Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,732
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Bab 16

Nur Jannah mundar-mundir di rumah banglo itu.Sesekali dia duduk dan bangun semula. Dia menanti kehadiran suaminya yang entah bila akan pulang. Pantas telefonnya dicapai dan menghubungi Ezri. Nasibnya baik kerana panggilannya diangkat. Cepat-cepat dia bersuara, bimbang andai suaminya memutuskan panggilan.

“ Assalamualaikum..abang, abang kat mana?” tutur Nur Jannah sedikit gugup.

“ Em..aku kerjalah! Apa hal?” kasar suara Ezri menerjah ke telinganya.

“Bila abang nak balik? Nur tunggu abang tapi..” kata-kata Nur Jannah bagai tersekat di kerongkongnya. Takut jika disergah sekali lagi. Lelaki itu sudah lupa untuk bercakap lembut.

“ Nanti aku balik!” Ezri bersuara sebelum sempat Nur Jannah menghabiskan kata-katanya.

“ Abang balik petang ni?” Nur Jannah cuba mendapatkan kepastian. Rindu benar dia pada suaminya yang sentiasa mengguris hati dan perasaannya. Lupa dia pada kata-katanya kepada Maria tentang niatnya untuk bercerai.

“ Em yelah!” talian diputuskan. Nur Jannah terduduk di pelosok dinding. Air matanya seperti biasa mengalir lagi. Seksa benar mengharap kasih dari Ezri. Penat dia menghintung hari bahagia mereka. Namun semua itu hanya sia-sia. Nur Jannah bangun dan menuju kebilik air. Dia membasahkan badannyaa sambil menyanyi kecil menghilangkan rasa luka di dalam hati. Selepas mandi, dia bergegas ke dapur untuk memasak. Tiba-tiba telefonnya berbunyi dan pantas Nur Jannah mencapainya.

“ Helo..”

“ Emm..Nur abang ni,” suara Ejay lembut dihujung telefon.

“ Ada apa bang?” tutur Nur Jannah dengan suara ceria yang sengaja dibuat-buat.

“ Jom keluar! Abang belanja Nur.”

“ Tak bolehlah bang. Kejap lagi Nur ada hal. Nur minta maaf bang!”

“ Nur takut suami Nur marah?”suara Ejay masih lembut seperti tadi.Nur Jannah terdiam seketika. Marahkah Ezri andai dia bersama lelaki lain? Mana mungkin! Lelaki itu tidak menyintainya lagi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan percintaan mereka. Dia tidak pernah mengenal erti bahagia sejak bergelar isteri kepada Ezri.

“ Nur!”

“ Emm.. tak adalah abang. Nur ada janji dengan Maria,” Nur Jannah terpaksa berbohong.

“ Ye ke? Maybe lain kali. Abang harap Nur tak hampakan harapan abang,” suara Ejay seakan sayu. Nur Jannah cukup rimas memikirkannya. Hendak melenting, risau sepupunya itu tersinggung. Hendak dilayan, dia sendiri tidak mampu kerana statusnya sebagai seorang isteri.

“ Em..mungkin lain kali!”

“ Kalau macam tu tak apalah. Kirim salam kat kawan Nur tu.”

“ Insya’Allah ..” Nur Jannah memutuskan panggilan apabila memberi salam. Dia termenung seketika. Wajah sepupunya itu terbayang di ruangan mata. Anak Mak Longnya itu cukup tampan dan bergaya. Namun hatinya tidak terpaut. Mungkin kerana mereka membesar bersama dan sudah dianggap sebagai abang.Tiba-tiba Nur Jannah teringat pada Maria yang memintanya mencari teman lelaki. Apa salahnya dia memperkenalkan Maria kepada sepupunya itu. Tanpa sedar Nur Jannah tersenyum sendiri. Kemudian dia menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Mujur masih ada lagi stok makanan di dalam peti. Pantas dia mengeluarkan ayam dari peti sejuk dan memotongnya kecil. Setelah selesai semuanya Nur Jannah menumis bawang untuk membuat ayam masak merah. Sementara masak, tangannya ligat memotong sayur untuk digoreng. Setelah selesai semuanya dia berlalu menuju ke arah ruang tamu dan menonton televisyen.

****

Jam di dinding hampir pukul 6.00 petang. Maisarah memandang ke arah Zurina yang tersenyum melirik. Dia mengangkat kening cuba mendapatkan penjelasan.Namun gadis itu hanya mendiamkan diri dan bergegas ke bilik. Setengah jam kemudian Zurina keluar dan mendapatkan Maisarah.

“ Mai..aku nak cakap sikit!” Zurina tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih. Dia duduk mengadap Maisarah yang mengerutkan dahinya.

“ Pasal apa? Dari tadi kau senyum je. Dapat bonus ke?” Maisarah memandang lama ke arah teman serumahnya.

