Bab 10
Sesampai
di pejabat, Zyra melabuhkan punggung untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.
Linda yang berada di sebelahnya melempar senyum. Begitu juga Nadia dan Amy yang
kurang bercakap ketika bekerja. Manakala Adilla pula hanya tunduk memandang
meja. Wajahnya yang kelihatan muram
dapat dilihat jelas oleh Zyra. Pasti ada masalah! Bisik Zyra sendiri.
Tidak sampai sepuluh minit,
muncul Azura dengan memakai baju kurung. Sejuk mata mereka memandang. Apatah
lagi Linda yang sempat tersenyum sinis. Mungkin menguntuk cik Azura! Sempat
lagi Zyra bersangka buruk.
“
Hari ni last kamu semua berkerja di sini!” Azura tiba-tiba memecah sepi.
Mata Linda membutang luas. Manakala riak wajah Nadia dan Amy juga kelihatan
keliru. Apa maksud last yang dikatakan majikan mereka? Ataupun mereka semua diberhentikan
serta-merta?
Adilla tidak menunjukkan
sebarang respon. Pantas dia bangun dan menghulurkan sepucuk surat kepada Azura
yang memandang tajam kepadanya. Pantas juga surat itu dibuka dan dibaca kuat.
Semua mata terarah kepada Adilla yang mula menitiskan air mata.
“ Awak nak letak jawatan? Sebab tak
mampu nak bekerja dengan saya! Okey, saya terima surat perletakan jawatan awak
ni!” ujar Azura tanpa bertanya Adilla penyebab keputusan itu dibuat serta
merta. Adilla berlalu menuju semula ke tempat duduknya.
“ Cik Azura, kalau last bekerja di
sini, kami nak kerja kat mana?” Linda yang bermulut murai cepat bertanya. Semua
yang ada memberi perhatian kepada Azura yang tersenyum pula. Cuma Zyra yang
masih cuak dengan sikap Adilla yang tidak memberi alasan yang kukuh penyebab
dia beredar dari syarikat itu.
“ Awak semua akan dibawa ke Syarikat
Jaya Idaman yang berada di PJ. So, oleh kerana Adilla dah letak jawatan, jadi
saya lantik Zyra menggantikan tempat Adilla,” Azura berterus-terang.
Zyra yang mendengar terkejut besar. Menggantikan tempat Adilla? Menjadi SU
kepada wanita tegas itu? Zyra menelan air liurnya. Pantas pula Linda mengucap
tahniah.
“ Saya lantik awak, kerana awak
layak untuk memegang jawatan tersebut. Jangan ingat saya pilih kasih!” Azura
seolah-olah dapat membaca apa yang terlintas di pemikiran pekerjanya. “ Selepas
ni, kamu semua boleh kemaskan barang dan esok start bekerja di Jaya Idaman!”
Azura memberi kata putus. Linda menganggukkan kepalanya tanda faham. Nadia dan
Amy juga begitu. Zyra pula terkebil-kebil pula. Jauhnya PJ! Tak kan Mila nak
hantar aku lagi! Silap haribulan, aku kena buang kerja sebab selalu datang
lewat! Teruklah macam ni!
“ Zyra, saya tak suka awak
melamun ketika bekerja! Tolong focus pada apa yang saya cakap! Kalau awak semua
dah faham, baguslah!” Azura berlalu ke biliknya. Zyra yang terkejut dengan
sindiran Azura hanya mampu mengeluh perlahan. Nasiblah!
Linda tiba-tiba bangun menuju
kepada Adilla yang mula mengemaskan barangnya. Dia memasukkan ke dalam kotak
yang berada di bawah meja. Air matanya tidak lagi menitis ke pipi. Wajahnya
juga tidak semuram tadi. Agaknya terlepas sudah dari tekanan atau bebanan yang
ditanggung!
“ Adilla, kau letak jawatan kerana
aku ke?” soal Linda perlahan. Serba salah pula dia kerana mengata gadis itu
pada minggu lepas. Mungkin Adilla merajuk atau terluka dengan kata-katanya.
Mungkin juga!
“ Memang betul kata kau Linda, buat
apa kalau kita kerja jika hati kita tidak senang? Aku tak mampu nak berurusan
dengan cik Azura. Panas baran tak menentu. Kadang kala aku ni diherdik macam
orang bodoh! Entahlah, mungkin ini yang terbaik untuk aku,” ujar Adilla penuh
emosi. Amy dan Nadia yang berada di situ
entah bila hanya mampu mendengar. Masak benar mereka dengan sikap Azura yang
satu itu. Zyra yang berada di antara mereka hanya mampu mendengar. Dia belum
mengenali majikannya itu dengan sedalamnya. Namun melihat kepada cara mereka
semua, pasti ada cabaran yang besar menanti Zyra untuk hari mendatang.
“ Lepas ni, kau nak kerja kat mana?”
soal Nadia pula.
“ Dunia milik Allah ni luas Nadia.
Aku akan cari kat tempat lain! Yang pasti bukan dengan cik Azura lagi!” jawab
Adilla kedengaran begitu tegas.
