Bab
24
Suasana rumah Ejay
riuh rendah dengan suara saudara mara dan beberapa orang kampung. Mereka sibuk
menyediakan persiapan memasak untuk kenduri malam nanti. Nelly dan Airi adik
kesayangan Nur Jannah entah ke mana.Nur Jannah turut
menolong memotong bawang. Begitu juga dengan Maria yang terkial-kial memotong carrot untuk dibuat ayam masak merah.
Mak Leha memandang sambil tersenyum melihat gelagat gadis itu.
“ Kita orang perempuan kena rajin buat kerja
kat dapur. Nanti dah kahwin, tak adalah suami lari,” Mak Leha separuh bergurau.
Dia pantas memotong ayam yang masih berbaki. Kemudian diletakkan ke dalam bekas
yang tersedia.
“
Maria tu mak, kalau kat sana tak ada masaknya.Order je!” Nur Jannah tergelak. Maria mencebik tidak puas
hati. Dia memandang Nur Jannah dan membuat mimik muka menyebabkan Nur Jannah
tertawa kuat.
“ Emm..orang tu pun jangan ketawa
lebih-lebih..Mak Long tak pernah pun tengok Nur
masak. Dah jadi isteri orang ni, kenalah pandai semua tu,” Mak Siah selaku
kakak sulung Mak leha bersuara dari belakang.Dia duduk di sebelah Nur Jannah dan disalami anak
saudaranya itu. Maria juga pantas menghulurkan tangannya.
“ Mak Long, dari tadi Nur cari, baru
nampak muka. Mak Long sihat?” tutur Nur Jannah sambil melemparkan senyuman
manis.
“ Alhamdulillah..tadi Mak Long ada
kerja sikit,” Mak Siah turut tersenyum senang.
“
Maria..ni lah, mak abang Ejay..”Nur
Jannah bersuara separuh berbisik. Maria yang mendengar melemparkan senyuman
manis. Inilah bakal mak mertua aku! Boleh tahan. Maria tersenyum sendiri.
“ Kawan Nur ni namanya siapa?”Mak
Long bersuara sambil memandang Maria. Maria yang tersenyum sedikit menggelabah.
“
Maria… mak cik.” tutur Maria sambil menjeling Nur Jannah yang tersenyum-senyum.
Entah apa yang kelakarpun tak tahulah minah ni! Getus Maria di dalam hati.
“
Dah kahwin?” Mak Long masih bertanya. Nur Jannah sedikit tergelak melihat wajah
Maria yang tersengih-sengih bagai kerang busuk.Pantas bahu Nur Jannah dicubit dan gadis itu terjerit
kecil. Mak Leha yang melihat hanya menggeleng kepala.
“ Belum kahwin lagi mak cik.Belum
ada calon!” Maria bersuara jujur. Matanya terkelip-kelip melihat ke arah Mak
Siah yang tersenyum penuh makna.Dia
kemudian meneruskan kerjanya sambil menunduk ke lantai. Resah hatinya berhadapan dengan wanita
separuh abad itu yang asyik memandang kepadanya.
“
Nur macam mana?” wajah Mak Siah teralih kepada Nur Jannah. Pandangan
lama menatap wajah ayu anak saudaranya. Teringat dia kepada anak bujangnya yang
meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat memiliki sekeping hati Nur Jannah.
Dari kecil mereka sememangnya rapat dan sentiasa bersama. Entah macam mana ada
cinta yang terpahat di hati Ejay.
“
Macam mana apa Mak Long?”Nur
Jannah sedikit hairan. Dia memandang ke arah Mak Siah lama.
“ Dah ada ke?” soalan itu seakan
tergantung. Nur Jannah benar-benar tidak faham.
“ Ada apa Mak Long?”
“ Nur belum hamil lagi ke? Tak sabar
Mak Long dengan mak Nur nak menimang cucu,” Mak Siah melirik ke arah adiknya
yang mencuri dengar. Nur Jannah yang mendengar bagai terkesima. Serasa darahnya
naik ke muka mendengar soalan Mak Longnya. Tiba-tiba hatinya digigit pilu.
Kalaulah Ezri mendengar, mungkin dia bertepuk tangan bersorak gembira melihat
kesedihan di wajahnya sebagai seorang isteri.Air
matanya seakan ingin keluar saat itu. Tiba-tiba matanya terarah ke arah
tingkap. Ejay yang berdiri di situ memandang tajam kepadanya dan Nur jannah menunduk, cuba menyembunyikan
wajah.
