Bab 9
Malam
itu kelihatan terang disinari bulan mengambang di dada langit. Sesekali angin
sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajah Azura yang berselindung di sebalik
cermin kereta yang terbuka luas. Rambutnya yang dilepaskan juga seakan
terbuai-buai ditiup angin malam.
Yusuff yang membawa kereta, sesekali menjeling Azura
yang seolah-olah tidak berminat dengan tawarannya untuk menjamu makan malam di
luar. Puas dia memujuk, barulah gadis itu bersetuju. Itupun tanpa senyuman!
“ So, kita nak makan kat mana?”
Yusuff bersuara memecahkan kesunyian. Azura menjeling sekilas.
“ Tadi awak yang beria-ria! Sekarang
tanya saya pulak!” keras Azura membidas. Entah kenapa panas hatinya apabila
bersama Yusuff. Berbeza benar ketika dia bersama Zariff Irfan.
“ Okey! Kita makan kat Sungai Buluh
okey! Awak tu janganlah marah-marah. Tak elok untuk kesihatan. Lagipun, kita
dah lama kenal. Membesar pun bersama. Kalau saya ada buat salah, saya minta
maaf!” Yusuff seakan merayu. Azura termenung buat seketika. Entah apa yang
menyebabkan dia panas satu badan. Barannya juga semakin menjadi-jadi. Kasihan
Yusuff! Getus Azura.
“ Tak kisahlah! Awak yang bawakan? I
ikut jer!” suara Azura mulai kendur. Yusuff yang mendengar tersenyum sendiri.
Dia menekan pedal minyak untuk cepat sampai ke distinasi. Sesekali dia
terhimpit juga dengan kesesakan lalu lintas yang tidak putus-putus memusuhi
warga kota. Nasiblah! Getus Yusuff sendiri.
****
Di
suatu sudut, kelihatan Zyra, Mila dan Amelia menjamu selera. Hana juga tidak
ketinggalan duduk di atas kerusi yang di sediakan untuk anak kecil. Sesekali
Hana merengek apabila melihat Mila asyik mengajukannya aiskrim Vanilla yang
juga disediakan di situ. Pantas pula Zyra mencubit peha temannya yang bersikap kebudak-budakan.
Zyra memasukkan udang, daging
dan sotong ke dalam kuah tom yam yang mendidih. Kemudian dia meletakkan pula
sebungkus maggi dan menunggu sehingga masak. Mila yang baru sahaja mengambil
fish ball dan daging yang diperap memasukkannya sekali di dalam menu utama
mereka itu.
“ Selalu Zyra dan Mila datang makan
steamboat kat sini?” soal Amelia sambil menyapu mulut comel Hana yang sedikit
comot.
“ Selalu kak Lia cakap? Mila ni
keluar mana ajak orang! Datang dengan boyfriendlah tu!” Zyra bersuara sebelum
sempat Mila menjawab.
“ Tak adalah selalu! Dulu pernah
datang dengan Datin Umaira. Janji dengan Zyra, tak jadi-jadi. Baru sekaranglah
dapatnya,” Mila bersuara jujur. Wajah Zyra yang mencebik di balas dengan
senyuman. Kemudian dia mengambil fish ball yang telah masak dan dimakan bersama
sos cili. Kemudia, pantas pula tangannya
mengutip udang dan sotong yang mulai masak.
Zyra mengangkat Maggi nak
meletakkannya ke dalam mangkuk. Laju dia menyuap ke mulutnya sebelum matanya
terbuatang luas.
“ Kau kenapa?” Mily yang perasan
denagn perubahan Zyra bertanya pantas.
“ Cik azura!”
“ Mana?” soal Mila. Amelia yang
tidak tahu cerita hanya memandang.
“ Tu! Yang duduk sebelah lelaki
pakai t’shit hijau!” Zyra bersuara sambil menundukkan kepalanya. Terasa ingin
di meletakkan kepalanya di bawah meja.
“ Dah tu kenapa? Tu kan bos kau! Jom
kita tegur,” ajak Mila beria-ria. Terpegun pula dia melihat kecantikan majikan
Zyra. Kalau aku! Bisiknya.
“ Jangan nak memandai! Jomlah makan
cepat! Malas nak tegur cik Azura tu,” Zyra serba salah pula. Amelia yang melihat
adiknya yang menggelabah tertawa kecil.
“ Kau agak cik Azura tu kata Amelia
ni, kau atau tak?” Mila menjungkit kening. Zyra memandang kakak kembarnya.
Memang seiras namun masih ada perbezaannya. Amelia memiliki tahi lalat di pipi
kiri, sedangkan dia di pipi kanan. Tingginya melebihi kakaknya dan wajahnya
terlebih bujur berbanding Amelia yang mempunyai bentuk muka yang bulat. Apa
yang paling berbeza, kakaknya itu lebih cantik darinya. Itu Zyra cukup pasti.
“ Apa-apalah! Jom!” Zyra mendukung
Hana sambil berjalan ke hadapan mendahului Mila dan Amelia.