“ Erm..apa-apahal kau contactlah
kami Adilla. Mana tahu ada masalah, kami boleh tolong,” ujar Amy pula. Zyra
menganggukkan kepala dan tersenyum kepada Adilla yang merenung kepadanya.
“ Harap kau dapat bekerjasama dengan
cik Azura, Zyra. Mungkin kau lebih kuat daripada aku,” Adilla juga membalas
senyum.
“ So, sekarang , kita semua kemaskan
barang. Esok tak kerja kat sini dah! Dapat kawan baru..” Linda pula gembira
secara tiba-tiba. Dia berlalu menuju ke tempatnya untuk mengemas barang. Begitu
juga Zyra, Amy dan Nadia yang memandang gelagat Linda yang keseronokan seperti
kera mendapat bunga.
Tiba-tiba Azura tersembul di muka
pintu. Pantas dia berlalu meninggalkan pejabat tanpa melemparkan senyuman.
Semua yang melihat hanya mampu mengeluh. Susah benar nak senyum! Desis Zyra
mula tertekan.
“ Sabar jelah!” Linda seolah-olah
dapat membaca fikiran Zyra.
“ Senyuman itu kan sedekah!” Zyra
melepas kata.
“ Bersabar itu pula sebahagian dari
iman!” sampuk Nadia yang memasang telinga. Mereka semua hanya mampu mengiakan
kata-kata Nadia yang penuh keinsafan itu. Sewajibnya!
****
Waktu
makan tengahari, Zariff yang mula
bekerja di Jaya Idaman, menjamu makan tengahari di kafé yang berdekatan.
Matanya melilau melihat ke pelbagai sudut. Berbagai ragam manusia yang menjamu
selera di situ. Kebanyakan yang ada,
adalah daripada golongan wanita. Namun yang pasti standard dan class
mereka turut dijaga rapi.
Zariff mencebik sendiri.
Apalah sangat dengan standard jika pakaian yang dipakai seolah-olah tiada kain
yang mencukupi! Nak kata tak banyak duit, mustahil! Getus Zariff sendiri.
“ Jauh termenung! Saya macam pernah
tengok awak. Tapi kat mana ya?” seorang lelaki tampan menegur Zariff dengan
senyuman.
“ Awak Yusuff kan? Soal Zariff kembali. Pantas Yusuff
mengangguk dan mengerutkan dahinya. Nyata ingatannya tidak begitu kuat untuk
mengingati lelaki di hadapannya.
“ Boleh saya duduk?” soal Yusuff
ramah. Pantas Zariff menanggukkan kepalanya.
“ Saya Zariff!” Zariff
memperkenalkan diri. Takut pula dia melihat wajah Yusuff yang berkerut seribu
seolah-olah memikul masalah Negara. Takut terencat pulak anak orang! Getus
Zariff di dalam hati.
“ Oh ye..masa tengok wayang kan?”
Yusuff mula tersenyum kembali. “ Awak
kerja dekat mana? Tak pernah nampak pun?” Yusuff bertanya lagi.
“ Jaya Idaman! Awak?” jawab Zariff
singkat. Yusuff yang mendengar
mengerutkan dahinya pula.
“ Jaya Idaman? Syarikat cik Azura?”
soal Yusuff tanpa menjawab soalan Zariff
yang masih menunggu jawapan daripadanya.
“ Ya! Cik Azura yang datang dengan
awak hari tu lah!” jawab Zariff acuh tak acuh. Yusuff tersengih mendengar
jawapan malas lelaki di hadapannya.
“ Saya bekerja di bangunan ni juga,
tapi Syarikat Damai Suria. Tentang Azura tu, awak janganlah ambil hati. Dari
kecil dia memang berperangai macam tu! Anak tunggal!” Yusuff pula beria-ria bercerita tentang gadis
pujaannya.
“ Kecil tu tak apa! Dah tua Bangka
buat hal, serupa macam orang tak belajar!” bidas Zariff tanpa berlapik. Yusuff
yang mendengar menelan air liur. Boleh tahan mamat ni!
“ Kamu berdua, mengata saya ya?”
tiba-tiba Azura menyampuk. Entah bila dia berada di Kafé itu, Zariff dan Yusuff
pun tidak pasti. Kemudian Zariff bangun untuk berlalu.
“ Zariff, kerja okey?” soal Azura
walaupun hatinya sedikit terluka. Zariff
memandang sekilas dan mengangguk. Kemudian dia berlalu tanpa salam. Yusuff yang
melihat sedikit hairan dengan sikap lelaki itu.
“ You nak makan?” soal Yusuff
apabila Azura duduk dengan wajah yang muram.
“ Abaikan! I saja nak tengok
Zariff!”
“ Tengok Zariff!” Yusuff dilanda
cemburu buta.
“ Ya! Takkan nak tengok you!” Azura
bangun untuk berlalu. Yusuff yang terpingga-pingga hanya mampu menarik nafas
panjang dan melepaskannya dengan keluhan yang berat. Semuanya kini seakan sukar. Sukar untuk dia mengapai Azura yang
begitu dekat! Semuanya kerana Zariff! Benarkah? Atau cinta tidak boleh dipaksa?
