Bab
9
Pagi itu Rizman
Fakhruddin bergegas ke tempat kerja. Jalan
yang sesak melambatkan pergerakkannya. Dia memandang ke arah jam yang
menunjukkan pukul 7.30 pagi. Tiba
di traffic light Fakhruddin
memberhentikan keretanya apabila lampu merah bermula.Dia memandang ke arah luar dan pandangannya terarah pada
sebuah kereta Mayvi milik Sahara. Wajah Sahara yang putih bersih dipandang
lama. Cermin mata hitam yang dipakainya melengkapkan gaya bagi seorang wanita
berkerjaya seperti Sahara. Sahara, seorang gadis yang bijak dan gemar berkawan
tidak mengira lelaki atau perempuan. Akhirnya dia ditinggalkan kerana seorang
lelaki Mat Saleh yang dianggap lebih baik
dan berharta. Fakhruddin memandang lagi
ke arah kereta Sahara yang mula bergerak apabila lampu hijau mula kelihatan.
Dia turut meluncurkan keretanya sambil memikirkan tentang Sahara. Apa guna
cinta mereka yang bertahun lamanya andai perpisahan yang didamba. Bukankah
hanya membuang masa. Fakhruddin berkira-kira sendiri. Selama tiga tahun mereka
belajar bersama dan menyemai cinta.Apabila telah
berjaya, dia ditinggal seperti sampah. Ah! Sahara murah benar harga cintamu!
Fakhruddin menggetap bibir menahan kelukaan hati yang masih berbekas. Perempuan
sebenarnya tidak tahu bercinta! Getusnya sendiri. Jam 8.30, Fakhruddin sampai
ke office. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi dan pantas dia menjawab.
“ Helo..Riz..aku ni Arman! kau kat
mana?” kedengaran suara Arman Mustaqim di hujung telefon.
“ Baru sampai ofis. Apahal kau call aku?”
“ Em..malam ni kita keluar nak? Aku
belanja kau tengok wayang!”
“ Aku tak minatlah..kau ajaklah girlfriendkau ke..ni ajak aku buat
apa.”
“ Aku mana ada girlfriend! Jomlah teman aku!” Arman Mustaqim seakan merayu.
Fakhruddin terdiam seketika. Nak pergi atau tak? Em…
“ Oklah..malam ni pukul berapa?”
“ Dalam kul 8.00 aku ambil kau.Kau
siap ek!” suara Arman Mustaqim kedengaran ceria.
“
Yelah..” Fakhruddin bersuara singkat.
“
Aiman Ezri dah sampai ke?Kau
ok kerja dengan dia?” Arman Mustaqim masih bertanya.
“ Entahlah! Agaknya belum. Aku tak
nampak pun batang hidung dia. Pasal kerja, ok je! Kau tak kerja ke?”
“ Aku? Aku tengah kerjalah ni!”
“ So..kau kerjalah. Aku nak masuk
kerja ni!”
“ Ok..jangan lupa malam ni!Bye.”
“ Bye!” Fakhruddin menjawab malas. Dia
memutuskan talian dan matanya terarah ke arah Zurina yang baru sampai. Gadis
itu memandang ke arahnya dengan wajah yang mencuka. Kemudian Suri yang juga
muncul tersenyum manis ke arahnya. Fakhruddin hanya memandang dan melangkah
masuk ke dalam office.
****
Sahara termenung di sebuah restoran di
Kampung Baru. Dia meneguk air fresh
Orange yang dimintanya. Pening kepalanya masih belum hilang mengenangkan
pergaduhannya dengan John David pagi
tadi. Sakit hatinya mengenangkan suaminya yang masih mengamalkan budaya barat
walau telah menganut agama islam. Petang semalam dia sendiri menyaksikan
kemesraan suaminya dengan seorang gadis
cina di sebuah pusat membeli belah. Katanya gadis itu hanya seorang
kawan. Apabila disoal, banyak kali sepak terajang yang Sahara dapat. Dulu,
saat dia bercinta dengan Fakhruddin, tiada sengketa antara mereka. Jauh sekali
untuk mengangkat tangan ataupun kaki. Lelaki itu terlalu baik dan penyayang.
Namun sayang, hatinya masih mencari seseorang yang lebih dari Fakhruddin. Kini
setelah impiannya tercapai, dia di layan seperti orang asing. Ah! Dia yang
silap menilai. Andai waktu dapat diputar kembali, Sahara ingin bersama
Fakhruddin buat selama-lamanya. Teringat lagi saat mereka belajar bersama di
luar Negara, Fakhruddin yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi perhatian
padanya.
“
You memang gadis yang baik. Walau berada di negara orang putih ni,you masih menjaga adab berpakaian dan
tatasusila yang baik. I harap hubungan kita akan kekal selamanya!” Fakhruddin
memandang lama ke arahnya.
