Bab 20
Datin Fiffy menghempaskan dirinya ke sofa apabila
mendengar leteran Tan Sri Jamil apabila dia menyalahkan Dato’ Irfan dengan apa
yang telah terjadi di dalam rumahtangga mereka. Jarang benar dia melihat orang
tuanya itu menyinga seperti itu. Entah apalah yang telah dilakukan oleh
suaminya sehingga daddynya itu begitu menyayangi menantunya yang seorang itu.
“
Daddy..masalahnya sekarang, abang Irfan yang menduakan Fiffy! Kenapa daddy tak
cuba cakap dengan dia? Sampai bila Fiffy nak hidup macam ni? Fiffy juga nak
bahagia macam orang lain!” Datin Fiffy bersuara keras namun terselit sendu
dalam suaranya. Dia menahan air matanya dari jatuh membasahi pipi.
“
Setiap benda yang kita buat, jika dengan cara yang tidak elok, inilah
natijahnya Fiffy! Jauh untuk merasa bahagia, untuk merasa gembira pun sukar
Fiffy!” ujar Tan Sri Jamil sambil duduk di hadapan anaknya itu. Wajah suram
wanita itu dipandang lama sebelum mengelengkan kepalanya berulang kali.
“
Apa maksud daddy?” Datin Fiffy mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
“
Cara Fiffy dapatkan Irfan tu dulu secara salah! Sekarang…” Tan Sri Jamil seakan
mengungkit perkara yang telah lama berlalu.
“
Daddy..perkara tu dah lama! Tak perlu ungkit lagi. lagipun Fiffy dan abang
Irfan dah ada Nazri. Apa masalah lagi?” bidas Datin Fiffy sebelum Tan Sri jamil
menghabiskan kata-katanya.
“
Masalahnya sekarang, kau tak pernah berubah! Kau masih hanyut dengan dunia kau
sendiri! Sebagai seorang isteri mengapa Fiffy mengikut retak Irfan? Masih
hanyut dengan dunia! Berperangai seperti orang yang tidak ada keluarga!” herdik
lelaki berumur 70-an itu. Datin Fiffy merenung lama wajah tua daddynya. Dia
cuba mencari maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh lelaki tua itu.
“
Maksud daddy?” Datin Fiffy mengecilkan matanya.
“
Bila lagi kau nak bertaubat? Daddy tak pernah tengok Fiffy membaca Al-Quran!
Jauh sekali untuk bersolat! Tengok Nazri, siapa yang mendidiknya seperti itu?
Mabuk-mabuk! Perempuan keliling pinggang! Macam tu Fiffy nak merasa bahagia?”
Tan Sri Jamil mengurut dadanya yang terasa sakit secara tiba-tiba.
“
Daddy okey ke?” Datin Fiffy berwajah cemas. Pantas lelaki itu menganggukkan
kepalanya perlahan.
“
Fiffy, tak tahu nak cakap apa lagi daddy!” Datin Fiffy akhirnya menyerah kalah
dengan kata-kata Tan Sri Jmail.
“
Jangan bercakap! Apa yang penting sekarang, Fiffy balik, ambil wuduk dan solat!
Mohon ampun dengan Tuhan! Allah itu sentiasa ada dengan kita, dan akan sentiasa
mendengar keluhan kita. Sebagai hambanya, bertaubat adalah jalan yang paling
baik! Insya’Allah segalanya menjadi mudah. Insya’Allah juga, Irfan akan kembali
kepada Fiffy dengan seikhlas hati dia..” Tan Sri Jamil mengingatkan anaknya
itu. Datin Fiffy hanya mampu mengalirkan air matanya sekali lagi. Kata-kata itu
adalah benar dan tidak boleh disangkal olehnya. KeranaMu Ya Allah..aku akan
cuba menjadi hambaMu yang bertaubat! Ampunkanlah dosa-dosaku! Dan saat itu
Datin Fiffy bangun dan memeluk erat daddynya dan memohon ampun dan maaf. Tanpa
dipaksa, sebuah senyuman bermain di bibir Tan Sri Jamil.
****
Ketika asyik menonton televisyen, telefon bimbit
Murni yang berada di dalam bilik menjerit dengan kuatnya. Pantas Murni berlari
anak dan mengukir senyum apabila tertera nama seseorang yang amat dirinduinya
diskrin telefon.
“
Helo, Mira,lama tak call kak Murni. Mira sihat?” mata Murni bersinar saat
mendapat panggilan daripada Nur Amira, satu-satunya saudara kandung yang dia
ada. Adiknya itu sudah lama menyepikan diri semenjak dia mengikut nenek Rubiah
ke Terengganu. Nur Amira yang berada bersama ibu dan bapa saudaranya di Pahang
seakan-akan telah melupai dirinya.
“
Mira sihat! Kak Murni sihat tak? Kak Murni tak rindu Mira ke?” suara Nur Amira
kedengaran halus di telinga Murni. Air matanya mengalir laju secara tiba-tiba.
Kata-kata itu seakan menjerut perasaannya selama ini.
“
Kak Murni rindu! Mira datang KL ya! Nanti kak Murni ambil Mira dekat hentian
Putra,” Murni galak bersuara. Besar harapannya agar gadis itu akan tinggal
bersamanya di Kuala Lumpur.
“
Nanti Mira datang! Nenek sihat tak kak Murni?” Nur Amira sempat bertanya tentang
nenek Rubiah. Pantas Murni menganggukkan kepalanya sebelum menjawab pertanyaan
adiknya itu.
“
Alhamdulillah..nenek sihat! Nanti Mira datang, kak Murni bawa Mira jumpa
nenek!” ujar Murni dengan perasaan gembira. Senyuman terukir lebar di bibir
merkahnya sebelum menjawab salam Nur Amira yang berjanji akan datang ke Kuala
Lumpur tidak lama lagi. Murni meletakkan telefonnya ke atas tilam dan duduk
mengadap ke arah cermin. Dia menyikat rambutnya sambil menyanyi kecil sebelum
senyuman di bibirnya hilang serta merta apabila teringatkan nasib Edzhar.
Adakah kau masih hidup Zahar? Kalau betul, di mana kau sekarang? Atau lelaki
yang memperkenalkan dirinya sebagai Andrey menyembunyikan kau? Tapi untuk apa?
Murni menggigit bibirnya.
Wajahnya berkerut bagaikan memikirkan masalah Negara. Telefon lelaki tak siuman
tu? Mustahil! Tak pasal-pasal aku dikerat empat belas! Tapi apa yang perlu aku
lakukan? Report polis?? Tak mungkin! Murni memicit kepalanya yang terasa sakit
secara tiba-tiba. Semenjak berada di Kuala Lumpur berbagai masalah yang datang
menghampirinya. Perkara-perkara yang tidak pernah terfikir langsung datang
menyerangnya bertubi-tubi. Entah kenapa dia menjadi sasaran mereka yang
dianggap berpenyakit! Penyakit jiwa.
Murni bangun dan bergegas
keluar. Malas dia berlama-lama di dalam bilik. Pasti kepalanya semakin
berserabut memikirkan masalah yang timbul. Lebih baik tengok TV! Getus Murni
sambil duduk di atas kerusi mengadap televisyen yang terpasang semenjak tadi
lagi.