Bab10
Jam 8.00 malam, Arman Mustaqim
membunyikan hon kereta di hadapan rumah Fakhruddin. Kelihatan Puan Salbi tersenyum di muka pintu. Dia melangkah
ke arah anak saudaranya yang melangkah
keluar dari kereta.
“ Kauorang nak pergi mana ni
Arman..boleh Mak Long ikut?” Puan Salbi sekadar menduga. Arman Mustaqim tersengih dan menyalami emak
saudaranya itu.
“ Nak tengok wayang Mak
Long..Bosanlah pulak memerap di rumah.Tu
ajak Fakhruddin ni..”
“
Orang tengok wayang dengan girlfriend!
Tulah Mak Long suruh cari tak nak!”
“
Tak ada yang nak saya Mak Long. Dah cari dah, tak jumpa-jumpa,” Arman Mustaqim
bersuara sambil tergelak. Kelihatan Fakhruddin keluar dari rumah dan mencapai
kasutnya.
“
Cari girlfriendmata biru, mana
mahunya. Kalau kau nak, Mak Long carikan. Nak?”
“
Tak payahlah Mak Long! Ada jodoh adalah..Mak Long carilah untuk Fakhruddin,”
Arman memandang sepupunya yang berwajah selamba. Ah! Susah benar budak ni nak
senyum. Macam mana awek boleh tahan!
“ Dia pun macam kamu juga..dah putus
tertutup terus hatinya.”
“ Putus?” Arman mengerutkan dahinya.
Dia memandang ke arah Fakhruddin.
“
Jom..dah lambat ni. Mama, Riz pergi dulu,” Fakhruddin menyalami mamanya diikuti
Arman. Mereka bergegas menaiki kereta dan menghidupkan enjin .
Sebelum bergerak Arman membunyikan hon kereta dan mengangkat tangan ke arah
Puan Salbi.
“
Kau putus dengan Sahara? Dah berapa lama?”Arman
Mustaqim bersuara sambil memasang radio. Lagu Hampa nyanyian To’ki berkumandang
menemani perjalanan mereka. Fakhruddin hanya memandang ke arah Arman Mustaqim
tanpa bersuara.
“
Biasalah Riz..bercinta, putus dah jadi macam trend..mungkin juga Allah nak bagi kita perempuan yang lebih baik..
macam aku ni, couplepun tak pernah,
putus cinta jauh sekali,” Arman Mustaqim seakan mengeluh. Dia memandang ke arah
Fakhruddin yang hanya mendiamkan diri
tanpa respon. Dia menggelengkan kepalanya melihat sepupunya yang mengelamun
panjang. Tiada reaksi pada soalan dan
kata-katanya. Arman Mustaqim memecut keretanya apabila jam menunjukkan pukul
8.15 malam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Pantas dia menjawab panggilan.
“
Arman, kau kat mana?” kedengaran suara Aiman Ezri dihujung telefon.
“ Aku keluar dengan Fakhruddin ni.
Kenapa?”
“ Tak adalah saja aku call..esok kita jumpa boleh?”
“ Jumpa? Em..nanti aku callkau balik. Kau keluar dengan
Zurina ke?” Arman Mustaqim sekadar
menduga. Fakhruddin yang mendengar memandang sekilas.
“ Tak adalah. Aku keluar
dengan mama dan daddy aku.”
“ Nur Jannah? Kau bawa tak?”
“ Em…iye..kau kenapa, asyik tanya
dia je?” Ezri bersuara kurang senang.
“ Kau tu jangan asyik berkepit
dengan Zurina je! Ingat sikit tu curang namanya.” Nasihat Arman Mustaqim
seperti biasa.
“
Aku tahulah..esok jangan lupa ek!” Ezri mengingatkan Arman Mustaqim.
Sakit hatinya bila dikenakan berkali-kali. Namun memikirkan lelaki itu sahabat
baiknya, ditelan segala kata-kata yang pahit bak hempedu.
“
Ok. Nanti aku call kau.”
“
K. bye!” panggilan diputuskan. Arman
Mustaqim termenung mengingati sahabatnya itu. Baik sangatkah Zurina sehingga
isterinya dilayan bagai tiada harga diri. Baginya, sebagai suami, Ezri
sepatutnya melupai Zurina walau cintanya seluas lautan.Kasihan Nur jannah!
