Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,403
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Bab 2

Zyra turun dari kereta Mila dan berlari anak menuju ke bangunan yang menempatkan pejabat AZURA’S FAMILY . Dia membebel sendiri apabila terlewat bangun pagi itu. Mila yang mendengar hanya memekakkan telinga. Zyra benar-benar risau. Sudahlah kereta Persona yang dibawa oleh Mila bagaikan kura-kura apabila tersempit dengan masalah lalulintas.
Zyra termengah-mengah apabila sampai di hadapan pejabat AZURA’S FAMILY. Dia menarik nafas panjang dan mengurut tanda lega. Jam hampir menunjukkan 9.20 pagi dan waktu interviewnya pada jam 9.30 pagi. Dengan sopan Zyra memberi salam sebelum masuk. Tiba-tiba matanya terbuka luas dan tidak semena-mena dia menelan air liur yang tersekat di kerongkong.
Pandangan mata Zyra tidak menipu. Hampir sepuluh orang yang berada di situ untuk interview dan dia mungkin yang terakhir akan dipanggil. Zyra melabuh punggung dengan senyuman walaupun di hatinya mula dilanda gelisah. Mungkinkah..Uh! jika tiada rezeki lagi..Zyra malas memikirkan perkara yang akan mengusutkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringatkan Mila yang beria-ria mengatakan jawatan kerani itu tidak perlukan ijazah, sedangkan apa yang Zyra lihat, jawatan itu juga seakan sukar digenggam. Zyra mengeluh perlahan. Jika tidak difikirkan agama, mungkin dia juga terpaksa menjadi model apalagi sering didesak oleh teman serumahnya itu.

“ Kalau model bertudung bolehlah Mila! Kau kan tahu, aku mana pernah buka tudung ni di tempat awam. Berdosa tahu!” Zyra bersuara tanpa bertapis.

“ Aku tahu..”

“ Dah tu, kau tak nak pakai tudung?” Zyra sekadar bertanya.

“ Belum sampai seru yang..” Mila ketawa mengekek.

“ Seru tu dah lama. Cuma kau je yang buat tak tahu. Tapi harap-harap suatu hari kau juga teringin pakai tudung ya Mila. Aurat kita, kita perlu jaga. Takut aku saat berada di dalam kubur nanti,” Zyra bersuara penuh khilaf.

“ Eh, kau ni sampai ke kubur pulak! Dahlah seram pulak aku!” Mila sedikit pucat. Zyra hanya tersenyum melihat telatah temannya itu.

Tiba-tiba satu pesanan masuk mengejutkan lamunan Zyra. Tanpa disedarinya sesi temuduga telah pun bermula. Seperti yang dijangka, sahlah dia orang terakhir yang akan dipanggil. Zyra mengeluh lagi. Pantas dia membaca pesanan yang dihantar.

- Ok tak interview - Mesej dari Mila dijawab dengan elengan. Pantas jari jemarinya ligat menaip sesuatu.

- Belum dipanggil lagi- Zyra mematikan telefonnya. Dia melihat jam di tangannya. Terasa begitu lambat masa berputar.

Zyra memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Entah kenapa ingatannya begitu kuat terhadap pemuda yang bermain gitar di Pasar Seni semalam. Siapa lelaki itu? Kenapa pandangan lelaki itu seakan membenci dirinya? Ataukah dia terjatuh cinta pandangan kedua? Ah! Tak mungkin! Aku benci lelaki dan aku bencikan cinta. Zyra mengelengkan kepalanya.

“ Kenapa kak?” seorang pemuda yang lebih muda daripada Zyra bertanya dengan pandangan hairan. Zyra terkejut dan terpingga-pingga. Kemudian dia mengelengkan kepala dan memandang ke arah lain sambil mengutuk dirinya sendiri.

****

Zyra masuk apabila dipanggil. Matanya pantas menangkap wajah cantik seorang wanita yang sibuk menjawab panggilan. Zyra berdiri di hadapan wanita itu sehingga diarahkan duduk. Dia menghulurkan fail yang mengandungi sijil-sijilnya yang disusun lewat malam tadi.

“ Erm..kenapa awak nak kerja ni?” soal wanita itu tanpa bertanya tentang maklumat peribadi Zyra. Dia asyik membelek sijil-sijil Zyra yang berada di dalam tangannya.

“ Saya perlukan kerja ni puan sebab..”

