Bab 1
Hidup ini tidak seindah mimpi
Bahagia tidak semudah melafazkannya
Alangkah pedih mengharap sebuah
cinta
Andai mampu aku mengundur saat dan
waktu
Biarlah cinta ini tidak pernah ada
Namun siapa aku untuk menolak
suratan
Menjadi milikmu dalam
tangisan
Yang
berpanjangan.
Nur Jannah menutup
diarinya. Dia bersandar ke dinding sambil terkebil-kebil sendiri. Terasa air
hangat tergantung di tubir mata. Cuba dia menahan agar manik jernih itu tidak
tumpah lagi mewarnai pipinya. Namun tanpa dipaksa, ianya tetap juga jatuh tanpa
dapat ditahan lagi. Memang benar, imannya hanya setipis kulit bawang,
kesabarannya hanya sebesar kuman, tidak mampu dia menghadapi dugaan yang
sentiasa bertandang dengan senyuman. Nur Jannah memandang ke arah potret
yang tergantung megah di kamarnya. Wajah suaminya yang segak dengan senyuman
memeluknya dengan erat. Terasa baru semalam dahinya dikucup lembut oleh suami
tersayang, tatkala dia sah bergelar isteri kepada lelaki itu. Sangkanya
kebahagiaan akan mengulitnya sentiasa. Selagi Aiman Ezri bersamanya, tidak
mungkin dia mengenal erti derita. Namun sayang, lelaki itu akhirnya berubah
sebelum sempat mereka mengecapi manisnya
kebahagiaan. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia.
Dan Aiman Ezri juga telah berubah! Tiba-tiba telefon bimbit Nur Jannah
berbunyi. Pantas dia mengambil telefonnya di atas meja solek dan menjawab
panggilan dengan mata yang bersinar.
“
Emm..dah tidur ke?” suara Maria kedengaran ceria di hujung telefon. Gadis yang
berpewatakan ceria itu tidak pernah melupakannya walaupun Nur Jannah telah
berumahtangga. Nur Jannah menarik wajah hampa. Keceriaan di wajahnya kini
hilang entah ke mana.
“ Belum lagi.. Apahal kau call aku Mar?” Nur Jannah sedikit
terkilan. Sangkanya Ezri yang menghubunginya.
“ Jom keluar minum. Dah lama kita
tak keluar sama-sama! Kau tu sibuk je memanjang! Ezri ada ke?” Maria rancak
bersuara tanpa mengerti beban di hati
Nur Jannah.
“ Belum balik lagi. Agaknya kejap
lagi. Takpelah Mar. Aku penatlah, mungkin lain kali ek!” tutur Nur Jannah
terpaksa memberi alasan.Sememangnya dia begitu
penat menanti kehadiran Ezri.
“
Emm..kau okey ke?” suara Maria kedengaran curiga.Nur Jannah menarik nafas dan melepasnya perlahan. Serasa
ingin dia mengadu masalah yang dihadapi, biar kurang sedikit bebanan yang
ditanggung. Namun untuk memburukkan suami sendiri, sungguh..Nur Jannah tidak
sanggup.
“ Aku okey! Cuma aku rasa tak sihat badan!Kau jangan kecil hati pulak ek!”
“ Ok..lain kali jangan kau bagi
alasan lagi. Kirim salam aku kat suami kau yang macho tu ek!” Maria bersuara
galak di hujung telefon. Belum sempat Nur Jannah bersuara, talian terputus
secara tiba-tiba. Dia cuba menghubungi semula gadis lincah itu, namun hanya
kedengaran suara operator di corong telefon. Emm...bateri tak adalah tu! Bisik
Nur Jannah sendiri. Kemudian dia teringat kepada suaminya yang melontar dirinya
jauh ke lembah duka. Semuanya seakan bersatu. Antara luka dan air mata itulah
hadiah yang terpaksa diterima dalam perkahwinan mereka.
“ Abang pergi mana? Janji pulang
awal..Nur dah masak untuk abang. Nak makan sama-sama. Tapi kenapa abang tak
balik lagi!” Nur Jannah bersuara hiba. Air matanya seperti biasa mengalir lagi.
Perutnya yang berbunyi meminta untuk diisi. Namun seleranya seakan mati.
Dia membaringkan diri di atas tilam.
Terasa kesepian benar-benar mencengkam dirinya. Pantas dia bangun dan bersandar
ke dinding. Jiwanya sejak akhir-akhir ini semakin kacau dengan sikap suaminya.
Belum sampai sebulan perkahwinan mereka, namun Ezri sentiasa pulang lewat.
