Bab 6
Nur Jannah
termenung di tepi tingkap. Rumah besar itu hanya menyesakkan dirinya. Semuanya
seakan tidak beerti apabila Ezri menggantungkan dirinya tidak bertali. Air
matanya usah ditanya. Saban waktu dia menitiskan air mata mengenangkan diri
dilayan seperti anjing kurap. Sungguh dia tidak pernah menduga, syurga yang
diimpikan bersama suami tersayang hanya impian yang tidak kesampaian. Apa yang
mengelirukannya, mengapa Ezri begitu banyak berubah. Apakah tanpa sedar, ada
salah dan silapnya? Nur
Jannah benar-benar keliru. Tiba-tiba telefonnya berbunyi dan dengan pantas dia
berlari ke arah bilik.
“ Assalamualaikum…” Nur Jannah
bersuara lembut.
“ Waalaikummussalam..Nur..mama ni.
Ezri ada?” suara ibu mertuanya kedengaran di corong telefon. Nur Jannah sedikit
hampa. Sangkanya Ezri yang menelefonnya. Rindu benar dia untuk mendengar suara
Ezri, bertanya khabar dan melepaskan rindu yang terpendam.
“ Nur!” Datin Ezrien mengejutkan Nur
Jannah dari lamunan. Dia beristighfar di dalam hati. Hampir dia terlupa tentang
ibu mertuanya di corong telefon.
“
Tak adalah mama. Mungkin kat pejabat lagi. Mama dah callofiske?”Nur Jannah cuba bersikap tenang. Dia sendiri tidak tahu
ke mana suaminya telah pergi.
“
Mama dah call dia punya phone tak berangkat. Mama saja nak tanya
kamu berdua sihat atau tidak. Lama tak datang rumah..”
“
Em..sihat mama. Mama sihat tak? Daddy?”
“
Alhamdulillah! Mama dan daddy sihat. Ezri layan Nur baik-baik tak? Kalau ada
apa-apa hal, cakap dengan mama,” Datin Ezrin bersuara lembut.
“
Tak ada apalah mama..abang layan Nur dengan baik..nanti ada masa Nur ajak abang
Ezri jumpa mama dan daddy,” Nur jannah hampir menitiskan air mata menutur kata
sebegitu. Hakikatnya hatinya terluka, jiwanya sakit dan batinnya benar-benar
merana.
“
Oklah kalau macam tu. Nanti mama call
Ezri. Dia pun langsung tak call mama.
Sibuk memanjang!” omel Datin Ezrien disambut dengan
senyuman tawar di bibir Nur Jannah. Ezri juga tidak menghubunginya. Bukan
kerana sibuk bekerja, tetapi Ezri telah membencinya! Ezri tidak menyintainya
lagi dan Ezri juga telah melupakan tentang isterinya. Itu Nur Jannah cukup
pasti.
“ Yelah mama.Mama
kirim salam pada daddy ye!”
“
Insya’Allah..assalamualaikum..” Datin Ezrin memberi salam dan dijawab oleh Nur
Jannah.Talian diputuskan
dan Nur Jannah termenung sendiri.
“ Sampai hati Ezri..bukan aku yang
berjanji tapi kau. Berjanji untuk membahagiakan aku..tapi mana janji-janji yang
kau ucapkan! Mengapa aku yang menjadi mangsa? Nur Jannah meraup wajahnya yang
dihiasi manik jernih. Entah berapa kali dia menangis, dia sendiri tidak pasti.
Puas dia meratap dan merayu agar kesabaran menjadi teman setianya. Namun
sebagai manusia biasa, Nur Jannah tidak berdaya. Dia kalah dengan permainan
manusia yang menghancur leburkan hati dan kepercayaannya. Ah! Sakitnya mengemis
sebuah kasih sayang yang telah hilang. Nur Jannah masih teringat ketika
percintaan mereka. Tentang prinsip Ezri yang sangat dikaguminya.
“ Abang tak dapat jumpa Nur selalu.
Maklumlah abang banyak kerja di pejabat. Tapi apa yang penting, abang setia
pada Nur, dan Nur setia pada abang,’’ Ezri berterus-terang apabila disoal oleh
Nur Jannah tentang hubungan mereka yang berjalan tidak seperti pasangan lain.
Kata Ezri, jika berdua, pasti ada yang ketiga yang akan merosakkan iman mereka.
