Bab 2
Zyra
turun dari kereta Mila dan berlari anak menuju ke bangunan yang menempatkan
pejabat AZURA’S FAMILY . Dia membebel sendiri apabila terlewat bangun pagi itu.
Mila yang mendengar hanya memekakkan telinga. Zyra benar-benar risau. Sudahlah
kereta Persona yang dibawa oleh Mila bagaikan kura-kura apabila tersempit
dengan masalah lalulintas.
Zyra termengah-mengah apabila
sampai di hadapan pejabat AZURA’S FAMILY. Dia menarik nafas panjang dan
mengurut tanda lega. Jam hampir menunjukkan 9.20 pagi dan waktu interviewnya
pada jam 9.30 pagi. Dengan sopan Zyra memberi salam sebelum masuk. Tiba-tiba
matanya terbuka luas dan tidak semena-mena dia menelan air liur yang tersekat
di kerongkong.
Pandangan mata Zyra tidak
menipu. Hampir sepuluh orang yang berada di situ untuk interview dan dia
mungkin yang terakhir akan dipanggil. Zyra melabuh punggung dengan senyuman
walaupun di hatinya mula dilanda gelisah. Mungkinkah..Uh! jika tiada rezeki
lagi..Zyra malas memikirkan perkara yang akan mengusutkan kepalanya. Tiba-tiba dia
teringatkan Mila yang beria-ria mengatakan jawatan kerani itu tidak perlukan
ijazah, sedangkan apa yang Zyra lihat, jawatan itu juga seakan sukar digenggam.
Zyra mengeluh perlahan. Jika tidak difikirkan agama, mungkin dia juga terpaksa
menjadi model apalagi sering didesak oleh teman serumahnya itu.
“ Kalau model bertudung bolehlah
Mila! Kau kan tahu, aku mana pernah buka tudung ni di tempat awam. Berdosa
tahu!” Zyra bersuara tanpa bertapis.
“ Aku tahu..”
“ Dah tu, kau tak nak pakai tudung?”
Zyra sekadar bertanya.
“ Belum sampai seru yang..” Mila
ketawa mengekek.
“ Seru tu dah lama. Cuma kau je yang
buat tak tahu. Tapi harap-harap suatu hari kau juga teringin pakai tudung ya
Mila. Aurat kita, kita perlu jaga. Takut aku saat berada di dalam kubur nanti,”
Zyra bersuara penuh khilaf.
“ Eh, kau ni sampai ke kubur pulak!
Dahlah seram pulak aku!” Mila sedikit pucat. Zyra hanya tersenyum melihat
telatah temannya itu.
Tiba-tiba satu pesanan masuk
mengejutkan lamunan Zyra. Tanpa disedarinya sesi temuduga telah pun bermula.
Seperti yang dijangka, sahlah dia orang terakhir yang akan dipanggil. Zyra
mengeluh lagi. Pantas dia membaca pesanan yang dihantar.
-
Ok
tak interview
- Mesej dari Mila dijawab dengan elengan. Pantas jari jemarinya ligat
menaip sesuatu.
-
Belum
dipanggil lagi- Zyra mematikan telefonnya. Dia
melihat jam di tangannya. Terasa begitu lambat masa berputar.
Zyra
memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Entah kenapa
ingatannya begitu kuat terhadap pemuda yang bermain gitar di Pasar Seni
semalam. Siapa lelaki itu? Kenapa pandangan lelaki itu seakan membenci dirinya?
Ataukah dia terjatuh cinta pandangan kedua? Ah! Tak mungkin! Aku benci lelaki
dan aku bencikan cinta. Zyra mengelengkan kepalanya.
“
Kenapa kak?” seorang pemuda yang lebih muda daripada Zyra bertanya
dengan pandangan hairan. Zyra terkejut dan terpingga-pingga. Kemudian dia
mengelengkan kepala dan memandang ke arah lain sambil mengutuk dirinya sendiri.
****
Zyra
masuk apabila dipanggil. Matanya pantas menangkap wajah cantik seorang wanita
yang sibuk menjawab panggilan. Zyra berdiri di hadapan wanita itu sehingga
diarahkan duduk. Dia menghulurkan fail yang mengandungi sijil-sijilnya yang
disusun lewat malam tadi.
“ Erm..kenapa awak nak kerja ni?”
soal wanita itu tanpa bertanya tentang maklumat peribadi Zyra. Dia asyik
membelek sijil-sijil Zyra yang berada di dalam tangannya.
“ Saya perlukan kerja ni puan
sebab..”