Kadang kala seminggu wajahnya tidak kelihatan. Apa salahnya? Nur
Jannah benar-benar buntu. Pantas dia mencapai semula diarinya dan menulis
sesuatu. Air matanya makin galak mengalir menahan kelukaan hati yang semakin
bernanah.
Abang janji nak pulang awal..tapi sampai
sekarang belum pulang. Kenapa abang berubah ? Apa salah Nur ? Hari-hari abang
buat Nur terseksa. Macam semalam Nur tunggu, tapi abang tak pulang-pulang. Nur
sunyi abang. Kenapa abang berubah? Nur terseksa dengan sikap abang macam ni.
Jangan buat Nur macam ni lagi abang! Dulu abang janji akan sayang Nur sampai ke
mati, namun belum sempat kita mengecapi bahagia abang tinggalkan Nur
sendiri..Nur tak tahu apa salah Nur pada abang! Kalau Nur ada buat silap, Nur
minta maaf!
Nur Jannah teresak-esak lagi. Kali
ini semakin kuat. Terasa kekuatannya mulai hilang. Terasa ingin diakhiri
perkahwinan sebegitu. Biar Ezri bahagia tanpa dirinya. Biar Ezri bebas ke sana
ke mari tanpa halangan. Namun sungguh dia tidak berdaya. Cintanya pada Ezri
setiap nafasnya. Mana mungkin dia mampu kehilangan Ezri. Tetapi mengapa Ezri
tidak mengerti. Puas dia berteman air mata, dan akhirnya Nur Jannah terlena
bersama air mata yang masih bersisa.
****
Aiman Ezri memandang
lama ke arah Zurina yang berdiri mengadap tasik Titiwangsa. Wajah gadis itu
yang bermandikan air mata disapu lembut. Senyuman manis yang biasa dilemparkan
kini sukar untuk Ezri menikmatinya. Semuanya silap aku! getus Ezri sendiri.
“ Maafkan abang, abang yang salah sebab tinggalkan Ina.Abang janji, abang takkan tinggalkan Ina lagi..”
Ezri bersuara lembut. Dia memegang erat jari-jemari gadis itu seakan tidak
ingin melepaskannya pergi. Zurina merentap kasar dan duduk di bawah pondok yang
berhampiran. Ezri yang terkejut dengan reaksi Zurina turut melabuh punggung di
sebelahnya.
“
Abang bukan milik Ina lagi!” suara Zurina kedengaran perlahan. Ada sendu yang
masih bersisa. Sampai hati Ezri meninggalkannya dan membina mahligai bahagia bersama
insan lain. Hatinya hancur saat mendengar perkahwinan Ezri. Sampai hati Ezri
berlaku curang di belakangnya.
“
Tidak sayang! abang hanya perlukan Ina. Tiada orang lain di hati abang!” Ezri
seakan merayu.
“ Abang tipu..kalau betul abang
sayangkan Ina, kenapa abang menikahi orang lain? Kenapaabang
tak setia pada cinta kita bang?” tatapan mata Zurina yang bercahaya meresap
jauh ke dalam dada Ezri. Perasaan sebak mula bermain di dadanya. Penyesalan
yang datang bertimpa-timpa merobek hatinya.
“
Abang sendiri tak sangka sayang.. Tapi percayalah, abang hanya perlukan Ina.
Berilah abang peluang!” tutur Ezri bersungguh-sungguh. Keegoannya tiada lagi
untuk dipertahankan demi cintanya kepada Zurina.
“
Dia bagaimana?” Zurina memandang lama ke arah Ezri. Sungguh dia tidak sanggup
bermadu dan untuk kehilangan Ezri tidak sekali-kali.
“
Abang akan ceraikan dia sayang. Abang dah kata, abang hanya perlukan Ina.
Bersabarlah sayang demi kebahagiaan kita..”
“
Abang janji?” Zurina bersuara sedikit keras. Dia tidak mahu dipermainkan
sewenang-wenangnya. Ezri pernah berjanji, namun semuanya dusta belaka.
“
Abang janji sayang..kalau sebelum ini abang mengkhianati cinta kita, abang
takkan ulanginya lagi..percayalah pada abang..” Ezri bersuara dengan
bersungguh-sungguh. Risau di hatinya andai Zurina pergi. Cintanya pada Zurina
sepenuh hati. Namun perkenalannya dengan Nur Jannah membuatkan dia tidak bisa
memilih. Perkahwinannya dengan Nur Jannah atas kehendaknya. Namun kini bencinya
pada gadis itu bukan sedikit. Nur Jannah punca putusnya cintanya dengan Zurina.
Nur Jannah yang menjadikannya insan curang dan Nur Jannah seharusnya menerima
hukuman.