Sebagai perempuan yang mendapat didikan agama yang sempurna, Nur Jannah cukup
kagum dengan pendapat lelaki itu.
“ Betul le tiada orang alin di hati
abang selain daripada Nur?’’ Nur Jannah meminta kepastian. Wajah kacak Ezri
dipandang lama. Lelaki itu tersenyum
mendengar soalannya.
“ Nur tak percaya? Atau Nur meragui
keikhlasan abang?’’ Ezri pula menyoal kembali.
“ Mustahil tiada orang lain suka kan
abang. Dahlah kaya hensem pulak tu!’’ Nur Jannah masih menduga. Dia tidak ingin
tersilap langkah dengan memilih suami yang salah untuk menjadi teman hidupnya.
Bagi Nur Jannah, biarlah miskin harta,tidak kesetiaan yang didambakan oleh
semua perempuan.
“ Yang suka kan abang ada! Tapi
abang tak boleh halang untuk mereka suka kan abang. Tapi yang pasti, hanya Nur
di hati abang okey!’’ Ezri berusaha meyakinkan gadis di hadapannya. Nur Jannah
tersenyum, percaya.
“ Trik,trik…trik,trik….” telefon Nur
Jannah berbunyi sekali lagi mematikan terus ingatannya terhadap kenangan lama.
Nombor yang tertera di skrin telefon bukan milik Ezri. Entah bila lelaki itu
akan menghubunginya, dia sendiri tidak pasti.
“
Helo..assalamualaikum…”
“
Waalaikummussalam. Nur ye?” kedengaran suara lelaki dicorong telefon.
“ Emm..ni siapa?” Nur Jannah
bersuara lemah. Semangatnya semakin hilang mendengar suara itu bukan milik
suaminya.
“ Aik! Dah tak kenal ke?” suara itu
seakan berjauh hati. Nur Jannah panas melayan. Sudah hatinya sakit bagai
terkena sembilu, hendak dilayan lagi hempunya suara yang tidak memperkenalkan
diri.Sungguh kepalanya terasa sakit.
“
Awak siapa? Jangan main-main. Saya penatlah!” Nur Jannah separuh menjerit.
Ingin dia mematikan panggilan agar fikirannya tidak bertambah serabut.
“
Nur..kenapa ni?Ni abang Ejay
lah..Nur dah lupa terus kat abang?” suara itu seakan terkilan dengan kata-kata
Nur Jannah. Nur Jannah yang mendengar terkejut dan berasa serba salah. Wajah
sepupunya yang mendung terbayang di mata.
“ Abang Ejay ke? Nur minta maaf. Nur
tak ada niat nak sakitkan hati abang. Nur tak perasan tadi!” tutur Nur Jannah
sedikit kesal. Tidak wajar dia melepaskan kesakitan hatinya kepada orang lain.
Tidak pasal-pasal lelaki itu menjadi mangsa kemarahannya.
“ Nur kenapa? Tak sihat ke?” Ejay
bersuara sedikit cemas. Nur Jannah mendiamkan diri seketika. Terbayang wajah
sepupunya yang pernah mengharap cinta daripadanya. Harapan lelaki itu terlalu
tinggi untuk bersamanya. Namun cinta Nur Jannah untuk Ezri lebih dari itu.
Sudahnya, hati Ejay terpaksa dilukakan.
“ Nur kurang sihat. Abang apa
khabar?”
“ Abang macam nilah. Masih sedih
kehilangan Nur..” suara Ejay kedengaran sayu merobek hati Nur Jannah. Masih ada
cinta di hati lelaki itu untuknya.
“ Nur hanya anggap abang macam abang
Nur sendiri. Abang pun lupakanlah Nur!” Nur Jannah simpati terhadap sepupunya
itu. Namun cinta tidak boleh dipaksa. Kata orang cinta kerana terpaksa hanya
mengundang derita. Benarkah? Bahagiakah dia mendirikan mahligai di atas dasar cinta?
Sedangkan dia turut merana walaupun membina mahligai bersama Ezri atas nama
cinta yang suci. Ya Allah apakah ini dirasai oleh abang Ejay atau orang di luar
sana yang bertepuk sebelah tangan?
“
Abang tak mampu lupakan Nur..abang dah cuba.Suatu hari abang akan jumpa Nur juga. Hubungan keluarga
kita takkan putus dan abang takut untuk berdepan dengan Nur!” suara Ejay
kedengaran sedikit kesal.