“ Nasib kita dah makan banyak
Amelia, kalau tak kebulur kita! Ni semua Zyra punya pasal! Mila membebel
sendiri. Sedangkan Amelia hanya ketawa geli hati.
****
“ Dah kenyang?” soal Yusuff melihat
Azura mula berhenti mencuci tangan.
“ Erm.. dah ngantuk pun. Jom! Esok
kita kan nak kerja. Lagipun, esok I akan masuk ofis baru. Staf I kat
AZURA’S FAMILY pun belum tahu lagi. Banyak kerja esok I kena buat,” Azura berterus-terang.
Yusuff menganggukkan kepala tanda faham.
“ Lepas ni, kita bekerja satu
bangunan. I harap you tak kekok untuk tegur I,” Yusuff bersuara mengharap. Azura hanya tersenyum
sinis.
“ Jom! Papa dan mama I mungkin
tengah tunggu. Diaorang mana suka tengok I balik lewat malam,” Azura bersuara
sambil bangun dari tempat duduk. Yusuff turut serta dan berlalu selepas
menjelaskan bil.
“ Bagaimana agaknya penerimaan staf
Jaya Idaman terhadap I ? getus Azura
perlahan. Yusuff hanya tersenyum melihat
gelagat Azura yang mula berubah sikap. Dia tahu sikap panas Azura akan
membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk. Pasti juga yang membuat kerja
berada di dalam keadaan tertekan. Apa tidaknya, gadis bernama Azura itu pantang
jika arahannya tidak diikuti. Silap haribulan ada yang meletak jawatan
serta-merta!
“ Bila kita menganggap pekerja
sebagai kawan, mudah kita melaksanakan kerja dan bekerjasama. Segala urusan
akan menjadi mudah,” Yusuf bersuara sambil membuka pintu kereta untuk Azura.
Kemudian pula memasuki perut kereta di tempat memandu.
Azura yang mendengar tidak
berpuas hati dengan kata-kata Yusuff. Terasa lelaki itu menyindirnya.
“ Awak menyindir saya?” soal Azura
mula beremosi. Yusuff yang memulakan perjalanan tergelak keci.
“ Saya ikhlas memberi pandangan.
Sebagai seorang yang matang, awak terpaksa berfikiran positif walaupun kadang
kala apa yang orang anggap itu betul!” tekan Yusuff lagi.
“ Betul lah awak mengata saya!”
Azura pula sakit hati. Malas dia melayan kata-kata Yusuff lagi. Jika difikirkan, dia tahu kata-kata
lelaki itu ada benarnya. Cuma dia yang tidak suka beralah.
“ Azura..” Yusuff memanggil namun
tidak diendahkan oleh Azura yang menutup mata.
“ Tidak semua orang akan menerima
cara kita. Tapi kita berhak untuk mengubah kepada yang lebih baik! Saya ikhlas
sukakan awak,” Yusuff bersuara lagi. Azura yang memejam mata sedikit tersentuh.
Namun cintanya bukan untuk lelaki di sebelahnya.
Sampai di Bukit Antarabangsa,
Yusuff mengejutkan Azura yang benar-benar terlena. Terpisat-pisat Azura bangun
dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar. Dia memasuki halaman rumah dan
berpaling semula.
“ Hati-hati bawa kereta!” ujar Azura
kepada Yusuff yang masih setia di situ.
“ Selamat malam!” Yusuff tersenyum
dan berlalu apabila bayang Azura tidak lagi kelihatan. Dia tersenyum lagi dalam
perjalanan pulang. Angin malam yang menemaninya juga seakan tersenyum dan
berlagu.Dan hati Yusuff benar-benar berbunga. Bahagia.
****
Saat
melangkah masuk ke dalam rumah, Azura menyapa Dato’ Azman dan Datin Shafiqah yang
masih menonton televisyen. Dia turut duduk di sebelah mamanya yang tersenyum
manis.
“ Kenapa tak ajak Yusuff masuk?”
soal Datin Shafiqah sambil melurut rambut anaknya yang lurus. Dato’ Azman yang
asyik menonton tv hanya menjeling sekilas.
“ Dah malam lah mama..tak elok
dipandang orang. Lagi pun Zura ingat mama dan papa dah tidur,” Azura memberi
alasan walaupun dia tahu kedua orang tuanya itu belum melelapkan mata apabila
lampu ruang tamu masih bernyala.
“ Yalah! Dahlah pergi tidur. Esok
nak kerja kan. Jangan lupa cuci muka dulu sebelum tidur. Satu lagi, dah solat
isyak belum ni?” soal Datin Shafiqah. Azura hanya mengelengkan kepala. Dia
memang cukup liat untuk menunaikan solat. Mungkin kerana itu hatinya begitu
keras! Fikir Azura sendiri.
“ Oklah mama,papa, Zura masuk dulu.
Selepas solat, Zura nak tidur,” ujar Azura dan berlalu ke bilik. Dia
menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk dan berlalu untuk mengambil wuduk
sebelum dia terlena.