Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,541
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bab 9

Malam itu kelihatan terang disinari bulan mengambang di dada langit. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajah Azura yang berselindung di sebalik cermin kereta yang terbuka luas. Rambutnya yang dilepaskan juga seakan terbuai-buai ditiup angin malam.
Yusuff yang membawa kereta, sesekali menjeling Azura yang seolah-olah tidak berminat dengan tawarannya untuk menjamu makan malam di luar. Puas dia memujuk, barulah gadis itu bersetuju. Itupun tanpa senyuman!

“ So, kita nak makan kat mana?” Yusuff bersuara memecahkan kesunyian. Azura menjeling sekilas.

“ Tadi awak yang beria-ria! Sekarang tanya saya pulak!” keras Azura membidas. Entah kenapa panas hatinya apabila bersama Yusuff. Berbeza benar ketika dia bersama Zariff Irfan.

“ Okey! Kita makan kat Sungai Buluh okey! Awak tu janganlah marah-marah. Tak elok untuk kesihatan. Lagipun, kita dah lama kenal. Membesar pun bersama. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf!” Yusuff seakan merayu. Azura termenung buat seketika. Entah apa yang menyebabkan dia panas satu badan. Barannya juga semakin menjadi-jadi. Kasihan Yusuff! Getus Azura.

“ Tak kisahlah! Awak yang bawakan? I ikut jer!” suara Azura mulai kendur. Yusuff yang mendengar tersenyum sendiri. Dia menekan pedal minyak untuk cepat sampai ke distinasi. Sesekali dia terhimpit juga dengan kesesakan lalu lintas yang tidak putus-putus memusuhi warga kota. Nasiblah! Getus Yusuff sendiri.

****

Di suatu sudut, kelihatan Zyra, Mila dan Amelia menjamu selera. Hana juga tidak ketinggalan duduk di atas kerusi yang di sediakan untuk anak kecil. Sesekali Hana merengek apabila melihat Mila asyik mengajukannya aiskrim Vanilla yang juga disediakan di situ. Pantas pula Zyra mencubit peha temannya yang bersikap kebudak-budakan.
Zyra memasukkan udang, daging dan sotong ke dalam kuah tom yam yang mendidih. Kemudian dia meletakkan pula sebungkus maggi dan menunggu sehingga masak. Mila yang baru sahaja mengambil fish ball dan daging yang diperap memasukkannya sekali di dalam menu utama mereka itu.

“ Selalu Zyra dan Mila datang makan steamboat kat sini?” soal Amelia sambil menyapu mulut comel Hana yang sedikit comot.

“ Selalu kak Lia cakap? Mila ni keluar mana ajak orang! Datang dengan boyfriendlah tu!” Zyra bersuara sebelum sempat Mila menjawab.

“ Tak adalah selalu! Dulu pernah datang dengan Datin Umaira. Janji dengan Zyra, tak jadi-jadi. Baru sekaranglah dapatnya,” Mila bersuara jujur. Wajah Zyra yang mencebik di balas dengan senyuman. Kemudian dia mengambil fish ball yang telah masak dan dimakan bersama sos cili. Kemudia, pantas pula tangannya mengutip udang dan sotong yang mulai masak.
Zyra mengangkat Maggi nak meletakkannya ke dalam mangkuk. Laju dia menyuap ke mulutnya sebelum matanya terbuatang luas.

“ Kau kenapa?” Mily yang perasan denagn perubahan Zyra bertanya pantas.

“ Cik azura!”

“ Mana?” soal Mila. Amelia yang tidak tahu cerita hanya memandang.

“ Tu! Yang duduk sebelah lelaki pakai t’shit hijau!” Zyra bersuara sambil menundukkan kepalanya. Terasa ingin di meletakkan kepalanya di bawah meja.

“ Dah tu kenapa? Tu kan bos kau! Jom kita tegur,” ajak Mila beria-ria. Terpegun pula dia melihat kecantikan majikan Zyra. Kalau aku! Bisiknya.

“ Jangan nak memandai! Jomlah makan cepat! Malas nak tegur cik Azura tu,” Zyra serba salah pula. Amelia yang melihat adiknya yang menggelabah tertawa kecil.

“ Kau agak cik Azura tu kata Amelia ni, kau atau tak?” Mila menjungkit kening. Zyra memandang kakak kembarnya. Memang seiras namun masih ada perbezaannya. Amelia memiliki tahi lalat di pipi kiri, sedangkan dia di pipi kanan. Tingginya melebihi kakaknya dan wajahnya terlebih bujur berbanding Amelia yang mempunyai bentuk muka yang bulat. Apa yang paling berbeza, kakaknya itu lebih cantik darinya. Itu Zyra cukup pasti.

“ Apa-apalah! Jom!” Zyra mendukung Hana sambil berjalan ke hadapan mendahului Mila dan Amelia.

