Bab 21
Jam 8.00 pagi Nur jannah menghubungi
Aiman Ezri.Berkali-kali
didail, namun tidak berangkat. Panas hatinya mengenangkan sikap suaminya.
Pantas dia menyiapkan diri untuk ke pejabat lelaki itu. Selesai dia bersiap,
Nur Jannah keluar dari rumah dan menuju ke jalan utama untuk mencari teksi.
Nasibnya baik kerana ada sebuah teksi yang sedang menunggu. Pantas Nur Jannah naik dan meminta ke pejabat
Aiman Ezri. Setengah jam kemudian dia sampai ke pejabat suaminya. Jam ditangan
menunjukkan angka 9.30 pagi. Matanya melilau melihat bangunan suaminya yang
tersergam megah. Nur Jannah teragak-agak untuk masuk. Bimbang juga hatinya
kecilnya kalau-kalau diherdik oleh Aiman Ezri. Namun memikirkan dia berhak
sebagai seorang isteri, dia melangkah masuk juga ke pejabat suaminya.
“ Emm..selamat pagi. Encik Aiman
Ezri ada?” Nur Jannah bersuara ramah. Matanya meliar mencari kelibat suaminya.
“ Encik Aiman Ezri ada. Cik ni
siapa?”Sahara bersuara sambil melemparkan
senyuman yang agak manis.
“ Saya isteri dia. Boleh awak bagitahu dia,
saya ada hal nak jumpa.” Tutur gadis di hadapan Sahara dengan senyuman yang
menghiasi bibirnya. Sahara yang mendengar sedikit kaget. Hilang seketika
senyuman di bibirnya sebentar tadi.
“
Isteri?” Sahara sedikit terperanjat. Matanya meliar mencari Zurina. Matilah
minah tu! Sudahlah duduk dalam bilik bos dari tadi.
“ Kenapa? Awak macam terkejut je!”
Nur Jannah perasan perubahan pada wajah gadis itu. Mimik mukanya yang sebentar
tadi begitu manis kelihatan sedikit tegang.
“ Tak adalah. Saya pekerja baru kat
sini. Tak sangka Encik Ezri dah ada isteri. Puan duduklah dulu,” Sahara kembali
tersenyum dan melangkah menuju ke arah bilik Ezri. Dia mengetuk pintu dan
memandang ke arah Ezri dan Zurina.
“
Encik Ezri ada orang nak jumpa. Katanya penting!” tutur Sahara sambil berdiri
di sebelah Zurina yang menjungkit kening.
“
Siapa nama dia? Lelaki ke perempuan?” Zurina pula menyampuk.
“
Perempuan Encik Ezri. Boleh saya suruh dia masuk?” Sahara bersuara lancar. Dia
memandang ke arah Zurina dan mengajak Zurina keluar.
“
Ok! You suruh dia masuk. Ina, You keluar sekejap ye,” Ezri bersuara lembut.
Zurina mula menarik muka. Dia melangkah keluar bersama Sahara.
“
Siapa nak jumpa bos?”Zurina
mencubit lengan Sahara.
“ Isteri dia!” singkat kata-kata Sahara.
Wajah Zurina berubah secara tiba-tiba. Terasa seolah arus elektrik mengalir di
dalam tubuhnya.
“
What ??” Mata Zurina membutang marah.
Dia memandang ke arah Sahara yang menuju ke arah seorang perempuan dan bercakap
sesuatu. Zurina memandang sepintas. Wajah isteri Aiman Ezri yang tersenyum dipandang lama. Bukan cantik
sangat! Sudahlah tak tahu bergaya! Sempat Zurina membuat perbandingan. Baginya
perempuan seperti isteri Ezri itu bersepah di luar sana. Berpakaian kekampungan
ada hati mahu bersama kekasihnya. Dalam hati, Zurina menyumpah keras saat Nur
Jannah melangkah masuk ke bilik Aiman
Ezri.
****
“Apahal
awak datang sini?” Aiman Ezri sedikit terkejut menerima kedatangan Nur Jannah
yang tidak diundang. Pantas dia teringatkan Zurina. Uh! Pasti Zurina akan
mengamuk nanti. Mahu pengsan semua orang mendengar jeritannya nanti.
“
Nur call abang. Kenapa abang tak
angkat?”Nur Jannah masih
bersuara lembut. Dia memandang suaminya dengan senyuman, walau di hatinya
seribu duka.
“ Aku sibuk!” Ezri bersuara kasar.
Tidak senang dia dengan kehadiran Nur Jannah yang dianggap sengaja mengganggu
kerjanya.
