Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,120
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Bab 22

Puan Salbi hanya memandang tingkah laku Fakhruddin yang mundar-mundir di tepi jendela ruang tamu. Sesekali dia duduk di sofa dan bangun semula. Mata Puan Salbi hampir terbalik melihat gelagat anaknya yang bagai kehilangan arah. Sesekali Fakhruddin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan mengerut kening seolah-olah memikirkan masalah negara.

“ Riz, dari tadi mama tengok Riz ke hulu ke hilir!Riz ada masalah ke? Cuba cerita kat mama..mana tahu mama boleh tolong!” Puan Salbi bersuara setelah lama hanya mendiamkan diri. Runsing juga hatinya melihat telatah anak terunanya. Jarang sekali Fakhruddin berkeadaan begitu.

“ Em..tak ada apalah mama, ” Fakhruddin tersenyum tawar sedangkan di hatinya dihujani perasaan resah dan gelisah.

“ Tak ada apa? Mama yang tengok ni pun boleh terbalik bijik mata! Riz kenapa?” Puan Salbi tidak berpuas hati. Dia memandang ke arah Fakhruddin yang masih tidak berganjak dari situ.

“ Mama..Sahara, dia bekerja satu tempat dengan Riz!” akhirnya terlontar kata-kata itu dari mulutnya.

“ Sahara? Riz yang recemond kan untuk dia ke?” Puan Salbi kehairanan. Matanya tajam memandang ke arah anaknya.

“ Tak adalah mama..kebetulan je..agaknya kawan kepada Encik Ezri!” Fakhruddin membetulkan tanggapan mamanya. Mana mungkin dia berbaik dengan Sahara setelah hatinya dicalar tanpa rasa simpati.

“ Pasal tu ke Riz peningkan kepala? Mama nak minta tolong Riz!Sahara tu dah jadi isteri orang. Jadi mama nak Riz jauhkan diri dari dia. Jangan ikut rasa hati!” tutur kata Puan Salbi berbaur rasa bimbang. Risau kalau-kalau anak bujangnya masih menagih cinta daripada Sahara.

“ Apa mama merepek ni? Riz pun dah tak ada hatilah kat dia. Mama jangan risau k!” Fakhruddin tersenyum sendiri. Wajah Nur Jannah terbayang di mata. Alangkah beruntungnya sesiapa memiliki gadis itu. Aiman Ezri..ah! dia hanya tahu melukai hati seorang isteri demi menjaga kekasih hati. Air mata Nur Jannah yang mengalir bagai empangan pecah dibiar sepi. Kejamnya Ezri kerana melakukan Nur Jannah sebegitu. Pasti Nur Jannah terseksa pedih lantaran cinta suami beralih arah. Apakah Nur Jannah merasa apa yang aku rasa?

“ Ah tu! Senyum semacam je! Riz jangan main-main..Riz ada hati lagi ke dengan Sahara tu?Mama tak nak orang cakap Riz pemusnah rumah tangga orang!” Puan Salbi sedikit cemas. Kata orang kerana cinta, boleh membuatkan orang lupa diri.Adat dilanggar, hukum agama diketepikan demi menjaga hati dan perasaan sendiri. Isteri orang sanggup dirampas tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari.

“ Mama..tak baik tuduh Riz macam tu..Riz dah tak cintakan Sahara lagi! Lagipun mata Riz ni bukannya berwarna biru atau coklat macam suami dia tu..” Fakhruddin tergelak sendiri. Puan Salbi yang melihat menggelengkan kepala dengan telatah anak bujangnya.

“ Elok sangat sengih sorang-sorang! Nanti orang cakap harap muka je hensem..entahlah mama pun tak faham.”

“ Hensem ek, Riz ni mama?” Fakhruddin sengaja mengusik mamanya. Dia duduk di sebelah mamanya yang kembali menonton televisyen. Mukanya sengaja disentuh dengan senyuman yang melekat di bibirnya.

“ Yelah hensem! Kata anak mama..kalau tak hensem, tak adanya si Sahara tu gila talak! Oklah mama ke dapur dulu. Nak masak untuk makan malam.” Tutur Puan Salbi disambut dengan tawa Fakhruddin. Geli hatinya mendengar perkataan gila talak yang dikenakan kepada Sahara.

“ Yelah mama..Riz pun nak masuk bilik dulu. Kemas bilik tidur. Mama masak sedap-sedap ye!” tutur Fakhruddin sambil bangun apabila mamanya mula mengangkat punggung untuk berlalu.

“ Emm yelah..” Puan Salbi melangkah untuk ke dapur. Fakhruddin pula menuju ke dalam biliknya. Dia menghempaskan badannya ke katil dan fikirannya melayang mengingati Nur Jannah. Entah kenapa bayangan gadis itu seolah-olah mengekorinya sentiasa. Senyuman Nur Jannah juga seakan melekat terus di dalam kepalanya. Fakhruddin mula rimas mengenangkan gadis itu telah bersuami dan Aiman Ezri selaku majikannya adalah suami Nur Jannah. Sedang dia memikirkan Nur Jannah, tiba-tiba ingatannya berkalih kepada sepupunya. Fakhruddin mencapai telefon dan mendail nombor telefon Arman Mustaqim. Seketika panggilannya dijawab oleh lelaki itu.

