Bab 6
Zariff beriringan dengan Danial untuk membeli tiket
wayang. Jika diikutkan hatinya, ingin sekali dia melelapkan mata di rumah dan
menenangkan fikiran. Jika tidak pun, bolehlah dia memetik gitarnya atau
mengubah lagu. Zariff sempat berkira-kira sendiri.
Danial beratur untuk membeli
tiket. Zariff pula menyandar tubuhnya ke
dinding sambil membaca senarai cerita yang sedang hangat di pawagam. Kemudian
dia ternampak seorang gadis menghala kepadanya dengan seorang lelaki. Gaya
lagak gadis itu cukup dikenali oleh Zariff. Pantas dia memandang ke tempat
lain. Malas dia bertegur sapa dengan Azura yang akan menambah sakit kepalanya.
“ Zariff, you buat apa kat sini?”
Azura bersuara dengan mata yang bersinar. Lelaki di sebelahnya melempar
senyuman mesra. Zariff menarik nafas dan menunding jarinya ke arah Danial.
“ Hai, saya Yusuff. Azura ada cerita
kepada saya tentang awak,” Yusuff menghulurkan tangan. Pantas Zariff menyambut
dengan senyuman hambar.
“ Buat apa kat sini?” Zariff
bertanya Yusuff. Pantas Azura menghalang Yusuff dari menjawab.
“ Saja jalan-jalan! Zariff, esok you
free tak? I nak ajak you keluar. Boleh?” Azura begitu mengharap. Yusuff hanya mendengar kata-kata gadis yang dicintainya
itu. Marah? Dia tidak layak untuk marah setelah ditolak berkali-kali oleh
Azura.
“ Erm..tak apalah Yusuff. Gembira
jumpa awak! Sekarang aku nak masuk dulu,” Zariff bersuara tanpa menjawab soalan
Azura. Dia bergegas kepada Danial yang mengangkat tangan memanggilnya. Leganya
hatinya dapat menghindari diri dari gadis tersebut.
Azura mencebik tidak berpuas
hati. Malu dia kepada Yusuff bukan
sedikit. Pantas dia berlalu meninggalkan Yusuff
yang masih memandang langkah Zariff.
“ Azura, you nak pergi mana?” pantas
tangan Azura diraih. Pantas juga Azura merentapnya dengan kasar.
“ Tak habis-habis nak malukan aku!
Tak habis-habis berlagak!” jerit Azura kuat. Dia tidak peduli pada pandangan
orang. Yusuff yang mendengar mengucap
panjang. Masak benar dengan sikap baran Azura. Gadis itu memang pantang apabila
kehendaknya ditolak mentah-mentah. Apalagi membabitkan soal hati.
“ Sudah-sudahlah tu!” pantas tangan
Azura dipegang erat. Azura cuba melepaskannya namun tidak berjaya. Air matanya
mengalir ke pipi. Yusuff melonggarkan
pegangannya dan membiarkan Azura duduk di atas bangku yang berada di situ.
“ Azura, cinta tidak boleh dipaksa!
Seperti mana kau tidak boleh memaksa diri kau untuk terima aku!” Yusuff sedikit
bengang. Gadis itu nyata hanya mementingkan dirinya sendiri. Dari kecil dia dan
Azura berkawan rapat seolah-olah tidak boleh dipisahkan. Dato’ Azman dan Datin
Shafiqah selaku ibu bapa Azura juga begitu rapat dengan orang tuanya. Yusuff yang bekerja di Syarikat Damai Suria milik
daddynya iatu Dato’ Rahim juga satu bangunan dengan syarikat papa Azura.
Keakhraban mereka seperti satu kelurga yang bahagia. Namun apabila meningkat
dewasa, keakhraban Yusuff dan Azura pula
yang hilang entah ke mana.
“ Ah persetankanlah dengan cinta!”
Azura bersuara keras. Dia cuba menahan sakit di dalam hatinya. Yusuff hanya
mampu mengelengkan kepala. Niat hati untuk menonton wayang hanya tinggal impian
yang tidak kesampaian. Semuanya gara-gara Azura yang tidak matang! Getus Yusuff
sendiri.
“ Sekarang nak buat apa?” soal Yusuff sambil melabuhkan punggungnya di sebelah
Azura.
“ Aku nak balik!” Azura memberi kata
putus. Belum sempat dia bangun, tangannya dipegang erat oleh Yusuff. Pantas
mata mereka bertentang agak lama. Air mata Azura yang masih menghiasi pipi disapu
lembut oleh lelaki itu. Azura menarik tangannya dan bangun. Wajah Yusuff
dipandang lama. Tiada sekelumit cintanya untuk teman akhrabnya itu. Sudah
berbuih mulutnya memberitahu, namun Yusuff masih enggan berundur. Sudahnya
Azura malas melayan.
“ Teman aku makan. Aku lapar sangat!
Boleh tak?” Yusuff meraih simpati.
“ Okey!” singkat jawapan Azura.
Yusuff tersenyum sendiri dan bangun
mengekori Azura yang masih berwajah muram. Kasihan! Bisik Yusuff sendiri.
****
Selepas menonton wayang, Zariff dan
Danial bergegas untuk pulang. Wajah Zariff hanya bersahaja melainkan wajah
Danial yang berseri-seri dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Seronok pula
dia menonton cerita berkisarkan cinta itu. Terasa dengupan jantungnya saat
mendengar ucapan cinta yang diluahkan oleh sang teruna kepada si dara. Hi!
Danial terkekeh pula. Bilalah sang Bidadari akan datang meluahkan cinta dan
sayang kepadanya.
