Bab
2
Pagi menampakkan
diri. Nur Jannah cuba bangun, namun entah kenapa kepalanya seakan berat.
Badannya terasa sedikit panas. Dia cuba juga keluar dari bilik untuk melihat
kalau-kalau Ezri tertidur di ruang tamu.Namun
hatinya menangis pedih melihat tiada tanda-tanda suaminya telah pulang. Makanan
yang disediakan di dapur malam tadi, masih setia
menanti untuk dijamah.
Nur Jannah menarik kerusi dan duduk. Air matanya
bertakung di kelopak mata. Seksa benar dirinya menghadapi ragam suami
kesayangan. Seingatnya sepanjang bergelar isteri Ezri, lelaki itu tidak pernah
memanjakannya. Siang dan malamnya hanya bertemankan air mata walau hakikatnya
mereka masih di alam berbulan madu. Puas dia berfikir apa kesalahan dan dosanya
setelah menjadi isteri kepada lelaki itu. Ezri hanya tahu memberontak dan
memarahinya tanpa belas kasihan. Seringkali dia mengatakan perkahwinan itu satu
kesilapan. Benarkah? Sedangkan mereka telah mengenali antara satu sama lain
setahun lamanya. Apakah Ezri mempunyai perempuan lain? Ah! Nur Jannah mengeluh
menahan kesakitan hati. Dia kembali ke bilik dan mendail nombor Ezri.
“ Helo..” Nur Jannah bersuara penuh
harapan agar panggilannya dijawab oleh Ezri, namun tiada jawapan walaupun
panggilannya telah bersambut.
“
Abang..tolong jawab panggilan Nur! Please
abang!”Nur Jannah mula
teresak-esak. Ingin dia mendengar suara suaminya yang sengaja menjauhkan diri
tanpa sebarang alasan.
“ Apa hal kau call aku?” kedengaran suara kasar Ezri di hujung telefon. Nur
Jannah menyapu air matanya yang masih mengalir. Cuba dia mengawal suaranya yang
mulai serak.
“ Abang kat mana? Abang janji nak
balik! Nur masak malam tadi tapi abang tak balik!”
“ Aku tak suruh pun kau masak. Kalau
kau tak puas hati, tak payah lagi susah-susah fikirkan pasal aku..sudahlah aku
sibuk! Banyak lagi kerja..bukan dengar kau merepek je!” kata-kata Ezri bagaikan
belati menghiris jiwa Nur Jannah.
“ Abang..” talian dimatikan tanpa
sempat Nur Jannah menyambung perbualan. Dia terduduk di penjuru dinding.
Wajahnya diraup berkali-kali menyapu air mata yang masih galak mengalir.
“
Ya Rabbi..apa salah dan dosaku padanya?Aku ingin menjadi seorang isteri yang taat, tapi kenapa Ezri berkelakuan
begitu! Aku terseksa Ya Allah..andainya dia bukan jodohku, Kau tunjukkanlah Ya
Allah!” Nur Jannah bersuara hiba. Terasa gelap dan kelam hidupnya tanpa suami
di sisi. Kepada siapa harus dia mengadu tentang kekecewaan hatinya dan
keruntuhan rumahtangganya yang baru dibina! Kepada siapa? Seketika telefonnya
berbunyi dan dengan pantas Nur Jannah menjawabnya.
“ Nur..kau sibuk ke? Jom teman aku
pergi shopping kat Masjid India.
Boleh tak?” kedengaran suara Maria di hujung telefon. Nur Jannah serba salah
untuk menolak. Namun dia tidak betah untuk keluar.
“ Emm…Ezri tak adalah Mar..aku kena
minta izin dia dulu. Nanti kalau Ezri bagi, aku callkau ek!” Nur Jannah bersuara lemah. Sungguh, Ezri telah
meragut kebahagiaan dirinya.
“ Kau kenapa? Lain je aku dengar
suara!” tutur Maria sedikit cemas.
“ Aku kurang sihat. Badan pun
panas..” tutur Nur Jannah kembali sebak.
“ Demamlah tu..kau tak payahlah
teman aku. Kau tak ajak ke suami kau tu ke klinik.Waktu
bercinta bukan main lagi!” Maria membebel di corong telefon.
“ Kejap lagi baliklah dia. Sorryye Mar. Maybe lain kali aku teman kau.”
“ Balik ? Dia dah pergi kerja ke?
Kau pesan kat Ezri tu, jangan sibuk sangat sampai abaikan diri kau tu! Aku tak
sukalah perangai lelaki macam ni!” omel Maria dengan perasaan geram.
“
Yelah Mar! kau janganlah marah-marah sangat!” Nur Jannah bersuara sedih.
