Bab
10
Ketika melalui jalan di hadapan sebuah bangunan,
mata Andrey terpacak kepada seorang gadis yang bergelak ketawa bersama seorang
lelaki bertubuh gempal. Pantas dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Wajah manis gadis itu ditatap dengan penuh minat. Ada getar di hatinya secara
tiba-tiba. Andrey tiba-tiba tersenyum sendiri. Nyata hatinya yang terluka berkali-kali
kini berbunga tanpa di duga. Pasti perempuan itu akan jadi milik aku! Tutur
Andrey tersenyum lagi.
Kemudian pandangan Andrey
terarah pula kepada lelaki bertubuh gempal di sebelah gadis manis itu. Mulutnya
terkumat-kumit dan mukanya berkerut seribu. Entah kenapa hatinya mendidih
melihat kemesraan mereka. Perempuan itu hanya milika aku! gumam Andrey sendiri.
Dia mengetuk-ngetuk streng kereta bersama tangisan yang mula bergema. Matanya
masih menatap dua manusia berlainan jantina itu. Beberapa minit kemudian, gadis
tersebut dan lelaki gempal itu memasuki bangunan dengan senyuman yang masih
menghiasi bibir. Andrey mula mendengus kecil. Dia memasukkan gear dan berlalu
dari situ dengan hati yang panas.
Dum…Andrey tersentak. Lamunannya terhenti secara
tiba-tiba. Ingatannya terhadap gadis bernama Murni hilang entah ke mana. Yang
ada kini hanyalah lelaki bertubuh gempal itu. Lelaki yang dikurungnya sehingga
kini.
“
Kau nak mati?” jerkah Andrey sambil menghampiri Edzhar yang baru menendang
kerusi di hadapannya. Tangannya yang terikat dan mulutnya yang bersumbat tidak dapat
melakukan apa-apa selain menggunakan kakinya sahaja. Pantas Andrey menarik kain
yang disumbat ke mulut lelaki itu.
“
Kenapa kau tangkap aku? Apa dosa aku?” soal Edzhar dengan lemah. Wajah lelaki
kejam itu dipandang mengharap simpati.
“
Kau tak salah..aku yang salah!” balas Andrey sambil tersengih lebar. Kemudian
riak wajahnya berubah. Dahinya mengerut dengan tiba-tiba.
“
Tapi kau juga bersalah! Kenapa kau cuba pikat Murni? Kau tak sedar diri ya?”
soal Andrey dengan suara yang tidak seimbang. Sekejap kasar tutur katanya dan
berubah lembut secara tiba-tiba.
“
Aku tak pernah goda Murni! Aku benci dia!” getus Edzhar sambil menangis. Sampai
hati Murni membuat dirinya seperti itu. dirinya terseksa! Tetapi gadis itu
hanya mementingkan diri sendiri. Nyata Murni juga membenci dirinya.
“
Shut up! Kau goda Murni! Suraya..Suraya..Kenapa kau curang Suraya? Kau tahu kan
aku cintakan kau! Sekarang..erm kau bahagialah di sana!” Andrey bersuara sedih
sebelum ketawa terbahak-bahak. Dia menghulurkan air dan makanan kepada Edzhar.
“
Lepaskan aku!” tutur Edzhar sedikit keras walaupun lembutnya masih begitu
ketara. Sakit hatinya melihat gelagat lelaki tidak siuman itu.
“
Selagi Murni tak jadi milik aku, jangan kau harap!” sergah Andrey membuatkan
Edzhar mematungkan diri. Kecut perutnya melihat pandangan tajam lelaki itu. Risau
juga jika nyawanya terkorban di tangan lelaki yang tidak normal dan lebih
tepat, sakit jiwa!
****
Datin Fiffy memandang lama jam tangannya. Hampir
satu jam dia berada di kafe yang berada di Bukit Bintang. Sesekali matanya
sibuk melihat gelagat orang ramai yang tidak putus-putus memasuki kafe
tersebut. Tiba-tiba seseorang menepuk lembut bahunya sambil tersenyum.
