangnya yang masam mencuka hanya berlalu tanpa kata.

“ Buat apa awak nak ambil tahu? Awak bukannya ambil berat tentang kami berdua!” ujar Datin Fiffy dengan marah. Hilang rasa takutnya yang melanda sebentar tadi.

“ Awak ni kenapa? Tak habis lagi nak kurang ajar dengan saya? Saya tanya elok-elok, awak tengking-tengking saya! Isteri apa awak ni?” merah wajah Dato’ Irfan dengan jerkahan wanita anggun di hdapannya itu.

“ Manusia mana yang bermusuh dengan awak? Cakap!”

“ Bermusuh? Apa awak merepek ni?” soal Dato’ Irfan tidak faham.

“ Tu apa? Cuba awak cakap!” jari telunjuk isterinya dipandang oleh Dato’ Irfan. Sebungkus plastik hitam yang terikat kemas dipandang lama. Apa kena dengan plastik hitam tu, dia sendiri tidak tahu. Pantas dia menuju ke arah plastik tersebut dan membukanya. Berderau darahnya saat itu.

“ Siapa yang buat semua ni?” soalnya sambil memandang Datin Fiffy yang memandangnya dengan tajam.

“ Mana saya tahu! Agaknya musuh awak!” tuduh Datin Fiffy lagi. Kemudian kelibat Nazri kelihatan bersama sebatang sabit yang berada di tangan. Pantas dia mengambil bungkusan itu dan menuju ke bahagian belakang rumah untuk ditanam. Dato’ Irfan termenung seketika. Dia masuk semula ke dalam rumah dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Pantas televisyen dipasang dan remote control dicapai. Tangannya ligat mencari siaran yang sesuai.

“ Abang dah banyak berubah!” Datin Fiffy yang tercegat di pintu bersuara tiba-tiba. Matanya tiba-tiba berkaca. Hatinya yang terluka tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Dia melangkah masuk dan turut melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

“ Aku tak pernah berubah!” singkat kata-kata Dato’ Irfan.

“ Kenapa abang layan Fiffy macam ni?”

“ Cinta aku bukan untuk kau Fiffy!” tegas Dato’ Irfan tanpa mengerti kesakitan di hati isterinya. Wajah wanita itu dipandang lama.

“ Jadi, saya ni lahir kerana apa? Kerana nafsu Daddy dan mama? Tanpa kasih sayang? Macam tu?” soal Nazri tiba-tiba. Entah bila dia berada di situ, Dato’ Irfan dan Datin Fiffy juga tidak pasti. Wajah anak bujang mereka dipandang serentak.
Air mata Nazri mengalir di pipi. Dia bukan lelaki yang mudah menitiskan air mata sesuka hati. Lelaki sepertinya hanya tahu bergelak ketawa dan berhibur tanpa memikirkan sebarang masalah. Namun kenyataan lelaki separuh abad di hadapannya itu seolah menyedarkan dirinya erti maruah dan harga diri.

“ Tidak Naz! Naz anak mama! Mama sayangkan Naz sepenuh hati mama.” Esakan Datin Fiffy mula kedengaran. Pantas dia bangun dan memeluk tubuh anak bujangnya dengan kemas.

“ Bukan itu maksud Daddy, Naz. Apa yang berlaku tidak pernah Daddy rancang.” Balas Dato’ Irfan perlahan. Pening kepalanya memikirkan masalah rumah tangganya yang tak sudah. Nazri melepaskan pelukan mamanya dan berdiri di tepi tingkap.

“ Jadi siapa yang merancang? Naz yang merancang nak lahir kat dunia tanpa perasaan cinta Daddy pada mama?” Nazri bersuara keras.

“ Daddy minta maaf!” Dato’ Irfan hilang punca untuk menjawab.

“ Awak sukalah anak kita jadi macam ni? Awak kejam!” pantas Datin Fiffy menghampiri suaminya yang memandang tajam.

“ Mama pun sama! Mama yang perangkap Daddy kan?” lantang suara Nazri. Hampir pitam Datin Fiffy mendengarnya. Begitu juga dengan Dato’ Irfan yang terkejut dengan jerkahan anak bujangnya.

“ Mama tak salah Naz..”Datin Fiffy terduduk di atas lantai.

“ Jadi Naz yang salah? Naz yang tak betul? Malas Naz nak duduk dalam rumah ni! Panas!” Nazri berlalu ke biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar dan memasuki perut keretanya dan saat enjin dihidupkan, dia berlalu tanpa salam.

“ Semua salah abang! Abang yang buat Fiffy dan Nazri macam ni! Apa abang ingat abang malaikat sehingga tiada dosa langsung?” tutur Datin Fiffy seperti mengejek.

“ Aku bukan malaikat! Tapi sekurang-kurangnya, aku tidak perangkap anak dara orang!” balas Dato’ Irfan kedengaran cukup sinis.

“ Hanya tu yang abang ungkit! Abang nak Fiffy buat macam mana lagi? Nak Fiffy sujud pada abang?”

“ Tak perlu! Semua itu dah tak ada makna lagi!” Dato’ Irfan berlalu meninggalkan isterinya. Dia mencapai kunci kereta dan menuju ke halaman rumah. Tidak lama kemudian kedengaran enjin kereta di hidupkan dan hilang dari pendengaran wanita itu.

****

Di sebuah kedai mamak, Bros dan Lalita asyik menjamu selera. Sesekali mata mereka meliar melihat ragam orang ramai yang singgah di situ.

“ Lali, kau kenapa? Tak pernah tengok orang?” soal Bros sambil menyedut air di hadapannya. Kemudian dia menyuap ke mulutnya cebisan roti canai yang masih bersisa.

“ Kau cakap aku! macamlah aku tak nampak mata kau tu! meliar je sana sini.” Lalita mengenakan kembali lelaki itu. Kemudian pandangannya lama melekat ke wajah Bros yang tidak menyedari pandangan matanya. Rasa simpati mula bermain di hati memikirkan kehidupan Bros yang serba kekurangan. Tanpa ibubapa dan saudara di atas muka bumi ini.

“ Kenapa kau tengok aku macam tu Lali?” kening Bros terjungkit sebelah. Lalita tersipu-sipu malu apabila pandangannya dapat dihidu oleh lelaki itu.

“ Tak adalah, Cuma aku nak bagitahu kau, aku sayang sangat kat kau Bros.” Lalita bersuara ikhlas.

“ Ahk..ahk..” gelak Bros seolah dibuat-buat.

“ Apasal kau gelak macam beruk?” panas hati Lalita. Dia meluah dengan penuh perasaan, tanpa perasaan Bros melepaskan tawa.

“ Macam tak percaya! Aku ingat kau sayang aku sikit je!” Bros tersengih lama.

“ Pandailah kau tu! Bros, kau nak tahu tak, hari tu, Nazri cari aku.” Lalita mengalih tajuk cerita.

“ Buat apa dia cari kau?” Bros mula memberi tumpuan.

“ Apa lagi, dia kata aku tuduh bapak dia ada skandal dengan perempuan lain!”

“ Bukan mak Datin tu sendiri nampak laki dia dengan peremppuan tu? Dah bapak dia sendiri yang gatal! Dah tua bangkapun nak tackle lagi perempuan cantik!” ujar Bros dengan perasaan geram.

“ Cantik?”Lalitha menarik muka tidak suka dengan cara Bros memuji gadis yang dilihat bersama dengan Dato’ Irfan. Lupa dia kepada gadis berjaket hitam yang dipuja oleh temannya itu selama ini.. Sudahnya, Bros hanya tersengih penuh makna.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.