Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,805
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

Bab 29

Jam di dinding menunjukkan jam 8.00 malam. Fakhruddin mundar-mundir di hadapan mamanya. Sesekali dia menjeling ke arah papanya yang asyik membaca surat khabar. Runsing di hatinya memikirkan Sahara yang tidak jemu mengganggu hidupnya. Baru sekejap tadi dia mendapat mesej daripada gadis itu untuk berjumpa. Untuk apa lagi mereka berjumpa? Tidak cukup lagi ke dia diganggu di pejabat. Sahara tidak habis-habis mengungkit kisah lama. Mengemis cinta yang kononnya masih subur di hati sedangkan semuanya telah layu dan mati. Ah! Sahara hanya ingin menyusahkan hidupnya. Menyakitkan hatinya yang sememangnya sedia sakit. Tiba-tiba wajah Nur Jannah yang melemparkan senyuman terbayang di mata. Wajah manis itu seakan-akan menari di hadapannya.Entah mengapa ada rindu yang bermain di dada. Ada resah yang datang menjelma. Semuanya bagai satu rasa yang menghuni di taman hatinya.

“ Riz! Dari tadi mama tengok Riz ke hulu ke hilir. Riz kenapa?” Puan Salbi mengerutkan dahinya. Risau benar dia dengan sikap anak bujangnya itu.

“ Tak ada apalah ma.”

“ Tak ada apa? Tu mama tengok tak senang duduk je! Ada masalah ke?”

“ Sahara ma..asyik kacau Riz kat tempat kerja.Tak habis-habis mengungkit cerita lama! Sekarang hantar mesej nak jumpa pulak !” Fakhruddin bersuara sambil duduk di sebelah mamanya.

“ Mama rasa..Riz pergi jumpa dengan Sahara. Berterus-terang dengan dia..Selagi Riz melarikan diri, semuanya takkan selesai. Silap haribulan orang cakap Riz ada skandal dengan isteri orang.” Kata-kata Puan Salbi membuatkan mata Fakhruddin membutang lama.

“ Skandal? Tak ada maknanya..belambak lagi perempuan lain!”Fakhruddin bersuara geram.

“ Kalau macam tu, ikut nasihat mama. Riz pergi jumpa dengan dia dan bagitahu apa yang Riz tak puas hati..bukan berjalan ke hulu ke hilir bagai kucing nak beranak..” Puan Salbi tertawa kecil. Fakhruddin yang mendengar hanya tersegih panjang. Pandai pulak mama ni buat lawak!

“ Oklah ma..Riz nak keluar jumpa Sahara. Lepas ni, Riz akan pastikan Sahara tak kacau hidup Riz lagi,” Fakhruddin mencium tangan Puan Salbi dan menyalami papanya yang duduk tidak jauh dari situ. Dia bergegas keluar dan mendapatkan keretanya. Tidak lama kemudian, keretanya meluncur laju meninggalkan rumah. Permintaan Sahara untuk berjumpa di Dataran Merdeka pada jam 9.00 malam harus ditunaikan demi kebahagiaan dirinya.

****

Sahara memandang jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan jam 8.30 malam. Janjinya untuk berjumpa Fakhruddin pada jam 9.00 malam di situ. Sengaja dia datang awal bagi menghilangkan resah di hati. Dia rindu pada Fakhruddin. Pada percintaan mereka yang mewangi bertahun lamanya. Rindunya pada lelaki itu bukan sedikit. Serasa ingin pecah dadanya menahan kerinduan yang bersarang di hati. Namun Fakhruddin seolah-olah tidak mengerti. Lelaki itu sengaja menghukumnya setelah cinta mereka dikhianati. Sungguh Sahara merasa terdera. Dia memandang beberapa couple yang berada di situ. Serasa ingin tumpah air matanya melihat kemesraan dan gelak tawa mereka. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di belakangnya. Pantas Sahara berpaling dan kelihatan John David keluar dari perut kereta dan melangkah ke arahnya.Hati Sahara tiba-tiba mendidih. Untuk apa lelaki itu mengekorinya. Apa kata Fakhruddin nanti. Pasti lelaki itu akan terus membencinya. Sahara benar-benar bingung.

“ Sahara! What are you doing here?” John David memegang tangan Sahara. Sahara yang terkejut merentap tangannya dengan kuat. Sakit hatinya dengan sikap biadap John David.

“ Don’t touch me! Apa yang I buat, tak ada kena mengena dengan You!” Sahara menjerit kuat. Dia tidak menghiraukan beberapa mata yang memandang mereka.

“ You are still my wife! You jangan cuba lari dari I, Sahara!” John David sedikit berkeras. Dia kembali memegang tangan Sahara dengan cengkaman yang kuat tanpa mempedulikan amarah isterinya.

“ I don’t need you anymore! I nak bercerai! You jangan ingat You boleh seksa hidup I..” Sahara cuba menarik tangannya yang mula terasa sakit.

