Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,238
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bab 9

Pagi itu Rizman Fakhruddin bergegas ke tempat kerja. Jalan yang sesak melambatkan pergerakkannya. Dia memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 7.30 pagi. Tiba di traffic light Fakhruddin memberhentikan keretanya apabila lampu merah bermula.Dia memandang ke arah luar dan pandangannya terarah pada sebuah kereta Mayvi milik Sahara. Wajah Sahara yang putih bersih dipandang lama. Cermin mata hitam yang dipakainya melengkapkan gaya bagi seorang wanita berkerjaya seperti Sahara. Sahara, seorang gadis yang bijak dan gemar berkawan tidak mengira lelaki atau perempuan. Akhirnya dia ditinggalkan kerana seorang lelaki Mat Saleh yang dianggap lebih baik dan berharta. Fakhruddin memandang lagi ke arah kereta Sahara yang mula bergerak apabila lampu hijau mula kelihatan. Dia turut meluncurkan keretanya sambil memikirkan tentang Sahara. Apa guna cinta mereka yang bertahun lamanya andai perpisahan yang didamba. Bukankah hanya membuang masa. Fakhruddin berkira-kira sendiri. Selama tiga tahun mereka belajar bersama dan menyemai cinta.Apabila telah berjaya, dia ditinggal seperti sampah. Ah! Sahara murah benar harga cintamu! Fakhruddin menggetap bibir menahan kelukaan hati yang masih berbekas. Perempuan sebenarnya tidak tahu bercinta! Getusnya sendiri. Jam 8.30, Fakhruddin sampai ke office. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan pantas dia menjawab.

“ Helo..Riz..aku ni Arman! kau kat mana?” kedengaran suara Arman Mustaqim di hujung telefon.

“ Baru sampai ofis. Apahal kau call aku?”

“ Em..malam ni kita keluar nak? Aku belanja kau tengok wayang!”

“ Aku tak minatlah..kau ajaklah girlfriendkau ke..ni ajak aku buat apa.”

“ Aku mana ada girlfriend! Jomlah teman aku!” Arman Mustaqim seakan merayu. Fakhruddin terdiam seketika. Nak pergi atau tak? Em…

“ Oklah..malam ni pukul berapa?”

“ Dalam kul 8.00 aku ambil kau.Kau siap ek!” suara Arman Mustaqim kedengaran ceria.

“ Yelah..” Fakhruddin bersuara singkat.

“ Aiman Ezri dah sampai ke?Kau ok kerja dengan dia?” Arman Mustaqim masih bertanya.

“ Entahlah! Agaknya belum. Aku tak nampak pun batang hidung dia. Pasal kerja, ok je! Kau tak kerja ke?”

“ Aku? Aku tengah kerjalah ni!”

“ So..kau kerjalah. Aku nak masuk kerja ni!”

“ Ok..jangan lupa malam ni!Bye.”

“ Bye!” Fakhruddin menjawab malas. Dia memutuskan talian dan matanya terarah ke arah Zurina yang baru sampai. Gadis itu memandang ke arahnya dengan wajah yang mencuka. Kemudian Suri yang juga muncul tersenyum manis ke arahnya. Fakhruddin hanya memandang dan melangkah masuk ke dalam office.

****

Sahara termenung di sebuah restoran di Kampung Baru. Dia meneguk air fresh Orange yang dimintanya. Pening kepalanya masih belum hilang mengenangkan pergaduhannya dengan John David pagi tadi. Sakit hatinya mengenangkan suaminya yang masih mengamalkan budaya barat walau telah menganut agama islam. Petang semalam dia sendiri menyaksikan kemesraan suaminya dengan seorang gadis cina di sebuah pusat membeli belah. Katanya gadis itu hanya seorang kawan. Apabila disoal, banyak kali sepak terajang yang Sahara dapat. Dulu, saat dia bercinta dengan Fakhruddin, tiada sengketa antara mereka. Jauh sekali untuk mengangkat tangan ataupun kaki. Lelaki itu terlalu baik dan penyayang. Namun sayang, hatinya masih mencari seseorang yang lebih dari Fakhruddin. Kini setelah impiannya tercapai, dia di layan seperti orang asing. Ah! Dia yang silap menilai. Andai waktu dapat diputar kembali, Sahara ingin bersama Fakhruddin buat selama-lamanya. Teringat lagi saat mereka belajar bersama di luar Negara, Fakhruddin yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi perhatian padanya.

“ You memang gadis yang baik. Walau berada di negara orang putih ni,you masih menjaga adab berpakaian dan tatasusila yang baik. I harap hubungan kita akan kekal selamanya!” Fakhruddin memandang lama ke arahnya.