“ Datin Sufiah..lama I tunggu You.”
Datin Fiffy membalas senyum dan mempersilakan sahabatnya itu duduk. Matanya
asyik melihat penampilan wanita separuh abad yang kini berada di
hadapannya. Kecantikan wanita itu
semakin terserlah dengan lesung pipit yang menghiasi pipi gebunya.
“ You kenapa? Pandang I macam nak makan je!”
tutur Datin Sufiah selamba.
“ Erm…tak adalah! Cuma Datin Sufiah ni makin
lama makin cantik! Kata orang tak makan dek tua..” Puji Datin Fiffy ikhlas.
Kulit wajah wanita itu semakin berseri dengan mekapnya yang tidak keterlaluan.
Badannya yang masih ramping mengalahkan anak dara benar-benar membuatkan Datin
Fiffy mengagumi sahabat baiknya itu.
“ Kau apa kurangnya Fiffy! Aku tengok, makin
lama makin cantik. Agaknya, Dato’ Irfan tu tak berani nak bagi kau
keluar..Risau kalau dikebas orang!” gelak Datin Sufiah tanpa mengerti gelora
dihati wanita di hadapannya. Dia memanggil pelayan dan memesan segelas fresh orange dengan sekuntum senyuman.
“ Aku tak pasti Sufiah!” getus Datin Fiffy
perlahan. Kecantikan yang ada padanya seolah tiada nilai di mata suaminya.
Tiada apa-apa yang dapat dibanggakan apabila Dato’ Irfan tidak pernah
mengungkap kata cinta buatnya sebagai seorang isteri.
“ Maksud kau?” Datin Sufiah mengerutkan
dahinya.
“ Aku rasa Dato’ Irfan ada orang lain! Aku…”
Datin Fiffy melepas kata.
“ What??
Aku silap dengar ke apa ni?” Datin Sufiah mengerutkan dahinya. Setahunya, Datin
Fiffy dan Dato’ Irfan adalah pasangan yang bahagia. Mana mungkin ada masalah
dalam hubungan mereka.
“ Aku tak pasti! Tapi sejak akhir-akhir ni, aku
tengok dia dah jadi lain macam!” adu Datin Fiffy dengan perasaan tidak yang
tidak menentu.
“ Lain macam mana pulak?” Datin Sufiah
benar-benar ingin tahu. Wajah muram sahabatnya dipandang penuh simpati.
“ Kau bayangkan Sufiah, rumah aku, rumah kami
yang penuh dengan kipas, ada aircond,
dia boleh cakap panas! Kau tak rasa lain ke? Asyik gelisah tak tentu pasal.
Bila aku tegur, aku pula yang kena marah.” Terluah juga masalah yang
membelenggu dirinya. Puas sudah dia menelan kesakitan hati dengan sikap tidak
endah suaminya. Begitu juga Nazri yang seolah menyokong segala tindak tanduk
Dato’ Irfan.
“ Panas? Pelik! Agaknya, suami kau tu kena ubat
guna-guna tak?” serkap Datin Sufiah sambil mengucapkan terima kasih kepada
pelayan yang baru menghantar minuman yang dipintanya.
“
Aku tak tahulah Sufiah! Apa yang perlu aku buat? Aku buntu sebenarnya.”
“ Kau hantarlah orang untuk intip suami kau tu
Fiffy! Jangan sampai ada yang kebas Dato’ Irfan tu. KL ni, berapa ramai
perempuan yang suka menggoda suami orang. Lagilah, lelaki jutawan.” Datin
Sufian bersuara sambil menyedut air minumannya. Sesekali matanya meliar melihat
kesibukan Bukit Bintang yang dibanjiri dengan pelbagai ragam manusia.
“ Perlu ke Sufiah? Kalau Dato’ Irfan tahu,
teruk aku kena!”