“ Panggil saya cik Azura. Saya belum berkahwin. Apa yang saya lihat, awak seorang yang terpelajar. Kenapa nak jadi kerani di sini?” soal Azura dengan tegas. Wajah Zyra dipandang bagai ingin ditelan.

“ Saya..”

“ Dah berapa lama awak menganggur?” soal Azura tanpa sempat Zyra menjawab soalannya.

“ Lebih kurang setahun. Tapi saya perlukan kerja ni cik Azura. Saya tak kisah kalau..”

“ Awak tak kisah! Tapi saya yang perlu ambil kisah. Macam mana kalau awak kerja sekerat hari, mungkin sekerat jalan?” Azura seolah-olah menduga pendirian Zyra. Zyra mendiamkan diri. Ada juga orang macam ni! Sibuk nak cari pekerja tapi..

“ Terpulanglah pada cik Azura. Saya datang apabila melihat iklan di bawah. Jika bukan rezeki saya, saya tetap bersyukur,” Zyra menjawab dengan suara yang masih sekata. Risau juga andai kesabaran lenyap sekelip mata. Azura yang mendengar tersenyum sinis.

“ Ok..saya bagi awak peluang. Tiada paksaan. Awak boleh pergi,” Azura bersuara tegas. Zyra yang mendengar terlopong tidak percaya. Dia tersenyum meleret dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan wanita di hadapannya.

“ Terima kasih cik Azura. Bila saya boleh mula bekerja?” Zyra pantas bertanya.

“ Esok! Jangan datang lewat. Saya tidak suka pekerja yang tidak berdisiplin!” Azura mengingatkan Zyra. Zyra mengangguk dan melangkah keluar dari situ. Dia membuka semula telefonnya yang dimatikan sebentar tadi. Tidak sampai seminit telefonnya mula berdering.

“ Aku kat bawah ni! Kau dah siap belum?” suara Mila kedengaran di corong telefon.

“ Aku on the way ni,” jawab Zyra sambil berlari menuruni anak tangga. Kemudian matanya pantas melihat lambaian Mila yang setia menunggu di situ.

“ Macam mana?” soal Mila tidak sabar-sabar.

“ Kalau ya pun, bagilah aku masuk dulu,” Zyra bersuara sambil menarik pintu hadapan. Dia duduk dan bersandar lama sebelum menjeling Mila yang berdehem berulang kali.

“ Apa dia? Jalanlah cik adik sayang, manis, busuk..” Zyra tergelak kecil. Mila menarik nafas panjang dan..

“ Zyra Liyana Binti Ahmad Iqbal..” Mila menekankan suaranya.

“ Kau belanja aku makan Macdonald boleh?”

“ Betul ke Zyra? Kau dapat?” Mila separuh menjerit. Zyra menganggukkan kepalanya dengan kening terangkat.

“ Bukan setakat Macdonald aku belanja, aku belanja kau makan steambout dekat Sungai Buluh. Kau nak tak?” Mila pula beria-ria.

“ Aku ikut je! Janji ada orang tolong bayarkan. Apa-apapun, jom kita pergi CM..”

“ Buat apa?” Mila kehairanan.

“ Kata nak makan McD. Kau ni Mila..” Zyra mulai geram. Pantas peha Mila dicubit kuat.

“ Ok..ok..sakitlah! macamlah tempat lain tak ada..” Mila mula menekan pedal minyak sambil membebel sendiri. Kemudian dia memandang Zyra yang tersenyum dengan mata tertutup. Kemudian dia tersenyum sendiri melihat telatah Zyra. Zyra yang begitu kaya dengan senyuman itulah yang mengeratkan lagi persahabatan mereka. Zyra gadis yang baik dan bersopan santun. Wajahnya yang sentiasa ceria menyenangkan hati Mila yang kadangkala dihambat resah.

“ Mila, kau mengutuk aku ke?” Zyra membuka matanya sebelum menutupnya kembali.

“ Aku kutuk kau cantik!” Mila tergelak kecil.

“ Sampai bagitahu aku!”

“ Dah sampaipun!” Mila tergelak lagi. Zyra hanya mengelengkan kepala. Dia menutup matanya lagi. Wajah Azrol terbayang dan tiba-tiba Zyra menjerit sehingga mengejutkan Mila yang sedang memandu. Tidak mungkin! Zyra terkedu sendiri apabila lelaki bersama gitarnya turut terbayang di matanya.