“
Sibuk? Sampai tak sempat angkat phone?
Abang, Nur datang nak minta izin. Nur nak balik kampung
petang ni. Jadi Nur harap abang ikut Nur. Boleh?” Nur Jannah sedikit berharap. Wajah suaminya
dipandang mengharap sedikit senyuman tercalit di wajah tampan suaminya.
“ Kau nak balik, kau balik! Aku tak
dapat ikut. Satu lagi, kalau kau nak datang sini, boleh buat temu janji dulu?”
Ezri masih berkasar. Nur Jannah hanya menunduk menelan setiap kata berduri
suaminya. Serasa air matanya ingin tumpah di situ. Namun mengenangkan apa kata
staf Ezri nanti, dia menahan segala kepedihan yang menyerbu jiwanya saat itu.
“ Nanti apa kata mak kalau abang tak
ikut?”
“ Kata je aku kerja. Tak susahkan!
Lagipun memang aku sibuk. Bukan nak melayan kerenah kau setiap hari!” Ezri
sengaja menyibukkan diri dengan membelek-belek fail di atas mejanya.
“ Kenapa abang layan Nur macam ni
bang!Kita kahwin atas dasar cinta. Jadi apa
semua ni?” Nur Jannah bersuara lemah. Penat dia mencari jawapan atas sikap Ezri
yang melayannya bagai anjing kurap.
“
Lupakan cinta antara kita!” Ezri memberi kata putus.Wajah Nur Jannah dipandang tanpa belas kasihan. Air mata
yang ditahan berguguran membasahi pipi dan menambah pedih di hati kecil Nur
Jannah. Terasa begitu hinanya dia di
hadapan lelaki bernama Aiman Ezri.
“ Tidak begitu mudah bang. Selagi
abang tak lepaskan Nur, selagi itu..” Nur Jannah tidak sempat menghabiskan
percakapannya apabila seseorang menyampuk dari luar.
“ Honey…Tak habis lagi? ” Tiba-tiba
Zurina tercegat di muka pintu.Pantas
Nur Jannah menoleh dan memandang Ezri kembali. Terasa air mata bermain di tubir
mata dengan tiba-tiba dan mulai jatuh menimpa pipi. Wajah suaminya dipandang
mengharap pengertian. Namun Ezri hanya menunduk tanpa menjawab persoalan yang
bermain di mindanya.
“ Jadi, dialah kekasih abang yang
abang sanjung sehingga abang abaikan Nur?”Nur
Jannah seakan menjerit. Air matanya semakin lebat membasahi pipi.Zurina yang memandang melangkah masuk.
“ Eh perempuan, kau yang rampas dia
dari aku! Bertahun kami menyemai kasih, kau datang menggoda dia. Perempuan
jenis apa kau ni!” Zurina menghembur kata kesat. Ezri tidak mampu menyekat amarah Zurina. Dia
hanya memandang keluar tingkap tanpa memandang Nur Jannah yang mengharapkan
pengertian.
“ Sampai hati abang buat Nur macam
ni! Apa salah Nur pada abang, sampai abang menduakan Nur? Nur benar-benar tak
sangka! Mana janji abang untuk setia dan menjaga Nur sebaik mungkin? Nur Jannah menyoal Ezri bertubi-tubi. Zurina
yang mendengar mengetap bibir.
“ Eh, perempuan, engkau tak faham
bahasa ke? Untuk pengetahuan engkau sekali lagi, kau yang merampas Ezri
daripada aku! apa yang terjadi sekarang, semua kerana dosa kau pada aku!”
Zurina menolak Nur Jannah dengan kuat. Hampir tersandung Nur Jannah ke
belakang. Ezri yang memandang ingin menghalang perbuatan Zurina. Namun lidahnya
kelu untuk berkata. Sudahnya Nur Jannah berlari keluar sambil menangis. Air
matanya yang lebat mengalir, tidak mampu
diseka lagi. Beberapa staf Ezri memandang dengan kehairanan dan ada yang
bersimpati. Fakhruddin yang melihat pantas bangun untuk keluar. Sahara yang
memandang Fakhruddin tidak mengerti apa-apa. Dia juga tidak pasti apa yang
berlaku di bilik Ezri. Namun melihat Zurina yang keluar dari bilik lelaki itu
dengan senyuman melebar, dia mulai mengerti.
Nur Jannah berhenti di bawah sepohon pokok dan melepaskan tangis di
situ.Air matanya cuba diseka, namun ianya
mengalir laju bagai empangan pecah.