“ Dah tu kau nak biar Dato’ Irfan dikebas orang
lain? Jangan sampai nasi menjadi bubur Fiffy. Masa tu dah tak ada guna untuk
kau menyesal!” Kata-kata Datin Sufiah membuatkan Datin Fiffy bermain dengan
pelbagai perasaan. Risau dibenak hatinya semakin menjadi-jadi. Pasti semuanya
akan musnah andai ada pucuk muda yang memenuhi ruang hati suaminya.
Datin Fiffy menyedutnya air
minumannya dengan perlahan. Seakan ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.
Ada sesuatu yang ingin diluahkan. Namun mana mungkin dia meluah segala apa yang
dirasainya saat itu. Hatinya benar-benar terguris dengan syak wasangkanya sendiri.
“ Fiffy, baik kau berbincang dengan suami kau
tu! Jangan dipendam sendiri. Jika ada rasa cinta, tak mungkin dia menduakan kau
Fiffy!” tutur Datin Sufiah seakan memujuk. Simpati pula dia melihat riak wajah
sahabatnya yang mula beriak duka.
“ Aku harap, apa yang aku rasa ni hanya mainan
perasaan Sufiah. Aku tak sanggup diduakan. Aku tak boleh bayangkan walaupun
dalam mimpi! Aku pasti mati Sufiah..” rintih Datin Fiffy tanpa dapat ditahan
lagi. Air matanya mula bermain di tubir mata. Cintanya kepada Dato’ Irfan
sedalam lautan. Biar apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki itu, hatinya masih
memahat nama itu ditapak hatinya. Mungkin apa yang berlaku disebabkan dosa masa
silamnya. Semua itu Datin Fiffy mula merasainya. Maruah yang dicalarnya tanpa
simpati seakan mencalar maruahnya kembali sebagai seorang isteri.
“ Dahlah Fiffy! Banyakkan bersabar. Aku
percaya, Dato’ Irfan bukan lelaki seperti itu. Jom kita balik! Dah lewat! Aku
hantar kau..” Datin Sufiah menggenggam erat tangannya seolah memberinya kekuatan
yang mulai hilang.
“
Aku tidak sekuat itu Sufiah! Aku buntu..Aku sudah buat segala yang terbaik,
namun suami aku seolah-oleh buat aku macam tak wujud!”
“
Setiap perempuan tiada kekuatan untuk mendengar tentang kecurangan suaminya
Fiffy. Tapi masih boleh belajar menahan kepahitan itu. Pasti ada rahmat! Mana
kita tahukan?”
“ Aku tak tahu nak buat apa..”
“ Balik, bincang dengan dia. Pasti ada
jawapan.”
“ Kalau dia ada perempuan lain?” Datin Fiffy
mengangkat keningnya meminta jawapan.
“ Kau janganlah fikir bukan-bukan! Mana mungkin
Dato’ Irfan sanggup buat macam tu. Pasti
dia nak jaga statusnya sebagai seorang Dato’! Sepanjang kau kahwin, dia tak
pernah curangkan?” Datin Sufiah tidak jemu memujuk.
“
Aku harap, apa yang kau cakap tu betul. Cuma…” Datin Fiffy tidak menghabiskan
kata-katanya. Kegusarannya masih bersarang di hatinya.
“ No, tapi-tapi..Jangan fikir lagi. Apapun kau
kena ingat, jodoh, pertemuan, ajal maut, di tangan tuhan..Sebagai hambanya, kau
banyakkan bersabar dan berdoa! Yang penting, jangan tinggal solat!” tekan Datin
Sufiah tanpa member peluang untuk temannya itu menghabiskan kata-katanya.
“ Berdoa? Solat?” Datin Fiffy seakan terkedu.
Rukun islam yang ke dua itu seolah luput dalam ingatannya. Dia meraup wajahnya
dengan perasaan kesal.
****
Perasaan Datin Fiffy seakan berserabut dengan
kata-kata Datin Sufiah sebentar tadi. Dia melangkah bangun mengikut jejak
langkah wanita itu. Seingatnya, sepanjang perkahwinannya bersama Dato’ Irfan,
tidak pernah sekali dia bersolat. Kehadiran Nazri juga tidak pernah dibimbing
dengan ajaran agama yang sepatutnya. Tidak hairanlah anak bujangnya itu juga
tidak pernah menunaikan kewajipannya sebagai orang islam. Dato’ Irfan selaku
pemimpin keluarga juga seakan hilang arah dalam melayari bahtera yang sentiasa
dilanda gelombang. Bahtera yang hanyut seakan hanya menunggu masa untuk karam.