****

Sampai di Pasar Seni, Zyra dan Mila bergegas keluar dari kereta setelah memakirkan kereta di tempat yang disediakan. Mata mereka melilau melihat keadaan sekeliling. Jam di tangan baru menunjukkan jam 11.00 pagi. Zyra pantas menarik Mila yang asyik membetulkan rambutnya yang mengurai tanpa ikatan. Tak habis-habis nak berjangok! Getus Zyra sendiri.
Zyra bergegas meluru ke tempat yang bermain di fikirannya saat itu. Mila yang terkial-kial kerana memakai kasut tumit tinggi hampir tersandung apabila Zyra berjalan laju seperti lipas kudung.

“ Zyra, perlahanlah sikit. Tak lari McD tu. Kau ni..” Mila tidak habis melontarkan kata apabila melihat Zyra yang berhenti mengejut melilau mencari sesuatu. Mata Zyra yang meliar dan wajahnya yang sedikit kehampaan menjadi tanda tanya kepada Mila. Zyra terduduk di situ. Air matanya bertakung di kelopak mata. Dia keliru dengan perasaannya. Bodohkah dia? Atau gilakah dia?

“ Zyra, kau kenapa? Kau cari siapa sebenarnya?” Mila menepuk lembut bahu sahabat baiknya. Zyra mengelengkan kepala beberapa kali. Dia juga keliru. Kenapa dia ingin melihat pemuda yang bermain gitar itu? Kenapa dia ingin mendengar alunan lagu yang dimainkan oleh orang asing yang tidak pernah wujud dalam hidupnya itu?

“ Aku tak tahu apa yang aku nak buktikan sebenarnya Mila..” Zyra memandang Mila yang menyanggul rambut ikalnya.

“ Ceritalah pada aku. Kau cari siapa sebenarnya?” Mila mula menumpukan perhatian kepada Zyra. Risau juga dia melihat Zyra yang kebingungan sendiri saat itu.

“ Lelaki yang menyanyi kat sini hari tu? Kau ingat tak?” Zyra seakan berbisik.

“ Lelaki? Hari tu? Hari tu bukan semalam ke? Masa aku ambil kau?” Mila pula yang keliru. Zyra membulatkan mata dan tertawa kecil.

“ Yelah semalam! Apalah aku ni boleh lupa,” Zyra menepuk dahinya. Kemudian wajahnya ynag ceria muram kembali. Mila mencuit bahu Zyra meminta kepastian.

“ Aku tak tahulah. Aku dapat rasakan lelaki semalam tu tak suka pada aku Mila..”

“ Tak suka? Apa ya ng kau nak hairan, dia bukan pun kenal kau. Tu pun kau nak ambil kisah Zyra. Apalah kau ni!” Mila mula meradang. Takkan semua lelaki nak kena suka pada kita! Mustahil!

“ Mila, kau dengar dulu cerita aku. Masalahnya sekarang, lelaki tu, bila aku senyum, wajah dia masam mencuka. Macam benci sangat kat aku. Apa yang paling aku hairan, aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Perlukah ada perasaan benci kalau kita tak kenal seseorang? Zyra meluahkan perasaan. Dia tidak tahu mengapa semua itu harus dijadikan isu. Apa yang pasti, Zyra tidak senang duduk.

“ Agaknya dia tak suka kau lihat dia kut, ataupun masa tu kau meludah ke?” Mila melepas kata.

“ Banyaklah kau. Bila masa pulak aku meludah? Aku ni perempuan melayu tahu. Ada adab. Kalau dia tak suka aku tengok dia, kenapa dia sibuk nak menyanyi di tempat awam ni? Dia ingat, dia bagus sangat?” Zyra pula panas hati. Mungkin betul andaian Mila. Kenapa dia tidak terfikir semua itu.

“ Zyra, jangan semua benda kita nak ambil tahu. Buat sakit kepala je. Tengok aku..” Mila mengeluarkan bedak mukanya dan merias wajahnya yang tiada cacat celanya. Zyra pula hanya mengelengkan kepala. Kemudian matanya terpaut kepada seseorang. Seseorang yang memandang kepadanya tanpa senyuman. Seseorang yang melihatnya dengan penuh kebencian.
Lelaki itu seperti biasa memetik gitarnya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Lagu Masih Mencintainya nyanyian PAPINKA dilagukan dengan penuh perasaan. Sampai pada lirik lagu yang membuatkan air mata lelaki itu bertakung di kelopak mata dapat dilihat jelas oleh Zyra. Zyra benar-benar terkejut. Pandangan lelaki itu masih kepadanya. Apa masalah lelaki itu? Zyra benar-benar buntu.