“ Panggil saya cik Azura. Saya belum
berkahwin. Apa yang saya lihat, awak seorang yang terpelajar. Kenapa nak jadi
kerani di sini?” soal Azura dengan tegas. Wajah Zyra dipandang bagai ingin
ditelan.
“ Saya..”
“ Dah berapa lama awak menganggur?”
soal Azura tanpa sempat Zyra menjawab soalannya.
“ Lebih kurang setahun. Tapi saya
perlukan kerja ni cik Azura. Saya tak kisah kalau..”
“ Awak tak kisah! Tapi saya yang
perlu ambil kisah. Macam mana kalau awak kerja sekerat hari, mungkin sekerat
jalan?” Azura seolah-olah menduga pendirian Zyra. Zyra mendiamkan diri. Ada
juga orang macam ni! Sibuk nak cari pekerja tapi..
“ Terpulanglah pada cik Azura. Saya
datang apabila melihat iklan di bawah. Jika bukan rezeki saya, saya tetap
bersyukur,” Zyra menjawab dengan suara yang masih sekata. Risau juga andai
kesabaran lenyap sekelip mata. Azura yang mendengar tersenyum sinis.
“ Ok..saya bagi awak peluang. Tiada
paksaan. Awak boleh pergi,” Azura bersuara tegas. Zyra yang mendengar terlopong
tidak percaya. Dia tersenyum meleret dan menghulurkan tangan untuk bersalam
dengan wanita di hadapannya.
“ Terima kasih cik Azura. Bila saya
boleh mula bekerja?” Zyra pantas bertanya.
“ Esok! Jangan datang lewat. Saya
tidak suka pekerja yang tidak berdisiplin!” Azura mengingatkan Zyra. Zyra
mengangguk dan melangkah keluar dari situ. Dia membuka semula telefonnya yang
dimatikan sebentar tadi. Tidak sampai seminit telefonnya mula berdering.
“ Aku kat bawah ni! Kau dah siap
belum?” suara Mila kedengaran di corong telefon.
“ Aku on the way ni,” jawab Zyra sambil berlari menuruni anak tangga.
Kemudian matanya pantas melihat lambaian Mila yang setia menunggu di situ.
“ Macam mana?” soal Mila tidak
sabar-sabar.
“ Kalau ya pun, bagilah aku masuk
dulu,” Zyra bersuara sambil menarik pintu hadapan. Dia duduk dan bersandar lama
sebelum menjeling Mila yang berdehem berulang kali.
“ Apa dia? Jalanlah cik adik sayang,
manis, busuk..” Zyra tergelak kecil. Mila menarik nafas panjang dan..
“ Zyra Liyana Binti Ahmad Iqbal..”
Mila menekankan suaranya.
“ Kau belanja aku makan Macdonald
boleh?”
“ Betul ke Zyra? Kau dapat?” Mila
separuh menjerit. Zyra menganggukkan kepalanya dengan kening terangkat.
“ Bukan setakat Macdonald aku
belanja, aku belanja kau makan steambout dekat Sungai Buluh. Kau nak tak?” Mila
pula beria-ria.
“ Aku ikut je! Janji ada orang
tolong bayarkan. Apa-apapun, jom kita pergi CM..”
“ Buat apa?” Mila kehairanan.
“ Kata nak makan McD. Kau ni Mila..”
Zyra mulai geram. Pantas peha Mila dicubit kuat.
“ Ok..ok..sakitlah! macamlah tempat
lain tak ada..” Mila mula menekan pedal minyak sambil membebel sendiri.
Kemudian dia memandang Zyra yang tersenyum dengan mata tertutup. Kemudian dia
tersenyum sendiri melihat telatah Zyra. Zyra yang begitu kaya dengan senyuman
itulah yang mengeratkan lagi persahabatan mereka. Zyra gadis yang baik dan
bersopan santun. Wajahnya yang sentiasa ceria menyenangkan hati Mila yang
kadangkala dihambat resah.
“ Mila, kau mengutuk aku ke?” Zyra
membuka matanya sebelum menutupnya kembali.
“ Aku kutuk kau cantik!” Mila
tergelak kecil.
“ Sampai bagitahu aku!”
“ Dah sampaipun!” Mila tergelak
lagi. Zyra hanya mengelengkan kepala. Dia menutup matanya lagi. Wajah Azrol
terbayang dan tiba-tiba Zyra menjerit sehingga mengejutkan Mila yang sedang
memandu. Tidak mungkin! Zyra terkedu sendiri apabila lelaki bersama gitarnya turut
terbayang di matanya.
