Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,497
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Bab 15

Jam 9.00 malam, Mila dan Zyra sampai di halaman banglo Amelia. Sekejap tadi Amelia mengatakan persetujuannya apabila Iskandar memberinya keizinan untuk ke rumah orang tuanya ketika pulang dari One Utama petang tadi. Hon dibunyikan apabila kelibat Amelia tidak kelihatan. Iskandar pula yang menjenguk kepala tanpa senyuman. Beberapa minit kemudian, Amelia keluar dengan mendukung anaknya yang menghisap susu botol. Pantas tangan Iskandar dikucup lembut sebelum pipinya dicium oleh lelaki itu.
Zyra dan Mila yang melihat mencebik dengan sikap Iskandar yang boleh berubah-ubah pula tingkahlakunya. Entah apa fesyen tak tahu! Getus Zyra perlahan. Amelia yang membuka pintu tersenyum manis.

“ Sorry lambat! Hana meragamlah pulak!” Amelia pantas memasuki perut kereta setelah menghulurkan anaknya kepada Zyra yang berada di hadapan.

“ Tak adahal kak Lia. Ingat abang Is yang meragam tadi! Tapi elok je! Siap boleh cium pipi kak Lia lagi!” Zyra seakan tidak berpuas hati. Iskandar seolah berlakon di hadapannya.

“ Itulah perangai dia yang akak tak faham!” ujar Amelia perlahan. Mila yang memulakan perjalanan hanya mendengar. Malas dia menyampuk masalah rumah tangga orang. Takut menambah sakit hati! Kata orang, diam lebih baik jika kita tidak mampu mengurangkan kesedihan orang lain. Bimbang takut menambahkan kesakitan yang sedia ada.

“ Dah bagitahu mak dan ayah belum nak pergi ni?” soal Amelia sambil membetulkan tudungnya.

“ Suprise!!” jerit Zyra perlahan. Hana yang berada dipegangannya terkejut dan menangis.

“ Supriselah sangat! Kan pergi, tak ada orang lagi nayer..” balas Amelia sambil memujuk anaknya yang sedang menangis.

“ Insya’Allah ada..kak Lia jangan risau. Kalau tak ada, drebar kita ada untuk bawa jalan-jalan! Tak gitu Mila?” Zyra menyakat Mila yang serius membawa keretanya.

“ Yalah cik kak oi…” Mila tergelak kecil dan memecut keretanya menuju ke Keramat. Sepanjang perjalanan, Zyra asyik menceritakan lelaki yang menyakiti hatinya di pejabat yang hanya digelar sebagai mamat poyo. Apabila Amelia bertanya namanya, Zyra enggan memberitahu. Katanya malas untuk mengingati lelaki yang banyak menyusahkan hidupnya. Sudahnya, Mila pula menyakat dengan mengatakan benci akan hadirnya cinta. Cintalah sangat! Getus Zyra sendiri namun sempat didengar oleh Amelia dan Mila yang melepaskan tawa akhirnya.

****

Sampai di Keramat, Zyra meminta Mila memberhentikan kereta di birai jalan untuk membeli sedikit buah tangan. Buah epal dan buah oren menjadi pilihannya. Sesudah itu, mereka bergegas semula menuju ke rumah Puan Norlia dan Haji Iqbal. Sesampai di sana, pantas mereka memberi salam apabila berada di hadapan pintu. Tidak lama kemudian, seraut wajah Puan Norlia yang berumur likungan 50-an membuka pintu dan menjawab salam. Ternyata dia terkejut dengan kehadiran anak kembarnya yang tidak memberitahunya dahulu sebelum datang.
Pantas Puan Norlia bersalaman dengan Zyra dan Amelia. Tidak lupa juga Mila yang menghulur tangan untuk bersalaman. Mereka semua dijemput masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di ruang tamu. Sesekali Zyra terjenguk-jenguk mencari seseorang namun sedikit hampa.

“ Cari ayahlah tu! Tulah, datang tak cakap. Ayah belum balik lagi dari surau. Katanya ada ceramah agama,” Puan Norlia bangun untuk membuat air namun sempat dihalang oleh Zyra.

“ Biar Zyra yang buat mak. Manalah tahu ayah tak ada. Tak gitu kak Lia?” Zyra tersengih-sengih apabila Amelia menjeling kepadanya.

“ Zyralah mak! Kononnya nak suprisekan mak dan ayah! Mujurlah mak ada. Kalau tak, terpaksalah balik semula,” balas Amelia mengenakan adiknya yang mencebik sebelum ke dapur.