“ I love you Sahara! I’m sorry for everything. I really love you!” John David seakan merayu. Pegangan tangannya yang kemas mulai longgar.

“ I don’t care about your love..please..don’t disturb me again!” Sahara tidak mahu mengalah. Dia menolak John David yang cuba memeluk bahunya. Hatinya benar-benar sakit saat itu.

“ Honey..What’s wrong?” seorang gadis Filifina menjenguk dari kereta. Sahara yang mendengar cepat-cepat berpaling memandang ke arah kereta John David. Kemudian pandangannya beralih ke arah suaminya.

“ You are bastard! Playboy! Buaya..” Sahara menjerit marah. Air matanya mula mengalir mengenangkan dirinya dipermainkan sewenang-wenangnya.

“ She’s just my friend!” John David membela diri.

“ Berambus kau dari sini! Berambus!” Sahara memekik menyebabkan John David bergegas ke arah keretanya. Sahara terduduk di situ saat kereta lelaki itu berlalu pantas meninggalkan dirinya. Air matanya begitu banyak mengalir bagai empangan pecah. Sampai hati John David melukainya berkali-kali sedangkan seringkali dia melafazkan sayang. Ah! Apa yang ada pada lelaki itu hanya nafsu semata-mata. Cinta bagaimana yang ada pada John David? Tahukah dia makna cinta yang sebenarnya? Uh, cinta John David hanya untuk semua perempuan cantik yang datang menghampirinya. Bagi lelaki itu, perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa. Dan mungkin itu maksud cinta yang sering John David laungkan. Siapalah aku di hatimu John? Tiada nilaikah harga kasih sayangku selama ini? mungkin cintamu hanya sebuah permainan yang hilang dan mudah benar untuk diganti! Memikirkannya, Sahara dihambat rasa kesal yang tidak sudah.

****

Nur Jannah dan Maria berjalan-jalan di Dataran Merdeka untuk mengambil angin malam. Sesekali mata mereka menangkap ke arah beberapa pasangan yang ketawa gembira. Entah apa yang melucukan mereka sendiri tidak pasti. Maria yang melihat hanya mencebik tidak senang dengan gelagat mereka.

“ Hai..kalau ya pun janganlah cemburu!” Nur Jannah sekadar bergurau.

“ Cemburu? Aku cemburu? Kalau menyampah tu, adalah..Orang lain pun bercinta jugak.Tapi tak adalah ketawa mengilai-ngilai.” Maria menunjuk tanda protes.

“ Kau jangan cakap Mar. Mana tahu nanti bila kau dah dapat si Ejay tu, ketawa kau mengalahkan diaorang. Silap haribulan macam langsuir! Masa tu, orang lain pula kutuk kau! baru padam muka!” tutur Nur Jannah masih ingin menduga.

“ Tak adanya si Ejay tu sukakan aku. Kalau dia suka, dah lama dia cakap. Agaknya dia tu cintan kau gila-gila tak?” Maria menjungkit kening. Wajah manis temannya dipandang dengan senyuman.

“ Pandailah!”Nur Jannah bersuara kurang senang. Baginya lelaki itu tidak lebih dari seorang abang. Dari kecil mereka bersama seperti adik-beradik. Apa yang ada pada Ejay, mungkin hanya sayang seorang abang kepada adiknya.

“ Nur..apa keputusan kau? Jadi tak?” Maria tiba-tiba mengubah topik.

“ Keputusan? Keputusan apa?” Nur Jannah mengerutkan dahinya tidak faham.

“ Ala..keputusan kau lah. Nak kerja tak kat kedai Puan Moi Yan? Kalau kau nak kerja, seronoklah aku. Ada gak kawan bersembang!” Maria bersuara ceria. Dia berhenti dan melabuhkan punggungnya di satu tempat duduk yang berada di situ.

“ Kerja? Macam mana dengan Ezri? Aku kena cakap juga dengan dia,” Nur Jannah mengeluh perlahan.

“ Hai kau ni..kata nak bercerai! Buat apa susah-susah bagitahu jantan tu. Dia sendiri pun tak ingatkan kau, Nur!” tutur Maria sedikit keras. Tidak faham dia dengan sikap Nur Jannah yang sentiasa berubah sekelip mata. Sekejap kata nak bercerai! Sekejap kata sayang! Mana satu yang betul ni?

“ Tapi aku masih isteri dia Mar! Buruk-buruk pun, dia masih suami aku..” Nur Jannah bersuara sedikit sebak. Tiba-tiba seseorang melanggar bahunya dengan kuat. Mujurlah dia dapat menimbangkan tubuhnya dari jatuh.

“ Ops..sorry! Saya tak sengaja!” pantas lelaki yang melanggarnya memohon maaf. Nur Jannah memandang ke arah suara itu. Matanya menatap wajah tampan yang memandang kepadanya. Buat seketika mata mereka bertentang. Ada rasa gundah yang tiba-tiba datang. Hati Nur Jannah seakan berbisik. Pandangan lelaki itu menikam terus ke jantungnya. Maria yang memandang berdehem kuat. Pantas Nur Jannah tersedar dari keasyikannya menatap seraut wajah itu.