“ Nasib kita dah makan banyak Amelia, kalau tak kebulur kita! Ni semua Zyra punya pasal! Mila membebel sendiri. Sedangkan Amelia hanya ketawa geli hati.

****

“ Dah kenyang?” soal Yusuff melihat Azura mula berhenti mencuci tangan.

“ Erm.. dah ngantuk pun. Jom! Esok kita kan nak kerja. Lagipun, esok I akan masuk ofis baru. Staf I kat AZURA’S FAMILY pun belum tahu lagi. Banyak kerja esok I kena buat,” Azura berterus-terang. Yusuff menganggukkan kepala tanda faham.

“ Lepas ni, kita bekerja satu bangunan. I harap you tak kekok untuk tegur I,” Yusuff bersuara mengharap. Azura hanya tersenyum sinis.

“ Jom! Papa dan mama I mungkin tengah tunggu. Diaorang mana suka tengok I balik lewat malam,” Azura bersuara sambil bangun dari tempat duduk. Yusuff turut serta dan berlalu selepas menjelaskan bil.

“ Bagaimana agaknya penerimaan staf Jaya Idaman terhadap I ? getus Azura perlahan. Yusuff hanya tersenyum melihat gelagat Azura yang mula berubah sikap. Dia tahu sikap panas Azura akan membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk. Pasti juga yang membuat kerja berada di dalam keadaan tertekan. Apa tidaknya, gadis bernama Azura itu pantang jika arahannya tidak diikuti. Silap haribulan ada yang meletak jawatan serta-merta!

“ Bila kita menganggap pekerja sebagai kawan, mudah kita melaksanakan kerja dan bekerjasama. Segala urusan akan menjadi mudah,” Yusuf bersuara sambil membuka pintu kereta untuk Azura. Kemudian pula memasuki perut kereta di tempat memandu.
Azura yang mendengar tidak berpuas hati dengan kata-kata Yusuff. Terasa lelaki itu menyindirnya.

“ Awak menyindir saya?” soal Azura mula beremosi. Yusuff yang memulakan perjalanan tergelak keci.

“ Saya ikhlas memberi pandangan. Sebagai seorang yang matang, awak terpaksa berfikiran positif walaupun kadang kala apa yang orang anggap itu betul!” tekan Yusuff lagi.

“ Betul lah awak mengata saya!” Azura pula sakit hati. Malas dia melayan kata-kata Yusuff lagi. Jika difikirkan, dia tahu kata-kata lelaki itu ada benarnya. Cuma dia yang tidak suka beralah.

“ Azura..” Yusuff memanggil namun tidak diendahkan oleh Azura yang menutup mata.

“ Tidak semua orang akan menerima cara kita. Tapi kita berhak untuk mengubah kepada yang lebih baik! Saya ikhlas sukakan awak,” Yusuff bersuara lagi. Azura yang memejam mata sedikit tersentuh. Namun cintanya bukan untuk lelaki di sebelahnya.
Sampai di Bukit Antarabangsa, Yusuff mengejutkan Azura yang benar-benar terlena. Terpisat-pisat Azura bangun dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar. Dia memasuki halaman rumah dan berpaling semula.

“ Hati-hati bawa kereta!” ujar Azura kepada Yusuff yang masih setia di situ.

“ Selamat malam!” Yusuff tersenyum dan berlalu apabila bayang Azura tidak lagi kelihatan. Dia tersenyum lagi dalam perjalanan pulang. Angin malam yang menemaninya juga seakan tersenyum dan berlagu.Dan hati Yusuff benar-benar berbunga. Bahagia.

****

Saat melangkah masuk ke dalam rumah, Azura menyapa Dato’ Azman dan Datin Shafiqah yang masih menonton televisyen. Dia turut duduk di sebelah mamanya yang tersenyum manis.

“ Kenapa tak ajak Yusuff masuk?” soal Datin Shafiqah sambil melurut rambut anaknya yang lurus. Dato’ Azman yang asyik menonton tv hanya menjeling sekilas.

“ Dah malam lah mama..tak elok dipandang orang. Lagi pun Zura ingat mama dan papa dah tidur,” Azura memberi alasan walaupun dia tahu kedua orang tuanya itu belum melelapkan mata apabila lampu ruang tamu masih bernyala.

“ Yalah! Dahlah pergi tidur. Esok nak kerja kan. Jangan lupa cuci muka dulu sebelum tidur. Satu lagi, dah solat isyak belum ni?” soal Datin Shafiqah. Azura hanya mengelengkan kepala. Dia memang cukup liat untuk menunaikan solat. Mungkin kerana itu hatinya begitu keras! Fikir Azura sendiri.

“ Oklah mama,papa, Zura masuk dulu. Selepas solat, Zura nak tidur,” ujar Azura dan berlalu ke bilik. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk dan berlalu untuk mengambil wuduk sebelum dia terlena.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.