Bab
15
Jam
9.00 malam, Mila dan Zyra sampai di halaman banglo Amelia. Sekejap tadi Amelia
mengatakan persetujuannya apabila Iskandar memberinya keizinan untuk ke rumah
orang tuanya ketika pulang dari One Utama petang tadi. Hon dibunyikan apabila
kelibat Amelia tidak kelihatan. Iskandar pula yang menjenguk kepala tanpa
senyuman. Beberapa minit kemudian, Amelia keluar dengan mendukung anaknya yang
menghisap susu botol. Pantas tangan Iskandar dikucup lembut sebelum pipinya
dicium oleh lelaki itu.
Zyra dan Mila yang melihat
mencebik dengan sikap Iskandar yang boleh berubah-ubah pula tingkahlakunya.
Entah apa fesyen tak tahu! Getus Zyra perlahan. Amelia yang membuka pintu
tersenyum manis.
“ Sorry lambat! Hana meragamlah
pulak!” Amelia pantas memasuki perut kereta setelah menghulurkan anaknya kepada
Zyra yang berada di hadapan.
“ Tak adahal kak Lia. Ingat abang Is yang meragam tadi! Tapi elok
je! Siap boleh cium pipi kak Lia lagi!” Zyra seakan tidak berpuas hati.
Iskandar seolah berlakon di hadapannya.
“ Itulah perangai dia yang akak tak
faham!” ujar Amelia perlahan. Mila yang memulakan perjalanan hanya mendengar.
Malas dia menyampuk masalah rumah tangga orang. Takut menambah sakit hati! Kata
orang, diam lebih baik jika kita tidak mampu mengurangkan kesedihan orang lain.
Bimbang takut menambahkan kesakitan yang sedia ada.
“ Dah bagitahu mak dan ayah belum
nak pergi ni?” soal Amelia sambil membetulkan tudungnya.
“ Suprise!!” jerit Zyra perlahan.
Hana yang berada dipegangannya terkejut dan menangis.
“ Supriselah sangat! Kan pergi, tak
ada orang lagi nayer..” balas Amelia sambil memujuk anaknya yang sedang
menangis.
“ Insya’Allah ada..kak Lia jangan
risau. Kalau tak ada, drebar kita ada untuk bawa jalan-jalan! Tak gitu Mila?”
Zyra menyakat Mila yang serius membawa keretanya.
“ Yalah cik kak oi…” Mila tergelak
kecil dan memecut keretanya menuju ke Keramat. Sepanjang perjalanan, Zyra asyik
menceritakan lelaki yang menyakiti hatinya di pejabat yang hanya digelar
sebagai mamat poyo. Apabila Amelia bertanya namanya, Zyra enggan memberitahu.
Katanya malas untuk mengingati lelaki yang banyak menyusahkan hidupnya.
Sudahnya, Mila pula menyakat dengan mengatakan benci akan hadirnya cinta. Cintalah
sangat! Getus Zyra sendiri namun sempat didengar oleh Amelia dan Mila yang
melepaskan tawa akhirnya.
****
Sampai
di Keramat, Zyra meminta Mila memberhentikan kereta di birai jalan untuk
membeli sedikit buah tangan. Buah epal dan buah oren menjadi pilihannya.
Sesudah itu, mereka bergegas semula menuju ke rumah Puan Norlia dan Haji Iqbal.
Sesampai di sana, pantas mereka memberi salam apabila berada di hadapan pintu.
Tidak lama kemudian, seraut wajah Puan Norlia yang berumur likungan 50-an
membuka pintu dan menjawab salam. Ternyata dia terkejut dengan kehadiran anak
kembarnya yang tidak memberitahunya dahulu sebelum datang.
Pantas Puan Norlia bersalaman
dengan Zyra dan Amelia. Tidak lupa juga Mila yang menghulur tangan untuk bersalaman.
Mereka semua dijemput masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung
di atas sofa yang berada di ruang tamu. Sesekali Zyra terjenguk-jenguk mencari
seseorang namun sedikit hampa.
“ Cari ayahlah tu! Tulah, datang tak
cakap. Ayah belum balik lagi dari surau. Katanya ada ceramah agama,” Puan
Norlia bangun untuk membuat air namun sempat dihalang oleh Zyra.
“ Biar Zyra yang buat mak. Manalah
tahu ayah tak ada. Tak gitu kak Lia?” Zyra tersengih-sengih apabila Amelia
menjeling kepadanya.
“ Zyralah mak! Kononnya nak
suprisekan mak dan ayah! Mujurlah mak ada. Kalau tak, terpaksalah balik
semula,” balas Amelia mengenakan adiknya yang mencebik sebelum ke dapur.
