Bab17
Saat keluar dari bilik,
Mila pantas mendapatkan Zyra yang masih berbungkus kepalanya dengan kain tuala.
Wajah Zyra yang putih tanpa sebarang mekap dipandang lama sebelum menarik gadis
itu ke sofa.
“ Kau apahal Mila?
Kelam kabut je aku tengok,” Zyra bersuara sambil membuka bungkusan kepalanya.
Pantas rambutnya yang masih lembap dilap dengan kain tuala yang mula berada di
tangannya.
“ Sekarang bersiap! Datin Umaira
nak belanja kita makan kat Hotel Pacific bersama Datin Sarah. Baru kejap tadi
dia call aku!” Mila menjawab soalan Zyra.
“ Aku malaslah nak keluar! Penat!
Esok nak kerja lagi!” ujar Zyra malas. Dia melunjurkan kakinya dan mengeliat ke
kiri dan ke kanan. Kemudian Zyra bangun untuk menyangkut tualanya di hanger.
“ Kau jangan macam ni Zyra! Mungkin
Datin Sarah tu nak kenal kau! Nanti kan kau nak jadi model tudung untuk butik
dia. Please…jangan malukan aku!” Mila menyusun sepuluh jari sambil membuat muka kasihan. Zyra yang melihat tergelak
kecil. Dia kembali duduk di atas sofa.
“ Yalah! Kau ni bukan sekadar jadi
model je layak, jadi pelakon tambahan pun okey! Pandai pulak tu pujuk aku!”
Zyra mencebik sebelum bangun untuk ke bilik.
“ Zyra, nak pergi mana?” Mila
menjungkit kening.
“ Dah tu, nak pergi hotel pakai macam
ni?” soal Zyra sinis. Seluar batik dan t’shirt yang dipakainya menjadi tatapan
Mila buat seketika.
“ Erm…tak sesuai! Dahlah, pergi
pakai baju lain! Akupun nak bersiap ni!” Mila bangun dan masuk ke biliknya.
Zyra yang melihat hanya menggelengkan kepala dengan karenah temannya yang
seorang itu. Banyak cekadak!
****
Mengenakan sepasang
baju kurung, Zyra kelihatan ayu bersama tudung yang menutupi kepalanya. Mana
kala Mila yang memakai skirt dan blous pendek tampak cantik dan glamour. Wajah
mereka yang dirias rapi kelihatan menawan pada mata sesiapa yang melihat.
Mungkin!
Mereka memulakan
perjalanan dengan bertemankan nyanyian dari radio yang dipasang. Sesekali
ketenangan mereka diragut apabila jalan yang yang mereka susuri sesak dengan
kenderaan yang bertali arus.
“ Sebab nilah aku tak nak
keluar! Jem je memanjang!” getus Zyra perlahan. Mila hanya tersengih mendengar
rungutan temannya. Kalau ikutkan hatinya, dia pun malas bersesak-sesak seperti
itu. Namun pelawaan orang, tidak baik untuk ditolak.
“ Sabarlah Zyra..kejap lagi kita
sampai! Kau jangan bad mood sangat! Nanti tertanggal mekap tu!”
“ Apa kena mengena dengan
mekap? Macam-macamlah kau ni Mila!” Zyra malas melayan.
“ Dah kau tu asyik buat muka
je..sekejap sengit, sekejap membujur! Tak ke tanggal mekap kau tu! Dahlah,
jangan emo lagi! Dah nak sampai pun!” Mila pula kepanasan. Dia melajukan
kenderaannya apabila ada ruang untuk dia berbuat demikian. Sampai di bahu jalan,
Mila tersenyum lama. Hotel Pacific tinggi di atas kepalanya dan Zyra mula turun
tanpa sempat temannya itu bersuara.
****
Yusuff yang
berjalan seorang diri di Jalan Bukit Bintang ralit memerhatikan manusia di
sekelilingnya. Berbagai gelagat yang dapat dilihat. Ada yang melucukan dan ada
juga yang memualkan pandangan matanya. Apa yang paling tidak wajar ialah
apabila ramai gadis melayu yang berpakaian seksi dan melanggar adab budaya dan
agama.
