Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,498
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Bab 10

Sesampai di pejabat, Zyra melabuhkan punggung untuk menjalankan tugasnya seperti biasa. Linda yang berada di sebelahnya melempar senyum. Begitu juga Nadia dan Amy yang kurang bercakap ketika bekerja. Manakala Adilla pula hanya tunduk memandang meja. Wajahnya yang kelihatan muram dapat dilihat jelas oleh Zyra. Pasti ada masalah! Bisik Zyra sendiri.
Tidak sampai sepuluh minit, muncul Azura dengan memakai baju kurung. Sejuk mata mereka memandang. Apatah lagi Linda yang sempat tersenyum sinis. Mungkin menguntuk cik Azura! Sempat lagi Zyra bersangka buruk.

“ Hari ni last kamu semua berkerja di sini!” Azura tiba-tiba memecah sepi. Mata Linda membutang luas. Manakala riak wajah Nadia dan Amy juga kelihatan keliru. Apa maksud last yang dikatakan majikan mereka? Ataupun mereka semua diberhentikan serta-merta?
Adilla tidak menunjukkan sebarang respon. Pantas dia bangun dan menghulurkan sepucuk surat kepada Azura yang memandang tajam kepadanya. Pantas juga surat itu dibuka dan dibaca kuat. Semua mata terarah kepada Adilla yang mula menitiskan air mata.

“ Awak nak letak jawatan? Sebab tak mampu nak bekerja dengan saya! Okey, saya terima surat perletakan jawatan awak ni!” ujar Azura tanpa bertanya Adilla penyebab keputusan itu dibuat serta merta. Adilla berlalu menuju semula ke tempat duduknya.

“ Cik Azura, kalau last bekerja di sini, kami nak kerja kat mana?” Linda yang bermulut murai cepat bertanya. Semua yang ada memberi perhatian kepada Azura yang tersenyum pula. Cuma Zyra yang masih cuak dengan sikap Adilla yang tidak memberi alasan yang kukuh penyebab dia beredar dari syarikat itu.

“ Awak semua akan dibawa ke Syarikat Jaya Idaman yang berada di PJ. So, oleh kerana Adilla dah letak jawatan, jadi saya lantik Zyra menggantikan tempat Adilla,” Azura berterus-terang. Zyra yang mendengar terkejut besar. Menggantikan tempat Adilla? Menjadi SU kepada wanita tegas itu? Zyra menelan air liurnya. Pantas pula Linda mengucap tahniah.

“ Saya lantik awak, kerana awak layak untuk memegang jawatan tersebut. Jangan ingat saya pilih kasih!” Azura seolah-olah dapat membaca apa yang terlintas di pemikiran pekerjanya. “ Selepas ni, kamu semua boleh kemaskan barang dan esok start bekerja di Jaya Idaman!” Azura memberi kata putus. Linda menganggukkan kepalanya tanda faham. Nadia dan Amy juga begitu. Zyra pula terkebil-kebil pula. Jauhnya PJ! Tak kan Mila nak hantar aku lagi! Silap haribulan, aku kena buang kerja sebab selalu datang lewat! Teruklah macam ni!
“ Zyra, saya tak suka awak melamun ketika bekerja! Tolong focus pada apa yang saya cakap! Kalau awak semua dah faham, baguslah!” Azura berlalu ke biliknya. Zyra yang terkejut dengan sindiran Azura hanya mampu mengeluh perlahan. Nasiblah!
Linda tiba-tiba bangun menuju kepada Adilla yang mula mengemaskan barangnya. Dia memasukkan ke dalam kotak yang berada di bawah meja. Air matanya tidak lagi menitis ke pipi. Wajahnya juga tidak semuram tadi. Agaknya terlepas sudah dari tekanan atau bebanan yang ditanggung!

“ Adilla, kau letak jawatan kerana aku ke?” soal Linda perlahan. Serba salah pula dia kerana mengata gadis itu pada minggu lepas. Mungkin Adilla merajuk atau terluka dengan kata-katanya. Mungkin juga!

“ Memang betul kata kau Linda, buat apa kalau kita kerja jika hati kita tidak senang? Aku tak mampu nak berurusan dengan cik Azura. Panas baran tak menentu. Kadang kala aku ni diherdik macam orang bodoh! Entahlah, mungkin ini yang terbaik untuk aku,” ujar Adilla penuh emosi. Amy dan Nadia yang berada di situ entah bila hanya mampu mendengar. Masak benar mereka dengan sikap Azura yang satu itu. Zyra yang berada di antara mereka hanya mampu mendengar. Dia belum mengenali majikannya itu dengan sedalamnya. Namun melihat kepada cara mereka semua, pasti ada cabaran yang besar menanti Zyra untuk hari mendatang.

“ Lepas ni, kau nak kerja kat mana?” soal Nadia pula.

“ Dunia milik Allah ni luas Nadia. Aku akan cari kat tempat lain! Yang pasti bukan dengan cik Azura lagi!” jawab Adilla kedengaran begitu tegas.