“
Belum lagi Mak Long.” Perlahan suaranya menutur kata.
“
Belum ada rezeki! Nanti adalah tu Kak Long..” Mak Leha menyampuk. Dia memandang ke arah anaknya yang mula
berubah wajah. Beberapa orang yang turut membantu hanya tersenyum mesra.
“
InsyaAllah..Mak Long ni pun nak juga cucu.Tapi si Ejay tu pun tak kahwin lagi. Nak tunggu bidadari
kayangan agaknya. Kalau macam tu, berjanggutlah Mak Long tunggu.”
“
Ala kak Long ni..tak adanya janggut tu tumbuh! Kalau lelaki yelah!” Mak Leha
tergelak kecil. Pandai pula kakaknya itu membuat lawak percuma.
“ Kak Long umpamakan je! Bilalah Si
Ejay tu nak bernikah.Calon pun tak ada lagi.
Kalau Nur tak kahwin lagi, bolehlah jadi menantu Mak
Long!” Mak Siah bersuara sedikit hiba. Nur Jannah yang mendengar seakan terkejut. Mak Long tahu ke perasaan
Ejay padanya! Kalau tahu pasti orang tua itu terasa dengan penolakkannya.
“
Mak Long! Maria ni solo lagi.Apa
kata Mak Long jadikan dia menantu.Orangnya baik
Mak Long. Nur suka kalau abang Ejay
nikah dengan Maria ni!” Nur Jannah cuba memujuk. Maria yang mendengar pantas
mencubit.
“
Sakitlah Mar! Kau ni cubit bukan main lagi kuat,” Nur Jannah menjerit kecil.
“
Kalau Maria sudi, apa salahnya. Nanti Mak Long tanya Ejay tu!” Mak Siah
menjawab cepat. Maria yang terkebil-kebil, geram dengan sikap Nur Jannah.
“
Dah siap semua Kak Long. Bolehlah masak! Nanti terlambat pula,” Mak Leha
menghentikan perbualan mereka. Maria memandang ke arah Nur Jannah sambil
mencebik.Nur Jannah hanya
tergelak kecil. Dari luar, Ejay menyaksikan perbualan mereka. Ada simpati pada
emaknya yang tidak sabar inginkan menantu. Dan saat itu matanya terarah ke arah
Nur Jannah, kemudian matanya menangkap
pandangan Maria yang merenung lama kepadanya.
****
Jam 9.00 malam, bacaan Yassin dimulakan.
Kedengaran suara orang ramai membaca ayat suci Al-Quran dengan khusyuk. Nur
Jannah dan Maria tidak ketinggalan. Mereka turut menghadiahkan doa buat arwah
Encik Muhammad. Selesai semuanya, para tetamu dihidangkan dengan nasi dan
lauk-pauk kampung. Ejay yang duduk, bangun untuk membantu. Dia menjeling kepada
Nur Jannah dan Maria yang sibuk mengangkat makanan dan menghulurkan kepadanya.
“
Abang..jangan asyik jeling si Maria tu!”Nur Jannah sekadar mengusik. Ejay yang mendengar hanya tersenyum. Selesai
makan, masing-masing meminta diri untuk pulang. Mak Long tidak habis-habis
mengucapkan terima kasih di atas kedatangan mereka.
“ Nur dan Maria jangan balik lagi
ye.Tolong Mak Long basuh pinggan!”Mak Siah seakan mengarah. Nur Jannah menganggukkan kepala
dan memerhatikan Maria yang tersenyum. Apahal pulak minah ni! Tersengih
sorang-sorang..
“ Memang patut pun mak tak bagi dia
orang balik. Tadi Ejay tengok bukan main lagi dia orang ni makan. Memang patut
kena denda!” Ejay bersuara sambil ketawa.
“ Ek eleh abang ni! Dah masakan
sedap, mestilah makan banyak-banyak! Tak gitu Mar?” Nur Jannah menyinggung bahu
Maria yang asyik memandang Ejay.
“ Apa kau cakap Nur?” wajah Maria
sedikit berubah apabila ditegur secara tiba-tiba. Matanya berkalih kepada Nur
Jannah yang tersenyum sinis.
“ Kau ni berkhayal ke apa?Dahlah,
jom kita basuh nanti lambat pulak balik rumah.”
“ Malam ni tidur je rumah Mak Long!”
Nur Jannah dan Maria berpandangan. Ejay pula hanya tersenyum penuh makna.