Teringat Yusuff kepada Azura. Gadis itu masih menjaga adab dan
sopan walaupun tidak bertudung. Namun sikap barannya itu melenyapkan kelembutan
yang sepatutnya ada pada seorang wanita. Yusuff menarik nafas panjang dan
melepaskan dengan keluhan yang berat. Jika
Azura bersetuju keluar dengannya, tiadalah dia merayap sendiri malam itu. Pasti
dia sedang tersenyum bahagia kerana dapat menatap seraut wajah cantik gadis
itu. Pasti juga dia sedang enak menjamu selera bersama orang yang
disayanginya..pasti juga..
“ Aduh! Awak ni berjalan tak nampak
saya ke?” soal seorang gadis yang mengaduh kesakitan apabila kakinya dipijak
oleh Yusuff tanpa disengajakan. Yusuff yang melihat kelihatan serba salah dan
meminta maaf atas kelalaiannya sebentar tadi.
“
Saya minta maaf, saya tak sengaja! Awak okey?” soal Yusuff kelam kabut.
Gadis itu terduduk kerana memegang
kakinya yang sakit. Pantas mata Yusuff melilau kalau-kalau gadis di hadapannya
itu datang dengan seseorang. Takut juga dia andai dibelasah dengan boyfriend
gadis itu. Pasti nayer jadinya!
“
Tulah awak! Waktu berjalan bukan
untuk berangan! Tak pasal-pasal saya yang sakit!” getus gadis itu lagi. Yusuff
yang melihat pantas menolong dengan memegang bahunya.
“ Saya minta maaf banyak-banyak! Saya
memang tak sengaja! Awak boleh jalan tak ni?” Yusuff masih was-was. Saya bawa
awak pergi klinik! Tak pun hospital!” Yusuff masih menggelabah.
“ Saya bukannya patah kaki! Tak apalah!
Saya boleh berjalan!” balas gadis itu sambil mengerutkan mukanya.
“ Okey..nama awak siapa?” soal
Yusuff masih tidak senang.
“ Kenapa? Awak nak bagi saya kerja?”
sinis kata-kata gadis itu.
“ Boleh juga kalau awak nak! Ni kad saya.
Apa-apahal, awak call lah!” Yusuff pantas mengambil kad dari beg dompetnya.
Pantas pula gadis itu mengambil.
“ Nama saya Adilla. Memang saya tengah
cari kerja. Nanti saya hubungi awak!” Gadis yang bernama Adilla itu berjalan
perlahan meninggalkan Yusuff yang masih terkebil-kebil sendiri. Apalah malang
nasib aku ni! Mujur tak kena maki lebih-lebih! Uh! Nasib..Yusuff berlalu dari
situ dan mendapatkan keretanya. Dia berkira-kira untuk menghubungi Azura. Namun
hasratnya itu dilupakan begitu sahaja. Setelah menghidupkan kereta, Yusuff
meluncur laju keretanya menuju ke suatu tempat yang boleh menghilangkan
gundahnya. Sesampai di sana, dia melihat rumah tersebut masih bernyala
lampunya. Pasti Azura masih belum tidur! Yusuff
berkira-kira sendiri. Dia memerhatikan dari dalam kereta kalau-kalau Azura
keluar ke halaman rumah. Namun akhirnya wajah Yusuff menjadi suram tidak
bercahaya.
Entah kenapa, gadis baran seperti
Azura yang dikejarnya. Bagi Yusuff, Azura seperti kerak nasi yang akan lembut
juga akhirnya jika terkena air. Namun, dia keliru bagai mana caranya untuk
menundukkan gadis idamannya itu. Setelah lama menanti, wajah Azura tidak juga
muncul dan Yusuff mula dilanda rindu yang entah bila akan hilang
dari hatinya untuk gadis bernama Azura itu.
****
Duduk di hadapan
dua orang Datin itu, menyebabkan Zyra terasa sedikit kekok. Tidak seperti Mila
yang petah berbicara bertanya itu dan ini kepada wanita separuh abad di hadapan
mereka. Kadangkala, tanpa segan silu Mila melepaskan tawa apabila ada cerita
yang mencuit hatinya.
“
Siapa yang nak jadi model tudung ni?” soal Datin Sarah secara tiba-tiba.
Pantas telunjuk Mila dihalakan kepada Zyra. Wajah Zyra yang merona merah
dipandang dengan senyuman.
“ Oo..kawan Mila ni siapa nama?” Datin
Sarah bersuara ramah. Hilang rasa gugup Zyra sebentar tadi.
