Bab
22
Puan Salbi hanya
memandang tingkah laku Fakhruddin yang mundar-mundir di tepi jendela ruang tamu. Sesekali dia duduk di sofa dan bangun semula.
Mata Puan Salbi hampir terbalik melihat gelagat anaknya yang bagai kehilangan
arah. Sesekali Fakhruddin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan mengerut
kening seolah-olah memikirkan masalah negara.
“ Riz, dari tadi mama tengok Riz ke
hulu ke hilir!Riz ada masalah ke? Cuba cerita kat
mama..mana tahu mama boleh tolong!” Puan Salbi bersuara setelah lama hanya
mendiamkan diri. Runsing juga hatinya melihat telatah anak terunanya. Jarang
sekali Fakhruddin berkeadaan begitu.
“ Em..tak ada apalah mama, ”
Fakhruddin tersenyum tawar sedangkan di hatinya dihujani perasaan resah dan
gelisah.
“
Tak ada apa? Mama yang tengok ni pun boleh terbalik bijik mata! Riz
kenapa?” Puan Salbi tidak berpuas hati.
Dia memandang ke arah Fakhruddin yang masih tidak berganjak dari situ.
“ Mama..Sahara, dia bekerja satu
tempat dengan Riz!” akhirnya terlontar kata-kata itu dari mulutnya.
“ Sahara? Riz yang recemond kan untuk dia ke?” Puan Salbi
kehairanan. Matanya tajam memandang ke arah anaknya.
“ Tak adalah mama..kebetulan
je..agaknya kawan kepada Encik Ezri!” Fakhruddin membetulkan tanggapan mamanya.
Mana mungkin dia berbaik dengan Sahara setelah hatinya dicalar tanpa rasa
simpati.
“
Pasal tu ke Riz peningkan kepala? Mama nak minta tolong Riz!Sahara tu dah jadi isteri orang. Jadi mama nak Riz
jauhkan diri dari dia. Jangan ikut rasa hati!” tutur kata Puan Salbi berbaur
rasa bimbang. Risau kalau-kalau anak bujangnya masih menagih cinta daripada
Sahara.
“ Apa mama merepek ni? Riz pun dah
tak ada hatilah kat dia. Mama jangan risau k!” Fakhruddin tersenyum sendiri.
Wajah Nur Jannah terbayang di mata. Alangkah beruntungnya sesiapa memiliki
gadis itu. Aiman Ezri..ah! dia hanya tahu melukai hati seorang isteri demi
menjaga kekasih hati. Air mata Nur Jannah yang mengalir bagai empangan pecah
dibiar sepi. Kejamnya Ezri kerana melakukan Nur Jannah sebegitu. Pasti Nur Jannah
terseksa pedih lantaran cinta suami beralih arah. Apakah Nur Jannah merasa apa
yang aku rasa?
“ Ah tu! Senyum semacam je! Riz
jangan main-main..Riz ada hati lagi ke dengan Sahara tu?Mama
tak nak orang cakap Riz pemusnah rumah tangga orang!” Puan Salbi sedikit cemas.
Kata orang kerana cinta, boleh membuatkan orang lupa diri.Adat dilanggar, hukum agama diketepikan demi menjaga hati
dan perasaan sendiri. Isteri orang sanggup dirampas tanpa memikirkan akibatnya
di kemudian hari.
“ Mama..tak baik tuduh Riz macam
tu..Riz dah tak cintakan Sahara lagi! Lagipun mata Riz ni bukannya berwarna
biru atau coklat macam suami dia tu..” Fakhruddin tergelak sendiri. Puan Salbi
yang melihat menggelengkan kepala dengan telatah anak bujangnya.
“ Elok sangat sengih sorang-sorang!
Nanti orang cakap harap muka je hensem..entahlah mama pun tak faham.”
“ Hensem ek, Riz ni mama?”
Fakhruddin sengaja mengusik mamanya. Dia duduk di sebelah mamanya yang kembali
menonton televisyen. Mukanya sengaja disentuh dengan senyuman yang melekat di
bibirnya.
“ Yelah hensem! Kata anak
mama..kalau tak hensem, tak adanya si Sahara tu gila talak! Oklah mama ke dapur
dulu. Nak masak untuk makan malam.” Tutur Puan Salbi disambut dengan tawa
Fakhruddin. Geli hatinya mendengar perkataan gila talak yang dikenakan kepada
Sahara.
“ Yelah mama..Riz pun nak masuk
bilik dulu. Kemas bilik tidur. Mama masak sedap-sedap ye!” tutur Fakhruddin
sambil bangun apabila mamanya mula mengangkat punggung untuk berlalu.
“ Emm yelah..” Puan Salbi melangkah
untuk ke dapur. Fakhruddin pula menuju ke dalam biliknya. Dia menghempaskan
badannya ke katil dan fikirannya melayang mengingati Nur Jannah. Entah kenapa
bayangan gadis itu seolah-olah mengekorinya sentiasa. Senyuman Nur Jannah juga
seakan melekat terus di dalam kepalanya. Fakhruddin mula rimas mengenangkan
gadis itu telah bersuami dan Aiman Ezri selaku majikannya adalah suami Nur
Jannah. Sedang dia memikirkan Nur Jannah, tiba-tiba ingatannya berkalih kepada
sepupunya. Fakhruddin mencapai telefon
dan mendail nombor telefon Arman Mustaqim. Seketika panggilannya dijawab oleh
lelaki itu.