“
Dulu abang pernah berjanji! Tapi abang mungkiri. Apa kurangnya Ina bang?”
Zurina masih tidak berpuas hati. Hebat sangatkah gadis yang menjadi pilihan
Ezri? Cantik sangatkah? Mengenangkannya hati Zurina bagai dicarik-carik.
Jiwanya merintih pedih. Apakah jiwa dan raga lelaki itu telah dimiliki oleh
gadis itu dan dia hanya mampu menanti.
“ Abang tahu sayang..abang tak tinggal dengan
dia. Abang tinggal di apartmen dekat Sentul. Jangan Ina ragui cinta abang
lagi..” Ezri bersuara sedih. Simpati di hatinya melihat Zurina berkeadaan
begitu. Kerana itu, dia tidak pulang ke rumah walau Nur Jannah memintanya
pulang. Bagi Ezri, cintanya kepada Nur Jannah hanya cinta seketika.
“
Abang..” tutur Zurina sambil memandang jauh ke dalam mata Ezri. Cuba dia
mencari makna cinta di mata lelaki itu.Benarkah kata-kata Ezri atau sekadar kata-kata bermadu!
“
Apa dia Ina?”
“
Ina cintakan abang terlalu banyak!”
“
Abang tahu dan abang juga cintakan Ina. Apa yang terjadi adalah kesilapan dan
kebodohan abang. Abang pun tidak sangka begini jadinya. Ina jangan tinggalkan
abang! Abang tak sanggup kehilangan Ina,” Ezri seakan merayu. Jari jemari
Zurina digenggam erat. Ada kesal yang teramat menunjal-nunjal ke ulu hatinya.
Ezri sedar, dia sendiri yang beria-ria mengahwini Nur Jannah. Gadis cantik yang
lembut tutur katanya, manis senyumannya dan elok budi pekertinya. Sangka Ezri,
Nur Jannah adalah pilihan hatinya, namun sayang setelah bergelar suami kepada
gadis itu, hatinya kembali mencari Zurina yang dikecewakan walau pernikahan
mereka masih di bulan madu.
“
Ina akan dianggap perampas!” bentak Zurina keras kembali. Air matanya semakin
lebat mengalir. Ada duri yang tertusuk dihatinya. Ada luka yang tidak mampu
dirawat. Dan kehadiran Ezri mampu memberi kegembiraan kepadanya walau duri yang
tercipta kerana lelaki itu. Dia cukup mengerti, apa yang berlaku adalah kesilapan
Ezri. Namun cinta di hatinya melenyapkan segala kebenaran.
“
Dia yang merampas, bukan Ina!” Ezri mula membentak. Benci dia pada Nur Jannah
semakin menjadi-jadi. Kerana wanita itu, mereka bersengketa. Ah! Semuanya salah
dia! Jika tidak kerana Nur Jannah berada di Tasik Titiwangsa setahun yang
lepas, Ezri tidak akan mengenali gadis tersebut. Ezri tidak akan berlaku curang
dan Zurina tidak akan terseksa seperti itu.
“
Dia yang berhak di atas jiwa dan raga abang. Ina tidak berhak!”
“
Hati abang hanya untuk Ina. Dan jiwa raga abang tidak akan abang serahkan
kepadanya. Abang janji!” Ezri menyentuh lembut dagu Zurina. Air mata gadis itu
disapu perlahan.
“
Bagi abang masa untuk membetulkan segala kesilapan abang,” perlahan suara Ezri
menusuk ke telinga Zurina. Ada simpati melihat insan kesayangan merayu dan
mengharap padanya. Memang benar cinta Ezri hanya untuknya dan Zurina tidak akan
sesekali melepaskan Ezri.
“
Maafkan Ina! Ina takkan susahkan hati abang lagi. Ina akan terus menanti abang.
Ina janji!” Zurina mengangkat tangan separas baru dan melemparkan senyuman.
Ezri turut tersenyum dan mengucup lembut jari-jemari gadis itu.
“Jomlah
kita pulang. Dah lewat ni..esok kita jumpa lagi ek!”Ezri mencuit hidung mancung Zurina. Tanpa dipaksa Zurina
tersenyum manja dan mengucup jari-jemari Ezri lama.
“ Jom..Ina pun dah ngantuk ni.Tapi
abang janji hanya Ina!” Zurina masih meminta kepastian. Matanya bersinar-sinar
mengharapkan kepastian.
“
Iyalah sayang!” Ezri memeluk erat bahu
Zurina dan tersenyum penuh makna. Mereka berlalu meninggalkan Tasik Titiwangsa
yang menjadi saksi percintaan mereka selama ini. Juga percintaan bersama Nur
Jannah! getus Ezri sendiri.