“ Em..hari tu aku ada jumpa dengan member sekolah. Kebetulan dia nak tukar kerja, so dia minta kerja kat pejabat Ezri. Masalahnya sekarang, dia nak cari rumah sewa. Jadi aku ajaklah dia menyewa dengan kita sekali.” Zurina mula berterus-terang.

“ Ok ke budak tu?” Maisarah berwajah serius. Dia tidak suka sebarang masalah. Cukuplah dia melayan kerenah Zurina yang sentiasa memberontak tidak tentu pasal.

“ Baik budak tu! Baik sikit dari aku lah!” Zurina bersuara manja. Maisarah hanya mencebik. Pandai betul nak bodek aku! Dia berfikir seketika.

“ Em..bolehlah dengan syarat!”

“ Syarat? Alahai bersyarat-syaratlah pulak kau ni Mai!”Zurina tersenyum sumbing. Macam kelakarlah pulak!

“ Bagitahu dia, jangan sesekali bawa balik lelaki kat rumah ni..aku tak suka!” Maisarah seakan memberi arahan yang wajib dituruti.

“ Aku tahulah! Ezri pun aku tak pernah bawa balik. Pasal kaulah!”

Somacam mana? Setuju?”

“ Yelah..nanti malam aku dengan Ezri ambil dia,” Zurina bangun menuju ke arah televisyen.Dia membukanya dan mencari siaran yang sesuai.

“ Macam mana kau dengan Ezri?”Maisarah tiba-tiba bertanya. Zurina menjeling sekilas ke arah Maisarah. Sejak bila pula minah ni berminat dengan hubungan mereka? Selalunya gadis itu cukup meluat mendengar nama Ezri. Baginya lelaki itu tidak setia dan hanya tahu menghancurkan hati perempuan.

“ Em..so far so good!Kenapa kau tanya? Biasanya, tak suka dengar nama Ezri!” Sinis kedengaran kata-kata Zurina.

“ Em..diakan boyfriend kawan aku. Apa salahnya aku tanya. Kau kenal ke wife dia?” Maisarah sekadar bertanya. Zurina yang mendengar sedikit panas. Sakit hatinya bila mengenangkan perempuan yang merampas kekasihnya. Maisarah pula seperti sengaja menyakitinya.

“ Aku malas nak kenal perempuan perampas tu!” Zurina bersuara keras. Dia mengambil bantal di atas sofa dan membaringkan dirinya di hadapan televisyen.

“ Ala..bakal madu kau juga..Kalau aku, aku pergi jumpa dia. Borak-borak! Bukan ke mengeratkan silaturrahim!” tutur Maisarah seolah-olah sengaja menambah sakit di hati Zurina.

“ Tak payahlah! Buang karan je! Yang kau ni macam sengaja sakitkan hati aku kenapa? Kau jangan Mai! Aku kalau marah..” Wajah Maisarah dipandang dengan pandangan tajam.

“ Ala macam aku tak tahu, kalau kau marah kau baling pinggan..habis dah pinggan kat dapur tu. Mujurlah pakwe kau tu kaya. Bolehlah nolong,” Maisarah tergelak kecil. Seronok dia melihat Zurina menarik muka.

“ Kalau orang tak sakitkan hati aku, tak adanya aku mengamuk Mai! Ni tidak, bukan hati aku je sakit, jiwa aku ni! Orang dah rampas pakwe aku, takkan aku nak tersenyum je!” Bidas Zurina keras.

“ Kalau tahu macam tu, kau janganlah sakitkan hati isteri Ezri tu Ina. Aku bukan apa, aku tak nak nanti kau juga yang terkena nanti. Kata orang, dendam ni hanya bawa banyak masalah! kau lupa je, Ezri tu!” Nasihat Maisarah bagaikan angin yang datang dan pergi bagi Zurina. Tiada langsung berbekas di hatinya walaupun sedikit.

“ Tak payahlah kau nak nasihatkan aku kalau terpaksa lupakan Ezri tu Mai! Sudahlah, malas aku nak layan kau!” Zurina bangun dan menuju ke bilik. Dia menghempaskan pintu sekuat hati. Ada kawan pun tak guna! Bukan menyenangkan, menyakitkan hati adalah. Zurina menghempaskan badannya ke atas katil. Dia teringat kepada Ezri.. Ah! Mengapalah kau berubah. Dulu kau janji akan setia. Bagus sangatkah perempuan tu? sekarang hanya aku yang terkena! Zurina mengambil potretnya bersama Ezri di atas meja solek. Dia merenung lama wajah lelaki yang telah mencuri hatinya. Cintanya takkan pernah hilang walaupun Ezri telah mengkhianati cinta mereka. Apa yang menghirankan Zurina, bagaimana dia boleh terlepas pandang kegiatan Ezri sebelum ini. Lelaki itu terlalu memanjakannya. Masakan ada gadis lain yang digilai oleh lelaki itu selain daripadanya.
Zurina menarik nafas. Semunya telah berlaku. Namun untuk membiarkan Ezri bersama isterinya tidak sekali-kali! Itu Zurina akan pastikan.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.