Mungkin juga akan tenggelam terus tanpa sempat diselamatkan lagi.
“ Janganlah termenung lagi. Sekarang kita
balik. Aku malas nak berlama di Bukit Bintang ni. Pening kepala!” tiba-tiba
Datin Sufiah bersuara.
“ Driver kau mana?? Datin Fiffy mengangkat
kening.
“ Sejak bila aku ada driver..aku sendiri bawa!
Kau lupa??” Datin Sufiah pula mengerutkan dahinya. Dia menghampiri keretanya
yang berada kemas di tempat parking.
“ Sorry aku lupa!” Datin Fiffy tersenyum tawar.
Belum sempat Datin Sufiah membuka pintu kereta, kedengaran seseorang menyapa
Datin Fiffy dengan sinis. Senyuman bermain di bibirnya sambil mengerling Datin
Sufiah yang hanya memandang tajam.
“ Erm…tak sangka Datin Fiffy juga suka datang
ke tempat sibuk macam ni! Tapi nak buat macam mana, dah Dato’ sendiri pun suka
datang ke Bukit Bintang ni. Tapi..kenapa Datin tak keluar dengan Dato’ je?”
Lalita menyapa tanpa salam. Wajah Datin Fiffy yang mula menyinga hanya
dipandang tanpa perasaan takut.Bros yang turut berada di situ hanya mendiamkan
diri dengan kata-kata gadis itu.
“ Eh, kau ni kenapa kurang ajar sangat Lalita?
Mak bapak kau tak pandai didik kau ke? Kurang ajar dengan orang tua!” bentak
Datin Fiffy dengan keras. Malu dirinya apabila diperli sebegitu di hadapan
Datin Sufiah.
“ Datin tahu nama saya ya? Mak bapak saya dah
didik saya Datin. Tak perlulah Datin risau atau bimbang! Bimbangkan suami
kesayangan Datin tu! Entah ke mana dia sekarang ye? Agaknya..” Lalita tersenyum
secara tiba-tiba.
“ Agaknya apa? Kau jangan nak buat mulut
Lalita. Perempuan macam kau ni aku tak tahulah nak cakap jenis apa! Berpeleseran
dengan lelaki macam ni! Pakaian tak senonoh! Kau tak ada maruah ke?” jerit
Datin Fiffy kuat. Datin Sufiah menenangkan sahabatnya yang mula hilang kawalan.
“ Sudahlah Fiffy. Tak ada guna kau bertekak
dengan budak ni! Jom balik!” Datin Sufiah bersuara keras. Matanya tajam
memandang gadis di hadapannya. Ada rasa kesal di dalam hati mengenangkan sikap
perempuan zaman sekarang yang tidak tahu menghormati orang tua. Pasti gadis di
hadapannya itu sebaya anak gadisnya yang masih menuntut di luar Negara.
Minta-minta Farhana tidak seperti itu!
“ Sekurang-kurangnya aku belum ada suami lagi
Datin. Apa guna ada suami, kalau suami sendiri berpeleseran dengan perempuan lain!
Dan apa guna ada isteri sedangkan isteri sendiri tidak tahu menjaga suami!”
Lalita juga mula hilang sabar. Pantang baginya Bros dikutuk sebegitu rupa.
“ Jomlah Lali! Buat apa kau sibuk rumah tangga
orang. Dah Dato’ tu suka perempuan tu nak buat macam mana!” Selamba Bros
menutur kata. Malas dia mendengar perempuan yang suka bertekak. Tidak
pasal-pasal dia juga turut terkena tempias. Sudahlah sentiasa dikutuk, dihina pula tanpa rasa simpati.