“ Helo..Arman!” Fakhruddin bersuara
apabila panggilannya dijawab.
“
Em..apahal mimpi call aku ni?”
kedengaran suara Arman Mustaqim di corong telefon.Fakhruddin terdiam seketika. Bagaimana cara untuk dia
mengetahui tentang Nur Jannah. Pasti sepupunya itu tahu lantaran dia adalah bestfriend kepada Aiman Ezri.
“ Tak adalah! Aku saja call..macam mana kerja ok ke?”
“ Kerja aku macam biasalah. Kau
macam mana? Seronok kerja dengan Aiman Ezri?” Arman Mustaqim seakan menduga.
“ Bolehlah..Cuma Sahara baru je
kerja kat situ.”
“ Sahara? Aik! Kau cari kerja kat ex-girlfriend ke? Apa-apapun Riz, kau
jangan muka lagi perempuan macam tu.Tak pasal-pasal
naik minyak dia nanti…”
“
Emm..tak adalah! Mungkin Sahara tu kawan kepada Zurina..aku tengok dia orang
rapat semacam je.”
“
Diaorang macam mana sekarang? Maksud aku, Zurina dan Ezri! Aku tak tahulah
kenapa dengan Aiman Ezri tu. Ada isteri ditinggal-tinggalkan! kasihan!” Arman
Mustaqim sedikit mengeluh. Simpati dia pada isteri sahabat baiknya. Puas dia
memberi nasihat, namun tidak diendahkan. Seringkali juga dia memerli untuk
menyedarkan, namun Aiman Ezri hanya
menelan setiap kata-katanya bagai menelan manisan. Setiap katanya seolah tiada
pahitnya buat Ezri.
“
Em..tadi ada Nur Jannah datang ofis jumpa Ezri,” tutur Fakhruddin cuba
memancing perhatian sepupunya.
“
What? So macam mana dengan Zurina?Aku rasa naik biru muka dia menahan marah!” Arman
Mustaqim tergelak kecil. Terbayang wajah Zurina yang garang mengalahkan harimau
betina. Pasti mengamuk sakan!
“ Entahlah..tapi aku tengok Nur
Jannah keluar dari pejabat sambil menangis selepas Zurina masuk ketika dia
berjumpa dengan Ezri..kasihan pula aku tengok.”
“ Tulah..orang kahwin dia nak
kahwin! Dulu bercinta dengan Zurina alih-alih kahwin Nur Jannah. Akupun tak
tahu bila dia pasang dua! Tapi baru je lepas kahwin, dia sambung balik dengan
Zurina. Ah! Entahlah si Ezri tu buat anak orang macam ikan bilis,” Arman
Mustaqim bersuara kesal. Fakhruddin yang mendengar seakan tertarik. Rupanya ada
kisah yang tersembunyi. Kasihan Nur Jannah melihat kecurangan suami di hadapan
mata. Sungguh! Fakhruddin turut terasa.
“
Oklah..Arman. aku dah ngantuk ni.Ada
masa aku calllagi.Kirim salam kat semua!”
“ Yelah! Kau pun kirim salam kat
mama kau tu. Nanti ada masa aku pergi ziarah. Assalamualaikum!”
“ Waalaikummussalam..” Fakhruddin menjawab salam. Dia meletakkan
telefonnya dan terkebil-kebil memandang syiling. Hatinya yang berbisik
menyesakkan jiwanya. Cinta jenis apakah ini? Aku jatuh cinta pada isteri orang.
Uh! Nonsense!...
****
Nur Jannah hanya
mendiamkan diri sepanjang berada dalam kereta. Dia duduk di bahagian belakang
dan membiarkan Maria duduk di hadapan bersama Ejay.Hatinya
yang runsing bagai dicarik-carik menambahkan lagi kepedihan hati. Lagu-lagu
cinta yang asyik berkumandang di corong radio hanya menambahkan luka di
hatinya.
Ejay yang membawa kereta
menjeling beberapa kali melaui cermin depan. Pandangannya dapat menangkap wajah
suram sepupunya yang kelihatan sedikit mendung. Ingin dia bersuara, namun
kata-katanya hanya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia dihimpit kecewa
melihat Nur Jannah yang mula terlena.
Hendak atau tidak, dia berborak dengan Maria di sebelah. Maria yang sememangnya
peramah cukup mesra melayan percakapan Ejay. Kadangkala tawa mereka meletus
menemani kesepian malam. Jam di tangan menunjukkan jam 9.00 malam. Ejay
meluncurkan keretanya untuk sampai cepat ke destinasi yang dituju.Maria yang berada di sebelah tersenyum sendiri melihat
ketampanan sepupu Nur Jannah itu. Dalam hati dia berharap ada jodoh antara dia
dan Ejay.