“ Awak?” Nur Jannah seakan terkejut.Maria yang melihat sedikit hairan.

“ Emm..Nur Jannah, saya minta maaf kerana cuai..saya ada janji dengan orang. Awak okey ke?” Fakhruddin cepat-cepat mengakui kesilapannya.

“ Saya ok! Awak nak jumpa siapa?” Nur Jannah melempar senyum. Maria hanya memandang ke arah mereka tanpa bersuara.

“ Jumpa kawan!” singkat kata-kata Fakhruddin. Lidahnya seakan kelu untuk terus bersuara.

“ Kawan? Kat sini?” Nur Jannah menjungkit kening. Belum sempat lelaki di hadapannya menjawab, tiba-tiba mereka disergah dengan kuat.

“ Riz, adakah kerana dia..You tolak cinta I ?” tiba-tiba Sahara muncul. Wajahnya yang menyinga dapat dilihat dengan jelas.Nur Jannah dan Maria yang tidak mengerti hanya mendiamkan diri. Fakhruddin pula mengetap bibirnya menahan geram.

****

“ Sahara! I datang nak bagitahu You, jangan kacau hidup I lagi!” Fakhruddin bersuara keras. Panas hatinya dengan sikap Sahara sebentar tadi. Dari jauh Nur Jannah dan Maria masih memerhati.

“ Kerana betina tu?” Sahara bersuara kuat. Air matanya tumpah menahan kepedihan yang bertamu di hatinya. John David melukainya dan Fakhruddin menghancurkan harapannya. Sungguh dia merasa terdera.

“ Nur Jannah tiada kena -mengena dengan I !” Fakhruddin membetulkan tanggapan Sahara. Tidak patut Nur Jannah diheret sekali dalam pergaduhan mereka.

“ Tiada kena -mengena? Patutlah si Aiman Ezri ada hubungan dengan Zurina! Isteri dia ada skandal dengan orang lain! Riz, You jangan lupa, Nur Jannah tu isteri orang. Isteri majikan You sendiri. Sudahlah merampas kekasih Zurina, sekarang betina tu nak rampas You dari I ! Dasar perempuan murah!” Sahara memekik ke arah Nur Jannah. Ingin dia memaki hamun perempuan itu sepuas hatinya.

“ You jangan main gila Sahara!You dengan I tiada apa-apa hubungan lagi. Kalau Nur Jannah tu perempuan murah, bagaimana dengan You yang meninggalkan suami sendiri kerana lelaki lain? You lagi hina dari dia..You juga isteri orang! Mana harga You sebagai seorang isteri?” Fakhruddin mula hilang sabar. Sahara yang mendengar terpana seketika. Air matanya semakin lebat membasahi pipi. Kata-kata Fakhruddin benar-benar menyakiti hatinya. Memang benar dia isteri orang. Namun dia isteri yang tidak dihargai. Dirinya tiada di dalam hati John David dan Fakhruddin tidak akan mengerti.

“ Riz, I cintakan You!” Sahara mula bersuara kendur. Dia cuba memegang tangan Fakhruddin namun tidak berjaya. Lelaki itu seakan begitu membencinya.

“ I dah tak cintakan You, Sahara! Terimalah hakikat antara kita tiada jodoh!” Fakhruddin bersuara sedikit kasar.

“ Jodoh antara kita akan ada jika You maafkan I dan terima I balik Riz!” rayuan Sahara tidak terkesan di hati Fakhruddin. Hatinya telah cukup sakit dengan kecurangan Sahara. Bagaimana hati yang disakiti mampu melupakan segalanya? Mengapa Sahara datang menjilat ludahnya kembali?

“ Tidak semudah itu Sahara! Cinta I bukan lagi untuk you. Di hati I juga sudah tiada ruang buat seorang perempuan yang begitu mudah mempermainkan cinta. Kembalilah pada suami You, Sahara. Dia lebih berhak di atas jiwa raga You!” Fakhruddin cuba berlalu namun dihalang oleh Sahara.

“ Riz..You pernah cintakan I ..bagilah I peluang untuk membetulkan segalanya..”

“ Sudah terlambat Sahara! Cinta yang ada dulu telah hilang kerana kehendak You sendiri. Bye..jangan ganggu hidup I lagi!” Fakhruddin berlalu menuju ke arah Nur Jannah dan Maria yang masih berada di situ. Dari jauh dia melemparkan senyuman kepada mereka.

“ Nur Jannah, boleh You bagi I nombor phone ?” Fakhruddin bersuara lembut. Maria melopong mendengarnya. Nur Jannah juga seakan terpana. Tanpa sedar, Maria menyebut nombor telefon Nur Jannah dengan lancar dan Fakhruddin tersenyum sambil menyimpannya di dalam telefon bimbitnya.Dari jauh, Sahara yang memerhati hanya mampu menangis pilu.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.