Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,893
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Bab 19

Sahara menjeling ke arah Fakhruddin yang asyik membuat kerja. Sudah dua hari dia bekerja di situ, namun lelaki itu seolah tidak mengenalinya. Sesekali dia cuba menyapa, namun Fakhruddin hanya berlalu tanpa kata.

“ Sahara, kau tengok siapa?” tiba-tiba Zurina datang tanpa salam. Matanya melihat ke arah Fakhruddin yang membut kerjanya dengan khusyuk. Sahara yang tersedar berpura-pura membuat kerja.

“ Aku tahu kau pandang mamat tu kan? Mesti kau hairan kenapa dia tu sombong semacam je! Betul tak?” Zurina bersuara sambil memandang Sahara.

“ Sombong? Kenapa kau cakap macam tu?” Sahara kehairanan. Wajah Zurina yang kelat dipandang lama.

“ Yelah..dah dapat kerja berlagak! Sudahlah kerja tak perlu interview, bila ditegur buat pekak. Aku menyampah betul dengan orang macam tu!” Zurina mencebik. Sakit hati dia melihat sikap sombong lelaki itu.

“ Em..macam tu ke? Aku ingat kau dah syok kat dia!Tackle-tackle tak dapat!” Sahara sengaja menduga. Lelaki kacak seperti Fakhruddin pasti ramai yang terpikat. Apa lagi lulusan luar negara. Ah! Dia yang tersilap langkah meninggalkan Fakhruddin. Kini hatinya yang digigit pilu.

“ Aku? Syok kat mamat tu? Tolong sikit. Setakat muka katak kodok tu sepuluh aku boleh cari,” Zurina melayangkan sepuluh jarinya sambil mencebik.

“ Em..kalau Fakhruddin tu macam katak kodok, Aiman Ezri tu macam muka katak pisang!” Sahara sedikit geram. Sakit hatinya mendengar cemuhan Zurina kepada lelaki idamannya itu.

“ Kau ni apahal sokong mamat tu? Kau ada hati kat dia ek?” Zurina menjeling temannya dengan marah. Sahara hanya tertawa kecil melihat wajah Zurina yang merona merah.

“ Cik adik sayang, aku gurau jelah! Tapi aku tengok mamat tu memang handsome. Macam muka pelakon melayu terakhir tu. Siapa ni..em..Remy Ishak tu!” tutur Sahara dengan rasa bangga.

“ Banyaklah kau punya handsome! Kalau orang bagi freepun, aku tak nak! Oklah aku nak pergi lunch dengan Ezri ni. Kau nak ikut ke?”

“ Tak apalah. Aku dah kenyang!”Sahara pantas menolak. Matanya tidak penat melirik kepada Fakhruddin.

“ Kenyang tengok muka mamat tu?”Zurina mencebik. Dia melangkah menuju ke bilik Aiman Ezri. Sahara melihat menggelengkan kepala. Banyak cekadak pulak dia! Bilik bos dah macam bilik dia. Jual minyak betul! Sahara memandang semula ke arah Fakhruddin. Rindu dia untuk mendengar suara lelaki itu.

“ Em..Sahara, aku nak pergi lunch ni. Betul kau tak nak ikut ?” Zurina bersuara sambil melirik senyum kepada Ezri yang melempar senyuman.

“ Aku tak pergilah. Aku tak lapar!” Sahara memberi alasan.

“ Aku nak ikut boleh?” Suri yang mendengar bersuara ceria.

“ Kau tak payah! Kau ikut je abang Shahidan kau tu!” Zurina bersuara kuat. Shahidan yang baru bangun dari tempat duduk memandang tidak mengerti.

“ Ala kau ni! Malukan aku je!” Suri menarik muka. Shahidan yang tidak tahu hujung pangkal tersengih melihat Suri.

“ Fakhruddin, You tak keluar lunch ke?” Ezri bersuara melihat sepupu Arman Mustaqim itu hanya sibuk membuat kerja tanpa mempedulikan mereka.

“ Sekejap lagi Encik Ezri!” Fakhruddin memandang sekilas.Kemudian dia menyambung kerjanya semula.

“ Sombong betul!”Zurina membebel sendiri. Dia beriringan dengan Ezri keluar dari pejabat. Suri pula bangun menuju ke arah Sahara.

“ Sahara, kau tak lapar ke? Jomlah makan!” Suri seakan merengek minta ditemankan.

“ Tak apalah kau pergi dulu ek!” Sahara bersuara singkat. Suri kelihatan sedikit kecewa. Shahidan yang melihat tersengih lagi. Dia juga bangun untuk makan tengahari. Tanpa segan silu dia mengajak gadis itu makan bersama. Suri dengan rela hati mengikut dari belakang. Fakhruddin yang menyusun kertas kerja bangun untuk keluar. Sahara yang melihat cepat-cepat mengekori. Dia cuba beriringan dengan Fakhruddin, namun lelaki itu cepat benar melangkah. Sudahnya Sahara pula yang terkejar-kejar.