“ Hai cucu nenek..dah besar pun.
Kawan Lia ni siapa nama?” soal Puan Norlia sambil mendukung Hana yang merengek.
“ Mila mak cik. Kawan serumah Zyra,”
Mila melempar senyum.
“ Mila kerja sekali dengan Zyra?”
soal Puan Norlia lagi. Zyra yang siap membacuh teh datang dengan membawa dulang
dan sepinggan biskut.
“ Mana ada mak..Mila ni model! Orang
cantik katakan!” Zyra menjawab bagi pihak Mila yang menjeling kepadanya tanda
geram. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil yang berada di situ.
“ Tak apa jadi model. Janji pandai jaga
maruah diri,” ujar Puan Norlia lebih kepada nasihat. Kemudian Puan Norlia
memandang Amelia yang hanya mendengar percakapannya. Anaknya itu seakan
mendiamkan diri selepas berkahwin. Jarang pula Amelia dan Iskandar pulang ke
rumah itu.
“ Iskandar tak ikut Lia ke?” soal
Puan Norlia tiba-tiba. Amelia yang meneguk air sedikit tersedak. Pantas Zyra
menepuk lembut belakangnya.
“ Tulah minum tak baca bismillah!”
Zyra mengusik kakaknya.
“ Tak ikut mak. Adahal katanya. Ayah
bila balik mak? Dah lewat ni?” soal Amelia mengalihkan topik cerita. Kemudian
dia menghulurkan botol susu kepada emaknya untuk diberikan kepada Hana.
“ Sekejap lagi baliklah tu. Dah
makan malam belum ni? Kalau belum mak masak kan!” Puan Norlia pula serba salah.
“ Tak payahlah mak. Dah makan kat
rumah tadi. Dah lewat malam pun,” balas Zyra sambil menguyah biskut. Begitu
juga Mila yang asyik melihat kaca televisyen. Amelia pula bangun untuk pergi ke
tandas. Sementara menunggu Haji Iqbal, mereka asyik berborak dan kadangkala
ketawa Zyra meletus kuat. Puan Norlia yang melihat merasa gembira dengan
perubahan Zyra setelah sembuh dari penyakit barahnya. Alhamdulillah..
****
Setelah
hampir 45 minit menunggu Haji Iqbal, lelaki separuh abad itu pulang ke rumah
dengan senyuman apabila melihat anak cucunya berada di situ. Pantas cucunya itu
didukung dan dilambung tinggi membuatkan Hana tergelak halus.
“ Lama sampai?” soal Haji Iqbal
setelah Zyra dan Amelia mencium tangannya. Wajah anak-anaknya dan Mila
dipandang dengan senyuman.
“ Hampir satu jam ayah! Ayah lambat
betul balik. Zyra ingat nak balik dah. Esok kerja..” Zyra pura-pura berjauh
hati. Dia memang anak yang manja berbanding Amelia. Mungkin kerana Amelia anak
yang lebih tua walaupun dilahirkan sebagai kembar. Tanggungjawab Amelia sebagai
kakak lebih terserlah.
“ Datang tak nak cakap! Ayah manalah
tahu! Zyra bila lagi nak cari suami? Umur dan meningkat! Mak tu asyik tanya
ayah bila Zyra nak kahwin!” Haji Iqbal sengaja menyakat anak manjanya itu. Puan
Norlia yang mendengar tergelak kecil.
“ Nak cari, cari macam suami kak
Lia. Iskandar tu baik orangnya. Banyak duit pun, tak memilih bakal isteri!”
Puan Norlia memuji. Amelia yang mendengar terasa sayu di dalam hati. Sikit
sebanyak dia turut merasa tersindir. Begitu tinggi harapan orang tuanya
terhadap Iskandar selaku menantu untuk menjaga anak mereka sebaik mungkin.
Namun sebaliknya…
Zyra
merenung wajah Amelia yang ketara berubah. Kasihan pula dia melihat kakaknya
itu.
“ Yang tu kita bincang lain kali ya
ayah, mak..sekarang ni, kita orang dah nak kena balik. Dah lewat malam. Esok Zyra
dan Mila kerja. Kak Lia pun tak boleh lama-lama..” Zyra malas mendengar tentang
perkahwinan yang bermain di bibir ayahnya.
