Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,786
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Bab 13

Kehadiran Ejay dan keluarganya pada hari itu tidak disangka-sangka oleh Nur Jannah. Senyuman emaknya jelas di mata. Dia menyalami Mak Leha dan memberi ciuman kasih kepada orang tuanya. Adik-adiknya pula tersengih-sengih mempamerkan gigi mereka yang tersusun bersih. Nur Jannah mempersilakan mereka duduk dan menuju ke dapur untuk membuat air. Seketika dia muncul kembali bersama air yang baru dibacuh sebentar tadi.

“ Kenapa datang tak cakap. Boleh Nur masak sedap-sedap sikit,” Nur Jannah bersuara ceria.

“ Em..tak payahlah susah-susah Nur. Mak dah bawa lauk dari rumah. Tunggu nak makan je. Ezri mana?” Mak Leha memanjangkan lehernya mencari suami Nur Jannah. Adik-adiknya pula sibuk membelek barang-barang antik yang ada di ruang tamu. Sesekali Nur Jannah perasan sepasang mata Ejay memandang ke arahnya dengan tajam.

“ Kerja mak..nanti Nur call suruh balik ek. Abang datang kenapa tak cakap? Bila abang balik kampung? Mak Long sihat?” Nur Jannah memandang tepat ke arah Ejay. Ejay yang asyik memandangnya terkejut bila disapa.

“ Petang jumaat abang balik. Mak abang sihat. Nur sihat tak?” lembut suara Ejay walau seakan ada getaran di dalamnya.

“ Nur sihat bang! Mak, ayah mana? Tak ikut sekali?” Nur Jannah mengalih pandangannya. Dia rasa tidak selesa berbicara dengan sepupunya yang masih menagih kasih darinya.

“ Ayah tu tahulah, kata nak jaga ayamlah, itiklah, kerbaulah. Macamlah mak nak datang sini satu bulan,” omel Mak Leha kurang senang.

“ Mak, kita mana ada kerbau. Pandai-pandai je mak ni menambah,” Nelly adik bongsu Nur Jannah yang bersekolah tingkatan tiga bersuara. Dia tergelak kecil mendengar rungutan emaknya.

“ Tak adalah, mak saja je cakap. Umpamanya macam tulah. Nak jumpa anak pun susah. Mujurlah si Ejay ni nak bawa mak dengan adik-adik,” Mak Leha memuncungkan mulutnya ke arah Ejay.

“ Em..abang tak kerja ke hari ni?” Nur Jannah memandang Ejay kembali. Sepupunya itu lebih banyak banyak mendiamkan diri. Mungkin memberi ruang kepada mereka untuk berborak. Dia cuba melempar senyuman, namun senyuman itu cukup hambar dan Nur Jannah merasa sesak sendiri.

“ Hari ni kan hari ahad. Abang tak kerja. Tapi rajin suami Nur, cuti-cuti pun bekerja,” Ejay seakan menduga, sedangkan Nur Jannah terasa seolah disindir. Hari ahad ke? Dia sendiri boleh terlupa.

“ Em..abang Ezri outstation atas urusan kerja. Dia ke Langkawi sebab nak promosikan minyak wangi syarikat,” Nur Jannah mereka cerita. Emaknya mengerutkan dahi dan Ejay pula merenung tajam padanya.

“ Kak Long, cantiklah rumah Kak Long ni! Airi nak duk sinilah!” Airi, adiknya yang tingkatan lima bersuara setelah puas membelek barang-barang unik di rumahnya.

“ Boleh! Tapi adik kan belajar lagi. Lepas belajar bolehlah,” Nur Jannah bersuara lembut.

“ Tak sangka ye kan mak, abang Ezri ni kaya sangat! Patutlah Kak Long berkenan!” Nelly celupar mulutnya dan dicubit kuat oleh mak Leha. Nur Jannah sedikit terasa mengenangkan Ejay juga pernah mengatakan itu padanya.

“ Mulut tu, mak cili kan!Nur, mak ke dapur dulu.Nak keluarkan lauk ni. Nanti basi pulak. Kau sembanglah dengan Ejay ni. Usu dengan Angah tolong mak kat dapur. Boleh?”