“ Masa akan merubah segala-galanya
abang!” Nur Jannah bersuara keras.Penat
dia memikirkan masalah rumahtangganya, kini lelaki itu pula meluah rasa.
Semuanya untuk apa? Tidak mungkin dia boleh bersuami dua atau menjadi isteri
yang curang. Sepatutnya Ejay berfikir sebelum melontar kata.
“
Tapi cinta abang tak akan berubah!”Ejay
juga membentak.
“ Nur dah jadi milik orang bang.
Antara kita tiada jodoh. Jangan dilawan takdir dari Allah..” Nur Jannah
mengendurkan suaranya. Dia tahu sakitnya bila cinta tidak kesampaian. Kerana
itu, dia tidak sanggup melihat Ejay
menderita kerananya.
“ Nur bahagia?” suara Ejay mulai
lembut. Nur Jannah hampir menitiskan air mata sekali lagi. Mengapa orang lain
yang inginkan kebahagiaan menjadi miliknya. Kenapa tidak Ezri? Seorang lelaki
yang bergelar suami kepadanya. Sungguh, Ezri keterlaluan!
“ Nur bahagia bang..” Nur jannah
tersenyum tawar. Andai Ejay di hadapan matanya waktu itu, pasti lelaki itu
mengerti derita yang ditanggungnya. Pasti lelaki itu turut mengalirkan air
mata. Cinta Ejay padanya terlalu kuat dan Nur Janah percaya Ejay masih
menyintainya.
“ Boleh abang jumpa Nur?” Ejay
bersuara penuh harapan.
“ Jumpa?” Nur Jannah tersentak.
Wajah Ezri terbayang di matanya. Risau jika nanti mendatangkan kemarahan
suaminya.
“ Em..sekadar minum-minum. Atau Nur
dah tak sudi?” suara Ezri seakan berjauh hati.
“ Tapi Nur tak boleh bang..” tutur
Nur Jannah mengharap pengertian.
“
Please..sekejap je. Sebagai satu
keluarga..”Ejay masih memujuk.
“ Abang nak jumpa Nur kat mana?” Nur
Jannah beralah.Kasihan pula dia andai menolak
permintaan saudara sendiri.Lagipun
berada di rumah besar itu hanya membuatkan dia menangis lagi.
“ Jumpa kat Central Market..Nur nak pergi dengan apa?” kedengaran suara Ejay
yang berbaur ceria.
“ Nur naik bas lah!” Nur Jannah
bersuara pantas.
“ Bas? Abang pergi ambil Nur
lah..Nur duk kat mana?” tawaran Ejay membuatkan Nur Jannah berfikir. Kalau nak
naik bas, kena tunggu! Lepas tu, nak sampai CM, mahu satu jam..Fikir Nur Jannah
sendiri.
“ Taman Harmonis Gombak, rumah warna
hijau muda dari hujung..abang nak ambil Nur ke?” Nur Jannah pula bertanya.
Sebenarnya dia sendiri malas untuk
menaiki bas. Bersesak di dalam bas pasti memenatkan! Lain lah kalau berteman!
Getus Nur Jannah lagi.
“ Ok..Nur bersiap. Nanti abang
datang ambil,” Ejay seolah-olah memberi arahan. Nur Jannah yang berkira-kira
sendiri, tersedar dan hanya mengiyakan kata-kata lelaki itu. Kemudian
kedengaran Ejay memberi salam dan dijawab oleh Nur Jannah sebelum talian
diputuskan.
****
Selesai bersiap,
Nur Jannah membetulkan sekali lagi wajahnya yang dicalit sedikit mekap. Matanya
yang bengkak kerana banyak menangis ditutupi dengan cermin mata hitam. Dia cuba
tersenyum, namun kesedihan jelas menghiasi seraut wajahnya. Seketika dia memegang
potret perkahwinan yang berada di atas meja solek. Wajah Ezri yang tersenyum
disentuh lembut. Ada rindu yang menggunung di benak hatinya. Rindunya kepada
lelaki yang dikenali setahun yang lalu. Perkenalan mereka di Tasik Titiwangsa
bagaikan membawa sinar bahagia di dalam hidup Nur Jannah. Bahagia yang
bercambah semakin mekar dari hari kehari saat Ezri melamarnya menjadi suri di hatinya. Kata orang,
cinta di antara suami isteri akan terasa lebih nikmatnya. Tiada lagi batasan
seperti waktu bercinta yang memerlukan keteguhan iman di antara pasangan yang
belum diikatkan dengan tali perkahwinan. Dan saat itu amat Nur Jannah nantikan
dengan penuh pengharapan sebuah kebahagiaan bersama suami tercinta. Namun
sayang, semua itu hanyalah permulaan kehancuran hati seorang isteri sepertinya.