****
Sampai
di Pasar Seni, Zyra dan Mila bergegas keluar dari kereta setelah memakirkan
kereta di tempat yang disediakan. Mata mereka melilau melihat keadaan
sekeliling. Jam di tangan baru menunjukkan jam 11.00 pagi. Zyra pantas menarik
Mila yang asyik membetulkan rambutnya yang mengurai tanpa ikatan. Tak
habis-habis nak berjangok! Getus Zyra sendiri.
Zyra bergegas meluru ke tempat
yang bermain di fikirannya saat itu. Mila yang terkial-kial kerana memakai
kasut tumit tinggi hampir tersandung apabila Zyra berjalan laju seperti lipas
kudung.
“ Zyra, perlahanlah sikit. Tak lari
McD tu. Kau ni..” Mila tidak habis melontarkan kata apabila melihat Zyra yang
berhenti mengejut melilau mencari sesuatu. Mata Zyra yang meliar dan wajahnya
yang sedikit kehampaan menjadi tanda tanya kepada Mila. Zyra terduduk di situ.
Air matanya bertakung di kelopak mata. Dia keliru dengan perasaannya. Bodohkah
dia? Atau gilakah dia?
“ Zyra, kau kenapa? Kau cari siapa
sebenarnya?” Mila menepuk lembut bahu sahabat baiknya. Zyra mengelengkan kepala
beberapa kali. Dia juga keliru. Kenapa dia ingin melihat pemuda yang bermain
gitar itu? Kenapa dia ingin mendengar alunan lagu yang dimainkan oleh orang
asing yang tidak pernah wujud dalam hidupnya itu?
“ Aku tak tahu apa yang aku nak
buktikan sebenarnya Mila..” Zyra memandang Mila yang menyanggul rambut ikalnya.
“ Ceritalah pada aku. Kau cari siapa
sebenarnya?” Mila mula menumpukan perhatian kepada Zyra. Risau juga dia melihat
Zyra yang kebingungan sendiri saat itu.
“ Lelaki yang menyanyi kat sini hari
tu? Kau ingat tak?” Zyra seakan berbisik.
“ Lelaki? Hari tu? Hari tu bukan
semalam ke? Masa aku ambil kau?” Mila pula yang keliru. Zyra membulatkan mata
dan tertawa kecil.
“ Yelah semalam! Apalah aku ni boleh
lupa,” Zyra menepuk dahinya. Kemudian wajahnya ynag ceria muram kembali. Mila
mencuit bahu Zyra meminta kepastian.
“ Aku tak tahulah. Aku dapat rasakan
lelaki semalam tu tak suka pada aku Mila..”
“ Tak suka? Apa ya ng kau nak
hairan, dia bukan pun kenal kau. Tu pun kau nak ambil kisah Zyra. Apalah kau
ni!” Mila mula meradang. Takkan semua lelaki nak kena suka pada kita! Mustahil!
“ Mila, kau dengar dulu cerita aku.
Masalahnya sekarang, lelaki tu, bila aku senyum, wajah dia masam mencuka. Macam
benci sangat kat aku. Apa yang paling aku hairan, aku tak kenal dia dan dia tak
kenal aku. Perlukah ada perasaan benci kalau kita tak kenal seseorang? Zyra
meluahkan perasaan. Dia tidak tahu mengapa semua itu harus dijadikan isu. Apa
yang pasti, Zyra tidak senang duduk.
“ Agaknya dia tak suka kau lihat dia
kut, ataupun masa tu kau meludah ke?” Mila melepas kata.
“ Banyaklah kau. Bila masa pulak aku
meludah? Aku ni perempuan melayu tahu. Ada adab. Kalau dia tak suka aku tengok
dia, kenapa dia sibuk nak menyanyi di tempat awam ni? Dia ingat, dia bagus
sangat?” Zyra pula panas hati. Mungkin betul andaian Mila. Kenapa dia tidak
terfikir semua itu.
“ Zyra, jangan semua benda kita nak
ambil tahu. Buat sakit kepala je. Tengok aku..” Mila mengeluarkan bedak mukanya
dan merias wajahnya yang tiada cacat celanya. Zyra pula hanya mengelengkan
kepala. Kemudian matanya terpaut kepada seseorang. Seseorang yang memandang
kepadanya tanpa senyuman. Seseorang yang melihatnya dengan penuh kebencian.
Lelaki itu seperti biasa memetik
gitarnya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Lagu Masih Mencintainya nyanyian PAPINKA
dilagukan dengan penuh perasaan. Sampai pada lirik lagu yang membuatkan air
mata lelaki itu bertakung di kelopak mata dapat dilihat jelas oleh Zyra. Zyra benar-benar
terkejut. Pandangan lelaki itu masih kepadanya. Apa masalah lelaki itu? Zyra
benar-benar buntu.
