Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Bab 22

Dua hari Zyra tidak masuk kerja bagaikan setahun lamanya dirasakan oleh Zariff. Sesekali dia mengendap ke tempat duduk Zyra. Pontengkan ke apa minah ni? Zariff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu pejabat. Matanya melilau-lilau mencari kelibat gadis itu. Namun semuanya seakan sia-sia. Orang yang ditunggu tidak kunjung tiba.

“ Awak cari siapa Encik Zariff?” Linda yang sakit mata dengan gelagat Zariff yang ke hulu ke hilir bagaikan ingin melahirkan anak merasa terganggu. Apa tidaknya, berapa kali lelaki itu melalui mejanya. Sesekali lelaki itu berdiri di tepi meja Zyra bagaikan menunggu sesuatu yang tidak juga muncul.

“ Minah ni kenapa tak datang kerja? Awak tahu?” soal Zariff tanpa berselindung. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.

“ Zyra? Dia tak sihat! Dia minta cuti dengan cik Azura dua hari!” ujar Linda sambil tersengih sendiri. Pasti lelaki itu sukakan Zyra! Zariff yang mendengar kembali ke mejanya. Dia tidak dapat memberi tumpuan pada kerjanya yang masih belum diselesaikan. Wajah Zyra bermain di matanya.

“ Zariff, nanti waktu lunch, kita makan sama-sama ya!” entah bila Azura tercegat di hadapannya, Zariff sendiri tidak pasti. Azura kini semakin berani mengganggunya. Gadis itu langsung tidak menghiraukan bisikan staf-stafnya yang mengatakan mereka berdua dilamun cinta.

“ Tengoklah! Erm..Zyra tu tak datang kerja ke?” soal Zariff tiba-tiba. Azura mengerutkan dahinya. Kenapa pula Zyra disebut-sebut?

“ Dia tak sihat! Kenapa? Awak ada hal dengan dia?” soal Azura mula was-was.

“ Tak adalah! Ingat susah nak dapat cuti kerja kat sini!” Zariff berdolak dalih.

“ Okey, sekarang awak siapkan kerja. Kalau ada apa-apa soalan, bolehlah tanya saya,” Azura bersuara dan berlalu ke biliknya. Zariff yang mendengar mencebik sendiri. Ingatannya masih kepada Zyra. Angau agaknya aku ni! Mungkin benar aku ni poyo macam dia cakap! Ah! Tension..

****

Zyra yang terlena di atas sofa menggagahkan dirinya apabila kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar. Dia menjenguk melalui tingkap dan ternampak seorang budak lelaki memegang sejambak bunga mawar. Dengan susah payah dia bangun untuk berdiri. Demam panas yang dialaminya cukup membuatkan seluruh tubuhnya sakit-sakit. Baru semalam dia berjumpa doktor dan mengambil ubat demam seperti yang disarankan.

“ Siapa bagi dik?” soal Zyra sambil mengambil bunga tersebut. Dia melilau mencari seseorang. Mana tahu pemberi bunga masih ada di situ.

“ Tak tahu kak! Tadi ada abang tu suruh bagi. Agaknya boyfriend akak kut!” sambung budak lelaki itu sambil tersengih. Setelah Zyra mengucapkan terima kasih, budak itu berlalu dari situ.

“ Siapalah bagi bunga ni? Bagi ubat boleh tahan! Aku ni sakit!” Zyra bercakap sendiri. Dia masuk semula ke dalam rumah dan meletakkan bunga di atas sofa. Kemudian dia bergegas ke dapur untuk mengambil air mineral di dalam peti. Tiba-tiba telefonnya berbunyi kuat. Pantas dia kembali ke ruang tamu dan menjawab panggilan.

“ Assalamualikumm…Zyra, kau dah okey belum?” suara Mila di corong telefon.

“ Waalaikumussalam..aku sihat! Kau balik pukul berapa ni? Aku sunyilah!” Zyra seakan mengadu.

“ Kejap lagi baliklah! Aku ada kerja ni! Kau tu jaga diri,” Mila memberi nasihat.

“ Yalah! Tadi ada orang bagi aku bunga!” ujar Zyra tanpa berselindung. Mila yang mendengar tersenyum lama.

“ Agaknya Azrol! Dia tak call kau?”

“ Belum! Mungkin betul dia. Tak apalah Mila, aku nak berehat. Kau jangan balik lambat sangat. Boring aku!” Zyra menutur kata sebelum memutuskan talian. Dia mencampakkan telefonnya ke atas sofa. Ingatannya kuat terhadap Zariff. Adakah lelaki itu juga merinduinya? Uh! Mengarut! Pasti dia seronok dengan cik Azura. Kalau aku ada, asyik nak bertekak je! Zyra merebahkan diri di atas sofa. Kemudian satu pesanan masuk ke dalam telefon bimbitnya.