Mahligainya runtuh sebelum sempat dia merasa kemanisan hidup berumahtangga.
“ Abang, Nur keluar kejap..Nur rindu
sangat kat abang!” Nur Jannah bersuara sendiri. Dikucup potret tersebut dan
menyapu air mata yang mulai menitis. Sungguh, dia tidak kuat menghadapi semua
itu. Bercinta, berkahwin dan ditinggalkan pada malam pertama. Apa dosanya
disakiti sedemikian rupa. Tergamak Ezri menghukumnya tanpa sebab. Masih
teringat dia bagaimana dia ditinggalkan sendiri di kamar yang berhias cantik.
Apa yang dia terkilan, kata Ezri ingin berjumpa kawan yang berada dalam
masalah. Apakah dia tidak penting buat Ezri? Lama dia menanti kepulangan suami
tersayang, namun jarum jam menunjukkan 5.00 pagi, baru lelaki itu pulang tanpa
rasa bersalah dan tidur beralaskan kain di atas lantai.
“ Apa abang buat ni? kenapa tidur
atas lantai?’’ Nur Jannah menggoyangkan tubuh suaminya. Pelik juga dia dengan
sikap Ezri yang enggan tidur sekatil dengannya.
“ Nur, tolong jangan ganggu abang!
Abang penat!’’ tutur Ezri sedikit kasar. Nur Jannah tersentak dengan kata-kata
suaminya. Hatinya sedikit tersinggung. Ada masalahkah lelaki itu?
“ Abang?’’ Nur Jannah masih tidak
berpuas hati.
“ Kalau Nur nak abang tidur kat
luar, cakap! Kalau tak jangan ganggu abang!’’ Ezri mula meradang. Nur Jannah
bagaikan bermimpi. Lelaki yang dianggap sempurna mengherdiknya. Itu pun hari
pertama pernikahan mereka? Sudahnya Nur Jannah bersandar ke dinding terkebil-kebil
sendiri bersama air mata yang mengalir secara tiba-tiba.
Ya Rabbi..diakah yang tersalah
memilih atau tersilap menilai erti sebuah cinta..sungguh dia keliru.
“ Trik,trik….trik,trik…” telefonnya
berbunyi. Nur Jannah tersentak dan ingatan itu terpadam serta merta . Dia meletakkan
kembali potret perkahwinan mereka dan menjawab panggilan.
“ Helo!”
“ Nur dah siap? Abang ada kat depan
rumah. Tak pastilah betul tak rumah Nur ni! Abang tunggu kat sini ek!” suara
Ejay kedengaran lembut menyentuh gegendang telinganya.
“ Ok!” Nur Jannah bersuara singkat.
Dia merenung sekali lagi gambar kacak Ezri. Kemudian dia keluar dari bilik dan berlari anak menuju
ke pintu utama. Dari ambang tingkap, matanya merenung lama Ejay yang berada di luar sana.
****
Nur Jannah hanya
mendiamkan diri sepanjang berada di dalam kereta. Dia asyik menikmati lagu-lagu
yang diputarkan oleh Ejay. Sesekali
hatinya terusik mendengar lagu dari kumpulan
Arrow yang bartajuk Haruskah kita berpisah. Pedih di hatinya bagai
ditusuk duri sembilu. Rasa ingin dia meraung di situ agar hilang segala
kesakitan hati yang ditanggungnya. Namun dia masih mampu melawan gurisan hati
dan bebanan yang merantai jiwanya biarpun dia semakin lemah menghadapi
kesengsaraan yang tidak pernah diduga.
Dia tidak pernah menyediakan bekalan
untuk menghadapi saat-saat begitu. Sangkanya cinta Ezri akan sampai ke liang
lahad. Sangkanya juga Ezri akan menjaganya bak permaisuri, namun sayang cinta
Ezri hanya pura-pura. Ah! Alangkah seksanya menghadapi cinta yang retak tanpa
kerelaan.
“ Nur..” Ejay memanggil lembut.
