Bab
3
Rizman Fakhruddin menghembuskan asap rokoknya
ke udara. Wajahnya yang tampan seakan berkerut menahan kesakitan hati. Alangkah
kejamnya gadis itu yang menghancurkan cinta suci mereka. Tergamak Sahara curang
di belakangnya. Alangkah tidak adilnya Sahara meninggalkannya tanpa rela dan
hanya kad undangan yang diterima saat percintaan mereka berkembang mewangi.
Semua perempuan sama! Hanya tahu melukai hati lelaki..pandai
berjanji, namun hanya tahu memungkiri. Ah! Aku benci pada perempuan!.
Fakhruddin mencampak potret yang masih menghiasi meja soleknya. Kacanya
berselerak di lantai seperti mana hancurnya hati lelakinya. Seketika kedengaran
suara seseorang memanggil Fakhruddin. Mungkin terkejut dengan bunyi tersebut.
“ Riz..apa Riz buat tu?” suara puan
Salbi kedengaran cemas. Pantas dia menuju ke bilik anak bujangnya. Dia
mengentuk pintu berkali-kali, namun tidak diendahkan.
“
Riz..buka pintu ni..Riz kenapa?”
“
Tak ada apalah mama!”
“ Riz cakap betul-betul..tadi mama
dengar…” belum sempat Puan Salbi meneruskan percakapannya, pintu dibuka dari
dalam.
“ Ada apa mama?” Fakhruddin bersuara
perlahan. Dia duduk di birai katil sambil memandang ke arah kaca yang bersepah
di atas lantai.
“ Ya Allah..Riz, Riz kenapa ni?”
seraut wajah Puan Salbi berkerut seribu. Dia melangkah masuk ke bilik anak
bujangnya dengan berhati-hati. Risau kaca yang berada di atas lantai menikam
kakinya.
“ Sahara!” Fakhruddin bersuara
perlahan.
“ Kenapa dengan Sahara?” Puan Salbi
mengerutkan dahinya.
“ Dia dah nikah dengan orang
lain..tinggalkan Riz macam tu je. Sampai hati dia mama. Selama ni Riz sangka
dia perempuan terbaik untuk Riz. Tapi Riz silap!” tutur Fakhruddin dengan penuh
kesal.
“ Pasal tu Riz mengamuk! Pasal
seorang perempuan yang berpura-pura menyintai Riz? Riz, Riz sudah dewasa dan
telah matang untuk memikirkan mana yang baik atau buruk. Mana kekuatan Riz
selama ni?” Puan Salbi duduk di tepi Fakhruddin. Wajah anak tunggalnya dipandang
lama. Sebagai ibu, dia tahu kelukaan yang dirasai oleh Fakhruddin. Dia juga
tahu menilai baik buruknya Sahara. Jiwa keibuannya seakan tidak mampu menerima
gadis itu sebagai menantu lantaran sikap dan tingkah lakunya.
“
Dia cinta pertama Riz, mama.” Fakhruddin masih mempertahankan cintanya yang
telah hancur berkecai.
“
Cinta pertama itu tidak penting Riz. Tapi kebahagiaan..sudahlah..lupakanlah
dia. Suatu hari, Riz akan jumpa jodoh yang lebih baik. Atau senang-senang, mama
je yang carikan calon untuk Riz!”
“ Tak naklah mama. Biarlah dulu.
Hati Riz masih sakit sangat-sangat!”Fakhruddin
bersuara hiba.
“
Riz, bercinta, putus cinta tu perkara biasa! Sedangkan orang yang dah berkahwin
boleh bercerai, inikan pula Riz yang belum ada apa-apa ikatan lagi dengan
Sahara tu! Dengarlah nasihat mama, lupakanlah dia. Oklah..mama keluar dulu.
Nanti Riz bersihkan kaca tu. Tak pasal-pasal terkena kaki nanti!”
“
Yelah mama.” Fakhruddin bersuara perlahan. Ah! luka di hatinya lebih parah.
Mungkin lebih sakit dari terluka kerana tusukan kaca. Semoga kau bahagia
Sahara! Terima kasih di atas cinta kita yang tiada manis akhirnya!