“ Aku ok je. Aku tak marah pun! Cuma
aku tak suka dia abaikan kau macam tu! Oklah! Apa-apa hal kau calllah aku ek!” talian diputuskan
selepas mereka berbalas salam. Nur Jannah terduduk di tepi dinding. Air matanya
kembali mengalir. Kesepian itu benar-benar menyesakkan dadanya. Pada siapa dia
harus mengadu? Pada orang tuanya? Ah, mana mungkin dia memburukkan Ezri yang
dianggap cukup baik sebagai menantu. Pada keluarga mertua..tidak mungkin dia
mencanangkan keretakan rumah tangganya. Jadi pada siapa? Nur Jannah bangun dan bergegas ke
bilik air untuk mandi. Selepas mandi dia ke dapur mengemas makan malam yang
tidak berusik. Selesai semuanya Nur Jannah duduk di sofa dan menekan remote televisyen untuk mencari siaran
yang menarik. Seketika kedengaran pintu ditolak dari luar. Pantas Nur Jannah
memandang ke arah susuk tubuh suaminya yang melepasi pintu.
“ Abang, abang kata ada kerja?” Nur
Jannah bersuara lembut. Dia bangun mengampiri suaminya. Wajah suaminya yang
kelat dapat dilihat dengan jelas. Hilang seraut wajah suaminya yang tampan
dengan senyuman. Entah ke mana menghilang!
“ Aku punya hal, kau jangan masuk
campur. Tak habis lagi merepek! Dalam telefon bising kat luar pun kau nak buat
hal?” wajah Ezri menyinga tiba-tiba. Benci benar dia pada isterinya itu. Dia
terus ke bilik dan mengambil pakaiannya yang tersusun di dalam almari dan
memasukkan ke dalam beg pakaian. Nur Jannah yang meluru masuk terkejut dengan
sikap suaminya.
“ Abang nak ke mana?” pantas Nur
Jannah merapati suaminya.
“ Aku nak keluar, tenangkan fikiran.
Kau jangan pandai-pandai nak mengadu kat orang tua aku. Kalau aku dapat tahu,
siap kau aku kerjakan!” Ezri memberi amaran dengan nada yang keras. Nur Jannah
terpinga-pinga dengan sikap suaminya yang semakin berubah.
“ Tapi apa salah Nur, bang? Abang
nikah dengan Nur atas dasar cinta. Jadi apa sebenarnya? Nur tak faham! Jangan
hukum Nur macam ni bang! Apa kata mak
ayah Nur kalau mereka tahu!” Nur jannah teresak-esak. Apa salahnya
sehingga dilayan bagai anjing kurap. Apa dosanya dalam perhubungan mereka.
Sungguh dia tidak mengerti.
“ Yang kau bodoh nak bagitahu tu
kenapa? Aku pun sendiri hairan, kenapa aku boleh nikah dengan kau, sampaikan
aku tinggal dia macam tu je!” Ezri melepas kata.
“
Apa maksud abang? Abang ada orang lain ke?Tapi kenapa abang nikah dengan Nur?” Nur Jannah
benar-benar terkejut. Benarkah apa yang dikatakan Ezri. Andai benar, alangkah
kejamnya lelaki itu memusnahkan kehidupannya. Setahu Nur Jannah, Ezri lelaki
yang baik dan setia. Waktu bercinta mereka memang jarang berjumpa. Kata Ezri
tidak manis dilihat orang. Perhubungan mereka juga hanya berlandaskan janji dan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Cinta? Nur Jannah menyintai Ezri sepenuh hati. Kerana
itulah dia menerima Ezri yang beria-ria ingin menyunting dirinya menjadi suri di
dalam hati lelaki itu.
“ Sudahlah! Malas aku nak dengar kau
merepek. Aku balik bukan kau nak masak ke,
buat air ke, hanya tahu memekak je!” Ezri berlalu dengan membawa beg di
tangannya.
“ Abang please…jangan tinggalkan Nur. Jangan buat Nur macm ni!” Nur Jannah
memegang erat tangan suaminya. Air matanya yang mengalir mulai lebat membasahi
pipi. Pantas Ezri menepis dan menolaknya dengan kuat. Nur Jannah tidak mampu
mengimbangi badannya terjelepuk ke atas lantai.
“ Sampai hati abang buat Nur macam
ni! Apa salah Nur abang?” jerit Nur Jannah dalam sendu. Dia cuba bangun, namun
tiba-tiba badannya menjadi lemah dan Nur Jannah terkulai dan jatuh ke lantai.
****
“ Kenapa lambat? Takkan tak habis
lagi berbulan madu?” Arman Mustaqim tersenyum sumbing. Wajah kelat Ezri
dipandang lama. Lelaki itu pantas menarik kerusi dan duduk. Suasana tenang
tasik layang-layang tidak dapat menenangkan hatinya yang kacau. Fikirannya
terganggu dengan tangisan Nur Jannah sebentar tadi. Marah, benci, menyampah
semuanya menjadi satu dan bertapak di hatinya kini.