Zariff hanya memandang tanpa bersuara. Malas dia
melayan angau Danial yang terlebih sudu dari kuah. Nak kata ada girlfriend, kawan
perempuan pun tak ada! Berangan je lebih! Zariff tiba-tiba teringatkan Mily.
Rindunya kepada Mily bukan sedikit. Biarlah hatinya mengatakan beribu kali
benci, namun hatinya juga yang dilanda rindu terhadap gadis itu.
Zariff dan Danial membonceng
motorsikal untuk pulang. Angin lewat malam seakan menggigit-gigit kulit tangan
mereka yang terdedah. Namun warga kota masih tidak peduli dengan kehadiran pagi
yang mula menjelma. Itulah ragam warga kota!
****
Azura
melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik keluarganya di Bukit Antarabangsa.
Dia menghempas tubuhnya ke atas sofa empuk di ruang tamu. Matanya ditutup rapat
bagi menghalau bayangan Zariff. Namun lelaki itu seakan begitu dekat dengannya.
Azura sendiri bingung dengan
perasaannya. Mengapa lelaki seperti Zariff yang dikejar, sedangkan Yusuff
mempunyai pakej lelaki yang sempurna. Apa yang tidak ada pada Yusuff? Lelaki
itu mempunyai kerjaya yang mantap, rumah yang besar dan kereta mewah yang
bersepah. Mungkin juga harta kekayaannya tidak akan habis walaupun tujuh
keturunan berlalu.
Ah! Mungkin inilah cinta yang
dikatakan tidak bermata. Mungkin juga yang biasa melihat boleh menjadi buta.
Dan cinta ini juga tidak dapat dijual beli. Azura menarik nafas berat. Air mata
mula bertakung di kelopak mata. Pantas dia menyapu manik jernih itu apabila
kedengaran tapak kaki seseorang menuruni anak tangga menuju kepadanya.
“ Zura baru balik? Papa nak cakap
sikit dengan Zura,” Dato’ Azman bersuara lembut. Dia duduk di sebelah anak
gadisnya yang bangun dari pembaringan.
“ Ada apa papa?” Azura bersuara
lemah. Dia tiada mood untuk bersuara.
“ Papa nak Zura ambil alih syarikat
Jaya Idaman yang berada PJ. Papa dah tak larat nak handle semua tu. Lagipun, hanya Zura satu-satunya anak mama
dan papa. Sepatutnya tanggungjawab tu Zura pikul dari sekarang,” Dato’ Azman
seakan memberi arahan. Jaya Idaman adalah salah satu syarikat yang menjalankan bisnes landskap. Bidang itu
amat terkenal di masa kini dan mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar
Negara. Dia cukup yakin dengan kebolehan anak gadisnya dalam menangani bidang
tersebut kerana mempunyai ijazah dalam Arkitek Landskap.
“ So macam mana dengan AZURA’S
FAMILY papa? Tak kan nak lingkup macam tu je! Zura tak sukalah kalau macam ni!”
Azura menarik muka. Dato’ Azman tersenyum dengan respon Azura yang telah
dijangka dari awal lagi.
“ AZURA’S FAMILY
tu juga kan bawah naungan Jaya Idaman? Zura yang beria-ria nak buka
syarikat sendiri dan handle sendirikan? Sekarang, Zura bawa semua staf AZURA’S
FAMILY ke Jaya Idaman. Kan senang,” Dato’ Azman memberi kata putus.
“ Masalahnya papa, syarikat papa tu
sayrikat besar. Projek landskap pun yang juta-juta. Kalau AZURA’S FAMILY tu,
biasa-biasa je. Paling tidak pun untuk halaman rumah persendirian. Tapi yang
papa punya melibatkan semua. Peninglah Azura nanti!”
“ Azura boleh rujuk dengan papa
nanti. Papa bukannya melepaskan syarikat itu seratus peratus kepada Azura. Jika
pembinaan landskap itu melibatkan perbelajaan yang besar, papa akan uruskan!
Okey?”
“ Siapa PA papa?” soal Azura pantas.
“ PA? Erm..hari tu ada tapi sekarang
dah tak ada. Dah berhenti. So, Zura bawalah staf Zura untuk mengisi jawatan
tersebut!” Ujar Dato’ Azman dengan dahi berkerut. Kenapa PA pula yang ditanya
anak gadisnya.
“ Jawatan kerani?” soal Azura lagi.
“
Yang tu dah ada. Okeylah! Papa dah mengantuk. Esok, papa bawa Zura ke
Jaya Idaman. Okey?” Azura menganggukkan kepalanya. Malas dia membantah-bantah
arahan orang tuanya itu. Jika dibantah sekalipun, kata putus telah dibuat.
Tiada sebarang alasan!
Azura bangun menuju ke bilik
selepas kelibat papanya tidak kelihatan lagi. Mamanya pula pasti sudah lama
diulit mimpi. Azura membalikkan tubuhnya di atas katil. Kesepian benar-benar
menghimpit jiwanya. Begitulah nasib apabila menjadi anak tunggal. Tiada siapa untuk
dibawa bersembang. Jauh sekali bergaduh untuk berebut sesuatu yang didingini.
Azura benar-benar bosan. Dia
mencapai telefon bimbitnya dan membaca satu mesej yang dihantar oleh Yusuff
kepadanya. Pantas Azura memadam kata-kata cinta lelaki itu. Kemudian dia
teringat kata-kata Yusuff. Cinta tidak boleh dipaksa! Tetapi kenapa Yusuff
seolah-olah memaksa Azura menyintai dirinya? Cakap tak serupa bikin! Luah Azura
dengan nada sinis sebelum terlena di
atas tilam empuk itu.