****

Sahara terjenguk-jenguk mencari Fakhruddin di kedai makan itu. Pantas matanya melihat Fakhruddin yang asyik menyedut rokok dan menghembuskannya ke udara. Tanpa membuang masa, dia melangkah ke arah lelaki itu.

“ Riz! Boleh I duduk?” Sahara bersuara dengan senyuman. Risau juga di hatinya andai dia diherdik oleh Fakhruddin. Pasti dia akan merasa malu apalagi ramai orang di situ yang menjamu selera. Fakhruddin yang memandang tajam hanya berdiam diri. Sahara mula duduk di hadapan Fakhruddin walau tidak dijemput. Kemudian datang seorang pelayan menghantar segelas fresh orange ke meja mereka.

“ Em..bawakan I segelas limau ais ye,” Sahara bersuara.Kemudian dia memandang ke arah Fakhruddin yang menyedut airnya dengan rakus. Ada debar yang bermain di dadanya. Hatinya bergelora saat menatap wajah tampan Fakhruddin dari dekat.

“ Riz.. I nak minta maaf dengan You.”

“ I dah maafkan You! So apa lagi yang You tak puas hati!”Fakhruddin bersuara keras. Rimas dia diganggu sebegitu. Dulu dia yang mengharapkan kehadiran Sahara di dalam hidupnya. Kini setelah dia mampu menerima takdir yang mengguris hatinya, Sahara datang kembali tanpa perasaan malu.

“ I want you back in my life! I like you Riz! I really love you!. Dulu I yang silap tinggalkan You. Tapi sekarang I dah menyesal. I yang tergilakan mat saleh yang bermata biru. Kononnya dia seorang romantik. Tapi, I dipukul Riz!” Sahara bersuara penuh emosi. Bagi Fakhruddin pula, mungkin itu balasan atas kecurangan Sahara. Dulu, dia juga kecewa apabila cintanya dipermainkan. Sakit di hatinya bagai disiat-siat. Kepada mamanya tempat dia mengadu rasa hati. Kini Sahara pula yang datang menagih cintanya kembali. Kerana Sahara, bagi Fakhruddin cinta itu tidak bermakna. Sahara yang memulakan perpisahan dan kini dia datang merayu! Sebenarnya untuk apa?

“ Semuanya dah terlambat. What happened with us, I hope you forget it!” Fakhruddin berwajah selamba. Tiada langsung riak diwajahnya untuk menerima Sahara kembali. Cintanya dulu telah hilang dibawa arus masa.

“ Tak semudah itu Riz!” Sahara sedikit membentak. Air matanya seakan ingin tumpah namun ditahannya apabila air yang diminta sebentar tadi dihantar oleh pelayan.

So! What can I do for you?” Fakhruddin membidas tajam. Penat dia mendengar rayuan Sahara yang tidak sudah. Mengapa dulu Sahara begitu seronok meninggalkannya tanpa mendengar rintihan hatinya? Sewaktu dia terseksa menanggung derita kerana ditinggal pergi, Sahara sibuk bergelak ketawa dengan lelaki lain tanpa mempedulikan hubungan mereka yang terbina atas nama cinta suci. Ah, untuk apa lagi Sahara merayu cintanya setelah dicampak tanpa rasa simpati?

Please terima I balik jadi girlfriendYou! I janji I akan setia pada cinta kita.” Sahara bersuara penuh harapan.

“ Dulu You juga berjanji Sahara! Tapi apa yang I dapat? Semua tu hanya pemanis kata je! I tak nak ada hubungan lagi antara kita!” tutur Fakhruddin tanpa memberi kesempatan untuk Sahara membetulkan keadaan.

“ Itu dulu Riz! Sekarang I dah tahu, cinta I hanya untuk You! Mengapa You ungkit balik semua tu?” suara Sahara sedikit tegang.

“ Cinta? Sahara, You tahu ke maksud cinta? Tak perlu bercakap pasal cinta kalau You sendiri tidak tahu bercinta! Cinta dalam hati I bukan lagi untuk You. Apalagi untuk isteri orang!” bidas Fakhruddin kedengaran begitu sinis di telinga Sahara.

“ I akan bercerai tak lama lagi! You jangan hukum I macam ni!” tutur Sahara dengan sedikit sebak.

“ Sudahlah Sahara.. I nak masuk kerja balik! Apapun I nasihatkan, kembalilah pada suami You,” Fakhruddin bangun meninggalkan Sahara sendiri.Dia membayar di kaunter dan berlalu. Sahara yang masih berada di tampat duduk mengetap bibir menahan tangis. Tanpa dia menyedari dari tempat duduk di belakang, Zurina memandang dengan pandangan hairan.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.