Matanya lama menatap seraut wajah Nur Jannah yang bercermin mata hitam.
Panggilannya tidak diendahkan oleh gadis itu.
“ Nur!” Ejay memanggil lagi. Nur
Jannah yang tampak terkejut pantas berpaling. Dia menjungkit keningnya dan
kemudian mencebik saat lelaki itu tergelak kecil.
“ Abang panggil Nur?” Nur Jannah
cuba berlagak tenang.Pasti ada sesuatu yang
mencuit hati sepupunya.
“ Nur berangan ek. Abang panggil
langsung tak pandang.”Ejay tersenyum pula.
“
Tak adalah bang.Nur cuma tak sihat.
Kenapa bang?” Nur Jannah serba salah. Wajah Ejay dipandang dengan senyuman.
“ Nur tak sukakan abang ke?” Ejay
cuba mendapatkan kepastian. Dia tahu Nur Jannah hanya menganggapnya sebagai
abang sepupu tidak lebih dari itu. Namun hatinya mengharap gadis itu
menyayanginya lebih dari itu.
“ Nur sukakan abang. Bukankah kita
sepupu. Mak Long pun dah macam mak Nur sendiri. Tak mungkin Nur bencikan abang.”
Tutur Nur Jannah lembut.
“ Tapi, mengapa Nur tak beri abang
peluang untuk memiliki cinta Nur. Abang derita Nur!” Ejay bersuara lirih. Luka
di hatinya masih terasa. Rindunya untuk Nur Jannah masih ada dan untuk
melupakannya Ejay sendiri tidak tahu bagaimana.
“ Nur dah berpunya bang. Tak perlu
diungkit lagi perkara yang sudah lepas.”
“ Adakah kerana dia anak Dato’ Nur?Dan
abang tiada taraf seperti itu?” Ejay seakan membentak. Dia memandang ke arah
Nur Jannah yang memandang tajam kepadanya. Nur Jannah tidak menyangka begitu
sekali cintanya disalahertikan.
“ Nur dan abang sama taraf. Tiada
beza antara kita. Dan Nur tak pernah cintakan abang Ezri kerana harta. Tidak
bang!” air mata Nur Jannah mula bermain di kelopak mata. Mudah benar cintanya
dipersenda. Sudahlah Ezri melayannya bagai pengemis, kini Ejay pula menghina
dirinya.
“ Abang cintakan Nur! Bukan niat
abang menyinggung perasaan Nur. Abang tak berdaya. Sehinggakan abang tak lalu
makan. Abang kecewa sangat-sangat Nur!”Ejay
memandang ke arah luar kereta. Air matanya cuba ditahan, namun mengalir juga
membasahi pipi.Mengapa Nur Jannah
tidak mengerti? Mengapa? Sedangkan mereka membesar bersama. Tiadakah rasa
simpati gadis itu terhadap dirinya. Bukan dia tidak pernah meluah perasaannya
sebelum ini. Namun Nur Jannah tidak pernah ambil peduli.
“ Abang, andai Nur terima abang
sekalipun abang dan Nur tak akan bahagia. Hati Nur untuk orang lain. Seperti
mana Nur suruh abang lupakan Nur, abang tak mampu. Begitu juga Nur, Nur tak
mampu lupakan abang Ezri..” Nur Jannah berterus terang. Sukar benar untuk Ejay
mengerti betapa hatinya hanya untuk Ezri. Sudahlah hatinya terbeban dengan
sikap Ezri, di tambah dengan rayuan
Ejay yang tidak putus-putus.
“ Nur nak ke mana?” Ejay tiba-tiba
mengubah tajuk.
“ Suka hati abanglah,” Nur Jannah
hanya mengikut. Dia memandang ke arah luar. Tanpa sedar mereka berada di
hadapan bangunan suria KLCC yang tinggi mencakar langit. Tingginya bangunan
itu, tinggi lagi harapan dan impian Nur Jannah dalam melayari rumah tangga yang
bahagia. Tapi kenapa Ezri begitu? Ah! Ezri lagi yang diingatkan. Sedangkan
lelaki itu sudah melupai dirinya.
“ Termenung lagi?” Ejay bersuara
menyentak lamunan Nur Jannah.Dia tersipu-sipu
menyedari dirinya diperhati lama oleh lelaki itu.
“ Jomlah kita pergi Tasik
Titiwangsa.Dah lama abang tak pergi.Kalau dulu abang rajin juga berjogging kat situ, tapi
sekarang dah tak ada masa.”