Mengapa mudahnya hatimu mendua

Kulapangkan dada walaupun ku terluka

Semoga bahagia bersama dirinya

Kerana kau telah memilih dia.

Betapa sakitnya apa yang kurasa

Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka

Semoga bisa kumelupakannya

Kerana ku masih menyintainya..

Entah kenapa Zyra terasa sebak. Wajah Azrol entah kenapa muncul kembali di ruangan mata. Tiba-tiba pandangan lelaki itu tajam menusuk ke anak matanya. Tiada senyuman melainkan hanya kebencian.

“ Mila..” Zyra melanggar bahu Mila dengan bahunya.

“ Apa?” Mila sedikit terganggu. Apa tidaknya, dia asyik mewarnakn kukunya selepas puas menilik kemolekan wajanya.

“ Lelaki tu?” Zyra berbisik.

“ Mana?” Mila juga seakan berbisik. Dia meliarkan matanya.

“ Yang menyanyi dan bermain gitar tu..” Zyra bersuara lagi. Pantas Mila memandang. Wajah pemuda berkumis itu dipandang lama. Mila dapat melihat pandangan tajam lelaki itu kepada Zyra. Memang benar tiada senyuman. Sahlah! Bisik Mila sendiri.

“ Jomlah kita pergi makan. Kata nak makan McD..” Mila bersuara mematikan perasaan Zyra yang serba tidak kena ketika itu. Mereka bangun serentak dan pantas Mila memasukkan duit ke dalam uncang lelaki di hadapan mereka. Zyra yang terasa berat kakinya hanya mengekori Mila tanpa menghulurkan wang seperti semalam. Tanpa disengajakan, Zyra berpaling kepada lelaki itu. Lelaki yang membencinya tanpa sebab.

****

“ Sah! Memang sah!” Mila menepuk bahu Zyra sambil meletakkan hidangan ayam spicy dan air coke di atas meja. Zyra yang termenung sedikit tersentak.

“ Apa yang sahnya?” Zyra menjungkit kening kepada Mila yang melabuhkan punggung di hadapannya. Penat juga dia menunggu Mila yang beratur panjang untuk memesan makanan mereka.

“ Encik Gitaris tu, sebenarnya sukakan kau!” Mila melepaskan apa yang terdetik di hatinya. Pantas dia menyedut air coke yang berada di hadapan mata. Pantas juga kentang goreng dikunyahnya perlahan. Zyra membeliakkan matanya. Mila ni gila ke apa! Lelaki itu pandang dia dengan pandangan yang menyampah. Datang dari mana pula perasaan suka! Zyra hanya mencebik sebelum turut menyedut air di hadapannya.

“ Banyaklah kau suka! Kalau suka aku tak hairan. Aku tak kan tanya banyak. Biasalah kalau senyum untuk hiburkan orang. Tapi tak, muka macam tempayan pecah. Tak ada senyuman!Tu pun kau kata dia suka kat aku?” Zyra seakan membebel.

“ Eh minah! Tu namanya tektik! Kalau tak, dia tak nyanyi depan kita. Agaknya dia bukan Mat romeo atau Mat bunga. Bila nak tackle awek, bunga..atau surat cinta. Aku rasa , tu salam perkenalan tu..” Mila beria-ria benar membuat andaian.

“ Banyaklah kau tektik. Tu memang tempat dia biasa menyanyi. Kita yang menyempel di situ. Tapi..apa yang aku hairan, lagu yang dia nyanyi tu..begitu sentimental. Aku rasa nak menangis,” Zyra berterus terang. Terbayang kolam mata lelaki itu yang bertakung dengan air mata. Begitu mudah lelaki itu menangis. Kerana apa lelaki yang tegap itu mengalirkan air mata. Bukankah sukar seorang lelaki matang untuk menitiskan air mata begitu saja? Putus cinta? Dengan siapa?

“ Dah tak payah fikirlah! Tak pasal-pasal kau jatuh cinta kat mamat tu!” Mila mula ayam yang masih panas. Keenakan ayam spicy itu cukupo membuka seleranya.

“ Jatuh cinta? Mustahil!” Zyra tergelak kecil sedangkan hatinya membenarkan.

“ Tiada yang mustahil Zyra,” Mila bersuara pasti.