“ Erm..apa-apahal kau contactlah kami Adilla. Mana tahu ada masalah, kami boleh tolong,” ujar Amy pula. Zyra menganggukkan kepala dan tersenyum kepada Adilla yang merenung kepadanya.

“ Harap kau dapat bekerjasama dengan cik Azura, Zyra. Mungkin kau lebih kuat daripada aku,” Adilla juga membalas senyum.

“ So, sekarang , kita semua kemaskan barang. Esok tak kerja kat sini dah! Dapat kawan baru..” Linda pula gembira secara tiba-tiba. Dia berlalu menuju ke tempatnya untuk mengemas barang. Begitu juga Zyra, Amy dan Nadia yang memandang gelagat Linda yang keseronokan seperti kera mendapat bunga.

Tiba-tiba Azura tersembul di muka pintu. Pantas dia berlalu meninggalkan pejabat tanpa melemparkan senyuman. Semua yang melihat hanya mampu mengeluh. Susah benar nak senyum! Desis Zyra mula tertekan.

“ Sabar jelah!” Linda seolah-olah dapat membaca fikiran Zyra.

“ Senyuman itu kan sedekah!” Zyra melepas kata.

“ Bersabar itu pula sebahagian dari iman!” sampuk Nadia yang memasang telinga. Mereka semua hanya mampu mengiakan kata-kata Nadia yang penuh keinsafan itu. Sewajibnya!

****

Waktu makan tengahari, Zariff yang mula bekerja di Jaya Idaman, menjamu makan tengahari di kafé yang berdekatan. Matanya melilau melihat ke pelbagai sudut. Berbagai ragam manusia yang menjamu selera di situ. Kebanyakan yang ada, adalah daripada golongan wanita. Namun yang pasti standard dan class mereka turut dijaga rapi.
Zariff mencebik sendiri. Apalah sangat dengan standard jika pakaian yang dipakai seolah-olah tiada kain yang mencukupi! Nak kata tak banyak duit, mustahil! Getus Zariff sendiri.

“ Jauh termenung! Saya macam pernah tengok awak. Tapi kat mana ya?” seorang lelaki tampan menegur Zariff dengan senyuman.

“ Awak Yusuff kan? Soal Zariff kembali. Pantas Yusuff mengangguk dan mengerutkan dahinya. Nyata ingatannya tidak begitu kuat untuk mengingati lelaki di hadapannya.

“ Boleh saya duduk?” soal Yusuff ramah. Pantas Zariff menanggukkan kepalanya.

“ Saya Zariff!” Zariff memperkenalkan diri. Takut pula dia melihat wajah Yusuff yang berkerut seribu seolah-olah memikul masalah Negara. Takut terencat pulak anak orang! Getus Zariff di dalam hati.

“ Oh ye..masa tengok wayang kan?” Yusuff mula tersenyum kembali. “ Awak kerja dekat mana? Tak pernah nampak pun?” Yusuff bertanya lagi.

“ Jaya Idaman! Awak?” jawab Zariff singkat. Yusuff yang mendengar mengerutkan dahinya pula.

“ Jaya Idaman? Syarikat cik Azura?” soal Yusuff tanpa menjawab soalan Zariff yang masih menunggu jawapan daripadanya.

“ Ya! Cik Azura yang datang dengan awak hari tu lah!” jawab Zariff acuh tak acuh. Yusuff tersengih mendengar jawapan malas lelaki di hadapannya.

“ Saya bekerja di bangunan ni juga, tapi Syarikat Damai Suria. Tentang Azura tu, awak janganlah ambil hati. Dari kecil dia memang berperangai macam tu! Anak tunggal!” Yusuff pula beria-ria bercerita tentang gadis pujaannya.

“ Kecil tu tak apa! Dah tua Bangka buat hal, serupa macam orang tak belajar!” bidas Zariff tanpa berlapik. Yusuff yang mendengar menelan air liur. Boleh tahan mamat ni!

“ Kamu berdua, mengata saya ya?” tiba-tiba Azura menyampuk. Entah bila dia berada di Kafé itu, Zariff dan Yusuff pun tidak pasti. Kemudian Zariff bangun untuk berlalu.

“ Zariff, kerja okey?” soal Azura walaupun hatinya sedikit terluka. Zariff memandang sekilas dan mengangguk. Kemudian dia berlalu tanpa salam. Yusuff yang melihat sedikit hairan dengan sikap lelaki itu.

“ You nak makan?” soal Yusuff apabila Azura duduk dengan wajah yang muram.

“ Abaikan! I saja nak tengok Zariff!”

“ Tengok Zariff!” Yusuff dilanda cemburu buta.

“ Ya! Takkan nak tengok you!” Azura bangun untuk berlalu. Yusuff yang terpingga-pingga hanya mampu menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Semuanya kini seakan sukar. Sukar untuk dia mengapai Azura yang begitu dekat! Semuanya kerana Zariff! Benarkah? Atau cinta tidak boleh dipaksa? Uh! Pening..