“ Kita orang islam. Adab dan budaya kita takkan hilang walau di mana bumi berpijak. Tentang kita, I tetap setia. Tak tahulah kalau you terpahut dengan gadis mat saleh bermata biru,” Sahara mula menyakat. Fakhruddin tergelak kecil dan mencubit pipi kekasihnya.

“ Nanti habis belajar, I nak masuk pinang you! Harap-harap youpun tak terpaut dengan jejaka Mat Saleh yang bermata kelabu,” Fakhruddin kembali mengena. Sahara tersenyum dan mencubit bahu lelaki itu..Ah kenangan itu cukup manis untuk dikenang. Namun mengenangkan lelaki itu bukan lagi kekasihnya, hatinya menjadi rawan. Dia yang curang semenjak mengenali John David yang tampan dan bermata biru. Dia yang berbangga kerana dapat memiliki jejaka itu tanpa mengerti kelukaan di hati Fakhruddin. Maafkan Ara, Riz! Sahara mengeluh perlahan. Serasa air mata bermain di kelopak mata. Dia mendail nombor telefon Fakhruddin dan menunggu jawapan dengan hati yang berdebar.

“ Helo!” Sahara bersuara ketika panggilannya dijawab.

“ Siapa?” kedengaran suara lelaki di hujung telefon.

“ Riz ke? Ni Sahara!” Sahara bersuara perlahan.

Wrong number.”Talian diputuskan. Sahara meraup wajahnya yang mula digenangi manik jernih. Dia tahu yang menjawab itu adalah Fakhruddin. Suaranya masih tersemat kukuh dalam ingatannya. Benci sangatkah kau pada aku Riz! Aku tahu aku berdosa! Sahara merintih sendiri. Dia bangun dan membayar di kaunter. Ketika di dalam kereta dia menghemburkan air mata yang masih bersisa. Serasa seksa benar dirinya saat itu. Ingin dia meraung agar segala bebanan akan hilang. Namun menangis air mata darah sekalipun, apa yang berlaku telah pun berlaku dan tidak mungkin dapat diundur kembali.Sahara memecut laju keretanya tanpa tahu ke mana arah tujuannya.

****

Nur Jannah menyiapkan makan tengahari di dapur. Ezri yang masih lena dibuai mimpi belum menampakkan batang hidung. Pagi tadi Nur Jannah cuba membuka pintu namun berkunci dari dalam. Sampai hati suaminya yang tidak mengejutkannya dari tidur. Dia sendiri tidak sedar Ezri pulang ke rumah pada jam berapa. Apa yang Nur Jannah tahu, dia terlena di sofa kerana menunggu kepulangan Ezri. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan pantas dia berlari anak ke ruang tamu dan mencapai telefonnya yang berada di atas televisyen.

“ Assalamualaikum..Nur..aku ni..kau pergi mana hari ni?” suara Maria kedengaran ceria. Nur Jannah tersenyum sendiri.

“ Aku tak pergi mana. Mak mertua dan bapa mertua aku nak datang hari ni..tu sibuk masak ni!”

“ Masak? Kau pandai ke masak ni?Tak pasal-pasal masuk hospital nanti!”Maria tergelak kecil.

“ Pandailah kau..kau datanglah sini Mar, teman aku,” Nur Jannah beria-ria.

“ Aku? Tak naklah..seganlah. Suami kau mana?”

“ Em..ada. tidur lagi.”

“ Tidur lagi? Dah pukul berapa ni?”

“ Agaknya penatlah tu..oklah Mar, aku nak siapkan apa yang patut ni! Nanti diaorang datang tak adalah kelam kabut aku dibuatnya..”

“ Oklah.Kirim salam kat mak dan bapak mertua kau ek..oklah bye. Assalamualaikum..”

“ Waalaikummussalam.” Talian diputuskan dan belum sempat Nur Jannah menuju ke dapur telefonnya berbunyi sekali lagi.

“ Helo..Siapa?”

“ Nur, abang ni!” tiba-tiba suara lelaki kedengaran. Nur Jannah tidak pasti siapa hempunya suara.

“ Abang? Abang mana?” Nur Jannah mengerutkan dahinya cuba mengingati.

“ Abang Ejay lah..apalah Nur ni, asyik lupa je kat abang. Nur tak ingat abang langsung ke?” suara Ejay kedengaran berjauh hati.

“ Abang ke? Nur minta maaf bang. Nur tak perasan tadi. Kenapa bang?” Nur Jannah bersuara lembut. Simpatinya pada Ejay menggunung tinggi. Namun jodoh bukan untuk mereka dan sepupunya itu sepatutnya faham dan mengerti.