“ Banyaklah kau punya bulan madu,
aku sakit kepala bukan kau tahu!” Ezri merengus geram.
“ Aik, dapat bini cantik pun pening
kepala. Kau kenapa Ezri?” Arman Mustaqim mengerutkan dahinya.
“ Tak ada apalah!” kasar suaranya
melepas kata.
“ Em..atau kau masih ada hati kat
Azrina? Tulah, aku suruh kau jangan bermain dengan api, kau tak nak dengar.Tak
pasal-pasal terbakar! Sekarang pening kepala pulak!” Arman Mustaqim masih ingin
menduga.
“ Mulut kau ni Man, mengalahkan
mulut murai tahu tak. .pandai-pandai je! Apa hal kau nak jumpa aku ni?” Ezri
memandang ke arah Arman Mustaqim yang tersengih lama. Sejak bila pula nama
Zurina ditukar Azrina. Lelaki ni senget ke apa!
“ Ofis kau masih perlukan pekerja
tak? Sepupu aku tu, sampai sekarang masih menganggur.” Arman Mustaqim mula
menukar tajuk cerita.
“ Siapa nama dia?” Ezri menjungkit
kening sambil mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya dengan pemetik api.
Kemudian dia menghisapnya dengan rakus dan menghembuskan asapnya ke udara.
“
Rizman Fakhruddin..” terlontar nama itu dari mulut Arman Mustaqim.
“
Em…apa kerja yang boleh dia buat?” Ezri mula serius bila membabitkan
kerja.
“ Apa aje Ezri..jadi secretary ke?” tutur Arman Mustaqim yang
sesekali mencuri aksi orang ramai yang bermain layang-layang di tasik itu. Ada
juga beberapa orang yang berjogging mengelilingi tasik yang agak luas.
“
Emm..Zurina aku nak campak kat mana?”Ezri menjeling Arman Mustaqim sekilas.
“ Aik! aku ingat ke dia jadi bodyguard kau. Kau pergi mana, dia ada.
Kau pergi lunch dia ada, kau pergi
main bowling kat shopping kompleks
dia ada. Pendek kata, mana kau pergi dia ada. Agaknya Ezri..budak tu masih
cintakan kau tak?” Arman Mustaqim melepas kata. Ezri hanya menggelengkan kepala
melihat temannya yang suka busy body.
“ Kau tu, tak habis-habis nak
kenakan aku. Kau tu bila lagi. Rambut dah beruban, takkan nak membujang sampai
ke tua!” Ezri mengenakan lelaki itu kembali. Panas juga bila asyik dia yang
terkena.
“ Aku? Ada jodoh, aku
kahwinlah..tapi aku nak tanya kau..bini kau yang cantik tu siapa nama? Aku
lupalah..bertuah kau Ezri..sudah berpunya masih ada yang mengejar,” Arman
Mustakim tergelak kecil. Sedangkan Ezri hanya menarik muka dari tadi.
“ Nur Jannah!” singkat kata-kata
Ezri. Sememangnya dia tidak berminat bercakap tentang perkahwinannya.
Selebihnya hatinya sakit kerana bukan Zurina menjadi suri di rumahnya.
“
Emm…cahaya Syurga..insya’ Allah, dia akan memberi cahaya pada kehidupan
kau Ezri!” tutur Arman Mustaqim
bersungguh benar tampaknya.
“ Emm…betullah tu!” tutur Ezri acuh
tak acuh.Tiba-tiba telefonnya menjerit minta
diangkat. Pantas Ezri menjawab apabila melihat nama Zurina di kaca skrin.
“
Helo..ye baby, ada apa?” Ezri
sengaja bersuara kuat agar didengari oleh Arman Mustaqim. Wajah temannya yang
sedikit berkerut dipandang dengan senyuman.
“
Abang kat mana? Tak rindu Ina ke?” suara Zurina manja di hujung telefon.
“
Emm..abang jumpa Arman kejap.Ina kat mana?”
“ Ina kat rumahlah. Boringlah bang, cuti-cuti
ni. Jom tengok wayang. Nak tak?”
“
Ok..kejap lagi abang ambil Ina ek!Siapa
ada kat rumah?” Ezri bersuara lembut. Arman Mustaqim yang mendengar, masih
mengerutkan dahinya. Ezri ada hubungan lagi ke dengan Zurina? Kalau betul
alangkah malangnya Nur Jannah!
“
Maisarah adalah. Ok..Ez jangan lambat ek!Bye miss you!”
“
Miss you too,” Ezri mematikan talian.