Mengapa
mudahnya hatimu mendua
Kulapangkan dada walaupun ku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Kerana kau telah memilih dia.
Betapa
sakitnya apa yang kurasa
Tuhan
kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga
bisa kumelupakannya
Kerana
ku masih menyintainya..
Entah
kenapa Zyra terasa sebak. Wajah Azrol entah kenapa muncul kembali di ruangan
mata. Tiba-tiba pandangan lelaki itu tajam menusuk ke anak matanya. Tiada
senyuman melainkan hanya kebencian.
“ Mila..” Zyra melanggar bahu Mila
dengan bahunya.
“
Apa?” Mila sedikit terganggu. Apa tidaknya, dia asyik mewarnakn kukunya
selepas puas menilik kemolekan wajanya.
“ Lelaki tu?” Zyra berbisik.
“ Mana?” Mila juga seakan berbisik.
Dia meliarkan matanya.
“ Yang menyanyi dan bermain gitar
tu..” Zyra bersuara lagi. Pantas Mila memandang. Wajah pemuda berkumis itu
dipandang lama. Mila dapat melihat pandangan tajam lelaki itu kepada Zyra.
Memang benar tiada senyuman. Sahlah! Bisik Mila sendiri.
“ Jomlah kita pergi makan. Kata nak
makan McD..” Mila bersuara mematikan perasaan Zyra yang serba tidak kena ketika
itu. Mereka bangun serentak dan pantas Mila memasukkan duit ke dalam uncang
lelaki di hadapan mereka. Zyra yang terasa berat kakinya hanya mengekori Mila
tanpa menghulurkan wang seperti semalam. Tanpa disengajakan, Zyra berpaling
kepada lelaki itu. Lelaki yang membencinya tanpa sebab.
****
“ Sah! Memang sah!” Mila menepuk bahu Zyra sambil meletakkan
hidangan ayam spicy dan air coke di atas meja. Zyra yang termenung sedikit
tersentak.
“ Apa yang sahnya?” Zyra menjungkit
kening kepada Mila yang melabuhkan punggung di hadapannya. Penat juga dia
menunggu Mila yang beratur panjang untuk memesan makanan mereka.
“ Encik Gitaris tu, sebenarnya
sukakan kau!” Mila melepaskan apa yang terdetik di hatinya. Pantas dia menyedut
air coke yang berada di hadapan mata. Pantas juga kentang goreng dikunyahnya
perlahan. Zyra membeliakkan matanya. Mila ni gila ke apa! Lelaki itu pandang
dia dengan pandangan yang menyampah. Datang dari mana pula perasaan suka! Zyra
hanya mencebik sebelum turut menyedut air di hadapannya.
“ Banyaklah kau suka! Kalau suka aku
tak hairan. Aku tak kan tanya banyak. Biasalah kalau senyum untuk hiburkan
orang. Tapi tak, muka macam tempayan pecah. Tak ada senyuman!Tu pun kau kata
dia suka kat aku?” Zyra seakan membebel.
“
Eh minah! Tu namanya tektik! Kalau tak, dia tak nyanyi depan kita.
Agaknya dia bukan Mat romeo atau Mat bunga. Bila nak tackle awek, bunga..atau
surat cinta. Aku rasa , tu salam perkenalan tu..” Mila beria-ria benar membuat
andaian.
“ Banyaklah kau tektik. Tu memang
tempat dia biasa menyanyi. Kita yang menyempel di situ. Tapi..apa yang aku
hairan, lagu yang dia nyanyi tu..begitu sentimental. Aku rasa nak menangis,”
Zyra berterus terang. Terbayang kolam mata lelaki itu yang bertakung dengan air
mata. Begitu mudah lelaki itu menangis. Kerana apa lelaki yang tegap itu
mengalirkan air mata. Bukankah sukar seorang lelaki matang untuk menitiskan air
mata begitu saja? Putus cinta? Dengan siapa?
“ Dah tak payah fikirlah! Tak
pasal-pasal kau jatuh cinta kat mamat tu!” Mila mula ayam yang masih panas.
Keenakan ayam spicy itu cukupo membuka seleranya.
“ Jatuh cinta? Mustahil!” Zyra
tergelak kecil sedangkan hatinya membenarkan.
“ Tiada yang mustahil Zyra,” Mila bersuara pasti.