“
Kita orang islam. Adab dan budaya kita takkan hilang walau di mana bumi
berpijak. Tentang kita, I tetap setia. Tak tahulah kalau you terpahut dengan
gadis mat saleh bermata biru,” Sahara mula menyakat. Fakhruddin tergelak kecil
dan mencubit pipi kekasihnya.
“
Nanti habis belajar, I nak masuk pinang you! Harap-harap youpun tak terpaut dengan jejaka Mat Saleh
yang bermata kelabu,” Fakhruddin kembali mengena. Sahara tersenyum dan mencubit
bahu lelaki itu..Ah kenangan itu cukup manis untuk dikenang. Namun mengenangkan
lelaki itu bukan lagi kekasihnya, hatinya menjadi rawan. Dia yang curang
semenjak mengenali John David yang tampan dan bermata biru. Dia yang berbangga
kerana dapat memiliki jejaka itu tanpa mengerti kelukaan di hati Fakhruddin.
Maafkan Ara, Riz! Sahara mengeluh perlahan. Serasa air mata bermain di kelopak
mata. Dia mendail nombor telefon Fakhruddin dan menunggu jawapan dengan hati
yang berdebar.
“
Helo!” Sahara bersuara ketika panggilannya dijawab.
“
Siapa?” kedengaran suara lelaki di hujung telefon.
“
Riz ke? Ni Sahara!” Sahara bersuara perlahan.
“
Wrong number.”Talian diputuskan. Sahara meraup wajahnya yang mula
digenangi manik jernih. Dia tahu yang menjawab itu adalah Fakhruddin. Suaranya
masih tersemat kukuh dalam ingatannya. Benci sangatkah kau pada aku Riz! Aku
tahu aku berdosa! Sahara merintih sendiri. Dia bangun dan membayar di kaunter.
Ketika di dalam kereta dia menghemburkan air mata yang masih bersisa. Serasa
seksa benar dirinya saat itu. Ingin dia meraung agar segala bebanan akan
hilang. Namun menangis air mata darah sekalipun, apa yang berlaku telah pun
berlaku dan tidak mungkin dapat diundur kembali.Sahara
memecut laju keretanya tanpa tahu ke mana arah tujuannya.
****
Nur Jannah
menyiapkan makan tengahari di dapur. Ezri yang masih lena dibuai mimpi belum
menampakkan batang hidung. Pagi tadi Nur Jannah cuba membuka pintu namun
berkunci dari dalam. Sampai hati suaminya yang tidak mengejutkannya dari tidur.
Dia sendiri tidak sedar Ezri pulang ke rumah pada jam berapa. Apa yang Nur
Jannah tahu, dia terlena di sofa kerana menunggu kepulangan Ezri. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi dan pantas dia berlari anak ke ruang tamu dan
mencapai telefonnya yang berada di atas televisyen.
“ Assalamualaikum..Nur..aku ni..kau
pergi mana hari ni?” suara Maria kedengaran ceria. Nur Jannah tersenyum
sendiri.
“ Aku tak pergi mana. Mak mertua dan
bapa mertua aku nak datang hari ni..tu sibuk masak ni!”
“ Masak? Kau pandai ke masak ni?Tak
pasal-pasal masuk hospital nanti!”Maria
tergelak kecil.
“ Pandailah kau..kau datanglah sini
Mar, teman aku,” Nur Jannah beria-ria.
“ Aku? Tak naklah..seganlah. Suami
kau mana?”
“ Em..ada. tidur lagi.”
“ Tidur lagi? Dah pukul berapa ni?”
“
Agaknya penatlah tu..oklah Mar, aku nak siapkan apa yang patut ni! Nanti
diaorang datang tak adalah kelam kabut
aku dibuatnya..”
“
Oklah.Kirim salam kat mak
dan bapak mertua kau ek..oklah bye. Assalamualaikum..”
“ Waalaikummussalam.” Talian
diputuskan dan belum sempat Nur Jannah menuju ke dapur telefonnya berbunyi
sekali lagi.
“
Helo..Siapa?”
“
Nur, abang ni!” tiba-tiba suara lelaki kedengaran. Nur Jannah tidak pasti siapa
hempunya suara.
“ Abang? Abang mana?” Nur Jannah mengerutkan
dahinya cuba mengingati.
“ Abang Ejay lah..apalah Nur ni,
asyik lupa je kat abang. Nur tak ingat abang langsung ke?” suara Ejay
kedengaran berjauh hati.
“ Abang ke? Nur minta maaf bang. Nur
tak perasan tadi. Kenapa bang?” Nur Jannah bersuara lembut. Simpatinya pada
Ejay menggunung tinggi. Namun jodoh bukan untuk mereka dan sepupunya itu
sepatutnya faham dan mengerti.