“ Hai cucu nenek..dah besar pun. Kawan Lia ni siapa nama?” soal Puan Norlia sambil mendukung Hana yang merengek.

“ Mila mak cik. Kawan serumah Zyra,” Mila melempar senyum.

“ Mila kerja sekali dengan Zyra?” soal Puan Norlia lagi. Zyra yang siap membacuh teh datang dengan membawa dulang dan sepinggan biskut.

“ Mana ada mak..Mila ni model! Orang cantik katakan!” Zyra menjawab bagi pihak Mila yang menjeling kepadanya tanda geram. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil yang berada di situ.

“ Tak apa jadi model. Janji pandai jaga maruah diri,” ujar Puan Norlia lebih kepada nasihat. Kemudian Puan Norlia memandang Amelia yang hanya mendengar percakapannya. Anaknya itu seakan mendiamkan diri selepas berkahwin. Jarang pula Amelia dan Iskandar pulang ke rumah itu.

“ Iskandar tak ikut Lia ke?” soal Puan Norlia tiba-tiba. Amelia yang meneguk air sedikit tersedak. Pantas Zyra menepuk lembut belakangnya.

“ Tulah minum tak baca bismillah!” Zyra mengusik kakaknya.

“ Tak ikut mak. Adahal katanya. Ayah bila balik mak? Dah lewat ni?” soal Amelia mengalihkan topik cerita. Kemudian dia menghulurkan botol susu kepada emaknya untuk diberikan kepada Hana.

“ Sekejap lagi baliklah tu. Dah makan malam belum ni? Kalau belum mak masak kan!” Puan Norlia pula serba salah.

“ Tak payahlah mak. Dah makan kat rumah tadi. Dah lewat malam pun,” balas Zyra sambil menguyah biskut. Begitu juga Mila yang asyik melihat kaca televisyen. Amelia pula bangun untuk pergi ke tandas. Sementara menunggu Haji Iqbal, mereka asyik berborak dan kadangkala ketawa Zyra meletus kuat. Puan Norlia yang melihat merasa gembira dengan perubahan Zyra setelah sembuh dari penyakit barahnya. Alhamdulillah..

****

Setelah hampir 45 minit menunggu Haji Iqbal, lelaki separuh abad itu pulang ke rumah dengan senyuman apabila melihat anak cucunya berada di situ. Pantas cucunya itu didukung dan dilambung tinggi membuatkan Hana tergelak halus.

“ Lama sampai?” soal Haji Iqbal setelah Zyra dan Amelia mencium tangannya. Wajah anak-anaknya dan Mila dipandang dengan senyuman.

“ Hampir satu jam ayah! Ayah lambat betul balik. Zyra ingat nak balik dah. Esok kerja..” Zyra pura-pura berjauh hati. Dia memang anak yang manja berbanding Amelia. Mungkin kerana Amelia anak yang lebih tua walaupun dilahirkan sebagai kembar. Tanggungjawab Amelia sebagai kakak lebih terserlah.

“ Datang tak nak cakap! Ayah manalah tahu! Zyra bila lagi nak cari suami? Umur dan meningkat! Mak tu asyik tanya ayah bila Zyra nak kahwin!” Haji Iqbal sengaja menyakat anak manjanya itu. Puan Norlia yang mendengar tergelak kecil.

“ Nak cari, cari macam suami kak Lia. Iskandar tu baik orangnya. Banyak duit pun, tak memilih bakal isteri!” Puan Norlia memuji. Amelia yang mendengar terasa sayu di dalam hati. Sikit sebanyak dia turut merasa tersindir. Begitu tinggi harapan orang tuanya terhadap Iskandar selaku menantu untuk menjaga anak mereka sebaik mungkin. Namun sebaliknya…
Zyra merenung wajah Amelia yang ketara berubah. Kasihan pula dia melihat kakaknya itu.

“ Yang tu kita bincang lain kali ya ayah, mak..sekarang ni, kita orang dah nak kena balik. Dah lewat malam. Esok Zyra dan Mila kerja. Kak Lia pun tak boleh lama-lama..” Zyra malas mendengar tentang perkahwinan yang bermain di bibir ayahnya.

“ Yalah! Lain kali nak datang bagitahu. Datang awal dan tidur kat sini,” Puan Norlia menjawab bagi pihak suaminya. Setelah bersalaman untuk pulang, sempat mereka mengirimkan salam buat Iskandar. Amelia hanya mengangguk dan bergegas ke kereta bersama Zyra dan Mila yang mengambil Hana dari dukungan Haji Iqbal.