“ Nur ikut je,” Nur Jannah bersuara
pendek. Ejay melajukan keretanya dan beberapa minit kemudian mereka sampai ke
Tasik Titiwangsa. Mereka keluar dan beriringan menuju ke kawasan tasik. Nur Jannah merasa
sedikit tenang menghirup udara segar. Sudah berapa hari dia terperuk di rumah
bertemankan kesepian dan air mata. Kadangkala dia mengendap keluar rumah
kalau-kalau Ezri pulang. Setiap hari juga dia menyediakan makanan untuk
menyambut kepulangan suaminya. Sudahnya sajian itu dibuang ke dalam tong sampah
tanpa disentuh. Sedih hatinya hanya Allah yang tahu. Seringkali juga dia
menolak ajakan Maria untuk keluar. Dia risau kalau-kalau Ezri balik tanpa
memberitahunya.Tapi sayang penantiannya hanya
sia-sia dan akhirnya dia sendiri berendam air mata.
“ Nur selalu datang ke sini?”
“ Em..dulu biasa juga. Datang dengan
Maria.”
“ Maria? Siapa?” Ejay menjeling
sekilas.
“ Kawan Nur. Satu sekolah dulu.”
“
Datang jogging?” Ejay masih galak bertanya.
“ Macam tulah!”
“ Kenal Ezri kat sini juga?” Ejay
ingin mengetahui perkenalan Nur Jannah dengan lelaki yang berjaya mencuri
hati gadis idamannya.
“ Entahlah Nur dah lupa.” Riak wajah
Nur Jannah kurang senang dengan soalan yang dilemparkan.
“ Lupa? Betul ke? Atau Nur tak nak
cerita kat abang?” Ejay seolah tidak berpuas hati. Dia menuju ke arah sebuah
pondok dan duduk. Nur Jannah turut duduk dan memandang ke arah tasik.
“ Nur betul-betul lupa,” Nur Jannah
malas mengingati saat-saat perkenalannya dengan Ezri. Perkenalan itu amat indah
untuk dikenang. Namun semua itu sudah tidak bermakna. Ezri sudah berubah.
Sedangkan pantai boleh berubah. Inikan pula hati manusia.
“ Kalau lupa tak apalah. Jom kita
pergi makan. Abang laparlah. Lepas tu abang hantar Nur ek!”
“ Abang marah Nur ke?” Nur Jannah
memandang sayu ke arah Ejay. Ada senyuman pada wajah tampannya. Tiada riak
marah atau berjauh hati. Nur Jannah merasa sedikit lega.
“ Nur sepupu abang. Apa terjadi,
abang takkan bencikan Nur.Dan abang akan cuba
melupakan cinta abang pada Nur.Abang
nak Nur bahagia!” Ejay seakan berbisik. Namun cukup jelas pada pendengaran Nur
Jannah.
“ Terima kasih bang,” Nur Jannah
bersuara sebak.Air matanya mula menitis membasahi
pipi.
“ Sudahlah.. Jangan nangis lagi! Abang tak suka
tengok Nur nangis sebab abang..”wajah
Nur Jannah dipandang. Pantas dia mencubit pipi gadis itu tanpa sempat dia
mengelak.
“ Sakitlah bang!” Jerit Nur Jannah
sedikit marah. Namun kemudian dia tergelak kecil.
“ Padam muka.. Nak sangat nangis!
Dah besar pun, macam budak-budak lagi..” tutur Ejay dengan nada bergurau.
“ Takkan orang besar tak boleh
menangis? Orang besar pun ada persaan juga!” Getus Nur Jannah sambil mencebik.
Ejay yang mencuri dengar tersengih lebar.
“ Orang besar boleh nangis!Tapi
control lah sikit. Nanti orang cakap
abang ambil kesempatan kat Nur macam mana? Tak pasal-pasal rosak nama abang,”
Ejay menjungkit kening. Seronok dia melihat mimik muka sepupunya yang kelihatan
tegang.
“
Macamlah orang lain tahu nama abang!” Nur Jannah seakan mengejek.
“
Ye tak ye jugak! Dahlah, Jom..abang lapar dah ni!”Ejay menarik tangan Nur Jannah yang hanya menurut. Mereka
menuju ke arah kereta dan bergegas menuju ke kedai makan yang terletak di
Kampung Baru.