Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,436
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 21

Bab 21

Yusuff yang terlena di dalam biliknya selepas pulang dari kerja, tiba-tiba terlompat bangun. Matanya digosok kasar. Pantas jam dinding dilihatnya. Hampir jam 7.00 petang. Dia menepuk dahinya kerana terlupa untuk menunaikan janjinya berjumpa Adilla selepas pulang dari kerja. Pasti gadis itu tertunggu-tunggu panggilan daripadanya. Mungkin juga dianggap penipu!
Yusuff bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai semuanya, dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib. Selepas solat, pantas dia mencapai telefonnya dan menghubungi Adlilla untuk berjumpa di Restoran yang berada di Kuala Lumpur.

“ Assalamualikum..lama encik Yusuff tunggu?” soal Adilla dengan senyuman manis. Pantas Yusuff mempelawanya duduk selepas menjawab salam gadis tersebut.

“ Tak adalah lama sangat! Pasal hari ni saya minta maaf! Janji petang tapi jumpa cik Adilla waktu malam. Harap tak mengganggu cik Adilla lah!” Yusuff kelihatan serba salah.
“ Yang tu tak ada masalah Encik Yusuff, yang masalah sekarang ni, ada kerja kosong tak untuk saya?” soal Adilla dengan penuh harapan. Matanya meninjau skrin besar di hadapan mereka. Seketika, Yusuff memanggil pelayan dan meminta menu untuk makan malam mereka. Setelah meminta apa yang diinginkan, dia kembali memberi tumpuan kepada gadis di hadapannya.

“ Sebelum ni awak ada kerja tak? Maksud saya pengalaman kerja?” soal Yusuff. Adilla termenung buat seketika. Teringat kenangan pahit ketika bekerja bersama AZURA’S FAMILY. Dirinya langsung tidak bermakna di mata majikan syarikat itu. Sakitnya masih terasa!

“ Ada! Saya bekerja sebagai Setiusaha di salah sebuah syarikat kecil di Jalan Ipoh. Tapi, ada hal sikit, sebab tu saya letak jawatan!” Adilla berterus terang.

“ Oh ye ke? Masalah gaji ke?” Yusuff tersenyum menutur kata. Adilla yang mendengar terasa tersindir. Bukan duit yang menjadi ukuran. Cukuplah kerjanya dihargai dan dibayar setimpal dengan kerjanya. Itu sudah cukup!

“ Bukan soal gaji! Cuma mungkin rezeki saya ada di tempat lain..kalau Encik Yusuff tak dapat beri peluang kepada saya, saya tak kisah!” ujar Adilla perlahan. Dia mendiamkan diri sebaik sahaja makan malam mereka diletakkan di atas meja dengan senyuman oleh pelayan.
Jauh di sudut hati kecil Adilla, dia amat mengharapka kerja tersebut. Bukannya cara dia menanam anggur lama-lama. Sedangkan hasilnya tidak ada langsung! Kosong.

“ Macam nilah! Awak bernasib baik sebab Setiausaha syarikat Damai Suria telah meletak jawatan. Jadi, kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh awak! Lagipun, mungkin itu cara untuk saya menebus kesalahan saya tempoh hari!” Yusuff bersuara ikhlas. Kemudian dia menjemput Adilla menjamu selera sambil menceritakan tentang perjalanan syarikat.

“ Jadi, bila saya boleh mula kerja Encik Yusuff?” soal Adilla dengan wajah yang ceria.

“ Bulan depan awak boleh masuk kerja. Alamatnya ada pada kad yang saya beri pada awak. Apapun..tahniah!” Yusuff tersenyum lagi. Selesai menjamu selera, mereka berlalu meninggalkan restoran tersebut. Dan Adilla mengucap syukur di dalam hati.

****

Amelia menatap lama ke dada langit. Air matanya jatuh persatu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Iskandar seakan jauh daripadanya kini. Alasannya, cinta Amelia bukan untuknya.
Amelia mengesat air matanya. Mungkin benar dulu dia menyintai lelaki lain. Namun kini cinta itu hanya milik Iskandar. Milik suaminya seorang. Kenapa Iskandar seolah-olah sengaja membuka kembali kenangan lampau. Cinta itu telah tiada! Untuk apa lagi diungkit Pasti rahsia itu akan terbongkar! Pasti juga Zyra akan memarahi dirinya. Amelia meraup mukanya.
Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Wajah Iskandar tersembul di situ. Cepat-cepat Amelia menyapu air matanya yang masih bersisa. Dia menuju ke dapur dan membancuh air untuk suaminya.

“ Minum air bang..” Amelia bersuara lembut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Iskandar yang melihat isterinya pantas duduk di kaki Amelia. Air mata lelakinya jatuh satu persatu.

“ Maafkan abang! Abang dah tak sanggup melukai hati Lia! Pada masa yang sama, abang perlukan cinta untuk hidup!” Iskandar menangis teresak-esak. Amelia hanya membeku seperti ais. Kata-kata itu sudah lali ditelinganya. Ucapan itu juga seringkali dia dengar. Semuanya untuk apa sebenarnya.

“ Cinta? Cinta yang ada di hadapan mata, abang biarkan! Abang tahu atau tidak maksud cinta? Kalau abang terseksa dengan Lia, baik abang lepaskan! Mungkin cinta kita jauh lebih murah dari wang 25,000 yang abang bagi untuk pembedahan Zyra hari tu!” Amelia mula bersuara kasar. Penat dia bertahan dan bersabar, namun Iskandar tetap tidak mengerti hatinya.
Iskandar bangun dan duduk di sebelah Amelia. Jari jemari isterinya dipegang erat. Terasa kelu lidahnya untuk berkata. Dia tahu, apa yang dinampak oleh isterinya pada petang tadi amat menyakitkan bagi seorang isteri. Perempuan itu bukan siapa-siapa dengannya. Namun hanya sebagai teman untuk menghilangkan rasa gelisahnya.

“ Apa yang Lia nak abang lakukan?” soal Iskandar perlahan.

“ Carilah cinta lain yang boleh buat abang bahagia! Hidup ni bukan untuk merasa sakit setiap masa. Terus terang Lia bagi tahu abang, Lia dah tak sanggup!” Amelia menitiskan air matanya lagi. Terasa begitu sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“ Tiada peluang untuk abang?” soal Iskandar kedengaran lemah.

“ Peluang apa yang abang cakap? Peluang untuk Zyra tahu penyebab kita kahwin? Abang nak Zyra berada dalam kesedihan kerana rumah tangga kita tak bahagia? Pengorbanan apa yang abang nak sebenarnya? Jangan sampai Lia katakan, Lia tersilap menyintai orang yang salah!” Amelia bersuara keras. Iskandar pantas memeluk isterinya. Betapa zalimnya dia kerana menyeksa wanita cantik itu.

“ Berilah abang masa..Semuanya akan baik-baik belaka! Lia doakan untuk abang! Abang tak kuat nak hadapi semua ni! Mungkin hati abang kotor kerana fikir bukan-bukan!”

“ Banyakkan ingatkan Allah bang! Lia tak mampu hilangkan syak wasangka di hati abang. Lia juga tidak kuat! Jika Lia cakap, Lia cintakan abang seorang, kenapa abang susah nak percaya?” Amelia bangun menuju ke bilik. Biarlah Iskandar berfikir sendiri ke mana hala hubungan mereka. Dia telah penat untuk meminta dan merayu. Andai satu masa jodoh itu bukan milik mereka, dia pasrah!

Previous: Bab20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.