“ Minggu depan mak abang nak adakan
kenduri sedikit. Nur balik ye.” Tutur Ejay dengan penuh harapan.
“ Kenduri apa bang?”
“ Kenduri untuk arwah ayah
abang..Nur balik tak?”
“ InsyaAllah bang. Tapi mak tak
cakap pun pada Nur.”
“ Mak Nur lupa kut! Nur balik dengan
suami ke?”Ejay bersuara perlahan. Ada getar dalam
suaranya. Nur Jannah terdiam seketika. Apakah Ezri akan mengikutnya setelah
kebencian menghuni hatinya? Memikirkannya, hati Nur Jannah menjadi rawan.
“
Nur!” Ejay memanggil mengejutkan lamunan gadis itu.
“ Ye abang..maybe Nur balik dengan suami,” Nur Jannah bersuara kurang pasti.
“ Ye ke? Tak apalah Nur. Janji Nur
pulang. Abang rindu kat Nur!”suara sayu Ejay
menyentak hati Nur Jannah. Serasa air matanya ingin jatuh ke pipi. Mengapa
orang lain yang beria-ria menyayanginya sedangkan Ezri melayannya bagai anjing
kurap. Sampai hati Ezri!
“
Abang, jangan macam ni. Kalau abang terus begini bagaimana Nur nak tunjukkan
muka.Nur malu!”
“ Nur malu kerana abang?” suara Ejay
sedikit keras.
“ Nur malu kerana tidak mampu
memberi cinta Nur pada abang! Nur dah berpunya bang dan berdosa andai Nur
menyintai abang. Oklah bang, Nur ada kerja. Assalamualaikum..” talian
diputuskan sebelum sempat Ejay menjawab salam.Air
matanya yang tergantung di kelopak mata cuba disapunya.
“
Kau dah masak?” tiba-tiba suara Ezri di muka pintu bilik. Nur Jannah tidak
pasti sejak bila lelaki itu tercegat di situ. Dia melangkah ke dapur tanpa
menjawab soalan suaminya.
“
Agaknya kau ni dah pekak!Waktu
bergayut bukan main lagi! Aku bercakap kau buat tak tahu!” Ezri melengking
kuat. Wajah Nur Jannah dipandang bagai singa lapar.
“ Apa masalah abang sebenarnya?
Benci sangatkah abang pada Nur? Apa salah Nur abang?” Nur Jannah memandang ke
arah Ezri. Sakit hatinya bagai
dikupas-kupas. Ezri bukan seorang lelaki yang tahu menghormatinya sebagai perempuan, apalagi sebagai seorang suami yang
penyayang.
“ Asyik-asyik soalan tu kau
tanya..kau nak sangat aku bencikan kau?”
“ Abang dah banyak berubah,” Nur
Jannah bersuara perlahan. Dia mencapai buah tembikai dan dipotongnya. Kemudian
diletak di dalam mangkuk berhias.
“ Cinta aku tak pernah berubah! Yang
pasti aku tidak cintakan kau!” Ezri berlalu meninggalkan isterinya yang mula
teresak-esak. Nur Jannah terduduk di atas kerusi. Kata-kata Ezri bagai pisau
menghiris hatinya. Jiwanya benar-benar sakit. Andai dapat diputar kembali saat
dan waktu, tidak ingin dia mengenali lelaki seperti Ezri, apa lagi untuk
menyintainya.
“ Mama dan daddy datang sekejap
lagi. Kau bersiap! Diaorang ajak keluar!” Ezri melaung dari ruang tamu. Nur
Jannah hanya mendengar separuh hati. Fikirannya melayang memikirkan kesilapan
diri sehingga Ezri berubah hati. Selesai menyiapkan semuanya dia bergegas ke
bilik air untuk mandi. Saat itu dia menangis lagi tanpa suaminya menyedari
betapa hatinya kini terluka parah.
****
Nur Jannah
mengenakan baju kurung yang berwarna biru laut dan mengenakan tudung yang
sesuai dengan baju yang dipakainya. Dia merias wajahnya dengan sedikit bedak
dan mengenakan sedikit lipstik di bibir. Wajahnya yang sedikit pucat ditutupi
dengan pemerah pipi berwarna merah jambu. Seketika kedengaran hon kereta di
luar rumah. Dengan tergesa-gesa Nur Jannah keluar dan menekan suis automatik
untuk membuka pagar. Sebuah kereta mewah membelok masuk ke bawah garaj.
Kelihatan Datin Ezrin dan Dato’ Ismadi melangkah keluar dari kereta. Wajah
mereka terukir senyuman mesra menghilangkan sedikit debaran Nur Jannah.
“ Assalamualaikum..mama dengan daddy
sihat?” Nur Jannah bersuara sambil menyalami ibu dan bapa mertuanya.