“ Ada isteri, masih nak berkepit
dengan kekasih..isteri di rumah ternanti-nanti dengan sabar. Suami kat luar ada
buah hati. Uh! Naye betullah..apalah Ezri buat macam tu. Hebat sangat ke Zurina
tu!” Arman Mustaqim bersuara sendiri. Baginya, gadis seperti Zurina bersepah di
luar sana.Tiada hebatnya bagi seorang perempuan
yang hanya tahu menyakiti hati wanita lain.Memang benar Zurina kekasihnya. Arman juga tahu tentang
percintaan mereka. Namun dia sendiri tidak pernah tahu tentang cinta Ezri dan
Nur Jannah. Siapa yang merampas itu tidak penting kini. Yang pasti Nur jannah
adalah isteri yang sah. Sebagai perempuan matang, Zurina seharusnya sedar tentang hakikat itu.
“
Tiada yang mustahil dalam hidup ni!” Fakhruddin bersuara tiba-tiba. Arman
Mustaqim yang mendengar menjeling ke
arahnya dan tanpa sedar dia tersenyum sendiri mengenangkan sikap sepupunya.
****
Nur Jannah
mengekori Dato’ Ismadi dan Datin Ezrin yang berada di hadapan. Ezri mencapai tangannya dan berjalan seiring
dengan mama dan daddynya. Wajah Nur Jannah merah menahan marah. Sakit hatinya
mengenangkan perlakuan Ezri yang di anggap kurang ajar. Dia cuba meretap
tangannya, namun pegangan lelaki itu lebih kuat dan kemas. Serasa ingin
menangis Nur Jannah saat itu
mengenangkan dirinya yang dilayan
seperti sampah.
“ Nur selalu datang tengok wayang
dengan Ezri?”tiba-tiba Datin Ezrin bersuara.Nur Jannah terkebil-kebil untuk menjawab.
“ Em…sebelum nikah dengan abang
adalah mama. Sekarang tak adalah pulak. Membazir je,” kata-kata itu terlontar
dari mulutnya tanpa dirancang.
“
Membazir? Tak adalah. Kadang kala apa salahnya. Kalau Ezri cuti, Nur ajak Ezri
tengok wayang, shopping ke.Ni mama call,
asyik Nur sorang kat rumah,” Datin Ezrin menjeling ke arah anaknya. Ezri
mencebik tidak puas hati.
“ Mama..Nur ni yang tak nak!. Ez dah
ajak, macam-macam alasan diberinya. So,
mama tak boleh salahkan Ez!” Ezri membela diri. Dia tersenyum puas
melihat Nur Jannah yang hanya membiarkan kata-katanya.
“ Ye ke? Bukan Ez yang buat perangai?” Datin
Ezrien tidak senang melihat senyuman Ezri yang tampak sinis.
“
Ala mama ni Ez juga yang kena!”Ezri
merengus perlahan. Nur Jannah hanya mendiamkan diri. Terasa terasingnya dia
dalam keluarga Ezri walaupun ibu dan bapa mertuanya melayannya dengan baik.
Namun mengenangkan cinta suaminya yang telah hilang, jiwanya menjadi kosong dan sepi. Hatinya
sakit dan parah. Alangkah seksanya mencari cinta yang hilang dan sememangnya
dia tidak pernah bersedia untuk itu. Kata Ezri, cintanya sesuci embunan pagi.
Takkan hilang walau ribut yang melanda. Ah! Apalah sangat dengan kata-kata yang
bermadu kalau sekadar untuk menghadiahkannya hempedu.
“ Eh! Ez. Kau buat apa kat sini?”
Arman Mustaqim dan Fakhruddin meluru ke arah Ezri. Ezri yang mendengar terkejut
dengan sapaan itu. Pantas matanya menangkap wajah mereka berdua.
“ Ya Allah..kau ke Arman. Tadi masa
aku call kau kata nak keluar!” Ezri
menepuk bahu sahabat baiknya. Dia memandang ke arah Fakhruddin yang hanya
tersenyum memandangnya.
“ Yelah, aku dengan Fakhruddin
datang sini nak tengok wayang. Eh..ni Nur Jannah ek?” Arman Mustaqim memandang
ke arah Nur Jannah dengan senyuman. Lama matanya menatap wajah polos gadis itu.