“ Bawa kereta baik-baik. Jangan lupa baca doa!” Haji Iqbal pula mengingatkan mereka.Saat berada di perut kereta, Zyra dan Amelia melambai tangan. Mila pula membunyikan hon sebelum meluncur laju meninggalkan keramat untuk menghantar Amelia ke Damansara. Sesampai di Damansara, Amelia turun mendukung Hana yang telah tidur. Sempat Zyra menyuruh Amelia menjaga diri sebelum berlalu dari situ.
Sampai di rumah, mereka bergegas masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri sebelum merehatkan tubuh yang mula kepenatan.

****

Danial yang asyik mendengar nyanyian Zariff bersama gitarnya menongkat dagu di anak tangga. Tidak dinafikan suara temannya itu cukup menusuk kalbu. Jika memasuki pertandingan Akademi Fantasia, mungkin Zariff berpeluang menjadi juara. Danial berkira-kira sendiri apabila melihat bakat lelaki itu. Nyanyian yang bertajuk Sandiwara Cinta nyanyian Republik dihayati dengan khusuk.

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi

Kau bilang apa akupun tak sanggup

Air matamu tidak lagi kau menitis.

Alasannya sering kali kudengar

Alasannya seringkali kau ucap

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeda

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati.

Mungkin ini jalan yang kau mahu

Mungkin ini jalan yang kau inginkan

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa..ceritanya apa..

Aku tahu…

Zariff memberhentikan nyanyiannya tiba-tiba. Wajah Zyra terbayang di mata.

“ Danial, aku tak pasti perempuan tu Mily atau pun tak..Kalau ikutkan, Mily tak pernah berkasar dengan aku. Tapi Zyra tu..sekasar semacam je! Dah macam singa betina,” luah Zariff sambil melabuhkan punggungnya di anak tangga. Batang gitarnya juga disandar ke dinding rumah.

“ Macam mana dia tak kasar dengan kau! Dah kau berkasar dengan dia. Sudahlah hari tu kau langgar dia! Kalau aku pun marah!” balas Danial tanpa bertapis. Dia menepuk lengannya yang terkena gigitan nyamuk. Panas juga hatinya dengan parasit yang mengganggu ketenangannya itu.

“ Tapi kau agak perempuan tu Mily atau tak?” soal Danial kembali.

“ Bila dah lama aku kenal, aku rasa dia tu bukan Mily. Mungkin betul dia tu Zyra. Tapi aku belum dapat terima seratus peratuslah kenyataan tu!” balas Zariff. Tiba-tiba dia teringatkan tentang pertengkarannya dengan Zyra pada petang tadi. Kata Zyra , dia cemburu dirinya dan Azura. Adakah gadis itu sekadar menyindir atau menguji hati dan perasaannya.

“ Aku nak cakap lebih-lebihpun, tak boleh sebab aku tak tengok lagi Zyra. Kalau aku tengok, aku boleh tahu dia tu Mily atau tak! Kau pun satu, bekas kekasih sendiri pun tak ingat. Atau kau gila bayang ni Zariff?” soal Danial. Pelik juga dia dengan lelaki itu. Takkan bekas kekasih pun tak kenal! Mustahil!

“ Entahlah! Sekarang ni, dah macam-macam berlaku. Aku selalu sakitkan hati dia. Tapi dia macam tak tahu apa-apa. Boleh pulak dia panggil aku, mamat poyo!Patut ke?” Zariff mulai panas. Danial yang mendengar tergelak kecil. Memang patutpun! Getus Danial sendiri.

“ Dah kau yang cari penyakit! Macam nilah, kau minta maaf! Habis cerita..” Danial memberi pendapat.

“ Tengoklah! Aku fikir dulu. Jomlah masuk. Dah malam sangat ni! Esok kerja. Tak pasal-pasal terlambat pulak!” ujar Zariff sambil bangun.

“ Cik Azura tu kan sayangkan kau! Apa nak dikisah. Tak macam aku, silap haribulan dapat makan ketaki.” Zariff tersengih mendengar kata-kata Danial. Okeylah makan ketaki! Daripada aku hari-hari makan asap!

“ Bukan ayam ketakilah cik abang oi…kena maki! Kau tahu!” Danial turut bangun sambil masuk ke dalam rumah. Dia seolah-olah dapat membaca pemikiran Zariff. Bukannya dia tidak tahu!

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.