- Bunga tu untuk Zyra yang manis

Zyra mengeluh perlahan. Rupanya, betullah Azrol yang bagi sejambak bunga mawar itu. Bilalah Zariff nak bagi bunga kat aku? Zyra menarik nafas dan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Dia menutup matanya dan cuba menghalau bayangan Zariff. Kemudian wajah Amelia terbayang pula di matanya. Apa yang tengah kak Lia buat sekarang? Bagaimana dengan abang Is? Ya Allah..Kau selamatkanlah rumah tangga mereka. Kuatkanlah hati kak Lia untuk menghadapi semua dugaanMu ini ya Allah..Jauhkanlah kak Lia dari kesengsaraan..Zyra meraup wajahnya. Air matanya entah bila menitis lagi membasahi pipi. Dan tanpa dipinta, seraut wajah Zariff pula muncul dalam ingatannya. Bukan sedikit, tapi berbukit-bukit!

****

Di Kafe, Azura asyik memandang wajah Zariff yang begitu berselera menjamu makan tengaharinya. Sesekali dia menyedut air minumannya yang berada di hadapan mata. Rasa bahagia mengulitnya apabila orang yang dicintai sentiasa berada di hadapan mata.

“ Awak tak nak makan ke? Kenyang tengok muka saya ni?” soal Zariff selamba. Azura yang mendengar sedikit tersentak. Tidak disangka renungannya disedari oleh lelaki itu.

“ Awak okey kerja kat sini? Tak ada masalah?” soal Azura menukar topik cerita. Dia memandang sekeliling Kafe. Kelihatan beberapa orang stafnya turut berada di situ.

“ Selagi orang tak kacau saya, saya tak akan rasa terganggu. Saya okey je! Seronok juga kerja kat sini!” Zariff ikhlas menutur kata. Apa tidaknya, Zyra turut berada di situ. Mily ke, Zyra ke , yang penting hatinya bahagia.

“ Betul awak seronok?” Azura kelihatan teruja. Wajahnya berseri-seri secara tiba-tiba. Belum sempat Zariff menjawab, kelihatan Yusuff datang ke meja mereka dengan senyuman. Azura yang melihat, merasa terganggu dengan kehadiran lelaki itu.

“ Boleh join?” soal Yusuff masih tersenyum. Azura menarik muka, sedangkan Zariff dengan senang hati mempersilakan lelaki berkarisma itu duduk. Pantas Yusuff melabuh punggungnya di sebelah Azura.

“ Nampaknya saya tak boleh lama. Rasanya, lebih sesuai kalau cik Azura temankan Encik Yusuff..Saya minta diri dulu..” Zariff tersenyum dan bangun dari kerusi. Azura yang melihat seakan ingin menghalang. Namun terbantut apabila melihat Yusuff menjeling kepadanya.
Setelah Zariff hilang dari pandangan, pantas Azura bangun untuk berlalu namun dihalang oleh Yusuff yang bersuara secara tiba-tiba.

“ Jatuh cinta, bukan bermakna seorang sahabat perlu dibuang!” keras kata-kata Yusuff pada pendengaran Azura. Dia kembali duduk dengan wajah yang mencuka. Matanya lama memandang seraut wajah Yusuff yang kelihatan suram.

“ Seorang sahabat tidak patut menyakiti hati sahabatnya!” balas Azura juga serius. Yusuff menentang pandangan Azura. Gadis itu terlalu jauh berubah sehingga membencinya sedemikian rupa.

“ Apa yang menyebabkan awak sakit hati Zura?” soal Yusuff ingin tahu.

“ Sebab You ambil kesempatan atas persahabatan kita? Kenapa You boleh jatuh cinta dengan I ? Itu namanya khianat Yusuff!” Azura bersuara kuat. Dia tidak menghiraukan mata yang memandang kepada mereka. Apa yang dia tahu, Yusuff perlu tahu apa yang dia rasa. Dia tidak suka persahabatn mereka berubah menjadi cinta.

“ Bukan I yang nak macam tu Zura! Cinta mana boleh paksa-paksa! Seperti mana You sukakan Zariff , begitu juga I , I benar-benar sukakan You!” balas Yusuff sedikit terkilan dengan kata-kata Azura.

“ Jangan awak nak babitkan Zariff pulak dalam soal ni! Dahlah! saya nak masuk ofis. Tolong jangan kacau saya dan Zariff lagi..pleaselah..” Azura bangun dan berlalu dari situ. Yusuff menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan keluhan yan berat. Semuanya semakin sukar dan menyakitkan! Getus Yusuff sendiri sambil bangun dan meninggalkan Kafe.

Previous: bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.