“ Yelah mak,” Nelly dan Airi bersuara serentak. Mereka berbisik sesama sendiri dan tergelak kecil melihat pandangan Ejay melekat ke arah Nur Jannah. Mak Leha bangun dan menuju ke dapur diikuti Nelly dan Airi. Nur Jannah pula tidak senang duduk ditinggal berdua dengan Ejay.

“ Abang, minumlah. Kenapa tak minum?”

“ Nur…Ezri mana?” Ejay bersuara perlahan namun cukup jelas pada pendengaran Nur Jannah. Wajah Nur Jannah seakan berubah.

“ Ezri? Dia kerja bang. Kan Nur dah cakap dia outstation kat Pulau Pangkor.”

“ Tadi Nur kata kat Langkawi kan?” Ejay mengerutkan dahinya.

“ Em..yelah..kenapa?” Nur Jannah mula berpeluh. Banyak soal pulak sepupunya itu.

“ Tadi Nur cakap kat Pulau Pangkor!”

“ Ye ke? Nur tersasul lah bang.” Nur Jannah terasa berpeluh. Dia seakan terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Janganlah semua terbongkar kerana mulutnya sendiri!

“ Betul ke? Atau Nur ada sembunyi sesuatu dari abang?” Ejay seolah-olah mengambil berat. Air mata Nur Jannah seakan ingin tumpah. Namun dia tidak mahu kalah di hadapan sepupunya.Walau banyak mana air matanya tumpah, biarlah ianya menjadi rahsia.Biarlah!

“ Tak adalah bang. Sebenarnya Nur kurang sihat. Sebab tulah Nur melalut tadi. Em..jadi ke bang buat kenduri tu?” Nur Jannah mengalih topik. Ejay sedikit kecewa apabila gadis kesayangannya mengubah tajuk cerita. Banyak yang ingin dia ketahui tentang Nur Jannah semenjak gadis itu mendirikan rumah tangga.

“ Jadi.. Nanti Nur balik. Jangan tak balik. Abang pun dari Puchong balik sana mungkin hari jumaat depan. Kenduri tu malam sabtu. Kalau Nur nak balik dengan abang, abang datang ambil.”

“ Tak apalah bang. Nur balik dengan abang Ezri nanti,” Nur Jannah tersenyum, namun wajah lelaki itu muram seribu bahasa.

“ Abang maafkan Nur, kalau Nur lukakan hati abang. Nur tak nak tengok abang macam ni. Abang lupakan Nur. Kitakan satu keluarga. Nur tak seronok kalau abang terus macam ni!” pujuk Nur Jannah lembut.

“ Abang minta maaf. Abang tak dapat lupakan Nur. Abang harap Nur tidak marah pada abang. Tapi abang tak akan kacau rumah tangga Nur,” Ejay tersenyum cuba menyembunyikan gelora di hati. Nur Jannah mula lega mendengarnya.

“ Dahlah tu..borak-boraknya! Jom kita makan. Kejap lagi mak dengan adik-adik nak balik,” Mak Leha bersuara tiba-tiba.

“ Mak nak balik? Apasal cepat sangat mak.Tidurlah sini sehari dua. Jauh-jauh datang dah nak balik,” Nur Jannah merungut sambil menarik muka.

“ Mana ada jauhnya Nur. Ipoh tu tak adalah jauh sangat. Lagipun nanti bising ayah tu!”

“ Yelah kak, ayah tu memang macam mulut murai kalau dah membebel,” Nelly menyampuk sambil mencebik.

“ Jomlah makan, Airi dah lapar ni!” Airi melaung dari dapur. Pantas mereka menuju ke dapur. Ejay yang memerhati turut mengikuti dari belakang. Terasa terasingnya dia dengan Nur Jannah kini. Perkahwinan sepupunya telah membuatkan jarak di antara mereka semakin jauh. .dan jauh!