“ Minggu depan mak abang nak adakan kenduri sedikit. Nur balik ye.” Tutur Ejay dengan penuh harapan.

“ Kenduri apa bang?”

“ Kenduri untuk arwah ayah abang..Nur balik tak?”

“ InsyaAllah bang. Tapi mak tak cakap pun pada Nur.”

“ Mak Nur lupa kut! Nur balik dengan suami ke?”Ejay bersuara perlahan. Ada getar dalam suaranya. Nur Jannah terdiam seketika. Apakah Ezri akan mengikutnya setelah kebencian menghuni hatinya? Memikirkannya, hati Nur Jannah menjadi rawan.

“ Nur!” Ejay memanggil mengejutkan lamunan gadis itu.

“ Ye abang..maybe Nur balik dengan suami,” Nur Jannah bersuara kurang pasti.

“ Ye ke? Tak apalah Nur. Janji Nur pulang. Abang rindu kat Nur!”suara sayu Ejay menyentak hati Nur Jannah. Serasa air matanya ingin jatuh ke pipi. Mengapa orang lain yang beria-ria menyayanginya sedangkan Ezri melayannya bagai anjing kurap. Sampai hati Ezri!

“ Abang, jangan macam ni. Kalau abang terus begini bagaimana Nur nak tunjukkan muka.Nur malu!”

“ Nur malu kerana abang?” suara Ejay sedikit keras.

“ Nur malu kerana tidak mampu memberi cinta Nur pada abang! Nur dah berpunya bang dan berdosa andai Nur menyintai abang. Oklah bang, Nur ada kerja. Assalamualaikum..” talian diputuskan sebelum sempat Ejay menjawab salam.Air matanya yang tergantung di kelopak mata cuba disapunya.

“ Kau dah masak?” tiba-tiba suara Ezri di muka pintu bilik. Nur Jannah tidak pasti sejak bila lelaki itu tercegat di situ. Dia melangkah ke dapur tanpa menjawab soalan suaminya.

“ Agaknya kau ni dah pekak!Waktu bergayut bukan main lagi! Aku bercakap kau buat tak tahu!” Ezri melengking kuat. Wajah Nur Jannah dipandang bagai singa lapar.

“ Apa masalah abang sebenarnya? Benci sangatkah abang pada Nur? Apa salah Nur abang?” Nur Jannah memandang ke arah Ezri. Sakit hatinya bagai dikupas-kupas. Ezri bukan seorang lelaki yang tahu menghormatinya sebagai perempuan, apalagi sebagai seorang suami yang penyayang.

“ Asyik-asyik soalan tu kau tanya..kau nak sangat aku bencikan kau?”

“ Abang dah banyak berubah,” Nur Jannah bersuara perlahan. Dia mencapai buah tembikai dan dipotongnya. Kemudian diletak di dalam mangkuk berhias.

“ Cinta aku tak pernah berubah! Yang pasti aku tidak cintakan kau!” Ezri berlalu meninggalkan isterinya yang mula teresak-esak. Nur Jannah terduduk di atas kerusi. Kata-kata Ezri bagai pisau menghiris hatinya. Jiwanya benar-benar sakit. Andai dapat diputar kembali saat dan waktu, tidak ingin dia mengenali lelaki seperti Ezri, apa lagi untuk menyintainya.

“ Mama dan daddy datang sekejap lagi. Kau bersiap! Diaorang ajak keluar!” Ezri melaung dari ruang tamu. Nur Jannah hanya mendengar separuh hati. Fikirannya melayang memikirkan kesilapan diri sehingga Ezri berubah hati. Selesai menyiapkan semuanya dia bergegas ke bilik air untuk mandi. Saat itu dia menangis lagi tanpa suaminya menyedari betapa hatinya kini terluka parah.

****

Nur Jannah mengenakan baju kurung yang berwarna biru laut dan mengenakan tudung yang sesuai dengan baju yang dipakainya. Dia merias wajahnya dengan sedikit bedak dan mengenakan sedikit lipstik di bibir. Wajahnya yang sedikit pucat ditutupi dengan pemerah pipi berwarna merah jambu. Seketika kedengaran hon kereta di luar rumah. Dengan tergesa-gesa Nur Jannah keluar dan menekan suis automatik untuk membuka pagar. Sebuah kereta mewah membelok masuk ke bawah garaj. Kelihatan Datin Ezrin dan Dato’ Ismadi melangkah keluar dari kereta. Wajah mereka terukir senyuman mesra menghilangkan sedikit debaran Nur Jannah.

“ Assalamualaikum..mama dengan daddy sihat?” Nur Jannah bersuara sambil menyalami ibu dan bapa mertuanya.

“ Waalaikummussalam! Alhamdulillah sihat,” Datin Ezrin bersuara serentak dengan Dato’ Ismadi.