“ Erm..nama saya Zyra, Datin. Kawan
serumah Mila. Tentang tudung tu, tak pastilah saya sesuai atau tidak? Takut
bila saya pakai, tak dapat sambutan! Risau juga..” Zyra berterus terang.
“ Kalau kita nak berjaya, kita tak
boleh terlalu merendah diri Zyra. Lagipun, kita nak buat benda baik.
Insya’Allah segalanya berjalan dengan lancar!” Datin Umaira pula menyampuk.
Datin Sarah dan Mila menganggukkan kepala tanda setuju.
“ Saya rasa okey kalau awak gayakan!
Serius, saya cakap, awak ni cantik Zyra! Satu lagi saya nak tanya, awak kerja
kat mana? Dah kerja?” soal Datin Sarah bagaikan polis lagaknya. Datin Umaira
tergelak kecil dengan keletah temannya itu. Manakala Mila pula hanya mendengar.
Matanya terkebil-kebil memandang makanan yang telah terhidang di atas meja.
Perutnya mula menyanyikan lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan lagi.
“ Saya kerja di syarikat Jaya Idaman
yang berada di PJ,” jawab Zyra singkat.
“ Ooo..bahagian apa tu?” soal Datin
Sarah lagi.
“ Syarikat landskap! Saya bekerja
sebagai setiausaha di syarikat tu..” Zyra berterus-terang. Manalah tahu Datin
Sarah ada hati untuk menggunakan khidmat mereka! Mana tahu!
“
Ye ke? Kalau ikutkan dah lama saya nak cari syarikat yang membuat kerja
landskap ni! Untuk halaman rumah supaya kelihatan cantik mata memandang. Dan
kalau boleh, biarlah ianya berkonsepkan ala inggeris gitu..” Datin Sarah pula
beria-ria. Mila yang mendengar tersengih panjang melihat seraut wajah Zyra yang
kelihatan teruja seperti mendapat kepingan emas. Namun perutnya yang lapar
mematikan sengihannya secara tiba-tiba.
“ Awak kenapa Mila? Diam saja saya
tengok?” Datin Umaira tiba-tiba bersuara.
“ Laparlah Datin..” Mila berterus
terang. Zyra yang mendengar menjeling kepadanya. Tak malu betul! Nak mencekik
je!
“ Ya Allah..kalau lapar makanlah! Kita
datang sini nak makanlah sayang..” Datin Sarah pula menyampuk. Pantas Mila
mengambil sudu yang berada di sisi pinggannya dan mula menguyah makanan sambil
menjemput yang lain untuk turut serta.
“ Berbalik pada cerita tadi Datin,
syarikat kami sememangnya mempunyai arkitek landskap yang memang mahir dalam
memilih reka bentuk yang sesuai! Satu lagi, majikan saya Cik Azura juga
mengambil jurusan Arkitek Landskap sewaktu pengajian dulu. Jadi, saya rasa, apa
yang Datin nak tu, Insya’Allah akan memuaskan hati Datin sekeluarga,” Zyra
memberi penerangan dengan panjang lebar. Kemudian dia menyedut air di
hadapannya dengan perlahan.
“ Kalau macam tu Zyra, saya juga berminat untuk berurusan dengan syarikat
Zyra tu. Kalau Datin Sarah nak ala-ala inggeris gitu, saya mahukan halaman
rumah saya kelihatan klasik dan tak jemu mata memandang. Yang penting dapat
menenangkan fikiran. Mungkin arkitek landskap syarikat Zyra tahu apa yang nak!
Tapi, bila tu saya akan confirmkan balik!okey!” Datin Umaira menjungkit kening
kepada Datin Sarah yang tersenyum panjang. Mereka mula menjamah makanan yang
berada di atas meja.
“ Tentang tudung tu Zyra, saya rasa
esok kita akan adakan pengambaran. Saya akan panggil wakil media dari majalah
Islam untuk mempromosikan tudung baru dari syarikat saya tu. Apa-apahal..saya
akan call awak atau Mila..” Datin Sarah memberi kata putus. Zyra menganggukkan
kepalanya tanda setuju. Kemudian dia mencubit peha Mila yang tidak
berhenti-henti makan dari tadi. Model apalah melatak macam perut buaya! Tak
sayang body agaknya! Getus Zyra sambil turut menjamu selera. Sesekali dia
tersenyum kerana mendapat dua orang pelanggan dalam satu masa. Bukankah itu rezeki
namanya!