Uh! Pening..
****
Mila
yang mendengar cerita Zyra, melopong lama sebelum memeluk erat temannya itu.
Seronok dia mendengar Zyra yang memegang jawatan kerani berubah tugas menjadi
Setiausaha kepada Azura pemilik syarikat besar yang berada di Petaling Jaya.
Bukankah itu satu bonus? Atau yang lebih tepat rezeki yang datang bergolek
sekelip mata! Alhamdulillah..
“ Seronok, seronok juga! Tapi aku
takut tak dapat bekerjasama dengan cik Azura. Dia tu garang wak..” Zyra
bersuara serius dan bertukar manja. Dia kemudian bangun untuk membuka
televisyen yang menyepi dari tadi. Pantas pula Mila mencari siaran yang menarik
namun beriak hampa. Tiada cerita yang menarik perhatiannya. Sudahnya dia
membiarkan sahaja rancangan yang ditayangkan di tv2.
“ Garang pun tak adalah garang macam
harimau! Lagi pun perempuan tu cantik apa!” Mila mengubah tajuk cerita.
“ Dah tu kalau cantik kenapa?
Memanglah tak garang macam harimau. Tapi, garang macam singa. Aku mana boleh
orang serius-serius sangat ni!” Zyra seakan mengadu. Matanya lama menatap kaca
televisyen. Cerita yang disiarkan mencuit hatinya. Kemudian ketawanya terhembur
serta-merta. Hilang ingatannya kepada Azura yang memeningkan kepalanya.
“ Mungkin dia perlu seseorang untuk
mengubah sikapnya kepada yang lebih baik. Manusia yang keras hatinya, tidak
semestinya tiada hati dan perasaan. Kau jadi PA dia nanti, pandai-pandailah kau
didik dia jadi perempuan lembut sikit!” Mila seakan berhujah. Zyra tersengih
sambil membaling bantal kecil kepada Mila yang kelihatan serius. Pantas gadis
itu menjerit kecil.
“ Keras hati tu boleh! Tapi jangan
sampai Allah terbalikkan hati kita untuk terima nasihat dan teguran orang! Yang
tu aku takut. Satu ketika, hati kita tak mampu lagi menerima sebarang nasihat
atau pandangan, tu maknanya Allah dah tutup pintu hati kita!” ujar Zyra panjang
lebar. Mila mengangguk-anggukkan kepalanya. Terasa pula dia dengan kata-kata
Zyra. Maklumlah, dia seorang model yang mendedah sana sini! Nasiblah dapat
ustazah jadi teman serumah! Getus Mila sendiri.
“ Harap-harap, terbukalah pintu hati
Zariff tu untuk mengejas kau Zyra. Aku pun turut seronok!” Mila mengubah
cerita.
“ Jauh kau melalut apahal? Tak
habis-habis dengan lelaki tu!” hati Zyra bagaikan berdegup laju. Alahai hati!
“ Kau tak suka, aku nak!” Mila
membidas laju.
“ Aku nak..tapi..” Zyra seakan
berbisik namun sempat didengar oleh Mila.
“ Tidak semua lelaki seperti Azrol!
Anggap Zariff tu baik macam ayah kau! Habis cerita!” Zyra membaringkan dirinya
di atas lantai. Wajah Azrol terbayang di mata. Seraut wajah Zariff pula
menjelma.
“ Kalau dia tak sukakan aku?”
“ Terpaksalah kau jadi pergi mencari
timba!”
“
Kalau timba tak jumpa-jumpa?”
“ Nanti aku tanya Zariff! Banyaklah
kau kalau-kalau. Kata takut nak jatuh cinta lagi. Mustahillah! Sekarang, aku
juga yang susah!” Mila membebel. Zyra melepaskan tawa. Kelakar juga kawan aku
sorang ni!
“ Mila..nanti aku nak pergi kerja
kau hantar ek! Waktu balik, pandai-pandailah aku naik komuter ke! Sementara aku
nak dapatkan motosikal,” Zyra mengubah tajuk secara tiba-tiba.
“ Tak apa aku hantar! Kerja aku kan
tak menentu. Kau berani ke nak bawak motor? Ada lesen?” soal Mila persis JPJ
yang membuat sekatan jalan raya.
“ Aku adalah! Waktu belajar dulu
ambil lesen. Macam kau tak tahu! Atau saja-saja buat tak tahu?” soal Zyra
sedikit panas.
“ Tapi bahayalah Zyra..tak apa, aku
hantar kan! Aku ambik kalau sempat! Kalau tak, kau terpaksalah balik sendiri.
Mana tahu, mamat Gitaris tu terjumpa kau lagi..” Mila tersengih-sengih sendiri.
“ Dah! Dah! Kau kalau buat cerita
memang pandai! Tak habis-habis!” Zyra menutup telinganya rapat. Mila yang
melihat gelagat temannya tergelak kecil. Macam-macam!