“
Riz, Ooo..Riz..Arman datang ni,” Puan Salbi melaung tiba-tiba dari luar.
Kemudian kedengaran derap kakinya melangkah ke bilik Fakhruddin.
“
Cakap je Riz tak ada..” tutur Fakhruddin apabila melihat mamanya yang berdiri
di muka pintu. Dia tiada mood untuk
berjumpa sepupunya atau sesiapa saja buat masa itu. Hatinya yang terguris perlu
diubati. Tidak mungkin dia dapat menyembunyikan kesedihannya di hadapan Arman
yang sudah dianggap sebagai abang.
“
Riz..Arman kat ruang tamu tu..dia kata ada benda nak bincang,” Puan Salbi
seakan memujuk.
“
Mama..Riz penatlah!” Fakhruddin masih memberi alasan.
“ Tetamu Riz! Patut Riz hormati.Sudah,
pergi jumpa Arman tu..nanti merajuk pulak dia,” Puan Salbi seolah-olah memberi
arahan. Pantas Fakhruddin bangun dari katil.
“ Yelah..” Fakhruddin bergegas
keluar dari bilik. Puan Salbi hanya mampu menggelengkan kepala dengan kerenah
anak kesayangannya. Dia masuk ke bilik Fakhruddin dan membersihkan kaca yang
masih berselerak. Wajah anaknya dan Sahara tersenyum manis di dalam potret tersebut dipandang lama.
Ada bahagia pada raut wajah mereka. Namun kini hanya Fakhruddin yang menangis
sendiri. Dan Puan Salbi turut merasai kesedihan Fakhruddin.
****
“ Lama kau sampai Man?” Fakhruddin
bertanya dengan senyuman yang hambar. Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu
yang memandang lama ke arahnya. Sesekali matanya berkalih ke arah televisyen
yang terpasang.
“ Baru je..kau kenapa? Aku tengok
lain macam je!” Arman Mustaqim dapat menangkap mata Fakhruddin yang sedikit
merah.
“
Aku kurang sihat..agaknya nak demam.” tutur Fakhruddin beralasan. Wajah
Sahara yang datang, cukup menyesakkan dadanya.
“ Kau dah kerja ke belum? Kalau
belum, kau telefonlah member aku. Maybe ada kerja sesuai untuk kau,” Arman
Mustaqim pantas mengambil sesuatu di dalam walletnya.
Sekeping kad berwarna biru dihulurkan kepada Fakhruddin.
“ Aiman Ezri? Siapa dia ni?” Fakhruddin
menjungkit kening sambil membelek-belek kad tersebut. Lama dia menatap kad nama
tersebut dan berkalih pandang kepada sepupunya.
“ Em..kawan aku. Dia ada ofis
sendiri. Nama Syarikat, Ezis Sdn Bhd. Kau call
lah dia. Semalam aku dah cakap pasal kau. Nanti apa-apahal, kau cakap aku yang
suruh call.” Tutur Arman Mustaqim
dengan panjang lebar.
“
Oklah! Kalau macam tu. Aku sekarang ni asyik tanam anggur je! Hasilnya
langsung tak ada! Kau pulak, kenapa tak kerja je dengan dia?’’
“
Em..aku kan dah kerja.Buat apa nak
tukar-tukar lagi.Kerja kat
bengkel tu pun dah kira ok! Sayang pulak nak tinggal,” Arman Mustaqim mencapai
sebatang rokok dan menyedutnya dengan rakus. Seketika asap dihembus dan
terkumpul di udara dan hilang dalam sekelip mata.
“ Kerja apa yang ada?” ujar
Fakhruddin lagi sambil meminta sebatang rokok untuk menikmati bersama. Pantas
dia memetik pemetik api dan menyedutnya dengan puas dan turut melepaskannya ke
udara.
“ Em..aku pun tak pastilah. Tak
sempat nak tanya. Tapi, aku bagi cadanganlah, kau mintak kerja yang bersesuaian
dengan bidang yang kau ambil! macam mana?”Arman
Mustaqim menjungkit kening.