“ Perempuan? Apa maksud kau?” suara Datin Fiffy
mula bergetar. Risau di hatinya andai andaiannya selama ini benar belaka.
Matanya lama menatap wajah Lalita dan beralih pula kepada Bros. Wajah mereka
yang selamba cukup menyakitkan pandangan matanya.
“ Jangan percayalah cakap budak-budak ni Fiffy!
Budak dua orang ni siapa? Nanti apa orang cakap bila nampak kita berborak
dengan budak-budak tak senonoh ni!” Datin Sufiah seakan memujuk. Matanya meliar
melihat kawasan sekeliling. Beberapa mata memandang kepada mereka dengan
senyuman sinis.
“ Tak senonoh Datin? Tak senonoh kami, kami tak
ada skandal tahu! Tak senonoh sekalipun, saya tetap anak saudara Dato’ Irfan!
Jadi Datin tak perlu masuk campur!” sergah Lalita dengan geram.
“
Siapa perempuan tu Lalita?” Datin Fiffy bersuara lemah. Luka di hatinya semakin
berdarah. Ada rasa gundah yang mula bermain di hati. Tiba-tiba matanya
terpandang seseorang yang amat di kenalinya bergelak tawa bersama seorang
gadis. Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Datin Sufiah yang turut
menyedari kehadiran Dato’ Irfan terpegun seketika.
“ Itulah buah mudanya Datin! Agaknya, kenapa
Dato’ berkenan dengan perempuan macam tu?” soal Lalita sambil berlalu didikuti
Bros yang mengelengkan kepalanya. Hairan juga mereka melihat perempuan yang
berada bersama lelaki separuh abad itu. Bukan perempuan berjaket tu! Sempat
Lalita berbisik. Datin Fiffy terduduk sebelum diangkat oleh Datin Sufiah. Esak
tangisnya mula kedengaran. Sampai hati Dato’ Irfan menduakannya. Patutlah
selama ini, lelaki itu tidak senang duduk. Patutlah Dato’ Irfan tidak pernah
menyayanginya dirinya. Patutlah!
“ Agaknya itu bukan Dato’ Irfan Fiffy. Jom kita
balik!” Pujuk Datin Sufiah.
“ Takkan aku tak kenal suami sendiri Sufiah.
Jangan cakap kau tak nampak dia dengan perempuan tu!” tingkah Datin Fiffy beremosi.
“ Agaknya perempuan tu berselisih dengan Dato’
Irfan!”
“ Takkan sampai bergelak ketawa Sufiah!”
“ Dah ramai sangat kat Bukit Bintang ni!
Mungkin hanya bertegur sapa!” Datin Sufiah mula kehilangan idea.
“ Kau tak perlu menyedapkan hati aku Sufiah.”
Datin Fiffy bersuara lemah.
“ Jom kita balik. Nanti kau tanyalah Dato’
sebelum membuat tuduhan melulu. Bukankah pandangan mata selalu menipu. Agaknya
pelanduk dua serupa,” Datin Sufiah masih memujuk walaupun dia cukup pasti
lelaki itu adalah Dato’ Irfan. Dia juga tidak percaya, lelaki sperti Dato’ Irfan sanggup memikat buah muda sebaya
anaknya sendiri. Apakah lelaki itu telah dibomohkan seperti yang didakwanya?
“ Tapi hati aku tidak menipu Sufiah! Kenapa
Dato’ Irfan sanggup berlaku curang dengan aku! Apa lebihnya budak tu? ” Ujar
Datin Fiffy sambil melangkah masuk ke dalam kereta dengan tangisan yang masih
bersisa. Dia menyandar ke kusyen sambil memandang ke arah luar. Masih terbayang
jelas di wajahnya gelak ketawa suaminya bersama gadis cantik itu. Memang benar,
cinta suaminya telah beralih arah. Dan sebenarnya, Datin Fiffy amat yakin,
cinta Dato’ Irfan bukan miliknya dari dahulu lagi. Sudahnya dia hanya mampu
menahan kesakitan hati. Sesekali dia menyapu manik jernih yang masih laju
mengalir di pipi.