“ Sampai hati abang buat Nur macam
ni! Apa salah Nur? Nur cuba jadi isteri yang baik tapi apa yang Nur dapat!” Nur
Jannah terduduk di situ. Sampai hati Ezri membuatnya begitu dan kata-kata tajam
gadis yang masuk ke bilik Ezri umpama belati menghiris jiwa. Dia bukan
perampas! Tidak sesekali dia terdesak untuk merampas kekasih sesiapa. Dia juga
dipermainkan oleh Ezri! Apa pun alasan, dia lebih berhak ke atas jiwa raga
lelaki itu. Cinta Aiman Ezri sewajarnya untuknya. Itu janji Ezri ketika mereka
diakadkan menjadi suami isteri. Perempuan itu tidak berhak sama sekali!
“ Awak..apa yang terjadi pasti ada
hikmahnya. Allah menguji seseorang hambanya untuk melihat sejauh mana iman
kita.. Apa yang terjadi jadikanlah sebagai iktibar kerana masih ada di luar
sana yang lebih sengsara!” Fakhruddin bersuara mengejutkan Nur Jannah. Pantas
wajah lelaki itu dipandangnya.Ada riak simpati di wajah
tampan miliknya.
“
Awak siapa? Awak tidak mengerti! Kesabaran manusia ada hadnya. Dan saya hampir
kalah dalam mempertahankan rumah tangga saya..Awak takkan faham!” air matanya
diseka lagi.
“
Saya staf Encik Aiman Ezri. Apa yang terjadi tidak patut berlaku. Namun sebagai
hamba Allah, awak mesti redha. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.”
Nasihat lelaki di hadapan Nur Jannah dengan berhemah.
“
Selama ini saya tertanya apa salah saya pada Ezri.Saya sering menyalahkan diri kerana dia telah jauh
berubah. Saya sangka ada kesilapan yang saya lakukan tanpa saya sedari.Tapi saya tak sangka, dia sanggup berlaku curang!
Sampai hati Ezri buat saya macam ni!” Nur Jannah makin teresak-esak. Dia tidak
tahu mengapa mudah benar dia menceritakan kelukaan hatinya pada lelaki
dihadapannya. Apa yang Nur Jannah tahu, saat itu dia memerlukan seseorang untuk
memberi semangat kepadanya.
“
Nur Jannah! Awak mesti terimanya sebagai suratan takdir! Hadapilah dengan
tenang. Walau saya tak kenal siapa awak, saya harap awak tabah dan sabar,”
Fakhruddin bersuara lembut. Nur Jannah terpaku seketika. Dia tahu nama aku?
Bagaimana? Adakah Ezri memburukannya dipejabat. Sampai hati Ezri!
“
Bagaimana awak tahu nama saya?” tutur Nur Jannah kehairanan.
“
Ingat tak masa awak dan Encik Ezri kat suria KLCC nak tengok wayang?”
“
Em..awak berdua dengan..”
“
Sepupu saya. Arman Mustaqim!. Dia yang carikan saya kerja di syarikat suami
awak,” Fakhruddin melempar senyum. Ada perasaan lain yang menerjah hulu hatinya
saat Nur Jannah membalasnya.
“
Terima kasih kerana memberi saya nasihat..walaupun bukan mudah untuk melupakan
apa yang berlaku saya akan hadapi dengan tabah.”
“ Itu yang saya nak dengar.Oklah!
harap awak tak apa-apa. Saya masuk kerja semula ye.”
“ Awak keluar kerana saya?” Nur
Jannah seakan terperanjat.Wajah lelaki di
hadapannya dipandang lama. Terpamer keikhlasan pada raut wajah tampannya.
“ Em..harap awak tidak tertekan
dengan masalah yang didatangkan pada awak.Assalamualaikum…” Fakhruddin berlalu meninggalkan Nur
Jannah yang masih berada di situ. Ada simpati yang menggunung. Dia tahu erti
kelukaan apa lagi disakiti oleh orang yang amat kita sayangi. Sakitnya cukup
terasa. Bagi Fakhruddin, Nur Jannah seorang yang kuat dan tabah. Wajahnya yang
bersih serta penampilannya cukup membuatkan lelaki tertarik hati. Namun sayang, Ezri yang buta menilai cinta.
Sungguh! Kerana cinta Zurina, Aiman Ezri menjadi buta dan pekak. Nur Jannah
hanya memerhatikan langkah Fakhruddin yang mula hilang dari pandangan. Hatinya
berbisik sayu mengenangkan masih ada yang prihatin di saat suaminya sendiri
mencurah asid di tapak hatinya. Dia melangkah untuk pulang dan harapan untuk
terus bersama Ezri hanya tinggal harapan yang menyakitkan