****

Mila yang mendengar cerita Zyra, melopong lama sebelum memeluk erat temannya itu. Seronok dia mendengar Zyra yang memegang jawatan kerani berubah tugas menjadi Setiausaha kepada Azura pemilik syarikat besar yang berada di Petaling Jaya. Bukankah itu satu bonus? Atau yang lebih tepat rezeki yang datang bergolek sekelip mata! Alhamdulillah..

“ Seronok, seronok juga! Tapi aku takut tak dapat bekerjasama dengan cik Azura. Dia tu garang wak..” Zyra bersuara serius dan bertukar manja. Dia kemudian bangun untuk membuka televisyen yang menyepi dari tadi. Pantas pula Mila mencari siaran yang menarik namun beriak hampa. Tiada cerita yang menarik perhatiannya. Sudahnya dia membiarkan sahaja rancangan yang ditayangkan di tv2.

“ Garang pun tak adalah garang macam harimau! Lagi pun perempuan tu cantik apa!” Mila mengubah tajuk cerita.

“ Dah tu kalau cantik kenapa? Memanglah tak garang macam harimau. Tapi, garang macam singa. Aku mana boleh orang serius-serius sangat ni!” Zyra seakan mengadu. Matanya lama menatap kaca televisyen. Cerita yang disiarkan mencuit hatinya. Kemudian ketawanya terhembur serta-merta. Hilang ingatannya kepada Azura yang memeningkan kepalanya.

“ Mungkin dia perlu seseorang untuk mengubah sikapnya kepada yang lebih baik. Manusia yang keras hatinya, tidak semestinya tiada hati dan perasaan. Kau jadi PA dia nanti, pandai-pandailah kau didik dia jadi perempuan lembut sikit!” Mila seakan berhujah. Zyra tersengih sambil membaling bantal kecil kepada Mila yang kelihatan serius. Pantas gadis itu menjerit kecil.

“ Keras hati tu boleh! Tapi jangan sampai Allah terbalikkan hati kita untuk terima nasihat dan teguran orang! Yang tu aku takut. Satu ketika, hati kita tak mampu lagi menerima sebarang nasihat atau pandangan, tu maknanya Allah dah tutup pintu hati kita!” ujar Zyra panjang lebar. Mila mengangguk-anggukkan kepalanya. Terasa pula dia dengan kata-kata Zyra. Maklumlah, dia seorang model yang mendedah sana sini! Nasiblah dapat ustazah jadi teman serumah! Getus Mila sendiri.

“ Harap-harap, terbukalah pintu hati Zariff tu untuk mengejas kau Zyra. Aku pun turut seronok!” Mila mengubah cerita.

“ Jauh kau melalut apahal? Tak habis-habis dengan lelaki tu!” hati Zyra bagaikan berdegup laju. Alahai hati!

“ Kau tak suka, aku nak!” Mila membidas laju.

“ Aku nak..tapi..” Zyra seakan berbisik namun sempat didengar oleh Mila.

“ Tidak semua lelaki seperti Azrol! Anggap Zariff tu baik macam ayah kau! Habis cerita!” Zyra membaringkan dirinya di atas lantai. Wajah Azrol terbayang di mata. Seraut wajah Zariff pula menjelma.

“ Kalau dia tak sukakan aku?”

“ Terpaksalah kau jadi pergi mencari timba!”

“ Kalau timba tak jumpa-jumpa?”

“ Nanti aku tanya Zariff! Banyaklah kau kalau-kalau. Kata takut nak jatuh cinta lagi. Mustahillah! Sekarang, aku juga yang susah!” Mila membebel. Zyra melepaskan tawa. Kelakar juga kawan aku sorang ni!

“ Mila..nanti aku nak pergi kerja kau hantar ek! Waktu balik, pandai-pandailah aku naik komuter ke! Sementara aku nak dapatkan motosikal,” Zyra mengubah tajuk secara tiba-tiba.

“ Tak apa aku hantar! Kerja aku kan tak menentu. Kau berani ke nak bawak motor? Ada lesen?” soal Mila persis JPJ yang membuat sekatan jalan raya.

“ Aku adalah! Waktu belajar dulu ambil lesen. Macam kau tak tahu! Atau saja-saja buat tak tahu?” soal Zyra sedikit panas.

“ Tapi bahayalah Zyra..tak apa, aku hantar kan! Aku ambik kalau sempat! Kalau tak, kau terpaksalah balik sendiri. Mana tahu, mamat Gitaris tu terjumpa kau lagi..” Mila tersengih-sengih sendiri.

“ Dah! Dah! Kau kalau buat cerita memang pandai! Tak habis-habis!” Zyra menutup telinganya rapat. Mila yang melihat gelagat temannya tergelak kecil. Macam-macam!

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.