“ Helo..Arman!” Fakhruddin bersuara apabila panggilannya dijawab.

“ Em..apahal mimpi call aku ni?” kedengaran suara Arman Mustaqim di corong telefon.Fakhruddin terdiam seketika. Bagaimana cara untuk dia mengetahui tentang Nur Jannah. Pasti sepupunya itu tahu lantaran dia adalah bestfriend kepada Aiman Ezri.

“ Tak adalah! Aku saja call..macam mana kerja ok ke?”

“ Kerja aku macam biasalah. Kau macam mana? Seronok kerja dengan Aiman Ezri?” Arman Mustaqim seakan menduga.

“ Bolehlah..Cuma Sahara baru je kerja kat situ.”

“ Sahara? Aik! Kau cari kerja kat ex-girlfriend ke? Apa-apapun Riz, kau jangan muka lagi perempuan macam tu.Tak pasal-pasal naik minyak dia nanti…”

“ Emm..tak adalah! Mungkin Sahara tu kawan kepada Zurina..aku tengok dia orang rapat semacam je.”

“ Diaorang macam mana sekarang? Maksud aku, Zurina dan Ezri! Aku tak tahulah kenapa dengan Aiman Ezri tu. Ada isteri ditinggal-tinggalkan! kasihan!” Arman Mustaqim sedikit mengeluh. Simpati dia pada isteri sahabat baiknya. Puas dia memberi nasihat, namun tidak diendahkan. Seringkali juga dia memerli untuk menyedarkan, namun Aiman Ezri hanya menelan setiap kata-katanya bagai menelan manisan. Setiap katanya seolah tiada pahitnya buat Ezri.

“ Em..tadi ada Nur Jannah datang ofis jumpa Ezri,” tutur Fakhruddin cuba memancing perhatian sepupunya.

What? So macam mana dengan Zurina?Aku rasa naik biru muka dia menahan marah!” Arman Mustaqim tergelak kecil. Terbayang wajah Zurina yang garang mengalahkan harimau betina. Pasti mengamuk sakan!

“ Entahlah..tapi aku tengok Nur Jannah keluar dari pejabat sambil menangis selepas Zurina masuk ketika dia berjumpa dengan Ezri..kasihan pula aku tengok.”

“ Tulah..orang kahwin dia nak kahwin! Dulu bercinta dengan Zurina alih-alih kahwin Nur Jannah. Akupun tak tahu bila dia pasang dua! Tapi baru je lepas kahwin, dia sambung balik dengan Zurina. Ah! Entahlah si Ezri tu buat anak orang macam ikan bilis,” Arman Mustaqim bersuara kesal. Fakhruddin yang mendengar seakan tertarik. Rupanya ada kisah yang tersembunyi. Kasihan Nur Jannah melihat kecurangan suami di hadapan mata. Sungguh! Fakhruddin turut terasa.

“ Oklah..Arman. aku dah ngantuk ni.Ada masa aku calllagi.Kirim salam kat semua!”

“ Yelah! Kau pun kirim salam kat mama kau tu. Nanti ada masa aku pergi ziarah. Assalamualaikum!”

“ Waalaikummussalam..” Fakhruddin menjawab salam. Dia meletakkan telefonnya dan terkebil-kebil memandang syiling. Hatinya yang berbisik menyesakkan jiwanya. Cinta jenis apakah ini? Aku jatuh cinta pada isteri orang. Uh! Nonsense!...

****

Nur Jannah hanya mendiamkan diri sepanjang berada dalam kereta. Dia duduk di bahagian belakang dan membiarkan Maria duduk di hadapan bersama Ejay.Hatinya yang runsing bagai dicarik-carik menambahkan lagi kepedihan hati. Lagu-lagu cinta yang asyik berkumandang di corong radio hanya menambahkan luka di hatinya.
Ejay yang membawa kereta menjeling beberapa kali melaui cermin depan. Pandangannya dapat menangkap wajah suram sepupunya yang kelihatan sedikit mendung. Ingin dia bersuara, namun kata-katanya hanya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia dihimpit kecewa melihat Nur Jannah yang mula terlena. Hendak atau tidak, dia berborak dengan Maria di sebelah. Maria yang sememangnya peramah cukup mesra melayan percakapan Ejay. Kadangkala tawa mereka meletus menemani kesepian malam. Jam di tangan menunjukkan jam 9.00 malam. Ejay meluncurkan keretanya untuk sampai cepat ke destinasi yang dituju.Maria yang berada di sebelah tersenyum sendiri melihat ketampanan sepupu Nur Jannah itu. Dalam hati dia berharap ada jodoh antara dia dan Ejay.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.