“ Setelah apa yang Azrol buat pada aku, aku tak lagi percaya kepada cinta. Cinta ni hanya menyakitkan hati je Mila. Waktu aku sakit, aku redha dengan ujian Allah, tapi bila Azrol tinggal aku macam tu je, aku tak rasa ada lelaki yang baik atas dunia ni Mila,” Zyra seakan mengalah. Cinta itu tidak bermata atau manusia yang buta menilai cinta.

“ Kau salah Zyra. Berapa ramai lelaki baik di atas bumi ni. Tapi kita yang belum berjumpa mereka. Ayah kau juga lelaki kan? Ayah kau baik apa. Jangan kerana segelintir lelaki macam Azrol, kau menghukum lelaki lain Zyra,” Mila pula berceramah persis seorang ustazah yang membimbing anak-anak yang dahagakan ilmu agama.

“ Aku tahu. Namun untuk bercinta buat masa ini, aku rasa tak mungkin. Hati aku masih lagi sakit Mila. Tak macam kau, balak kau tu kan setia,” Zyra tergelak kecil.

“ Memanglah! Aku ni tak ada balak. Macam mana nak kena tinggal. Tapi Zyra..aku rasa Mr Gitaris tu sukakan kau lah. Aku tengok..” Mila terdiam apabila Zyra memandang tajam kepadanya.

“ Tektik kan?” Zyra membidas cepat.

“ Erm..tektik..ye betul!” Mila ketawa bagai dibuat-buat.

“ Makanlah cepat. Aku nak balik berehat. Pening kepala!” Zyra memberi kata putus. Mila mengiakan dengan menghabiskan makanan yang masih bersisa.

“ Esok kau kerjakan? Aku hantar ek!” Mila menyambung lagi.

“ Yelah Mila, kalau aku naik bas, nanti lambat pulak. Tak pasal cik Azura tu mengamuk makan aku!” Zyra bersuara manja. Mila terkekeh-kekeh lagi melepaskan tawa melihat gelagat Zyra yang berubah secara tiba-tiba.

****

Azura berlari anak mengejar Zariff Irfan yang berlalu apabila disapa. Pantas dia menarik beg gitar yang digalas oleh lelaki itu. Sakit hatinya apabila panggilannya tidak dijawab. Ramai yang memandang kepadanya seolah-olah mengejeknya. Memang aku perigi mencari timba! Memang! Getusnya di dalam hati.

“ Awak nak apa kejar saya ni?” Zariff berhenti di hadapan Azura yang masih termengah-mengah. Wajah gadis cantik itu dipandang sekilas. Semenjak cintanya terputus di tengah jalan, Azura tidak habis-habis mengacau hidupnya. Perkenalan dengan Azura juga bukan disengajakan. Gadis itu dikenali selepas dia terlibat sebagai penyelamat ketika Azura diragut di Pasar Seni. Itu sahaja!

“ Zariff, kenapa awak sombong sangat dengan I? Tak habis-habis lagak you? You ingat, ramai ke perempuan yang kat luar sana teregeh-egeh dengan you?” Azura menjerit kuat. Dia tidak ambil kisah lagi pandangan orang terhadapnya. Sakit hatinya bukan sedikit apabila ditolak berkali-kali oleh lelaki itu.

“ Dah habis?” Zariff menjungkit kening dah berlalu meninggalkan Azura yang mengetap bibir tanda geram. Tanpa dipaksa air mata Azura jatuh di pipi. Tergamak lelaki sengket seperti Zariff menolak cintanya yang tulus.

“ Aku tak akan lepaskan kau Zariff! Aku cintakan kau! Kenapa kau tak faham?” Azura menjerit sekuat hati tanpa menghiraukan pandangan sinis orang ramai. Dia terduduk di situ dan menagis tersedu-sedu. Dia tidak sangka begitu hinanya dia di mata Zariff. Dia anak orang kaya yang digilai ramai. Mana-mana lelaki tidak akan tergamak menolak cintanya. Tetapi lelaki bernama Zariff Irfan itu seakan menduga hatinya yang dilanda rindu. Zariff seakan-akan mencalar-calar hatinya dengan belati yang tajam. Sungguh Azura tidak mampu menahan rasa hatinya terhadap lelaki itu. Andai cinta itu dapat dibeli, dia sanggup membelinya.
Azura bangun untuk berlalu. Dia tidak akan sesekali dapat melupakan Zariff. Zariff akan menjadi miliknya walaupun apa yang akan terjadi. Biar dia jatuh atau rebah, Zariff pasti menjadi miliknya seorang. Itu Azura akan pastikan ianya berlaku.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.