“ Setelah apa yang Azrol buat pada
aku, aku tak lagi percaya kepada cinta. Cinta ni hanya menyakitkan hati je
Mila. Waktu aku sakit, aku redha dengan ujian Allah, tapi bila Azrol tinggal
aku macam tu je, aku tak rasa ada lelaki yang baik atas dunia ni Mila,” Zyra
seakan mengalah. Cinta itu tidak bermata atau manusia yang buta menilai cinta.
“ Kau salah Zyra. Berapa ramai
lelaki baik di atas bumi ni. Tapi kita yang belum berjumpa mereka. Ayah kau
juga lelaki kan? Ayah kau baik apa. Jangan kerana segelintir lelaki macam Azrol, kau menghukum lelaki lain Zyra,”
Mila pula berceramah persis seorang ustazah yang membimbing anak-anak yang
dahagakan ilmu agama.
“ Aku tahu. Namun untuk bercinta
buat masa ini, aku rasa tak mungkin. Hati aku masih lagi sakit Mila. Tak macam
kau, balak kau tu kan setia,” Zyra tergelak kecil.
“ Memanglah! Aku ni tak ada balak.
Macam mana nak kena tinggal. Tapi Zyra..aku rasa Mr Gitaris tu sukakan kau lah.
Aku tengok..” Mila terdiam apabila Zyra memandang tajam kepadanya.
“ Tektik kan?” Zyra membidas cepat.
“ Erm..tektik..ye betul!” Mila
ketawa bagai dibuat-buat.
“ Makanlah cepat. Aku nak balik
berehat. Pening kepala!” Zyra memberi kata putus. Mila mengiakan dengan
menghabiskan makanan yang masih bersisa.
“ Esok kau kerjakan? Aku hantar ek!”
Mila menyambung lagi.
“ Yelah Mila, kalau aku naik bas,
nanti lambat pulak. Tak pasal cik Azura tu mengamuk makan aku!” Zyra bersuara
manja. Mila terkekeh-kekeh lagi melepaskan tawa melihat gelagat Zyra yang
berubah secara tiba-tiba.
****
Azura
berlari anak mengejar Zariff Irfan yang berlalu apabila disapa. Pantas dia menarik
beg gitar yang digalas oleh lelaki itu. Sakit hatinya apabila panggilannya
tidak dijawab. Ramai yang memandang kepadanya seolah-olah mengejeknya. Memang
aku perigi mencari timba! Memang! Getusnya di dalam hati.
“ Awak nak apa kejar saya ni?”
Zariff berhenti di hadapan Azura yang masih termengah-mengah. Wajah gadis
cantik itu dipandang sekilas. Semenjak cintanya terputus di tengah jalan, Azura
tidak habis-habis mengacau hidupnya. Perkenalan dengan Azura juga bukan
disengajakan. Gadis itu dikenali selepas dia terlibat sebagai penyelamat ketika
Azura diragut di Pasar Seni. Itu sahaja!
“ Zariff, kenapa awak sombong sangat
dengan I? Tak habis-habis lagak you? You ingat, ramai ke perempuan yang kat
luar sana teregeh-egeh dengan you?” Azura menjerit kuat. Dia tidak ambil kisah
lagi pandangan orang terhadapnya. Sakit hatinya bukan sedikit apabila ditolak
berkali-kali oleh lelaki itu.
“ Dah habis?” Zariff menjungkit
kening dah berlalu meninggalkan Azura yang mengetap bibir tanda geram. Tanpa
dipaksa air mata Azura jatuh di pipi. Tergamak lelaki sengket seperti Zariff
menolak cintanya yang tulus.
“ Aku tak akan lepaskan kau Zariff!
Aku cintakan kau! Kenapa kau tak faham?” Azura menjerit sekuat hati tanpa
menghiraukan pandangan sinis orang ramai. Dia terduduk di situ dan menagis
tersedu-sedu. Dia tidak sangka begitu hinanya dia di mata Zariff. Dia anak
orang kaya yang digilai ramai. Mana-mana lelaki tidak akan tergamak menolak
cintanya. Tetapi lelaki bernama Zariff Irfan itu seakan menduga hatinya yang
dilanda rindu. Zariff seakan-akan mencalar-calar hatinya dengan belati yang
tajam. Sungguh Azura tidak mampu menahan rasa hatinya terhadap lelaki itu.
Andai cinta itu dapat dibeli, dia sanggup membelinya.
Azura bangun untuk berlalu.
Dia tidak akan sesekali dapat melupakan Zariff. Zariff akan menjadi miliknya
walaupun apa yang akan terjadi. Biar dia jatuh atau rebah, Zariff pasti menjadi
miliknya seorang. Itu Azura akan pastikan ianya berlaku.