“ Nur macam mana? Sihat?”

“ Sihat mama!” Nur Jannah tersenyum manis. Dia menjemput mereka masuk dan duduk di ruang tamu.

“ Ezri mana?” Dato’ Ismadi bertanya setelah melabuhkan punggungnya ke atas kusyen empuk. Matanya melilau melihat keadaan rumah yang tersusun rapi. Pandai Nur Jannah menyusun atur fikirnya.

“ Ye daddy, Ez baru je lepas mandi. Daddy dan mama baru je sampaikan?” Ezri merapikan rambutnya yang telah disikat. Dia duduk di sebelah Nur Jannah dan mengadap orang tuanya. Nur Jannah tidak selesa apabila tangan Ezri melekat di atas pehanya.

“ Minta maaf daddy, mama, Nur buat air kejap,” Nur Jannah bangun dan matanya sempat melihat ke arah Ezri yang menjeling tajam padanya. Dia bergegas ke dapur untuk membuat air.

“ Lama Ez tak balik rumah. Mama call pun payah sangat nak angkat. Kalau telefon, Nur selalu cakap Ez tak ada. Sibuk sangat ke kat office tu?” Datin Ezrin melepas kata. Dato’ Ismadi juga memandang ke arah Ezri yang diamanahkan untuk menjaga syarikatnya.

“ Ez sibuklah mama!” Ezri memberi alasan.

“ Kerja macam mana? Ok? Dato’ Ismadi pula menyampuk.

“ Ok daddy..tak ada masalah.”

“ Kalau tak ada masalah, kau janganlah pulang lewat. Kasihan kat isteri kau tu. Waktu bercinta bukan main lagi berkepit tak boleh berpisah. Dah nikah macam ni pulak!” Datin Ezrin mula membebel. Dia memandang ke arah Nur Jannah yang datang membawa dulang. Wajah manis menantunya dipandang dengan senyuman.

“ Mama, daddy jemput minum,” Nur Jannah duduk kembali di sebelah suaminya. Wajah Ezri masam mencuka ditegur oleh Datin Ezrin.

“ Nur, Ez layan Nur ok tak? Ada dia marah-marah Nur, tak balik rumah ke?” Datin Ezrin sekadar menduga. Belum sempat Nur Jannah menjawab, Ezri cepat-cepat membuka mulut.

“ Apalah mama ni. Ke situ pulak! Ez ni bukan jenis suka tak balik rumah. Mama tu yang fikir bukan-bukan. Tak gitu sayang?” Ezri melempar senyum pada isterinya. Nur Jannah menyumpah di dalam hati melihat lakonan lelaki itu. Serasa ingin dia berterus terang pada ibu dan bapa mertuanya agar mereka tahu dia dilayan bagai anjing kurap. Biar Ezri puas. Biar semua orang tahu bahawa perkahwinan mereka hanya sandiwara. Selebihnya dia ingin bercerai. Sungguh hatinya benar-benar terluka dan terguris parah.

“ Sayang…” Ezri memandang ke arah mama dan daddynya.

“ Tak adalah mama..abang Ezri bukan macam tu orangnya. Mama jangan risau ek!”

“ Ezri, daddy harap kau jaga anak orang baik-baik. Jangan rosakkan nama baik daddy. Daddy tak nak kau ada hubungan dengan perempuan di luar sana..kalau daddy dapat tahu, syarikat yang daddy serahkan itu akan daddy ambil semula!” tegas Dato’ Ismadi. Ezri menelan air liur. Kata-kata orang tuanya bagai mengetahui hubungannya dengan Zurina.

“ Tak adalah daddy..Ez tak buat benda-benda macam tu.” cepat-cepat Ezri menafikan kata-kata orang tuanya.

“ Mama, daddy, Nur dah masak untuk makan tengahari..”

“ Dah masak? Baguslah! mama lapar ni. Tadi hanya makan roti waktu sarapan pagi. Daddy pun dah lapar agaknya,” Datin Ezrin pantas menjawab. Dia memandang ke arah suaminya dan Dato’ Ismadi mengiakan kata-kata isterinya.

“ Kalau macam tu jomlah! Nanti mama dengan daddy kan nak tengok wayang. Romantik tu!” Ezri bersuara sambil tetawa kecil. Nur Jannah hanya tersenyum tawar. Mereka bergegas ke arah meja makan dan menjamu selera. Nur Jannah tersenyum melihat Datin Ezrin dan Dato’ Ismadi berselera menjamu masakannya. Namun senyumannya mati saat melihat Ezri menjeling tajam ke arahnya dan Nur Jannah menangis sendiri didalam hati.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.