“ Masa study
aku ambil bidang perakaunan..” tutur Fakhruddin
singkat. Dia sendiri tidak pasti kerja apa yan sesuai untuknya saat itu.
Semangatnya seakan hilang diragut oleh kecurangan kekasihnya.
“
So..kau cuba minta bahagian pengurusan kewangan!”Arman Mustaqim memberi cadangan. Lama Fakhruddin
termenung dan menggigit bibir. Bukan dia
tidak berminat untuk terjun ke bidang itu sebagai kerjayanya, namun memikirkan
banyak fail yang perlu di kemaskinikan sentiasa, dia seakan teragak-agak. Risau
kalau-kalau dia tidak mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuhnya.
“ Boleh ke? Aku tak nak pulak dia
cakap aku memilih kerja.”
“ Cuba tanya dulu. Kalau tak ada
kena mengena dengan bidang kau, kau sapulah kerja apapun! Janji ada kerja.”
Fakhruddin menggigit bibir sekali lagi. Wajahnya berkerut seolah-olah sedang
memikirkan masalah negara.
“ Oklah! Ada masa, aku jumpa dia
nanti!”
“ Jangan kau tak pergi pulak! Aku
rasa dia dah sediakan kerja untuk kau tu!” Arman Mustaqim sekadar mengingatkan.
Dia menjeling jam di tangan. Hampir jam 6.00 petang. Dia mencari kelibat Puan
Salbi namun tidak kelihatan.
“ Emm..kalau macam tu, aku balik
dulu. Apa-apahal kau callaku,” Arman
Mustaqim bangun dari tempat duduknya.
“ Kau tak minum dulu ke?” Fakhruddin
turut bangun dan memandang seraut wajah Arman Mustaqim.
“ Tak apalah..aku dah minum tadi.
Kau jangan lupa tu, call Aiman Ezri!”
Arman Mustaqim mengingatkan sekali lagi. Fakhruddin menganggukkan kepalanya dan
beriringan bersama sepupunya menuju ke pintu utama.
“
Kirim salam kat mak ayah kau!” pesan Fakhruddin dengan senyuman. Dia
menghulurkan tangannya untuk bersalam dan disambut oleh sepupunya yang turut
tersenyum.
“ Insya’Allah...kau pun jangan lupa
kirim salam kat mama kau tu! Aku balik ni tak cakap pun dengan dia.” Arman
Mustaqim berlalu dan masuk ke perut kereta. Kemudian dia menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan
kawasan rumah sepupunya dengan honbeberapa kali.
Fakhruddin
bergegas semula ke dalam rumah. Dia melabuh semula punggungnya ke atas sofa.
Ingatannya kepada Sahara kembali semula. Wajah Sahara yang manis, senyumannya, gelak tawanya, datang
menari-nari di hadapan Fakhruddin semakin dekat dan dekat. Saat dia ingin
mencapainya, bayangan gadis itu hilang entah ke mana.
“
Emm...mana Arman? ’’ soalan Puan Salbi menyentap lamuana Fakhruddin.
Entah dari mana mamanya muncul, dia sendiri tidak pasti. Dia membalikkan dirinya di atas kerusi dan
memandang mamanya yang menjungkit kening.
“
Dah balik mama. Dia kirim salam..’’
“
Cepatnya! Borak apa je? ’’ soal Puan Salbi lagi sambil melabuh punggung
di hujung kaki Fakhruddin. Pantas Fakhruddin bangun dan melunjurkan kakinya ke
bawah.
“
Dia tanya Riz nak kerja ke tak. Pastu dia bagi kad suruh Riz jumpa
pengurus syarikat tu! ’’ sambung Fakhruddin lagi dengan wajah yang monyok,
tidak bersemangat.
“
Kalau macam tu okeylah..tapi kenapa muka tu monyok semacam je? Kalau
pasal Sahara, mama tak nak dengar lagi. Dah! Jangan nak sedih-sedih! ’’ Puan
Salbi berlalu menuju ke dapur. Fakhruddin pula hanya mampu menarik nafas
panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat.