Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,708
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab17

Bab17

Saat keluar dari bilik, Mila pantas mendapatkan Zyra yang masih berbungkus kepalanya dengan kain tuala. Wajah Zyra yang putih tanpa sebarang mekap dipandang lama sebelum menarik gadis itu ke sofa.

“ Kau apahal Mila? Kelam kabut je aku tengok,” Zyra bersuara sambil membuka bungkusan kepalanya. Pantas rambutnya yang masih lembap dilap dengan kain tuala yang mula berada di tangannya.

“ Sekarang bersiap! Datin Umaira nak belanja kita makan kat Hotel Pacific bersama Datin Sarah. Baru kejap tadi dia call aku!” Mila menjawab soalan Zyra.

“ Aku malaslah nak keluar! Penat! Esok nak kerja lagi!” ujar Zyra malas. Dia melunjurkan kakinya dan mengeliat ke kiri dan ke kanan. Kemudian Zyra bangun untuk menyangkut tualanya di hanger.

“ Kau jangan macam ni Zyra! Mungkin Datin Sarah tu nak kenal kau! Nanti kan kau nak jadi model tudung untuk butik dia. Please…jangan malukan aku!” Mila menyusun sepuluh jari sambil membuat muka kasihan. Zyra yang melihat tergelak kecil. Dia kembali duduk di atas sofa.

“ Yalah! Kau ni bukan sekadar jadi model je layak, jadi pelakon tambahan pun okey! Pandai pulak tu pujuk aku!” Zyra mencebik sebelum bangun untuk ke bilik.

“ Zyra, nak pergi mana?” Mila menjungkit kening.

“ Dah tu, nak pergi hotel pakai macam ni?” soal Zyra sinis. Seluar batik dan t’shirt yang dipakainya menjadi tatapan Mila buat seketika.

“ Erm…tak sesuai! Dahlah, pergi pakai baju lain! Akupun nak bersiap ni!” Mila bangun dan masuk ke biliknya. Zyra yang melihat hanya menggelengkan kepala dengan karenah temannya yang seorang itu. Banyak cekadak!

****

Mengenakan sepasang baju kurung, Zyra kelihatan ayu bersama tudung yang menutupi kepalanya. Mana kala Mila yang memakai skirt dan blous pendek tampak cantik dan glamour. Wajah mereka yang dirias rapi kelihatan menawan pada mata sesiapa yang melihat. Mungkin!
Mereka memulakan perjalanan dengan bertemankan nyanyian dari radio yang dipasang. Sesekali ketenangan mereka diragut apabila jalan yang yang mereka susuri sesak dengan kenderaan yang bertali arus.

“ Sebab nilah aku tak nak keluar! Jem je memanjang!” getus Zyra perlahan. Mila hanya tersengih mendengar rungutan temannya. Kalau ikutkan hatinya, dia pun malas bersesak-sesak seperti itu. Namun pelawaan orang, tidak baik untuk ditolak.

“ Sabarlah Zyra..kejap lagi kita sampai! Kau jangan bad mood sangat! Nanti tertanggal mekap tu!”

“ Apa kena mengena dengan mekap? Macam-macamlah kau ni Mila!” Zyra malas melayan.

“ Dah kau tu asyik buat muka je..sekejap sengit, sekejap membujur! Tak ke tanggal mekap kau tu! Dahlah, jangan emo lagi! Dah nak sampai pun!” Mila pula kepanasan. Dia melajukan kenderaannya apabila ada ruang untuk dia berbuat demikian. Sampai di bahu jalan, Mila tersenyum lama. Hotel Pacific tinggi di atas kepalanya dan Zyra mula turun tanpa sempat temannya itu bersuara.

****

Yusuff yang berjalan seorang diri di Jalan Bukit Bintang ralit memerhatikan manusia di sekelilingnya. Berbagai gelagat yang dapat dilihat. Ada yang melucukan dan ada juga yang memualkan pandangan matanya. Apa yang paling tidak wajar ialah apabila ramai gadis melayu yang berpakaian seksi dan melanggar adab budaya dan agama.
Teringat Yusuff kepada Azura. Gadis itu masih menjaga adab dan sopan walaupun tidak bertudung. Namun sikap barannya itu melenyapkan kelembutan yang sepatutnya ada pada seorang wanita. Yusuff menarik nafas panjang dan melepaskan dengan keluhan yang berat. Jika Azura bersetuju keluar dengannya, tiadalah dia merayap sendiri malam itu. Pasti dia sedang tersenyum bahagia kerana dapat menatap seraut wajah cantik gadis itu. Pasti juga dia sedang enak menjamu selera bersama orang yang disayanginya..pasti juga..

“ Aduh! Awak ni berjalan tak nampak saya ke?” soal seorang gadis yang mengaduh kesakitan apabila kakinya dipijak oleh Yusuff tanpa disengajakan. Yusuff yang melihat kelihatan serba salah dan meminta maaf atas kelalaiannya sebentar tadi.

“ Saya minta maaf, saya tak sengaja! Awak okey?” soal Yusuff kelam kabut. Gadis itu terduduk kerana memegang kakinya yang sakit. Pantas mata Yusuff melilau kalau-kalau gadis di hadapannya itu datang dengan seseorang. Takut juga dia andai dibelasah dengan boyfriend gadis itu. Pasti nayer jadinya!

“ Tulah awak! Waktu berjalan bukan untuk berangan! Tak pasal-pasal saya yang sakit!” getus gadis itu lagi. Yusuff yang melihat pantas menolong dengan memegang bahunya.

“ Saya minta maaf banyak-banyak! Saya memang tak sengaja! Awak boleh jalan tak ni?” Yusuff masih was-was. Saya bawa awak pergi klinik! Tak pun hospital!” Yusuff masih menggelabah.

“ Saya bukannya patah kaki! Tak apalah! Saya boleh berjalan!” balas gadis itu sambil mengerutkan mukanya.

“ Okey..nama awak siapa?” soal Yusuff masih tidak senang.

“ Kenapa? Awak nak bagi saya kerja?” sinis kata-kata gadis itu.

“ Boleh juga kalau awak nak! Ni kad saya. Apa-apahal, awak call lah!” Yusuff pantas mengambil kad dari beg dompetnya. Pantas pula gadis itu mengambil.

“ Nama saya Adilla. Memang saya tengah cari kerja. Nanti saya hubungi awak!” Gadis yang bernama Adilla itu berjalan perlahan meninggalkan Yusuff yang masih terkebil-kebil sendiri. Apalah malang nasib aku ni! Mujur tak kena maki lebih-lebih! Uh! Nasib..Yusuff berlalu dari situ dan mendapatkan keretanya. Dia berkira-kira untuk menghubungi Azura. Namun hasratnya itu dilupakan begitu sahaja. Setelah menghidupkan kereta, Yusuff meluncur laju keretanya menuju ke suatu tempat yang boleh menghilangkan gundahnya. Sesampai di sana, dia melihat rumah tersebut masih bernyala lampunya. Pasti Azura masih belum tidur! Yusuff berkira-kira sendiri. Dia memerhatikan dari dalam kereta kalau-kalau Azura keluar ke halaman rumah. Namun akhirnya wajah Yusuff menjadi suram tidak bercahaya.
Entah kenapa, gadis baran seperti Azura yang dikejarnya. Bagi Yusuff, Azura seperti kerak nasi yang akan lembut juga akhirnya jika terkena air. Namun, dia keliru bagai mana caranya untuk menundukkan gadis idamannya itu. Setelah lama menanti, wajah Azura tidak juga muncul dan Yusuff mula dilanda rindu yang entah bila akan hilang dari hatinya untuk gadis bernama Azura itu.

****

Duduk di hadapan dua orang Datin itu, menyebabkan Zyra terasa sedikit kekok. Tidak seperti Mila yang petah berbicara bertanya itu dan ini kepada wanita separuh abad di hadapan mereka. Kadangkala, tanpa segan silu Mila melepaskan tawa apabila ada cerita yang mencuit hatinya.
“ Siapa yang nak jadi model tudung ni?” soal Datin Sarah secara tiba-tiba. Pantas telunjuk Mila dihalakan kepada Zyra. Wajah Zyra yang merona merah dipandang dengan senyuman.

“ Oo..kawan Mila ni siapa nama?” Datin Sarah bersuara ramah. Hilang rasa gugup Zyra sebentar tadi.