“ Yalah! Lain kali nak datang
bagitahu. Datang awal dan tidur kat sini,” Puan Norlia menjawab bagi pihak
suaminya. Setelah bersalaman untuk pulang, sempat mereka mengirimkan salam buat
Iskandar. Amelia hanya mengangguk dan bergegas ke kereta bersama Zyra dan Mila
yang mengambil Hana dari dukungan Haji Iqbal.
“ Bawa kereta baik-baik. Jangan lupa
baca doa!” Haji Iqbal pula mengingatkan mereka.Saat berada di perut kereta,
Zyra dan Amelia melambai tangan. Mila pula membunyikan hon sebelum meluncur
laju meninggalkan keramat untuk menghantar Amelia ke Damansara. Sesampai di
Damansara, Amelia turun mendukung Hana yang telah tidur. Sempat Zyra menyuruh
Amelia menjaga diri sebelum berlalu dari situ.
Sampai di rumah, mereka bergegas
masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri sebelum merehatkan tubuh yang mula
kepenatan.
****
Danial
yang asyik mendengar nyanyian Zariff bersama gitarnya menongkat dagu di anak
tangga. Tidak dinafikan suara temannya itu cukup menusuk kalbu. Jika memasuki
pertandingan Akademi Fantasia, mungkin Zariff berpeluang menjadi juara. Danial berkira-kira sendiri
apabila melihat bakat lelaki itu. Nyanyian yang bertajuk Sandiwara Cinta nyanyian
Republik dihayati dengan khusuk.
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Kau bilang apa akupun tak sanggup
Air matamu tidak lagi kau menitis.
Alasannya sering kali kudengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau
lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati.
Mungkin ini jalan yang kau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa..ceritanya apa..
Aku tahu…
Zariff memberhentikan nyanyiannya tiba-tiba. Wajah
Zyra terbayang di mata.
“ Danial, aku tak pasti perempuan tu
Mily atau pun tak..Kalau ikutkan, Mily tak pernah berkasar dengan aku. Tapi
Zyra tu..sekasar semacam je! Dah macam singa betina,” luah Zariff sambil
melabuhkan punggungnya di anak tangga. Batang gitarnya juga disandar ke dinding
rumah.
“ Macam mana dia tak kasar dengan
kau! Dah kau berkasar dengan dia. Sudahlah hari tu kau langgar dia! Kalau aku
pun marah!” balas Danial tanpa bertapis. Dia menepuk lengannya yang terkena
gigitan nyamuk. Panas juga hatinya dengan parasit yang mengganggu ketenangannya
itu.
“ Tapi kau agak perempuan tu Mily
atau tak?” soal Danial kembali.
“ Bila dah lama aku kenal, aku rasa
dia tu bukan Mily. Mungkin betul dia tu Zyra. Tapi aku belum dapat terima
seratus peratuslah kenyataan tu!” balas Zariff. Tiba-tiba dia teringatkan
tentang pertengkarannya dengan Zyra pada petang tadi. Kata Zyra , dia cemburu
dirinya dan Azura. Adakah gadis itu sekadar menyindir atau menguji hati dan
perasaannya.
“ Aku nak cakap lebih-lebihpun, tak
boleh sebab aku tak tengok lagi Zyra. Kalau aku tengok, aku boleh tahu dia tu
Mily atau tak! Kau pun satu, bekas kekasih sendiri pun tak ingat. Atau kau gila
bayang ni Zariff?” soal Danial. Pelik juga dia dengan lelaki itu. Takkan bekas
kekasih pun tak kenal! Mustahil!
“ Entahlah! Sekarang ni, dah
macam-macam berlaku. Aku selalu sakitkan hati dia. Tapi dia macam tak tahu
apa-apa. Boleh pulak dia panggil aku, mamat poyo!Patut ke?” Zariff mulai panas.
Danial yang mendengar tergelak kecil. Memang patutpun! Getus Danial sendiri.
“ Dah kau yang cari penyakit! Macam
nilah, kau minta maaf! Habis cerita..” Danial memberi pendapat.
“ Tengoklah! Aku fikir dulu. Jomlah
masuk. Dah malam sangat ni! Esok kerja. Tak pasal-pasal terlambat pulak!” ujar
Zariff sambil bangun.
“ Cik Azura tu kan sayangkan kau!
Apa nak dikisah. Tak macam aku, silap haribulan dapat makan ketaki.” Zariff
tersengih mendengar kata-kata Danial. Okeylah makan ketaki! Daripada aku
hari-hari makan asap!
“ Bukan ayam ketakilah cik abang
oi…kena maki! Kau tahu!” Danial turut bangun sambil masuk ke dalam rumah. Dia
seolah-olah dapat membaca pemikiran Zariff. Bukannya dia tidak tahu!