****

Ezri hanya memekakkan telinganya apabila Zurina tidak putus-putus memarahinya.Masak benar dia dengan sikap yang suka melenting semenjak dia mengahwini orang lain. Walaupun terbit juga perasaan marah di hati Ezri, dia hanya mendiamkan diri bila memikirkan segala yang berlaku berpunca darinya.Dia yang curang dan tidak setia. Memang patut gadis itu marah.

Sayang..You dengar tak apa yang Icakap!” Zurina menjeling tajam ke arah Ezri yang berselera menjamu makan tengahari mereka. Orang ramai yang mencuri pandang lansung tidak diendahkan.

“ SayangYou tak penat ke membebel dari tadi?Idah cakap Idengan Nur Jannah tak duduk sebumbung pun. You cemburu tak bertempat ni kenapa? ” Ezri mula bersuara. Penat dia melayan bebelan Zurina yang tidak habis-habis dari tadi.

Honey, you are my boyfriend, you know! Why you don’t understand?I tak nak lihat Youdengan perempuan tu!” Zurina mula bersuara sebak. Air matanya tergantung di kelopak matanya.

Sayangabang tahu, sayang, sayangkan abang! Macam tu juga dengan abang.Dan abang nak Ina faham, hati abang hanya untuk Ina. Pasal Nur Jannah, berilah abang masa untuk selesaikan semuanya.” Tutur Ezri mulai rimas. Hilang seleranya mendengar bebelan Zurina yang tidak sudah.

But why not now? Why don’t you divorce her? I don’t understand why! or are you still love Nur Jannah?” Zurina masih tidak berpuas hati. Makanan di hadapannya belum dijamah. Dia inginkan penjelasan dari Ezri tentang perhubungan mereka.

“ Ina, daddy abang akan ambil balik syarikat tu kalau abang persiakan Nur Jannah. Melainkan Nur Jannah yang minta cerai. Jadi abang belum dengar lagi dari mulut dia.”

“ Kalau dia tak nak bercerai?” Zurina membulatkan matanya.Seksa dia mengharap kata putus daripada Ezri.

“ Abang tetap dengan Ina.”

“ Jadi perempuan simpanan? Macam tu?” Zurina melengking kuat.Air mata yang ditahannya berhembur keluar.Ezri cepat-cepat meredakan Zurina apabila banyak mata yang memandang.Ada yang berbisik-bisik dan tergelak kecil.

“ Jom kita pergi. Nanti kita bincang ok! Ina jangan macam ni,” Ezri bangun untuk membayar di kaunter. Zurina yang masih teresak-esak menuju ke arah kereta.Sakit hatinya pada Nur Jannah semakin membara. Perempuan tak tahu malu! Perampas! Zurina menjerit di dalam hati. Seketika mereka berada di dalam kereta dan Ezri meluncur laju ke arah jalan Tun Abdul Razak dan menghala ke Dataran Merdeka.

“ Ina...Ina jangan macam ni. Nanti abang cakap dengan Nur Jannah supaya minta cerai dari abang. Tapi Ina kenalah sabar sikit.” Ezri mula memujuk kekasih hati.

“ Ina cintakan abang!” suara Zurina mulai kendur.Ezri tersenyum sendiri melihat perubahan Zurina. Mudah benar kau merajuk sayang, tapi mudah pula untuk dipujuk! Ezri berbisik sendiri. Dia mencapai tangan gadis itu dan menguncup lembut.

I love you too so much! Kita balik ye. Esok nak kerja.Ina jangan fikir bukan-bukan lagi. Abang hanya cintakan Ina.”

“ Em..abang janji dengan Ina..abang takkan balik sana.” Zurina mengangkat tangan separas bahu meminta lelaki itu berjanji. Dengan pantas, Ezri turut melakukan apa yang dibuat oleh Zurina sambil tersenyum manis. Kemudian dia tergelak kecil melihat Zurina yang mula tersipu-sipu malu.

“ Yelah sayang..abang faham sangat-sangat!” Hidung Zurina ditarik dan gadis itu terjerit kecil. Kemudian dia meletakkan kepalanya ke bahu Ezri dan tersenyum puas.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.