Nur Jannah membalas dengan senyuman hambar.
“ Apahal kauorang datang sini?”
“ Emm..aku niat nak tengok wayang!
tu ajak Fakhruddin ni. Kan aku dah cakap tadi! Nak ajak girlfriend, girlfriend
pun tak ada. Lainlah kau ada isteri yang cantik boleh temankan! Eh! Mana mama
dengan daddy kau? Tadi kata datang sekali.” Mata Arman Mustaqim melilau mencari
kelibat orang tua Ezri. Namun tiada tanda mereka berada di situ.
“ Oh ye, dah ke depan sana kut..oklah
Arman, aku pergi dulu. Jangan lupa jumpa esok..Fakhruddin jumpa lagi..” Ezri
memegang erat tangan isterinya. Nur Jannah cuba melepaskan pegangan namun tidak
berjaya. Sakit hatinya makin menjadi-jadi. Bencinya pada Ezri saat itu tidak
terkira banyaknya. Arman Mustaqim yang memandang ke arah Nur Jannah memuji di
dalam hati. Alangkah ruginya Ezri meninggalkan Nur Jannah kerana Zurina.
Baginya gadis itu lebih sopan dan anggun. Namun sayang Ezri tidak tahu menilai
cinta seorang isteri.
“ Ok! Esok jumpa. Apapun kirim salam
pada mama dan daddy kau. Pastu aku nak
pesan, jaga isteri kau baik-baik,” Arman Mustaqim sekadar mengingatkan
tanggungjawab temannya sebagai seorang suami.
“ Oklah..aku chow dulu!” Ezri
berlalu meninggalkan Arman Mustaqim dan Fakhruddin. Dia menghala ke hadapan
untuk mencari mama dan daddynya. Jauh dari pandangan Arman Mustaqim dan
Fakhruddin, Ezri melepaskan tangan Nur Jannah dengan kasar. Dia menjeling ke
arah wajah isterinya yang merona marah.
“ Kalau tak kerana mama dan daddy,
aku takkan keluar dengan kau! So jangan nak perasan!” Ezri bersuara keras.
Terasa berpijar muka Nur Jannah apabila disergah secara tiba-tiba.
“ Abang ingat Nur suka sangat keluar
dengan abang? Di
hadapan mama dan daddy bukan main lagi. Abang memang hipokrit!”Nur Jannah hampir hilang sabar. Panas hatinya disakiti
berkali-kali.
“ Kau memang kurang ajar! Tak
sia-sialah aku benci perempuan macam kau ni!” Ezri bersuara lantang. Jika tidak
difikirkan di mana mereka berada, pasti penampar telah hinggap di muka isterinya.
“ Bencilah sepuas hati abang! Nur
tak paksa abang untuk sukakan Nur!” Nur Jannah melangkah mendahului suaminya.
Pantas Ezri menariknya dengan kasar.
“ Kau ni memang sengaja, nak naikkan
darah aku kan?” herdik Ezri masih belum puas. Tangan Nur Jananh dicengkam
dengan kuat.
“ Eh! Apahal kauorang ni? Mama dan
daddy dari tadi tunggu! Ez, yang terjerit-jerit kenapa?” Datin Ezrin seperti
dapat menghidu sesuatu. Wajah Nur Jannah yang merona merah dipandang mengharap
penjelasan.
“ Tak ada apalah mama..Nur ni tak
sabar nak tengok wayang..”cepat-cepat Ezri
memberi alasan. Nur Jannah yang masih sakit hati, cuba mengawal perasaannya
agar tidak meletus di hadapan orang tua Ezri. Jika diikutkan hati, ingin dia
mengamuk di situ. Biar semua orang tahu, Ezri lelaki dayus yang hanya tahu
berpura-pura menyintai dirinya. Namun semua itu hanya mampu tertulis di tapak
hatinya yang kini mula bernanah.
“ Ye ke? Kalau macam tu, jomlah!Dah
ramai yang masuk tu,” Dato’ Ismadi pula menyampuk.Nur Jannah cuba memaniskan muka namun luka di hatinya
menghalang dia berbuat begitu. Mereka bergegas untuk masuk ke pawagam. Saat itu
air matanya mengalir tanpa siapa yang menyedari walau Ezri sendiri.