“ Erm..nama saya Zyra, Datin. Kawan serumah Mila. Tentang tudung tu, tak pastilah saya sesuai atau tidak? Takut bila saya pakai, tak dapat sambutan! Risau juga..” Zyra berterus terang.

“ Kalau kita nak berjaya, kita tak boleh terlalu merendah diri Zyra. Lagipun, kita nak buat benda baik. Insya’Allah segalanya berjalan dengan lancar!” Datin Umaira pula menyampuk. Datin Sarah dan Mila menganggukkan kepala tanda setuju.

“ Saya rasa okey kalau awak gayakan! Serius, saya cakap, awak ni cantik Zyra! Satu lagi saya nak tanya, awak kerja kat mana? Dah kerja?” soal Datin Sarah bagaikan polis lagaknya. Datin Umaira tergelak kecil dengan keletah temannya itu. Manakala Mila pula hanya mendengar. Matanya terkebil-kebil memandang makanan yang telah terhidang di atas meja. Perutnya mula menyanyikan lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan lagi.

“ Saya kerja di syarikat Jaya Idaman yang berada di PJ,” jawab Zyra singkat.

“ Ooo..bahagian apa tu?” soal Datin Sarah lagi.

“ Syarikat landskap! Saya bekerja sebagai setiausaha di syarikat tu..” Zyra berterus-terang. Manalah tahu Datin Sarah ada hati untuk menggunakan khidmat mereka! Mana tahu!

“ Ye ke? Kalau ikutkan dah lama saya nak cari syarikat yang membuat kerja landskap ni! Untuk halaman rumah supaya kelihatan cantik mata memandang. Dan kalau boleh, biarlah ianya berkonsepkan ala inggeris gitu..” Datin Sarah pula beria-ria. Mila yang mendengar tersengih panjang melihat seraut wajah Zyra yang kelihatan teruja seperti mendapat kepingan emas. Namun perutnya yang lapar mematikan sengihannya secara tiba-tiba.

“ Awak kenapa Mila? Diam saja saya tengok?” Datin Umaira tiba-tiba bersuara.

“ Laparlah Datin..” Mila berterus terang. Zyra yang mendengar menjeling kepadanya. Tak malu betul! Nak mencekik je!

“ Ya Allah..kalau lapar makanlah! Kita datang sini nak makanlah sayang..” Datin Sarah pula menyampuk. Pantas Mila mengambil sudu yang berada di sisi pinggannya dan mula menguyah makanan sambil menjemput yang lain untuk turut serta.

“ Berbalik pada cerita tadi Datin, syarikat kami sememangnya mempunyai arkitek landskap yang memang mahir dalam memilih reka bentuk yang sesuai! Satu lagi, majikan saya Cik Azura juga mengambil jurusan Arkitek Landskap sewaktu pengajian dulu. Jadi, saya rasa, apa yang Datin nak tu, Insya’Allah akan memuaskan hati Datin sekeluarga,” Zyra memberi penerangan dengan panjang lebar. Kemudian dia menyedut air di hadapannya dengan perlahan.

“ Kalau macam tu Zyra, saya juga berminat untuk berurusan dengan syarikat Zyra tu. Kalau Datin Sarah nak ala-ala inggeris gitu, saya mahukan halaman rumah saya kelihatan klasik dan tak jemu mata memandang. Yang penting dapat menenangkan fikiran. Mungkin arkitek landskap syarikat Zyra tahu apa yang nak! Tapi, bila tu saya akan confirmkan balik!okey!” Datin Umaira menjungkit kening kepada Datin Sarah yang tersenyum panjang. Mereka mula menjamah makanan yang berada di atas meja.

“ Tentang tudung tu Zyra, saya rasa esok kita akan adakan pengambaran. Saya akan panggil wakil media dari majalah Islam untuk mempromosikan tudung baru dari syarikat saya tu. Apa-apahal..saya akan call awak atau Mila..” Datin Sarah memberi kata putus. Zyra menganggukkan kepalanya tanda setuju. Kemudian dia mencubit peha Mila yang tidak berhenti-henti makan dari tadi. Model apalah melatak macam perut buaya! Tak sayang body agaknya! Getus Zyra sambil turut menjamu selera. Sesekali dia tersenyum kerana mendapat dua orang pelanggan dalam satu masa. Bukankah itu rezeki namanya!

Previous: Bab 16
Next: Bab18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.