“ Waalaikummussalam! Alhamdulillah
sihat,” Datin Ezrin bersuara serentak dengan Dato’ Ismadi.
“ Nur macam mana? Sihat?”
“ Sihat mama!” Nur Jannah tersenyum
manis. Dia menjemput mereka masuk dan duduk
di ruang tamu.
“ Ezri mana?” Dato’ Ismadi bertanya
setelah melabuhkan punggungnya ke atas kusyen empuk. Matanya melilau melihat
keadaan rumah yang tersusun rapi. Pandai Nur Jannah menyusun atur fikirnya.
“ Ye daddy, Ez baru je lepas mandi.
Daddy dan mama baru je sampaikan?” Ezri merapikan rambutnya yang telah disikat.
Dia duduk di sebelah Nur Jannah dan mengadap orang tuanya. Nur Jannah tidak
selesa apabila tangan Ezri melekat di atas pehanya.
“ Minta maaf daddy, mama, Nur buat
air kejap,” Nur Jannah bangun dan matanya sempat melihat ke arah Ezri yang
menjeling tajam padanya. Dia bergegas ke dapur untuk membuat air.
“ Lama Ez tak balik rumah. Mama call pun payah sangat nak angkat. Kalau
telefon, Nur selalu cakap Ez tak ada. Sibuk sangat ke kat office tu?” Datin Ezrin melepas kata. Dato’ Ismadi juga memandang
ke arah Ezri yang diamanahkan untuk menjaga syarikatnya.
“ Ez sibuklah mama!” Ezri memberi
alasan.
“
Kerja macam mana? Ok? Dato’ Ismadi pula menyampuk.
“
Ok daddy..tak ada masalah.”
“ Kalau tak ada masalah, kau
janganlah pulang lewat. Kasihan kat isteri kau tu. Waktu bercinta bukan main
lagi berkepit tak boleh berpisah. Dah nikah macam ni pulak!” Datin Ezrin mula membebel.
Dia memandang ke arah Nur Jannah yang datang membawa dulang. Wajah manis
menantunya dipandang dengan senyuman.
“ Mama, daddy jemput minum,” Nur
Jannah duduk kembali di sebelah suaminya. Wajah Ezri masam mencuka ditegur oleh
Datin Ezrin.
“ Nur, Ez layan Nur ok tak? Ada dia
marah-marah Nur, tak balik rumah ke?” Datin Ezrin sekadar menduga. Belum sempat
Nur Jannah menjawab, Ezri cepat-cepat membuka mulut.
“ Apalah mama ni. Ke situ pulak! Ez
ni bukan jenis suka tak balik rumah. Mama tu yang fikir bukan-bukan. Tak gitu
sayang?” Ezri melempar senyum pada isterinya. Nur Jannah menyumpah di dalam
hati melihat lakonan lelaki itu. Serasa ingin dia berterus terang pada ibu dan
bapa mertuanya agar mereka tahu dia dilayan bagai anjing kurap. Biar Ezri puas.
Biar semua orang tahu bahawa perkahwinan mereka hanya sandiwara. Selebihnya dia
ingin bercerai. Sungguh hatinya benar-benar terluka dan terguris parah.
“ Sayang…” Ezri memandang ke arah
mama dan daddynya.
“
Tak adalah mama..abang Ezri bukan macam tu orangnya. Mama jangan risau ek!”
“
Ezri, daddy harap kau jaga anak orang baik-baik. Jangan rosakkan nama baik
daddy. Daddy tak nak kau ada hubungan dengan perempuan di luar sana..kalau
daddy dapat tahu, syarikat yang daddy serahkan itu akan daddy ambil semula!”
tegas Dato’ Ismadi. Ezri menelan air
liur. Kata-kata orang tuanya bagai mengetahui hubungannya dengan Zurina.
“
Tak adalah daddy..Ez tak buat benda-benda macam tu.” cepat-cepat Ezri menafikan
kata-kata orang tuanya.
“
Mama, daddy, Nur dah masak untuk makan tengahari..”
“ Dah masak? Baguslah! mama lapar
ni. Tadi hanya makan roti waktu sarapan pagi. Daddy pun dah lapar agaknya,”
Datin Ezrin pantas menjawab. Dia memandang ke arah suaminya dan Dato’ Ismadi
mengiakan kata-kata isterinya.
“ Kalau macam tu jomlah! Nanti mama
dengan daddy kan nak tengok wayang. Romantik tu!” Ezri bersuara sambil tetawa
kecil. Nur Jannah hanya tersenyum tawar. Mereka bergegas ke arah meja makan dan
menjamu selera. Nur Jannah tersenyum melihat Datin Ezrin dan Dato’ Ismadi
berselera menjamu masakannya. Namun senyumannya mati saat melihat Ezri
menjeling tajam ke arahnya dan Nur Jannah
menangis sendiri didalam hati.