Kemudian pandangannya melekat kepada Arman Mustaqim yang berwajah tegang. Dia
melempar senyum buat lelaki yang masih
memandang lama kepadanya.
“ Seronoknya kau bersama buah hati!”
Arman Mustaqim bersuara sinis. Namun hanya senyuman yang terukir di bibir Ezri.
Kata-kata Arman Mustaqim tidak terkesan di hatinya. Sungguh, dia benar-benar
bahagia bersama Zurina. Biar temannya itu tahu, cintanya masih untuk gadis
secantik Zurina. Bukan untuk Nur Jannah atau mana-mana gadis yang berada di
luar sana.
“ Tahu tak apa! Kau je yang tak tahu
menilai erti cinta Arman. Tengoklah sampai sekarang, belum berpunya! Aku, bukan
ada isteri je tahu! Kekasih pun ada,” Ezri seakan memerli. Tergambar kepuasan
di wajah tampannya.
“ Emm..buat apa kalau ada isteri
kalau sekadar untuk menjadi suami curang Ez! Kekasih diagung-agungkan, isteri
kat rumah lelah menanti? Sudahnya, lama-lama cinta Nur Jannah untuk kau turut
mati! Masa tu, jangan kau nak menangis sudah!” pedas kata-kata Arman Mustaqim
pada pendengaran Ezri.
“ Aku bukan curang Man! Kau tahukan,
aku dan Zurina dah lama bercinta!” Ezri masih menafikan kata-kata lelaki di
hadapannya.
“
Dengan Nur Jannah? Kerana nafsu? Atau kau dipaksa? Kalau bukan curang?
Apa namanya Ez?” soalan Arman Mustaqim datang bertubi-tubi. Dia sendiri hairan
bin ajaib apabila pengantin perempuan yang dipilih oleh Ezri bukannya Zurina.
Tentang Nur Jannah, tidak pernah sekali lelaki itu bercerita. Tak sangka
playboy juga kau Ezri! Getus Arman Mustaqim sendiri.
“
Aku tak terfikir semua tu, Man! Aku pun tak tahu macam mana aku boleh
kahwin dengan dia. Memang kami bercinta, tapi jarang berjumpa. Pada masa yang
sama Zurina juga kekasih aku. Lagi lama daripada Nur Jannah, ”Ezri memberi
alasan. Sememangnya dia tidak pernah memberitahu Nur Jannah tentang Zurina.
Begitu juga Zurina yang menyangka cinta Ezri hanya miliknya seorang.
“
Kau dah jadi suami orang! Sebagai ketua keluarga, kau dah ada
tanggungjawab yang besar. Sepatutnya kau cintakan Nur Jannah! Bukannya
Zurina! Ezri..cinta pada isteri adalah
yang sewajibnya, dan kau sebenarnya telah kalah dalam menilai erti cinta!”
kata-kata Arman Mustaqim membuatkan Ezri terdiam tidak terkata.
“
Aku tak mampu untuk terima Nur Jannah lagi. Pada aku, Zurina adalah yang
terbaik. Pasal perempuan lain aku malas nak campur! ’’ Selamba kata-kata yang
dituturkan oleh Ezri. Arman Mustaqim memandang tajam wajah temannya. Hampir
tersembul biji matanya melihat temannya yang membuat mimik muka sepuluh sen.
“
Perempuan lain? Nur Jannah tu perempuan lain? Habis tu, yang kau pergi
akad nikah, belanja ribu-ribu tu, untuk apa? Saja suka-suka? ’’
“
Sudahlah Man! Sakit kepala aku ni! Kau pun satu, asyik sebelahkan dia
buat apa? Apa yang kau dapat? ’’
“
Sekurang-kurangnya, aku cuba selamatkan masjid yang dibina oleh kawan
baik aku Ez! Tapi kalau kau tak nak terima, terpulanglah! ’’ Tutur Arman
Mustaqim sedikit kesal. Penat dia menasihati lelaki seperti Ezri. Namun hanya
cemuhan yang dia dapat.
“
Bukan itu maksud aku Man! Aku sebenarnya pening juga fikirkan masalah
aku ni!’’ tutur Ezri melihat wajah Arman Mustaqim yang mula berubah.
“ Kasihan Nur Jannah! Oh ye Ezri,
kalau Rizman Fakhruddin datang ofis kau, kau kasilah dia kerja. Kasihan juga
aku tengok dia asyik tukar kerja je.” Tiba-tiba Arman Mustaqim mengubah topik
cerita.
“
Yelah..” Ezri bersuara acuh tak acuh. Sakit hatinya dinasihati oleh temannya
sebentar tadi.
“
Oklah Ezri, aku pergi dulu.Kau
pun, buah hati dah menunggu. Ada masa kita jumpa lagi,” bahu Ezri ditepuk
lembut dan Ezri hanya mampu mengetap bibirnya.